Friday, July 13, 2018

Oh! Media

Oh! Media


Teruk Dihentam Kerana Kenyataan Bekas PA, Ini Kenyataan Rasmi Wak Doyok.

Posted: 12 Jul 2018 09:57 AM PDT


Sehari dua ini, nama Wak Doyok hangat diperketakan kononnya menipu peminat. Ini adalah kerana beberapa statement yang dikeluarkan oleh bekas PA beliau, Asyraff Mazlan.


Logiknya, kalau anda tanya kami kehidupan PA beliau dilihat jauh lebih mewah daripada Wak Doyok sendiri selama ini walaupun perniagaan yang berpaksikan imej dan publisiti Wak Doyok.


Itu dari apa yang kami lihat dari apa yang ditunjukkan bekas PA beliau tu sendiri di sosial media.


Tidak mahu mendengar dari sebelah pihak sahaja, kami mendapatkan statement eksklusif dari Wak Doyok sendiri tentang apa yang berlaku.

Di bawah adalah statement dari Wak Doyok:

"Saya berasa hiba, kesal dan terkilan terhadap tindakan-tindakan beliau didalam Instastory Asyraff Mazlan yang cuba mencemarkan dan mencalarkan nama baik Wak Doyok yang dicipta dan dibina menggunakan kudrat saya sendiri selama 3 tahun.

Instastory dari beliau yang menerima liputan media baru-baru ini betul betul terkesan terhadap diri saya kerana saya dah menganggap dirinya umpama adik kandung saya sendiri. Saya masih harap silaturrahim yang diikat tidak putus ditengah jalan.

Meskipun terasa seperti di tikam dari belakang, sebagai seorang yang sentiasa menampilkan imej sartorialis dan gentleman saya masih positif terhadap apa yang berlaku dan berpandangan bahawa salah faham ini akan ditangani dengan cara gentleman.

Sebelum ditular, saya memanggil semua peminat dan orang-orang awam untuk tidak cepat mengecam dan mengeluarkan komen-komen berunsur fitnah dan tidak tepat terhadap diri Wak Doyok mahupun AshraffMazlan.

Tapi fikirlah sejenak, tidak munasabah dan tak masuk akal langsung apabila dia mendakwa dan menuntut dia memiliki hak imej, hak cipta, hak reka dan hak keatas diri saya? Saya masih belum mati untuk dia mewarisi hak-hak yang sememangnya adalah zahir dan batin mutlak diri saya yang dikenali sebagai Wak Doyok. Tiada dua Wak Doyok di dunia ini.

Syarikat syarikat tersebut hanyalah untuk menentukan peratusan keuntungan yang dikongsi bukan keatas apa yang mutlak kurniaan dan rahmat tuhan kepada diri saya. Samada syarikat tersebut ditubuhkan berdasarkan persetujuan saya, masih belum lagi saya boleh komen. Biarlah keadilan menentukan.

Namun, saya masih positif dan menyeru semua pihak untuk tidak menularkan perkara yang tidak benar. Tindakan yang sewajarnya telah diambil dan akan diambil. Saya berdoa agar rezeki saya berpanjangan dan sokongan dari peminat-peminat masih kuat.

Secara peribadi, saya telah mengambil iktibar terhadap kejadian yang berlaku dan beriltizam untuk terus mengorak langkah ke depan."


Apapun Ohmedia mendoakan yang terbaiklah untuk kedua-duanya. Semoga semua permasalahan dapat diselesaikan secara adil. Mana yang hak tetaplah menjadi hak dan yang bathil akan terus bakhil.



PDRM Akan Pantau Mereka Yang Sering Lihat Laman Web Lucah

Posted: 12 Jul 2018 01:51 AM PDT


PDRM telah membuat pengumuman mengenai tindakan mereka yang akan memantau pengguna yang melayari laman web porno, terutamanya pornografi kanak-kanak yang dikenali sebagai Unit Penyiasatan Jenayah Internet Malaysia terhadap Unit Penyiasatan Kanak-kanak (Micac).

Tindakan ini diambil bagi mengawal seksual kanak-kanak terutamanya di laman media sosial. Micac akan mencari serta merta pengguna yang melayari laman web ini dan seterusnya mencipta satu data library untuk individu tersebut.

" Kami akan mengesan mereka yang sering melawat laman web ini. Kami juga akan menggunakan software khas bagi mengenal pasti lokasi laman akses, terutamanya yang melibatkan pornografi kanak-kanak," jelas Ong Chin Lan, Penolong Ketua Pengarah Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-kanak.

Sistem ini juga akan berfungsi selama 24 jam dan ia mampu mengesan lokasi dan juga mengenal pasti pengguna yang melayari pornografi melalui telefon bimbit mereka.

Sumber: Malay Mail

Inilah 6 Hadiah Yang Diterima Tun Mahathir Daripada Mufti Wilayah

Posted: 12 Jul 2018 12:41 AM PDT


Satu perbincangan antara Tun Dr Mahathir dan Dr Zulkifli telah diadakan semalam di pejabat Perdana Menteri di Putrajaya. Menerusi twitter Dr Zulkifli, dia berbesar hati dengan perkongsiannya mengenai fungsi dan peranan Mufti bersama Tun M.

Beliau turut sempat menghadiahkan 6 buah buku hasil penulisan beliau sendiri buat Perdana Menteri Malaysia itu.



6 jenis buku yang dierima Tun Mahathir







Ini pula respon mereka yang terharu dan inginkan perubahan dalam Malaysia Baru.








Tahniah Adam Corrie Di Atas Berakhirnya Penantian 10 Tahun

Posted: 12 Jul 2018 01:03 AM PDT


10 tahun pelakon Adam Corrie Lee Abdullah, 50, dan isterinya, Fazema Mohd Fuad, 40, menantikan untuk menimang cahaya mata akhirnya dimakbulkan.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram miliknya kira-kira jam empat petang tadi, Adam Corrie memaklumkan isterinya sudah selamat bersalin di sebuah pusat perubatan swasta di Ampang.

"Alhamdulillah, bidadari saya sudah selamat melahirkan BabyLee tadi. Jutaan terima kasih yang mendoakan kesejahteraan kami.
"Senyum selalu, selalu bersangka baik, Insya Allah hati tenang," tulisnya.

Rata-rata pengikut Instagram termasuk rakan artis mengucapkan tahniah dan turut meluahkan rasa terharu dengan kehadiran insan baru dalam hidup mereka.

Adam Corrie memeluk Islam pada 13 Julai 2007 dan berkahwin dengan Fazema pada 2008.

Mac lalu, pelakon yang terkenal menerusi filem KL Gangster ini mengumumkan berita kehamilan isterinya juga menerusi akaun Instagram.

A post shared by Adam Corrie (@adamcorrielee) on