Tuesday, July 17, 2018

Oh! Media

Oh! Media


Aaron Aziz Seperti Raja Ketika Berada Di India

Posted: 16 Jul 2018 02:25 AM PDT

Image result for aaron aziz tik tik tik

Pelakon terkenal Aaron Aziz teruja apabila penampilan sulungnya dalam filem Tamil 'Tik Tik Tik' mendapat sambutan hangat masyarakat India, bukan sahaja di dalam negara, bahkan juga di luar negara.

Pertama kali muncul dalam filem Kollywood dengan melakonkan watak sampingan di sisi pelakon utama Jayam Ravi, Aaron menyifatkan sambutan hangat masyarakat India terhadap lakonannya dalam filem itu "seperti menang pilihan raya,"

"Saya terima banyak mesej daripada peminat yang memuji lakonan saya walaupun hanya memegang watak sampingan dalam filem itu," katanya dalam temu bual eksklusif bersama Bernama di kediamannya.

Aaron, 42, berkata ini kali pertama beliau mendapat sokongan yang begitu hangat daripada peminat bukan Melayu sejak berkecimpung dalam dunia seni dua dekad lepas.

Beliau melakonkan watak jahat dalam filem sains fiksyen 'Tik Tik Tik', bermaksud bunyi jam, yang berkisar tentang penjelajahan kapal angkasa pertama India. Dialognya diungkapkan dalam bahasa Inggeris.

Selain Ravi dan Aaron, filem arahan Shakti Soundar Rajan itu turut dibintangi Nivetha Pethuraj dan Ramesh Thilak. Filem itu ditayangkan di pawagam di seluruh dunia sejak 22 Jun lalu dan menerima sambutan menggalakkan.

Bagi hero filem Ombak Rindu dan KL Gangster ini, pengalamannya berlakon dalam filem Kollywood meninggalkan banyak kenangan indah.

Katanya walaupun hanya pelakon sampingan, beliau dilayan seperti raja sepanjang tiga minggu berada di Chennai, India, untuk sesi penggambaran pada tahun lepas.

"Jika di Malaysia, pembantu akan beri pakaian dan kita akan pakai sendiri tetapi di sana (India), pembantu sanggup tukarkan pakaian sehingga tolong pakaikan tali pinggang dan zip, tetapi saya kata saya boleh lakukan sendiri, " katanya sambil tertawa.

Ditanya mengenai kesediaannya menerima tawaran itu walaupun sekadar melakonkan watak sampingan, pelakon kelahiran Singapura itu berkata beliau bukanlah mengejar glamor dan populariti, sebaliknya ingin mempelajari perkara baharu, tambahan pula berpeluang untuk bersama barisan pelakon dan pengarah terkenal.

Khairy, Anifah dan Mas Ermieyati Tetap Tidak Berganjak

Posted: 15 Jul 2018 10:46 PM PDT

Image result for kj tidak berganjak

Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar tidak mengendahkan desakan pemimpin Umno lain yang keluar Dewan Rakyat.

Menurut Twitter Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, pada hari pertama Dewan Rakyat Ahli Parlimen BN dan Pas sudah keluar dewan tanda protes.

"Bekas Ketua Pemuda Umno, KJ dan bekas ketua puteri Datuk Mas Ermieyati tidak keluar dewan. Mereka tidak tinggalkan kerusi walaupun didesak oleh pimpinan Umno," tulisnya.

Turut tidak berganjak dari dewan ialah Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Seri Anifah Aman.

Semua Ahli Parlimen pembangkang daripada BN dan Pas bertindak keluar sebagai tanda boikot atas lantikan Speaker Dewan Rakyat baharu, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof.



Perancis Juara Dunia Untuk Kali Kedua

Posted: 15 Jul 2018 08:50 PM PDT

Related image

Semalam 15/07 telah berakhirnya aksi perlawanan akhir Piala Dunia di Rusia 2018 menyaksikan pertembungan di antara pasukan Perancis menentang Croatia yang berakhir dengan keputusan 4 -2.

Bagi Perancis, ini adalah gelaran kali kedua dinobatkan sebagai juara apabila pertama kali merebut tempat itu pada tahun 1998 di tempat sendiri.

Image result for perancis juara

Sebelum aksi final, pasukan Perancis sudah bertekad untuk menghapuskan luka 2 tahun lalu apabila tewas menentang Portugal di aksi Final Eropah.

Croatia pula adalah buat kali pertamanya ke pusingan akhir Piada Dunia dan telah melakukan sebaik mereka untuk memberikan tentengan sengit kepada pasukan muda Perancis.

Image result for perancis juara