Saturday, July 7, 2018

Oh! Media

Oh! Media


Tabung Harapan Malaysia Kini RM142 Juta

Posted: 06 Jul 2018 04:07 AM PDT

Image may contain: text

Kutipan Tabung Harapan Malaysia kini berjumlah RM142,162,825.79 setakat jam 3 petang ini.

Jumlah kutipan terkini tabung itu dikeluarkan Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan.

Tabung Harapan Malaysia dilancarkan 30 Mei lalu sebagai usaha rakyat untuk membantu kerajaan mengurangkan hutang negara yang mencecah RM1 trilion.

Jumlah kutipan tabung tersebut akan dikemaskini pada 3 petang setiap hari di laman web Kementerian Kewangan.

Haqiem Rusli Pinta Peluang Kedua

Posted: 06 Jul 2018 12:18 AM PDT

Image result for Haqiem rusli

Penyanyi muda, Haqiem Rusli tampil membuat permohonan maaf atas kontroversi yang melanda dirinya selepas mengumumkan dia bakal bersara sebagai penyanyi kerana mengalami masalah kemurungan.

Kata Haqiem dalam sidang media malam tadi, dia menegaskan ia bukan gimik seperti didakwa. Sebaliknya kata Haqiem, dia menggunakan perkataan yang salah dalam menjelaskan situasi yang dihadapinya.

"Saya bukan orang yang bijak, apabila saya kata kemurungan dalam menggambarkan situasi mungkin saya salah pilih perkataan namun saya tidak menipu mengenai perkara itu.

"Sebenarnya saya mengalami kemurungan ringan disebabkan tekanan kerja, masalah tidur, berat badan tidak menentu selain tekanan akibat kecaman daripada netizen," jelasnya.

Haqiem juga meminta diberikan peluang kedua agar dapat memperbaiki kesilapannya.

"Setiap manusia melakukan kesalahan dan kesilapan. Apa yang saya alami bukan disebabkan orang lain tetapi lebih kepada perubahan gaya hidup selepas bergelar selebriti.

"Beri peluang kedua pada saya untuk menebus kembali kesilapan yang dilakukan... Saya rendah diri untuk memohon maaf kepada semua," katanya.

Dalam pada itu, Haqiem turut memohon maaf kepada Ernie Zakri dan Wany Hasrita yang turut terkena tempias dalam kontroversi ini.

"Mereka tidak bersalah... Apa yang berlaku adalah salah faham dan saya benar-benar mohon maaf," ujar Haqiem. 

Sumber: mStar Online.

A. Aida Dilamar Dengan Pelakon Muda?

Posted: 05 Jul 2018 08:18 PM PDT


PENERBIT terkenal, A. Aida, 47, menerima kejutan istimewa apabila teman lelakinya yang juga pelakon Ariff Aziz, 29, telah melamarnya dengan menyerahkan sebentuk cincin Solitaire bertatahkan berlian sebagai simbolik lamaran.

A. Aida yang atau nama sebenarnya Zaidah Awang mengakui terkejut dengan lamaran tersebut dilakukan ketika mereka berdua sedang menikmati makan malam di sebuah restoran makanan Arab di ibu kota pada Rabu.

"Saya tidak menjangka dia nak buat kejutan di tempat awam. Terharu dibuatnya dan hampir menitiskan air mata. Apatah lagi ramai pula yang tengok.

"Apa pun, saya menganggap ini kenangan paling indah dalam hidup. Insya-ALLAH, majlis nikah akan berlangsung tidak lama lagi dan majlis resepsi pula tahun depan iaitu sempena hari jadi saya pada 20 April," katanya kepada sebuah akhbar.

Lamaran ini dalam masa yang sama juga turut mengesahkan gosip tentang hubungan cinta kedua-dua mereka yang mula hangat diperkatakan semenjak beberapa bulan lalu.

Terdahulu sebelum ini Aida pernah tiga kali berumah tangga termasuk perkawinannya dengan Ameng (Spring) dan dikurniakan tiga orang anak melalui dua perkahwinannya.