Thursday, July 19, 2018

Oh! Media

Oh! Media


Inilah Hasil Siasatan Ke Atas Akaun Bank Milik Datuk Sri Najib Razak

Posted: 17 Jul 2018 08:03 PM PDT

Image result for najb razak

Akaun bank bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak lagi dibekukan pihak berkuasa selepas mendapati ia tidak mempunyai kaitan dengan siasatan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, penarikan itu dibuat sejak semalam lagi selepas mendapati ia juga tidak berkait dengan siasatan terhadap anak syarikat 1MDB iaitu SRC International Sdn Bhd (SRC).

"Betul, sejak semalam lagi, akaun peribadi milik Najib sudah tidak lagi dibekukan pihak berkuasa kerana siasatan mendapati, ia tidak mempunyai kaitan dengan 1MDB atau SRC," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Ditanya sama ada penarikan pembekuan itu turut membabitkan akaun lain termasuk milik anak Najib, sumber berkenaan berkata, beliau tidak mempunyai maklumat mengenainya.

Bagaimanapun, sumber itu tidak menolak kemungkinan pembekuan beberapa lagi akaun lain juga sudah ditarik balik.

"Tidak pasti mengenai akaun lain itu, mungkin ada tapi tiada maklumat mengenainya, namun yang pasti, ada banyak akaun lain yang masih dibekukan dan sedang disiasat," katanya.

Pada 2 Julai lalu, SPRM menerusi kenyataan memaklumkan bahawa sebanyak 408 akaun bank membabitkan dana RM1.1 bilion dibekukan SPRM.

Pembekuan akaun bank itu turut membabitkan 81 individu serta 55 syarikat dan dilakukan pada 26 dan 29 Jun lalu.

Kesemua akaun dibekukan itu dipercayai ada kaitan dengan penyelewengan dan salah guna dana 1MDB membabitkan kira-kira 900 transaksi yang dibuat antara Mac 2011 hingga September 2015.