Tuesday, July 10, 2018

Oh! Media

Oh! Media


Rupanya Inilah Penjelasan Ellie Suriaty Menyokong Bekas Perdana Menteri

Posted: 09 Jul 2018 02:18 AM PDT


Lantang bersuara di Mahkamah semasa bertindak menyokong bekas Perdana Menteri ke-6, Datuk Seri Najib Tun Razak, menyebabkan dia dikritik.

Kesan dari itu, Ellie Suriaty tampil menjelaskan isu berkenaan menerusi akaun Facebook miliknya. Ellie menyifatkan Najib Razak tidak wajar dilayan sebegitu.

"Saya marah dan katakan 'Bebas Najib' sebab saya tak bersetuju dengan cara beliau dilayani.

"Dia adalah PM ke-6, oleh itu, adakah wajar akaun beliau dibekukan termasuk akaun anak-anak dan cucunya.

"Saya tidak marah jika keadilan hendak dijalankan kerana kita ada undang-undang, tetapi haruslah dipastikan undang-undang itu dilaksanakan dengan bermaruah.

"Pada hari itu juga, ramai penyokong yang hadir di sana dan melaungkan 'Hidup Melayu' kerana Melayu semakin ditindas," ujarnya.

Dalam pada itu, Ellie Suriaty Omar atau lebih popular sebagai Ellie Suriaty, 48, turut berkata dia tidak dibayar oleh mana-mana pihak berhubung tindakannya menyokong Najib.

"Saya ada hak dan pilihan nak menyokong parti mana pun, begitu juga anda. Hari ini sudah berkerajaan baharu, menang dan saya terima dengan terbuka.

"Saya tidak dibayar untuk berada di sana. Jangan siapa pun tuduh saya makan dedak dan diberi duit, saya tak boleh dibeli dan bukan orang macam itu. Jangan biadap.

"Perjuangan bukan macam itu, tak baik cakap macam itu, nanti awak kena cari saya minta maaf depan muka saya," ujarnya lagi.

Ibu Puteri Balqis Sahkan Penyakit Yang Dihidapi Anaknya

Posted: 09 Jul 2018 01:58 AM PDT


Perkongsian sekeping foto pelakon cilik, Puteri Balqis Azizi, 11, dengan tanda #FightCancer di laman Instagramnya ketika menjalani rawatan doktor telah menimbulkan tanda tanya banyak pihak.

Foto yang menyaksikan pelakon kanak-kanak yang mesra disapa sebagai Aqish itu memakai topeng mulut itu dimuat naik semalam untuk berkongsi perkembangan terkininya.

"Went for her treatment this evening. Alhamdulillah Puteri is getting better. #rockingbalqis #fightcancer," tulis status yang dipercayai daripada ibu Balqis.

Tanda #FightCancer yang ditulis itu bagaimanapun seolah-seolah membayangkan Aqish yang sebelum ini dikatakan mempunyai masalah jantung itu sedang menghidap penyakit kanser.

Persoalan tersebuat akhirnya terjawab apabila ibu Balqis, Norashikin Mohd Aziz, menerusi laporan sebuah akhbar mengesahkan perkara itu, namun tidak menjelaskan lebih lanjut tentang perkara itu.

Bagaimanapun, kata Nosrashikin, tahap kesihatan Aqish itu semakin baik selepas menjalani rawatan, malah mempunyai semangat yang cukup kuat meskipun berdepan dengan masalah kesihatan.

Puteri Balqish sebelum ini dialaporkan mengalami masalah kesihatan yang tidak menentu semenjak akhir tahun lalu apabila mengalami demam berpanjangan dan kerap muntah sehingga terpaksa ditahan di hospital untuk mendapatkan rawatan.

Intel Geek Week Dari 9 Hingga 15 Julai Ini Di Plaza Low Yat! Jom Serbu Guys!

Posted: 08 Jul 2018 11:15 PM PDT

Majoriti rakyat Malaysia masih kurang jelas akan peranan penting Intel dalam merealisasikan urusan harian mereka di hadapan komputer. Memang ramai yang pandai bermain komputer, tapi tak ramai yang tahu untuk membolehkan komputer berfungsi, "otak" yang paling penting dalam komputer adalah sebuah sistem pemprosesan yang dikenali umum sebagai Intel.

Intel mengambil tanggungjawab untuk berkongsi ilmu tentang pemprosesan Intel ini dengan penganjuran besar-besaran iaitu Intel Geek Week akan diadakan dari 9 - 15 Julai 2018 bertempat di Level Concourse, Plaza Low Yat. Memang banyak gila aktiviti kat sana nanti dan antara yang paling menarik ialah Crash Course dan juga Football Fever.


Crash Course membolehkan pengunjung mengetahui lebih lanjut tentang processor mana satu yang patut digunakan mengikut kesesuaian dan keperluan pemiliknya. Ramai yang biasa dengar tentang Intel i3, i5, i7, dan i9 tapi ramai yang tak tahu mana satu sebenarnya yang paling sesuai dengan keperluan urusan harian mereka di depan komputer. Begitu juga tentang apa bezanya 7th Gen dan 8th Gen yang mewakili setiap processor Intel yang terkini? Itu semua akan diperjelaskan nanti.

Football Fever pula akan mengetengahkan aktiviti riadah berkaitan eSport Bola Sepak 1 VS 1 bersempena dengan demam Piala Dunia yang melanda ketika ini. Pengunjung juga boleh bermain permainan Bola Sepak FIFA dan juga Table Football (Fossball) untuk memenangi banyak hadiah menarik yang turut disediakan.

So guys, ambil masa korang untuk datang ke Plaza Low Yat dari 9 hingga 15 Julai 2018 ini ya!!

FLYERS:







Misi Membawa Keluar 9 Lagi Mangsa Diteruskan

Posted: 08 Jul 2018 10:52 PM PDT

Image may contain: 12 people, people smiling, selfie

Perkembangan terkini misi menyelamatkan mangsa di Gua Tham Luang, Thailand diteruskan hari ini. Sehingga kini, 4 mangsa telah berjaya dikeluarkan dan dibawa ke hospital.

Operasi diteruskan untuk menyelamatkan 9 orang lagi termasuk jurulatih mereka. Pasukan penyelamat terdiri daripada ramai penyelam-penyelam antarabangsa dan pakar-pakar penyelamat dalam gua. 

Pihak berkuasa turut memaklumkan setiap mangsa perlu memakai topeng oksigen bagi membolehkan mereka bernafas secara normal sepanjang proses membawa keluar.

Image may contain: 3 people, people standing and outdoor

Image may contain: one or more people and outdoor

Image may contain: night, sky and outdoor

Image may contain: one or more people, motorcycle, outdoor and nature



Honor 10 Dengan Dual Lensa Dan Kamera AI. Ini Flagship Yang Membunuh Flagship Lain!!

Posted: 08 Jul 2018 09:17 PM PDT


Honor Malaysia baru sahaja melancarkan Honor 10 pada Mei lalu di Malaysia dan kali ini apa yang menjadikan Honor 10 lebih canggih lagi kerana dilengkapi dengan Kamera AI yang menjadikan pengalaman menggunakan Honor 10 ini lebih lancar.

Honor 10 ini sememangnya memenuhi kriteria sebagai sebuah modern flagship dengan performance yang hebat, design yang cantik, dan dilengkapi AI camera yang masih tiada pada kebanyakan flagship jenama lain ketika ini.

Dengan pelbagai fungsi menarik yang dimuatkan ke dalam Honor 10, ianya sekaligus menempatkan Honor sebaris dengan flagship dari jenama lain, tetapi mempunyai banyak aspek yang membuangkan Honor 10 ini lebih menyerlah berbanding yang lain.

REKAAN BERPRESTIJ YANG MENAWAN


Rekaan Honor 10 menggunakan gabungan rekaan kaca di bahagian depan serta belakang melalui aluminium frame di bahagian tepi. Senibina Aurora Glass yang memuatkan 15 lapis warna memberikan kesan menarik bila dilihat pada setiap sudut. Ini menjadikan rekaan Honor 10 nampak sangat elegan dan eksklusif!


Rekaan kaca di belakang menjadi pilihan banyak flagship smartphones pada ketika ini dan ianya pasti akan terus menjadi trend bagi tahun-tahun yang akan datang.



Honor 10 datang dengan beberapa pilihan warna iaitu Phantom Blue, Phantom Green, Midnight Black, dan Glacier Grey.

SPESIFIKASI RELEVAN UNTUK BERTAHUN LAMANYA!



Buat apa sahaja pada Honor 10 ini, langsung tidak menjadi masalah. Daripada bermain game, editing, atau sekadar menggunakannya untuk sosial media, Honor 10 dapat menjalankannya dengan sangat lancar. Dengan ciri-ciri spesifikasi terkini, jangan risau kerana Honor 10 ini akan kekal relevan untuk bertahun lamanya.

Dikuasakan oleh chipset Hisilicon Kirin 970 dengan RAM 4GB serta ruang storan bersaiz 128GB, ini jelas memberitahu kita bahawa Honor 10 merupakan flagship yang sangat sempurna. Tambahan lagi, Honor 10 sudahpun disertakan dengan sistem operasi Android 8.1 (Oreo) yang terbaru keluar sahaja dari kotak.
Saiz bateri sebesar 3,400 mAh dengan sokongan Honor Super Charge 5V/4.5A yang membolehkan phone ini hanya memerlukan masa 25 minit untuk memberikan kadar caj dari 0% ke 50%.

Kamera AI


Mempunyai dual-lens di belakang iaitu 16 MP (f/1.8) + 24 MP B/W (f/1.8). Bagi kamera hadapan pula dilengkapi dengan satu lens bersaiz 24 MP (f/2.0). Apa yang membuatkan kamera pada Honor 10 ini lebih canggih, kerana ianya dilengkapi dengan AI pada kamera depan dan belakang yang membuatkan proses untuk mengambil gambar menjadi jauh lebih mudah.

Fungsi AI ini mampu mengesan objek yang ingin kita ambil seperti makanan, bunga, langit, tasik, bangunan, pemandangan, dan banyak lagi yang kemudiannya memberikan sentuhan paling cantik dan profesional mengikut keadaan secara serta-merta selepas gambar diambil. Ini bermakna gambar yang diambil dah kelihatan seperti di'edit dan boleh terus di'upload ke media sosial. Genius kan?


Bagi yang suka selfie atau mengambil gambar portrait, bukan sahaja AI pada Honor 10 ini akan menghasilkan gambar seakan diambil juru gambar profesional malah sokongan seperti Portrait Lighting menjadikan gambar seperti diambil di dalam studio.

TAHAP KESELAMATAN YANG TINGGI


Honor 10 dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan melalui cap jari dengan sensor di bawa kaca yang sangat stabil biarpun tangan pengguna basah atau berminyak. Selain dari sensor cap jari, Honor 10 juga dilengkapi dengan fungsi Face Unlock yang membolehkan phone ini mengenali wajah pemiliknya dan menjadikan proses untuk membuka phone sangat mudah dengan hanya melihat sahaja.

ADAKAH INI PHONE UNTUK KORANG?

Bagi Ohmedia, kalau korang nak upgrade kepada phone baru ini masa yang sesuai kerana harganya yang mampu milik tetapi datang dengan spesifikasi sebuah smartphones yang mahal. Dengan semua kelebihan yang dimuatkan ke dalam Honor 10 ini, ianya pasti berbaloi untuk dimiliki.

Honor 10 dijual pada harga RM1599 dan ianya boleh didapati di kedai penjual rasmi jenama Honor seperti di Shopee ataupun boleh dibeli secara online melalui website HiHonor.com/My.