Bilik Sewa Lelaki @ Rantau Panjang KLang

RM220 sebulan, ada tilam, bantal, parking, bilik air

Bilik Sewa @ Kg Melayu Panchor, Seremban

RM200 sebulan, ada tilam, bantal, parking, bilik air

RumahSewa Semi-D, 3 bilik, 2 bilik air @ Gambang, Kuantan

Dekat #UMP / Waterpark / Sekolah Sukan Mokhtar Dahari

Wednesday, October 31, 2018

faizalyusup

faizalyusup


TIP SAHAM HARI HARI?

Posted: 30 Oct 2018 08:44 PM PDT

TAKDER TIP TU BAGUS!

Ramai pelabur saham yang nak tip saham hari-hari sebab kalau boleh nak buat duit hari-hari.

Tip saham FA hari-hari ada sebab setiap hari ada sahaja Research House yang membuat analisa berasaskan nilai syt dan memberikan harga sasaran untuk sesuatu saham tersebut lantas memberikan saranan mereka samaada untuk membeli atau menjual saham yang dianalisa itu.

Tip saham TA pun hari-hari ada selagi ada signal baik short term atau long term. Kalau tak ada monthly ada kat weekly, kalau tak ada kat weekly ada kat daily dan begitulah seterusnya.

Masalahnya adakah saham ini comfirm akan naik?

Dalam team FY berbeza kami akan selidik semua perkara dan anda kami yakin ia akan naik barulah kami memberikan tip saham tersebut. Pun begitu kami bukan Tuhan ada juga tip yang kami bagi itu tak naik dan perlu cut loss kerana ia ke bawah. Apapun itulah lumrah dan hakikat melabur saham.

Apa yang penting ialah tip yang menang lebih banyak dari tip yang kalah dan akhirnya secara purata anda menjana keuntungan.

Pun begitu kebelakangan ini Bursa Malaysia agak senyap untuk pelabur saham memandangkan pelabur menanti bajet pertama yang akan dibentangkan oleh kerajaan baru Jumaat ini.

Jadi tak ada tip saham pun bagus juga!

FY Al Haj

Nak melabur saham sebagai alternatif pelaburan anda?

Cari FY... 0166667430

*PERHATIAN : PELABUR LEMBAH KELANG, UTARA DAN SELATAN*

SEMINAR SAHAM FROM ZERO TO HERO SETERUSNYA BERSAMA FAIZAL YUSUP

*FZTH JB*
Sabtu dan Ahad
17 & 18 Nov 2018
GBW formerly known as Grand Blue Wave Hotel
Johor Bahru

*FZTH PENANG*
Sabtu dan Ahad
24 & 25 Nov
Hotel Ixora, Prai,
Pulau Pinang

*FZTH BANGI*
Sabtu dan Ahad
8 & 9 Disember
Dewan DIFKA, Seksyen 7
Bangi

*PERIHAL SEMINAR FROM ZERO TO HERO*
Seminar From Zero to Hero ini adalah seminar 2 hari dengan pengisian saham yang lengkap yang mana anda boleh menjadi Investor yang berhemah dan Trader yang bijak bila pulang dari seminar tersebut.

Ia sesuai untuk pelabur zero mahupun yang berpengalaman.

Memggabung 3 segmen
Basic - Seminar Basic Super Investors
Intermediate - Woksyop Technical Analysis
Advance - Personal Coaching

Anda akan belajar dengan FY @ Faizal Yusup satu satunya remisier yang menjadi speaker Suruhanjaya Sekuriti bersama
Zuhri Zain MSTA bagi pengisian Analisa Teknikal.

Sila bawa lap top dan kalau boleh bawa broadband sekali kerana dikhuatiri wifi hotel perlahan.

Jumlah peserta terhad kepada 50 orang sahaja.

Anda juga akan mendapat ;
secara percuma
Kit program
Khidmat nasihat FY seumur hidup
Group WhatsApp Ekslusif SuperTrader
Tip tip pelaburan saham
Pembukaan akaun CDS, Trading dan Online percuma. Anda perlu membawa ic dan penyata bank bagi tujuan ini.
3 Ebook percuma.

Semua ini dengan harga promosi RM1490.00 sahaja. Seminar FZTH dua hari ini sudah memadai untuk menjadikan anda hero dalam pasaran saham Bursa Malaysia.

Jangan tunggu lagi daftar secepat mungkin kerana ditakuti tempat duduk penuh.

Bayar yuran anda ke akaun Maybank
ADVANCE  FORWARD TRAINING AND CONSULTANTS

*505103405396*

WhatsAppkan bukti pembayaran kepada Puan Azila 0166641755 bagi menempah tempat duduk anda kerana tempat adalah terhad!

Atau

Hubungi terus Puan Azila Ismail 0166641755 untuk mendaftar.

#################

Apa lagi?  Kosongkan jadual anda dan ajak keluarga, kawan-kawan, saudara mara semua datang!

WhatsApp 0166667430 kalau nak masuk group saham FY!

Perkhidmatan FY di Wasap! Kasi wasap jer!!!

http://personalcoachingsaham.wasap.my/
http://ebooksaham.wasap.my/
http://seminarsaham.wasap.my/
http://videosaham.wasap.my/

Pelaburan ilmu yang pasti menguntungkan!

FY Al Haj
www.faizalyusup.net

PS - *Kelas Live Trading TA Advance*
Hubungi Ramzie 0173730513 untuk mendaftar.
Hanya sesuai untuk pelabur yang ada asas TA.

Sensasi Selebriti

Sensasi Selebriti

Link to Sensasi Selebriti

AYAM LEJEN Festival Ayam Goreng Paling Epik Di Malaysia

Posted: 30 Oct 2018 04:11 AM PDT

Atas permintaan hebat peminat, FriedChillies.com, laman web tentang makanan yang paling lama bertahan di Malaysia, akan menganjurkan semula AYAM LEJEN tahun ini – sebuah festival makanan yang mengenengahkan juadah yang […] More

The post AYAM LEJEN Festival Ayam Goreng Paling Epik Di Malaysia appeared first on Sensasi Selebriti.

Trailer Rasmi Filem POLIS EVO 2 Dilancarkan Hari Ini

Posted: 29 Oct 2018 10:12 PM PDT

Astro Shaw bakal tampil dengan sebuah filem terbaru iaitu Polis Evo 2 bermula 22 November 2018 ini. Filem yang diarahkan oleh pengarah Joel Soh dan Andre Chiew ini menampilkan para […] More

The post Trailer Rasmi Filem POLIS EVO 2 Dilancarkan Hari Ini appeared first on Sensasi Selebriti.

Yang Anda Perlu Tahu Tentang Saluran TV Baru NAURA

Posted: 29 Oct 2018 05:12 PM PDT

Istimewa pada 1 Oktober ini, Astro bakal memperkenalkan sebuah lagi saluran baharu, 'NAURA' (saluran 125) yang merupakan sebuah saluran gaya hidup Muslim kontemporari dengan tawaran kandungan program Islamik dari dalam […] More

The post Yang Anda Perlu Tahu Tentang Saluran TV Baru NAURA appeared first on Sensasi Selebriti.

Oh! Media

Oh! Media


Macam Ni Keadaan Dia Bila Parkson Buat Jualan Mad About Denim!!

Posted: 30 Oct 2018 08:41 AM PDT


Kalau korang seorang pencinta Jeans dan Denim yang sentiasa "Mad About Denim" sebagai OOTD korang setiap hari, korang memang kena usya kat Parkson sekarang sebab apa yang akan kami kongsikan ni akan buat orang rambang mata dan mindblown!!

























Satu dunia bersetuju yang jeans ni sesuai dalam semua aktiviti harian kita samaada nak pakai masa travel, pakai untuk aktiviti kasual indoor dan outdoor, mahupun menghadiri apa-apa acara sekalipun, memang tak ada masalah untuk pakai jeans.







 





Tak kira apa bentuk badan si pemakainya dalam apa saiz sekalipun, jeans dan denim memang akan boost confident level si pemakainya. Ada banyak gila pilihan Denim & Jeans untuk korang pilih di Parkson pada harga yang berpatutan dari tempat lain. Antara jenama popular untuk dipilih seperti Lavine, Sfera, 7Dayz, SPAO, dan WHO A.U.


Korang juga boleh join contest Parkson Denim #OOTD untuk bawa pulang baucer Parkson bernilai RM2,000.
Caranya cukup senang iaitu pergi like Instagram Parkson lepas tu upload gambar Denim #OOTD korang kat Instagram dan letak 3 hashtag berikut - #MadAboutDenim #ParksonMalaysia #Parkson.

Senang kan? Untuk maklumat lanjut, korang boleh tengok info lebih lengkap di website Parkson, atau di Facebook & Instagram mereka sekarang!

HS55 Tidak Sabar Untuk Beraksi di Sepang

Posted: 30 Oct 2018 06:30 AM PDT


Pelumba Monster Yamaha Tech3, Hafizh Syahrin Abdullah menikmati minggu yang positif di Australia minggu lalu sebelum terjatuh ketika perlumbaan sebenar ketika berada di kedudukan kelapan.

Hafizh Syahrin kini nyata tidak sabar untuk beraksi pada penampilan pertamanya dalam saingan MotoGP di Grand Prix Motosikal Malaysia bermula Jumaat ini.

"Saya tidak sabar untuk beraksi di Sepang selepas beraksi baik di Phillip Island. Meskipun pada akhirnya keputusan tidak memihak kepada saya, dua pertiga daripada perlumbaan itu sangat menarik," katanya.

"Saya belajar daripada barisan pelumba utama di depan. Saya juga dapat mengikuti mereka dari jarak dekat.

"Malangnya jentera saya hilang kawalan di selekoah keempat dan tidak laju dalam laluan lurus.

"Sudah tentu saya mahu mempamerkan aksi terbaik di sini," katanya.

Kita Akan Kejar 'Jerung Besar' Dahulu - Tun Dr Mahathir

Posted: 30 Oct 2018 03:43 AM PDT


Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata kerajaan akan terus mencari dan mengheret lebih ramai 'jerung besar' yang terbabit dengan rasuah pada zaman pentadbiran kerajaan terdahulu.

Namun ia bukan kerja mudah kerana memerlukan bukti untuk mengheret mereka ke muka keadilan, katanya.

"Akan ada ramai lagi orang akan diheret. Tetapi, sekarang kita terpaksa memberi fokus terhadap beberapa orang terlebih dahulu kerana kekurangan pegawai.

"Jadi, kita tidak boleh berurusan dengan ramai orang yang terbabit dengan rasuah pada zaman pentadbiran kerajaan terdahulu.

"Buat masa sekarang, kita 'kejar' jerung besar terlebih dahulu. Tetapi untuk heret mereka, kena kumpul cukup bukti untuk heret ke mahkamah keadilan dan kemudiannya tindakan boleh diambil," katanya.

Terperangkap Dalam Kesesakan, Menyelamatkan Nyawanya

Posted: 30 Oct 2018 02:53 AM PDT


Disebalik nahas yang menimpa penumpang dan anak kapal Lion Air yang terhempas di Laut Jawa, tersimpan satu cerita demana seorang pegawai Kementerian Kewangan Indonesia terselamat dan bernasib baik.

"Saya berasal dari Bandung. Jadi, setiap minggu saya akan pulang dan menaiki pesawat awal pagi," jelas Sony Setiawan kepada wartawan di Pangkalpinang, hari ini.

Setiawan mengatakan, kebiasaannya dia akan tiba di Jakarta tepat jam 3 pagi dari Bandung. Namun, Sony terperangkap di dalam kesesakan lalu lintas di Cikampek hingga menyebabkan dia terlepas pesawat kerana tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta itu pada jam 6.20 pagi.

"Selepas mendengar kejadian yang menimpa pesawat Lion Air. Saya menangis kerana terkejut bercampur sedih berikutan enam sahabat saya turut berada dalam pesawat itu. ALLAH memberi peluang kepada saya untuk memperbaiki diri," ujarnya sambil menambah berasa tidak sedap hati sejak petang semalam.

Oh Media: Al Fatihah kepada semua mangsa korban  pesawat Lion Air, JT 610.

Kutipan Tabung Harapan Malaysia Terus Bergerak

Posted: 30 Oct 2018 02:43 AM PDT


Kemas kini terbaru Tabung Harapan Malaysia pada hari ini 30 Oktober 2018 menunjukkan jumlah RM196,346,098.96 yang dilancarkan sejak 30 Mei 2018 lalu sebagai usaha rakyat untuk membantu kerajaan mengurangkan hutang negara yang mencecah RM1 Trilion.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng sebelum ini ada memaklumkan bahawa Tabung Harapan ini hanya akan digunakan untuk membayar hutang kerajaan.

Rakyat yang ingin menyumbang kepada tabung ini bolehlah berbuat demikian menerusi akaun Maybank 5660-1062-6452.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Tabung Harapan Malaysia Akhirnya Akan Ditutup Pada Penghujung Tahun Ini

Posted: 30 Oct 2018 02:37 AM PDT


Tabung Harapan Malaysia akan ditutup pada penghujubg tahun ini pada 31 Disember setelah dilancarkan pada 30 Mei lalu.

Ini dikatakan sendiri oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang Mesyuarat Jemaad Menteri bersetuju untuk menutup Akaun Amanah Tabung Harapan Malaysia setelah tujuh bulan ia ditubuhkan.

"Keikhlasan kerajaan untuk memastikan sumbangan Tabung Harapan Malaysia adalah berdasarkan keprihatinan kepada situasi hutang negara dicerminkan dengan penolakan tawaran sebuah syarikat negara asing untuk menderma RM100 juta kerana disyaki ada niat tertentu di sebalik sumbangan tersebut," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

"Pelantikan firma audit luaran oleh Kementerian Kewangan bagi tujuan mengaudit akaun Tabung Harapan Malaysia juga dibuat selaras dengan Seksyen 7 Akta Audit 1957.

"Ini adalah kerana Tabung Harapan Malaysia melibatkan dana yang disumbang oleh rakyat untuk membayar hutang negara yang mencecah RM1 Trilion ekoran skandal 1MDB, dan kerajaan komited untuk terus telus dengan setiap sen yang diterima," katanya.


Raja Salman Nantikan Kehadiran Tun Dr Mahathir Ke Arab Saudi

Posted: 30 Oct 2018 02:25 AM PDT


Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud baru-baru ini telah mengundang Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk ke negaranya itu dalam masa terdekat.

Surat rasmi yang disampaikan oleh utusan Raja Salman, Turki Mohamed Fahd Al Saud dalam satu pertemuan di Perdana Putra tempoh hari.

"Perdana Menteri mengucapkan terima kasih dan akan memikirkan masa yang sesuai sebab sekarang ini kerja banyak," katanya kepada pemberita selepas pertemuan itu.

Jemputan ini dilihat mampu untuk mengeratkan lagi hubungan antara dua negara yang telah menjalinkan hubungan baik sekian lama.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Akhirnya Rakyat Malaysia Boleh Beli Tiket EPL Secara Online Untuk Menonton Di London!!

Posted: 30 Oct 2018 05:43 AM PDT


Bila ditanyakan soal impian, ramai diantara kita pasti mempunyai impian untuk melancong ke luar negara terutamanya ke Kota London. Ada juga yang hanya ingin ke sana semata-mata untuk menonton perlawanan EPL secara langsung dan merasai sendiri kehangatan EPL di sana berbanding hanya sekadar menonton di mamak seperti kebiasaannya.

Memang seronok untuk menyaksikan perlawanan bola sepak peringkat antarabangsa secara langsung, tetapi untuk mendapatkan tiket (walk in) amat sukar dan selalu juga sold out ataupun harga akan melambung tinggi dari yang sepatutnya. Sebenarnya ada cara mudah yang tersedia apabila korang boleh membeli tiket EPL ini di Malaysia sahaja secara atas talian.



Sebenarnya anda boleh membeli tiket secara online di www.boxofficeevents.my dengan sangat mudah, tanpa susah payah beratur untuk mendapatkan tiket di stadium.

Memang mudah apabila anda juga boleh mendapatkan tiket yang diidamkan dengan harga yang amat berpatutan dan anda turut boleh memilih tempat duduk dan view yang diinginkan kerana tiket yang dibeli dari www.boxofficeevents.my merupakan season pass.


Jadi korang tidak perlu risau lagi untuk mendapatkan tiket perlawanan antarabangsa yang sah, kerana www.boxofficeevents.my adalah website sah bagi penjualan tiket EPL, La Liga, Serie A, Bundesliga, FA Cup, Champion League dan Europe League.

Di sini, kami sediakan langkah-langkah mudah sebagai rujukan anda untuk mendapatkan tiket perlawanan antarabangsa yang sah.



Setiap orang sebenarnya boleh pergi ke tempat yang diimpikan. Cuma kita sahaja yang perlu bijak memilih dan meracang. Korang bila lagi?

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Seramai 218 Penduduk Palestin Telah Terkorban Dibunuh Tentera Zionis

Posted: 30 Oct 2018 12:45 AM PDT


Petempuran yang terus menghimpit bumi Gaza telah menyebabkan seorang warga Palestin menjadi mangsa pembunuhan terbaru tentera Zionis yang berlaku di sempadan Gaza.

Mohammed Abu Abada, 27, ditembak di dada dalam bantahan sepanjang sempadan berhampiran Beit Lahia di Utara Gaza.

Jurucakap tentera Israel berkata, kira-kira 3,000 penduduk Palestin berkumpul di sepanjang pantai dan pagar sempadan di utara Semenanjung Gaza.

Menurutnya, mereka membaling tayar yang terbakar selain melempar batu dan peranti letupan ke arah anggota tentera dan pagar antara Israel dan Gaza.

"Tentera bertindak dengan cara menyuraikan rusuhan dan menembak mengikut prosedur operasi biasa," katanya.

Sejak bantahan dilancarkan pada bulan Mac lalu, kira-kira 218 orang penduduk Palestin telah menjadi korban peluru tentera Zionis.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Disahkan Rakyat Malaysia Tidak Terbabit Nahas Lion Air

Posted: 30 Oct 2018 12:44 AM PDT


Kementerian Luar mengesahkan setakat ini tiada rakyat Malaysia terbabit dalam nahas pesawat Lion Air JT-610 yang dilaporkan terhempas di perairan Karawang, utara Pulau Jawa, Indonesia, hari ini.

Berdasarkan kenyataan, Kementerian Luar hari ini, Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta sudah menghubungi pihak berkuasa tempatan bagi mendapatkan butiran terperinci mangsa yang terbabit dalam tragedi itu.

"Kementerian Luar ingin mengesahkan berdasarkan kepada maklumat yang diperoleh daripada kerajaan Indonesia, pesawat Lion Air JT-610 yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Jakarta pada jam 6.20 pagi waktu Indonesia Barat, terhempas di perairan Karawang, utara Pulau Jawa selepas 15 minit berlepas.

"Setakat ini, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terbabit di dalam kejadian ini. Pihak Kedutaan akan terus berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan bagi memantau perkembangan terkini.

"Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular atau maklumat lanjut mengenai kejadian ini boleh menghubungi pihak Kedutaan menerusi emel mwjakarta@kln.gov.my/jkonsular@gmail.com atau nombor telefon +62215224947 dan +6281380813036 (whatsapp)," katanya.

Sumber: BH

Lalai Dengan Dunia & Berpaling Dari Agama

Posted: 29 Oct 2018 06:08 PM PDT


Musibah terbesar yang menimpa diri seseorang adalah lalai dari petunjuk dan berpaling dari jalan agama kerana mengikuti hawa nafsu dan mengutamakan kehidupan dunia. Musibah ini akan mematikan hati dan menghancurkan badan. Sehingga tepatlah jika Allah banyak mencela orang-orang yang lalai, menyebut mereka dengan sifat-sifat buruk dan mengancam dengan siksa yang dahsyat.

Firman Allah :
إِنَّ الَّذِينَ لَا يَرْجُونَ لِقَاءَنَا وَرَضُوا بِالْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَاطْمَأَنُّوا بِهَا وَالَّذِينَ هُمْ عَنْ آيَاتِنَا غَافِلُونَ أُولَئِكَ مَأْوَاهُمُ النَّارُ بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ
"Sesungguhnya orang-orang yang tidak mengharapkan (tidak percaya akan) pertemuan dengan Kami dan merasa puas dengan kehidupan dunia serta merasa tenteram dengan kehidupan itu dan orang-orang yang melalaikan ayat-ayat Kami, mereka itu tempatnya ialah neraka, disebabkan apa yang selalu mereka kerjakan." (Yunus: 7-8)

Firman Allah :
وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرًا مِنَ الْجِنِّ وَالْإِنْسِ لَهُمْ قُلُوبٌ لَا يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لَا يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ آذَانٌ لَا يَسْمَعُونَ بِهَا أُولَئِكَ كَالْأَنْعَامِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ أُولَئِكَ هُمُ الْغَافِلُونَ
"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahanam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah) dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sama seperti binatang bahkan mereka lebih sesat lagi dari binatang. Mereka itulah orang-orang yang lalai." (Al-a'raf: 179)

Orang-orang lalai lebih sesat daripada binatang ternak. Nerakalah balasan atas kelalaian mereka, dan neraka itu seburuk-buruk tempat tinggal. Hal itu disebabkan, mereka membatasi tujuan hidup mereka hanya pada makan, minum, dan berseronok. Mereka hanyut dalam hawa nafsu dan menikmati syahwat. Mereka lalai dari mematuhi perintah pencipta langit dan bumi Allah Subhanahu wa Ta'ala.

Telinga mereka tuli dari mendengarkan kebenaran. Telinga hanya digunakan untuk mendengar muzik, lagu dan hiburan. Tidak ada masa untuk mendengar isi kandungan Al-Quran dan kitab-kitab agama.

Mata mereka buta dari mengambil pengajaran. Mata hanya untuk melihat perkara lagha dan haram. Tidak ada masa matanya untuk melihat wajah orang alim dan perkara yang mengingatkan hari akhirat.

Hati mereka pula lengah dari melihat kebenaran. Hanya memikirkan bagaimana mendapatkan duit, bagaimana mahu lebih senang dan kaya. Tidak langsung menggunakan hati untuk memikirkan nasib diri yang tidak ada amal solih, tidak menggunakan hati memikirkan kekurangan dan kesilapan serta dosa yang sudah terlalu banyak dilakukan.

Peringatan-peringatan tidak diindahkan. Mereka hanyut dalam kesenangan dan kelalaian. Angan-angan mereka terlalu panjang sehingga melalaikan dari ketaatan dan tidak ada ada kesudahannya melainkan bertemu dengan kesesatan yang nyata. Lalu datang siksa Allah secara tiba-tiba ketika mereka lalai dalam seronok dan dosa.

Firman Allah :
وَكَمْ مِنْ قَرْيَةٍ أَهْلَكْنَاهَا فَجَاءَهَا بَأْسُنَا بَيَاتًا أَوْ هُمْ قَائِلُونَ * فَمَا كَانَ دَعْوَاهُمْ إِذْ جَاءَهُمْ بَأْسُنَا إِلَّا أَنْ قَالُوا إِنَّا كُنَّا ظَالِمِينَ
"Betapa banyaknya negeri yang telah Kami binasakan maka datanglah siksaan Kami (menimpa penduduk) nya di waktu mereka berada di malam hari, atau di waktu mereka beristirahat di tengah hari. Maka tidak adalah keluhan mereka di waktu datang kepada mereka siksaan Kami, kecuali mengatakan: "Sesungguhnya kami adalah orang-orang yang zalim." (Al-A'raf: 4-5)

Terkadang hati mereka mengakui melakukan dosa tapi tidak segera bertaubat.

Firman Allah yang ertinya:
"Maka mengapa mereka tidak memohon (kepada Allah) dengan tunduk merendahkan diri ketika datang siksaan Kami kepada mereka, bahkan hati mereka telah menjadi keras dan syaitan pun menampakkan kepada mereka keelokkan apa yang selalu mereka kerjakan. Maka tatkala mereka melupakan peringatan yang telah diberikan kepada mereka, Kami pun membukakan semua pintu-pintu kesenangan untuk mereka sehingga apabila mereka sedang bergembira dengan apa yang telah diberikan kepada mereka lalu Kami siksa mereka dengan tanpa disangka-sangka, maka ketika itu mereka terdiam berputus asa. Maka orang-orang yang zalim itu dimusnahkan sampai ke akar-akarnya. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam."  (Al-An'am: 43-45)

Di antara fenomena kerasnya hati dan lalai dari mendekatkan diri kepada Tuhan ialah manusia tidak menghiraukan peringatan Allah dalam Kitabnya dan terus-menerus berbuat dosa di sepanjang waktu, baik siang atau malam. Kebanyakan mereka terus melakukan perbuatan yang mendatangkan kemurkaan-Nya.

Riba yang Allah nyatakan perang terhadap pelakunya marak dilakukan dan menjadi satu sistem yang tidak mungkin lepas dari perekonomian mereka.

Begitu juga urusan solat. Banyak orang secara terang-terangan meninggalkannya. Sukan lebih penting dari solat. Kononnya bersukan memberi kesihatan kepada mereka. Mereka lupa meninggalkan solat akan diazab dengan bakaran api neraka. Kesihatan apakah yang mereka perolehi sebenarnya kalau tubuh badan hancur lebur dibaham olih api diakhirat nanti?

Hiburan jauh lebih disukai dari solat. Kalau bertembung hiburan dengan solat maka hiburan didulukan. Kemudian sibuk mengaku sebagai umat islam. Padahal solat adalah rukun agama. Tanpa solat seorang itu adalah tidak beragama.

Dalam urusan harta, kebanyakan orang enggan mengeluarkan sebagian dari rezki yang telah Allah anugerahkan untuk zakat, infak dan sedekah. Mereka lebih suka menghabiskan harta untuk menuruti syahwat haramnya. Bangga menjadi kaya dalam masa yang sama menjadi musuh Allah yang paling nyata.

Berapa banyak rumah-rumah kaum muslimin yang diisi dengan patung, lukisan dan film-film yang menjijikkan. Suara muzik dan nyanyian yang menjauhkan malaikat rahmat dari memasukinya. Kaum wanitanya, terbiasa keluar rumah dalam seolah telanjang mendedahkan auratnya. Dan masih banyak lagi kemungkaran-kemungkaran lainnya yang dipertontonkan di tengah masyarakat yang mengaku Islam ini.

Firman Allah:
وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَى آمَنُوا وَاتَّقَوْا لَفَتَحْنَا عَلَيْهِمْ بَرَكَاتٍ مِنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ وَلَكِنْ كَذَّبُوا فَأَخَذْنَاهُمْ بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ أَفَأَمِنَ أَهْلُ الْقُرَى أَنْ يَأْتِيَهُمْ بَأْسُنَا بَيَاتًا وَهُمْ نَائِمُونَ أَوَأَمِنَ أَهْلُ الْقُرَى أَنْ يَأْتِيَهُمْ بَأْسُنَا ضُحًى وَهُمْ يَلْعَبُونَ أَفَأَمِنُوا مَكْرَ اللَّهِ فَلَا يَأْمَنُ مَكْرَ اللَّهِ إِلَّا الْقَوْمُ الْخَاسِرُونَ أَوَلَمْ يَهْدِ لِلَّذِينَ يَرِثُونَ الْأَرْضَ مِنْ بَعْدِ أَهْلِهَا أَنْ لَوْ نَشَاءُ أَصَبْنَاهُمْ بِذُنُوبِهِمْ وَنَطْبَعُ عَلَى قُلُوبِهِمْ فَهُمْ لَا يَسْمَعُونَ
"Jika sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkat dari langit dan bumi tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami siksa mereka disebabkan perbuatannya. Maka apakah penduduk negeri-negeri itu merasa aman dari kedatangan siksaan Kami kepada mereka di malam hari di waktu mereka sedang tidur? Atau apakah penduduk negeri-negeri itu merasa aman dari kedatangan siksaan Kami kepada mereka di waktu matahari sedang meninggi naik ketika mereka sedang bermain? Maka apakah mereka merasa aman dari azab Allah (yang tidak terduga-duga)? Tiadalah yang merasa aman dari azab Allah kecuali orang-orang yang rugi. Dan apakah belum jelas bagi orang-orang yang mempusakai suatu negeri sesudah (lenyap) penduduknya, bahawa kalau Kami menghendaki tentu Kami azab mereka sebab dosa-dosanya; dan Kami kunci mati hati mereka sehingga mereka tidak dapat mendengar (pelajaran lagi)?" (Al-A'raf: 96-100)

Sungguh tidaklah Allah menyiksa suatu kaum melainkan saat mereka lalai dan tersesat. Mereka tertipu dengan kenikmatan-kenikmatan duniawi yang diperolehnya. Maka jika engkau lihat Allah memberikan dunia melimpah kepada manusia di atas kemaksiatan terhadap-Nya, ketahuilah, Allah sedang ingin menarik mereka kepada kebinasaan secara berlahan-lahan dengan cara yang tidak mereka ketahui.

Maksud firman Allah:
"Dan Aku memberi tangguh kepada mereka. Sesungguhnya rencana-Ku amat teguh." (Al-A'raf: 183)

Kesengajaan melakukan kesalahan, terang-terangan melakukan kemaksiatan, mengulang-ulang perbuatan dosa, dan meremehkan ancaman Allah merupakan kezaliman di atas kezaliman. Kerananya Allah menyiapkan hukuman berat atas dosa besar ini sehingga mengharamkan ampunan-Nya atas mereka.

Firman Allah :
وَلَيْسَتِ التَّوْبَةُ لِلَّذِينَ يَعْمَلُونَ السَّيِّئَاتِ حَتَّى إِذَا حَضَرَ أَحَدَهُمُ الْمَوْتُ قَالَ إِنِّي تُبْتُ الْآنَ وَلَا الَّذِينَ يَمُوتُونَ وَهُمْ كُفَّارٌ أُولَئِكَ أَعْتَدْنَا لَهُمْ عَذَابًا أَلِيمًا
"Dan tidaklah taubat itu diterima Allah dari orang-orang yang mengerjakan kejahatan (yang) hingga apabila datang ajal kepada seseorang di antara mereka, (barulah) ia mengatakan: "Sesungguhnya saya bertaubat sekarang" Dan tidak (pula diterima taubat) orang-orang yang mati sedang mereka di dalam kekafiran. Bagi orang-orang itu telah Kami sediakan siksa yang pedih." (Al-Nisa': 18)

Allah menyamakan orang yang terus-menerus melakukan dosa sehingga kematian menjemput dan orang yang tetap degil sampai datangnya kematian dengan ditiadakan taubat dari mereka.

Dalam hadith sahih disebutkan, "Setiap umatku dimaafkan (kesalahannya) kecuali al-mujahirun." Yakni orang yang berbangga dengan kemaksiatannya dan tidak lekas bertaubat dengan meninggakan dosa.

Bersungguh-sungguhlah dalam menjalankan ketaatan kepada-Nya. Hindari sikap berbangga dengan maksiat dan jangan terus-menerus mengerjakannya. Jangan remehkan ancaman Allah dan siksa-Nya. Sungguh semua itu adalah sebab datangnya kebinasaan. Jika kamu tergelincir kepada kesalahan segeralah menyesal dan bertaubat sebelum tertutup peluang. Sesungguhnya setiap anak Adam (manusia) pastilah berbuat salah, namun sebaik-baik mereka yang berbuat salah adalah mereka yang segera bertaubat.

Wallahua'lam

+ Ustaz Azhar Idrus (Original)

Jauhi Dosa Dengan Allah dan Sesama Manusia

Posted: 29 Oct 2018 05:57 PM PDT


Rasulullah s.a.w bersabda: "Jauhi perkara yang memerlukan meminta maaf." (Riwayat Dailami)

Elakkan daripada melakukan dosa samada dosa terhadap Allah swt atau dosa sesama manusia.

Dosa terhadap Allah s.w.t memerlukan pengampunan melalui taubat, istigfar dan penyesalan.

"Dan kamu mohonlah keampunan daripada Allah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Al-Baqarah:199)

Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya seorang hamba melakukan suatu perbuatan dosa tetapi apabila dia teringat perkara tersebut, maka dia merasa sedih; apabila Allah melihatnya benar-benar bersedih hati, maka dia mengampuni apa yang dilakukannya itu sebelum dia mengkafarahnya (menebusnya) tanpa melalui sembahyang dan tanpa berpuasa." (Riwayat Ibnu Asakir melalui Abu Hurairah r.a)

"Penyesalan itu adalah taubat." (Hadith riwayat Ibnu Majah).

Dosa sesama manusia pula perlu dimaafkan oleh manusia sendiri

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w, bersabda: "Sesiapa yang menanggung sesuatu kezaliman yang dilakukan terhadap orang lain, sama ada yang mengenai maruah dan kehormatan atau sebarang perkara yang lain, maka dari sekarang juga hendaklah ia meminta orang itu melepaskannya dengan jalan memaafkan atau menghalalkannya sebelum datangnya masa yang tidak ada padanya wang ringgit atau emas perak untuk membayarnya;bahkan pada masa itu kalau ia mempunyai amal salih, akan diambil daripada amalnya itu sekadar perbuatan aniaya yang dilakukannya untuk diberi kepada orang itu; kalau ia pula tidak mempunyai amal salih, maka akan diambil dari kesalahan orang itu serta dibebankan kesalahan itu ke atasnya."

Minta maaf dari sekarang jika ada melakukan kesalahan terhadap orang lain supaya tidak muflis di akhirat nanti. Muflis akibat habis pahala kebaikan diambil dan terpaksa pula menanggung dosa kejahatan orang lain (sekiranya tidak cukup pahala untuk membayarnya).

Daripada Abu Hurairah r.a, bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Tahukah kamu siapakah dia orang muflis?" Sahabat-sahabat baginda menjawab: "Orang muflis di antara kami ya Rasulullah ialah orang yang tidak ada wang dan tidak ada harta benda." Nabi s.a.w bersabda: "Sebenarnya orang muflis dari kalangan umatku ialah orang yang datang pada hari Kiamat membawa pahala sembahyang, puasa dan zakat, sedang datangnya itu dengan kesalahan memaki hamun orang ini dan menuduh orang itu memakan harta orang ini, menumpah darah orang itu, dan juga memukul orang; maka akan diambil dari amal kebajikannya serta diberi kepada orang ini dan orang itu kemudian kiranya habis amal kebajikannya sebelum habis dibayar kesalahan-kesalahan yang ditanggungnya, akan diambil pula dari kesalahan-kesalahan orang yang dianiayakan serta ditimpakan ke atasnya, kemudian ia dihumbankan ke dalam Neraka.

Wallahua'lam

+ Nasbun Nurain

Roh Bertemu Dengan Roh Lain Di Barzakh?

Posted: 29 Oct 2018 05:38 PM PDT


Soalan:
Adakah benar dakwaan bahawa orang yang telah meninggal dunia boleh bertemu semula dengan roh ahli keluarga yang telah lama mati?

Jawapan:
Kematian adalah sesuatu yang pasti dan setiap yang hidup akan merasai kematian bahkan tidak ada satu pun dari kalangan yang bernyawa akan terlepas daripada kematian. Firman Allah SWT:

كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ ۖ ثُمَّ إِلَيْنَا تُرْجَعُونَ
"Tiap-tiap diri (sudah tetap) akan merasai mati kemudian kamu akan dikembalikan kepada kami (untuk menerima balasan)." (Surah al-'Ankabut :57)

Berdasarkan soalan di atas, sebahagian ilmuan berpendapat bahawa roh-roh orang yang telah meninggal dunia tidak akan bertemu antara satu sama lain. Namun di sana wujudnya pandangan yang mengatakan bahawa roh-roh orang yang telah meninggal dunia saling bertemu antara satu lain bahkan disokong pula dengan dalil (bukti) daripada al-Quran dan hadis-hadis yang sahih.

AL-QURAN

وَلَا تَحْسَبَنَّ الَّذِينَ قُتِلُوا فِي سَبِيلِ اللَّـهِ أَمْوَاتًا ۚ بَلْ أَحْيَاءٌ عِندَ رَبِّهِمْ يُرْزَقُونَ ﴿١٦٩﴾ فَرِحِينَ بِمَا آتَاهُمُ اللَّـهُ مِن فَضْلِهِ وَيَسْتَبْشِرُونَ بِالَّذِينَ لَمْ يَلْحَقُوا بِهِم مِّنْ خَلْفِهِمْ أَلَّا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ ﴿١٧٠﴾  يَسْتَبْشِرُونَ بِنِعْمَةٍ مِّنَ اللَّـهِ وَفَضْلٍ وَأَنَّ اللَّـهَ لَا يُضِيعُ أَجْرَ الْمُؤْمِنِينَ
"Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur syahid) pada jalan Allah itu mati. (Mereka tidak mati) bahkan mereka hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki. Dan mereka bersuka cita dengan kurniaan Allah (balasan mati Syahid) yang telah dilimpahkan kepada mereka dan mereka bergembira dengan berita baik mengenai(saudara mereka) orang-orang (islam yang sedang berjuang) yang masih tinggal di belakang yang belum sampai kepada mereka bahawa tidak ada kebimbangan terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita. Mereka bergembira dengan balasan nikmat dari Allah dan limpah kurnianya,dan(ingatlah) bahawa Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang yang beriman." (Surah ali-Imran: 169-171)

Kata Ibnu Qayyim al-Jauziyah: "Allah SWT telah mengkhabarkan kepada kita berkenaan perihal orang yang syahid bahawa mereka hidup di sisi Tuhan dengan mendapat rezeki, mereka bergembira dengan berita baik mengenai(saudara mereka) orang-orang (islam yang sedang berjuang) yang masih tinggal di belakang yang belum sampai kepada mereka mereka juga bergembira dengan balasan nikmat dari Allah dan limpah kurnianya. Kesemua ini menunjukkan bahawa mereka bertemu melalui 3 perkara tersebut."

Kata beliau lagi: "Lafaz Istibsyar pada bahasa membawa maksud saling mengkhabarkan antara satu sama lain seperti يتباشرون." [Rujuk Kitab al-Ruh (m/s 18)]

Kata Sheikh Abdurrahman Al-Sa'di berkenaan ayat ini: "Yang dimaksudkan dengan يستبشرون بالذين لم يلحقوا بهم من خلفهم adalah mereka saling mengkhabarkan antara satu sama lain berkenaan saudara mereka yang belum lagi sampai bahawa mereka itu akan mendapat seperti mana mereka dapat."

Beliau juga menafsirkan ayat ألا خوف عليهم ولا هم يحزنون dengan maksud bahawa mereka saling mengkhabarkan tentang terhapusnya kesedihan mereka dan saudara mereka dengan mendapat kegembiraan yang sempurna. Begitu juga ayat يستبشرون بنعمة من الله وفضل. Beliau menafsirkan ayat ini dengan makna mereka saling mengucapkan tahniah antara satu sama lain dengan sebesar-besar tahniah. [Rujuk Tafsir al-Sa'di (1/156)]

Kesemua tafsiran ini jelas menunjukkan bahawa roh-roh para syuhada saling bertemu antara satu lain. Ya, walaupun secara zahir ayat ini ditujukan kepada para syuhada akan tetapi ianya tidak hanya khusus kepada para syuhada kerana di sana terdapat hadis-hadis yang menunjukkan bahawa roh-roh selain syuhada juga saling bertemu.

AL-HADITH

Jabir Bin Abdullah mengkhabarkan:

أَنَّ النَّبِىَّ -صلى الله عليه وسلم- خَطَبَ يَوْمًا فَذَكَرَ رَجُلاً مِنْ أَصْحَابِهِ قُبِضَ فَكُفِّنَ فِى كَفَنٍ غَيْرِ طَائِلٍ وَقُبِرَ لَيْلاً فَزَجَرَ النَّبِىُّ -صلى الله عليه وسلم- أَنْ يُقْبَرَ الرَّجُلُ بِاللَّيْلِ حَتَّى يُصَلَّى عَلَيْهِ إِلاَّ أَنْ يُضْطَرَّ إِنْسَانٌ إِلَى ذَلِكَ وَقَالَ النَّبِىُّ -صلى الله عليه وسلم-  إِذَا كَفَّنَ أَحَدُكُمْ أَخَاهُ فَلْيُحَسِّنْ كَفَنَهُ
"Rasulullah SAW berkhutbah pada satu hari lalu Baginda SAW menyebut tentang seorang sahabat yang telah meninggal dunia. Dia dikafankan dengan kain yang tidak panjang dan dikebumikan pada waktu malam. Lalu Nabi SAW melarang untuk dikebumikan seseorang pada waktu malam sehingga dia disembahyangkan kecuali keadaan mendesaknya berbuat demikian seraya Nabi SAW bersabda: Apabila salah seorang dari kamu mengkafankan saudaranya maka perelokkanlah urusan pengkafanan." [Riwayat Muslim (943)]

Hadis riwayat Jabir ini telah dijelaskan melalui jalur sanad yang lain. Daripada Abu Qatadah, daripada Nabi SAW:

مَنْ وَلَّي أَخَاهُ فَلْيُحْسِنْ كَفنَهٌ
"Sesiapa yang menguruskan (jenazah) saudaranya maka perelokkanlah (urusan) pengkafanan. Kerana mereka saling menziarahi (ketika di dalam kubur)." [Riwayat al-Baihaqi (9268) dalam Syu'ab al-Iman & al-San'ani (6208) dalam Musannaf Abdurrazaq]

Imam al-Suyuti (w.911H) ketika berkomentar mengenai hadis ini, beliau berkata: "Hadis ini adalah hadis hasan sahih. Ianya mempunyai jalur sanad yang pelbagai serta syawahid (jalur sanad melalui sahabat yang berbeza)." [Rujuk al-La'ali al-Masnu'ah fi al-Ahadis al-Maudhu'ah (2/366)]

Juga di dalam riwayat yang hasan dari jalur sanad Muslim Bin Ibrahim al-Warraq:

فِي قُبُورِهِمْ ويتَزَاوَرُونَ يَتَبَاهَونَ فَإِنَّهُم
"Kerana mereka saling berbangga (dengan kafan tersebut) dan saling berziarah di dalam kubur mereka." [Riwayat al-Baihaqi dalam Syu'ab al-Iman (9268)]

Di dalam hadis yang sahih daripada Abu Hurairah r.a:
أَنَّ نَبِيَّ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : إِذَا حُضِرَ الْمُؤْمِنُ أَتَتْهُ مَلاَئِكَةُ الرَّحْمَةِ بِحَرِيرَةٍ بَيْضَاءَ ، فَيَقُولُونَ : اخْرُجِي رَاضِيَةً مَرْضِيًّا عَنْكِ إِلَى رَوْحِ اللهِ ، وَرَيْحَانٍ ، وَرَبٍّ غَيْرِ غَضْبَانَ فَتَخْرُجُ كَأَطْيَبِ رِيحِ مِسْكٍ حَتَّى إِنَّهُ لَيُنَاوِلُهُ بَعْضُهُمْ بَعْضًا حَتَّى يَأْتُوا بِهِ بَابَ يَعْنِي السَّمَاءِ فَيَقُولُونَ : مَا أَطْيَبَ هَذِهِ الرِّيحَ الَّتِي جَاءَتْكُمْ مِنَ الأَرْضِ فَيَأْتُونَ بِهِ أَرْوَاحَ الْمُؤْمِنِينَ فَلَهُمْ أَشَدُّ فَرَحًا بِهِ مِنْ أَحَدِكُمْ بِغَائِبِهِ يَقْدَمُ عَلَيْهِ فَيَسْأَلُونَهُ مَا فَعَلَ فُلاَنٌ مَا فَعَلَ فُلاَنٌ ؟ فَيَقُولُونَ : دَعُوهُ فَإِنَّهُ كَانَ فِي غَمِّ الدُّنْيَا فَإِذَا قَالَ أَمَا أَتَاكُمْ ؟ قَالُوا : ذُهِبَ بِهِ إِلَى أُمِّهِ الْهَاوِيَةِ وَإِنَّ الْكَافِرَ إِذَا حُضِرَ أَتَتْهُ مَلاَئِكَةُ الْعَذَابِ بِمِسْحٍ فَيَقُولُونَ : اخْرُجِي سَاخِطَةً مَسْخُوطًا عَلَيْكِ إِلَى عَذَابِ اللهِ فَتَخْرُجُ كَأَنْتَنِ رِيحِ جِيفَةٍ حَتَّى يَأْتُونَ بِهِ بَابَ الأَرْضِ فَيَقُولُونَ : مَا أَنْتَنَ هَذِهِ الرِّيحَ حَتَّى يَأْتُوا بِهِ أَرْوَاحَ الْكُفَّارِ.
"Bahawasanya Nabi SAW bersabda: Apabila seorang Mukmin nazak, datang kepadanya malaikat Rahmat dengan membawa sutera putih. Para Malaikat berkata: Keluarlah wahai roh dalam keadaan redha lagi diredhai kepada Allah, penuh rahmat serta tidak dimurkai Tuhan. Maka roh tersebut keluar seperti bau misk (wangian) yang terbaik sehingga bau tersebut sampai ke pintu langit. Para malaikat (di langit) berkata: Wanginya bau yang kamu bawa dari dunia! Mereka membawa roh tersebut menemui roh-roh orang yang beriman. (Pada ketika itu) mereka (roh orang mukmin) terlalu gembira dengan kedatangan roh tadi. Mereka bertanya kepadanya apa yang dilakukan oleh fulan ini, apa yang dilakukan oleh fulan ini? Para Malaikat berkata: Tinggalkan dia. Sesungguhnya dia pernah berada di dalam kesedihan dunia. Lalu roh itu berkata: Apa yang menyebabkan kamu ke sini? Mereka menjawab: Dia telah dibawa dari ibunya. Ketika mana orang kafir nazak, datang kepadanya malaikat azab dengan membawa guni. Lalu para Malaikat berkata: Keluarlah wahai roh dalam keadaan murka lagi dimurkai serta (rasalah) azab Allah. Maka roh itu keluar seperti bau nanah (yang keluar dari bangkai mereput) sehingga bau tersebut sampai ke pintu langit dunia, maka para malaikat berkata: Busuknya bau nanah ini sehingga mereka membawa roh-roh orang kafir." [Riwayat al-Nasaie (1972) di dalam Sunan al-Kubra & Ibn Hibban (3078) dalam Sahihnya]

Hadis yang panjang ini menjelaskan kepada kita akan perihal roh orang mukmin dan juga roh orang kafir. Juga menjadi dalil bahawa roh-roh orang mukmin yang telah mati akan bertemu dengan roh-roh orang mukmin yang lain. Ini dapat dilihat melalui pertanyaan roh-roh orang mukmin yang telah lama mati akan perihal ahli keluarga mereka yang masih hidup. Berbeza dengan roh orang kafir yang tidak langsung dipertemukan dengan roh-roh lain.

Kata Ibn Qayyim al-Jauziyah: "Ini adalah satu perbahasan yang mulia lagi besar (untuk membahaskannya). Jawapannya adalah: Roh terbahagi kepada dua. Roh yang diazab dan roh yang diberi nikmat. Roh yang diazab terlalu sibuk diazab sehinggakan tiada masa bagi mereka untuk saling bertemu dan berziarah antara satu sama lain. Manakala roh yang diberi nikmat tanpa dibelenggu oleh apa-apa, mereka saling bertemu dan saling berziarah antara satu sama lain. Mereka juga saling mengingat antara satu sama lain tentang apa yang telah berlalu di dunia dan apa yang berlaku kepada ahli keluarga mereka yang masih hidup. Setiap roh (yang diberi nikmat) bersama siapa yang dia ikut dan roh Nabi kita berada di tingkat paling atas sekali. Bertepatan dengan firman Allah SWT:

وَمَن يُطِعِ اللَّـهَ وَالرَّسُولَ فَأُولَـٰئِكَ مَعَ الَّذِينَ أَنْعَمَ اللَّـهُ عَلَيْهِم مِّنَ النَّبِيِّينَ وَالصِّدِّيقِينَ وَالشُّهَدَاءِ وَالصَّالِحِينَ ۚ وَحَسُنَ أُولَـٰئِكَ رَفِيقًا
"Sesiapa yang taat kepada Allah dan Rasul maka mereka akan bersama orang yang diberi nikmat oleh Allah dari kalangan Nabi, orang yang benar (imannya), para syuhada dan juga orang yang soleh. Dan amatlah elok mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang taat)."

Kebersamaan ini berlaku sama ada di dunia, di alam barzakh mahupun di hari kiamat kelak. Dan mereka berada bersama siapa yang mereka suka." [Rujuk Kitab al-Ruh (m/s 17)]

Al-Imam al-Qurtubi (w.671 H) seakan bersetuju dengan pendapat yang mengatakan bahawa roh orang mukmin akan saling bertemu antara satu lain. Pandangan beliau ini boleh didapati di dalam karya beliau yang bertajuk كتاب التذكرة بأحوال الموتى وأمور الأخرة (Kitab peringatan tentang hal kematian dan hari akhirat). Selepas beliau mendatangkan hadis dan athar dari para Tabi'in beliau menyebut:

"Kesemua khabar ini walaupun ianya disebut secara mauqufah (bukan marfu') akan tetapi ianya tidak hanya sekadar pandangan peribadi. Al-Nasaie meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Hurairah RA sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda dalam satu hadis. Di antara kandungan hadis tersebut;

فَيَأْتٌونَ بِهِ أَرْواَحَ المُؤْمِنِينَ فَلَهُمْ أَشُّد فَرْحاً مِنْ أَحَدِكُمْ بِغَائِبِكُم يَقْدَمُ عَليه فَيَسْأَلُونَهٌ ما فَعَلَ فُلانٌ مَا فَعَلَتْ فُلاَنَةٌ
"Mereka didatangkan dengan roh-roh orang mukmin. Mereka lebih gembira dengan kedatangan roh tersebut berbanding kalian yang bersedih kerana pemergiannya. Maka mereka bertanya: Apa yang dilakukan oleh orang lelaki ini, apa yang dilakukan oleh orang perempuan ini?" [Riwayat al-Nasaie (1833) di dalam Sunan al-Sughra]

Kata beliau lagi: Disebutkan di dalam satu hadis bahawa Nabi SAW bersabda:

اَلْأَرْواَحُ جُنُودٌ مُجنَّدَةٌ فَمَا تَعَارَفَ منْهاَ ائْتَلَفَ ومَا تَناَكَرَتْ منها اخْتَلَفَ
"Roh-roh adalah seperti tentera yang tersusun. Apabila mereka saling mengenali mereka akan bersatu. Apabila mereka saling memungkari mereka akan bercanggah (antara satu sama lain)." [Riwayat al-Bukhari (3158) dan Muslim (2638)]

Ini adalah pertemuan antara roh-roh. Dan dikatakan roh saling bertemu ketika tidur dan setelah mati. Allah sahaja Maha Mengetahui."

[Rujuk al-Tazkirah bi Ahwal al-Mauta wa Umur al-Akhirah (m/s 233-234)]

Ibnu Taimiyyah apabila ditanya: "Adakah roh orang yang telah mati akan bertemu semula?" Beliau menjawab: "Roh orang yang hidup apabila ditarik (mati) akan bertemu dengan roh orang yang telah lama meninggal dunia. Mereka bertanya tentang keadaan orang yang masih hidup." [Rujuk Majmu' Al-Fatawa (24/303 & 368)]

Di sana terdapat hadis yang menyebut bahawa roh orang yang telah mati tidak akan bertemu dengan roh yang lain. Adakah benar hadis ini? Apakah status taraf hadis ini?

Hadis tersebut diriwayatkan oleh Amarah bin Khuzaimah Bin Thabit daripada ayahnya. Beliau (Khuzaimah bin Thabit) berkata:

رَأَيْتُ فِي الْمَنَامِ أَنِّي أَسْجُدُ عَلَى جَبْهَةِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَخْبَرْتُ بِذَلِكَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ إِنَّ الرُّوحَ لَا تَلْقَى الرُّوحَ وَأَقْنَعَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَأْسَهُ هَكَذَا فَوَضَعَ جَبْهَتَهُ عَلَى جَبْهَةِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
"Aku melihat di dalam mimpi bahawa aku sujud di atas dahi Nabi SAW. Maka (keesokannya)aku beritahu Nabi SAW tentang apa yang aku mimpi. Lalu Baginda SAW bersabda: Sesungguhnya roh tidak bertemu dengan roh (yang lain). Kata Amarah: Nabi SAW kemudiannya mengangkat kepala baginda begini. Lantas ayah meletakkan dahinya ke dahi Nabi SAW." [Riwayat Ahmad (21864,20861 & 21913) di dalam Musnad]

Berlaku kesilapan di dalam lafaz hadis ini. iaitu pada perkataan لا تلقى Ini adalah disebabkan kesalahan ketika menyalin manuskrip. Bahkan manuskrip yang mempunyai kesilapan ini digunakan sehinggakan dianggap sebagai masyhur. Jika dikaji satu persatu, tiada masalah dari segi sanad kerana kebanyakan perawi di dalamnya adalah thiqoh (terpercaya).

Di dalam riwayat Nasaie menyebut:

إِنَّ الرُّوحَ لَتَلْقَى الرُّوح
"Sesungguhnya roh pasti bertemu dengan roh yang lain." [Riwayat al-Nasaie (7631) di dalam Sunan Al-Kubra]

Bukan dengan lafaz لا تلقى. Sheikh Shuaib Al-Arnaut ketika memberi komentar mengenai hadis ini beliau juga menyebut bahawa ini adalah kesalahan ketika menyalin manuskrip. Yang betul adalah  لتلقى bukan لا تلقى. [Rujuk Musnad Ahmad cetakan muassasah Al-Risalah (36/188)]

PENUTUP

Kesimpulannya, berdasarkan ayat Al-Quran dan hadis-hadis serta penjelasan para ulama maka benarlah dakwaan bahawa roh orang yang telah meninggal dunia boleh bertemu semula roh ahli keluarga yang telah lama mati. Namun perlu diingat hanya roh orang yang beriman sahaja boleh bertemu antara satu sama lain berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah. Marilah kita bersama-sama memohon kepada Allah agar dikurniakan husnul khatimah (kesudahan yang baik) sepertimana Nabi SAW berdoa:

اللّهُمَّ تُوَفِّنا مسلمين وَاحْيِناَ مُسْلِمِينَ وَأَلحِقْناَ بالصالحين
"Ya Allah matikan kami dalam keadaan kami muslim, hidupkan kami sebagai muslim dan masukkan kami dalam kalangan orang yang soleh." [Riwayat al-Bukhari (697) dalam Al-Adab Al-Mufrad]

Wallahu'alam

+ Mufti Wilayah Persekutuan