Friday, July 6, 2018

Oh! Media

Oh! Media


Kak Ogy Kritik Mereka Yang Buat Kecoh Di Depan Mahkamah

Posted: 05 Jul 2018 03:17 AM PDT



Personaliti terkenal dalam dunia hiburan, Ogy Ahmad Daud, menempelak tindakan segelintir penyokong Datuk Seri Najib Razak yang berteriak-teriak di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur semalam.

Kata seniwati itu, ada perkara lain yang turut penting diperhatikan mereka sebelum melakukan provokasi sedemikian, iaitu mengenai adab.

"Satu dunia dok tengok weiii!!! Malu weiii!!!" katanya di Instagram.

Mengiringi kata-kata itu ialah petikan ringkas - tetapi pedas - dimuat naik anak pasangan Allahyarham Datuk Ahmad Daud dan Saadiah.

"Dok jerit hidup Melayu tapi adab Melayu tak dipraktikkan. Buat malulah wei sampai peguam negara cakap, lakukannya dengan cara yang bertamadun," katanya.

Tidak dinyatakan secara jelas namun Ogy diyakini memberikan pandangannya terhadap detik bersejarah buat negara ini semalam apabila seorang bekas perdana menteri dihadapkan ke mahkamah untuk dihadapkan dengan tuduhan jenayah.

Kekecohan berlaku di kawasan awam apabila Peguam Negara Tommy Thomas yang bertindak sebagai ketua pendakwa bersedia memberikan sidang media selepas proses berkenaan selesai dijalankan.

Malangnya, sekelompok orang awam mula menjerit "Melayulah woi" dan "Hidup Melayu" malah ada antara mereka mengecam Thomas kerana tidak bercakap menggunakan bahasa Melayu.

A post shared by Fauziah Ahmad Daud (@kak_ogy) on


Kata Ogy, dia berasa kecewa kerana masih ada orang "tidak bertamadun" pada zaman sekarang dan menganggapnya sebagai sangat tidak wajar.

"Abad ke-21 dan kita masih mempunyai ramai orang tidak bertamadun. Amat menjijikkan.

"Pergi hadam kes dan dapatkan peguam bagus untuk jelaskan kes itu kepada kamu.

"Kenapa kamu semua tak boleh guna otak?" katanya yang memang terkenal selalu bersikap lantang dan 'laser'.

Sumber: Malaysiakini

Suara Ellie Suriaty Antara Yang Terkuat Menunjukkan Tanda Sokong Najib Razak Di Mahkamah

Posted: 05 Jul 2018 12:27 AM PDT

Image result for Ellie Suriaty Antara

Pelakon lama Ellie Suriaty yang kelihatan hadir ke Mahkamah Tinggu Kuala Lumpur semalam bagi menunjukkan tanda sokongan kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menerusi lama Facebook peribadinya pula, Ellie telah memuat naik rakaman video kata-kata semangat kepada bekas presiden UMNO tersebut.

Sebelum itu, seramai 50 orang penyokong Najib setia menunggu di luar mahkamah. Mereka melaungkan 'Melayu' dan ' Hidup Najib' sehingga menyebabkan sidang media oleh Peguam Negara itu terganggu. 


Walaubagaimanapun, Datuk Seri Najib hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi terhadap tiga pertuduhan melakukan pecah amanah dan satu pertuduhan menyalahgunakan jawatan berhubung dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.




Pembantu Rumah Menipu Lagi - Adam Rayqal Bukanlah Tersedak Susu

Posted: 04 Jul 2018 08:01 PM PDT


Image may contain: 6 people, people standing

Hasil laporan bedah siasat ke atas Adam Rayqal telah menafikan keterangan awal suspek yang sebelum ini mengatakan bahawa bayi berkenaan tersedak susu.

Punca kematian Adam Rayqal Mohd Sufi Naief, lima bulan di rumah pengasuh di Kampung Nakhoda, Batu Caves adalah disebabkan kecedaraan di bahagian kepala.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, hasil bedah siasat menemui retak di tempurung kepala sebelah kiri serta pendarahan di bahagian kanan otak bayi tersebut.

"Kita masih menjalankan siasatan sama ada bayi dipukul, dihempas atau terjatuh. Bagaimanapun tiada sisa susu ditemui pada kerongkong bayi berkenaan." katanya.

Pengkebumian arwah adik Adam Rayqal di Tanah Perkuburan Islam Kg. Ladang Tok Pelam bersebelahan Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Kuala Terengganu. Hadir sama Menteri Besar Terengganu Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dan isteri.

AL-FATIHAH & takziah buat keluarga.



Image may contain: 4 people, people smiling, people standing

Image may contain: 1 person, standing

Image may contain: 1 person, baby