Tuesday, October 16, 2018

faizalyusup

faizalyusup


KRONOLOGI MEMBUKA AKAUN SAHAM

Posted: 15 Oct 2018 07:15 PM PDT

KRONOLOGI MEMBUKA AKAUN SAHAM

Dapatkan borang CDS dan
Dapatkan borang trading dari pihak Kenanga. Samaada dengan datang ke pejabat FY di The Curve Mutiara Damansara atau bagi nama dan alamat penuh kepada En Yasin 0193346570 untuk mendapatkan borang melalui pos. Untuk pengetahuan anda pelanggan FY bukan hanya dari Perlis hingga ke Sabah namun ada yang dari luar negara.

Isi kedua-dua borang tersebut.
Gunakan pen hitam. Hubungi En Yasin kalau anda tak tahu cara mengisinya.

Lampirkan bersama salinan kad pengenalan depan dan belakang. Salinan penyata bank dan RM10.00.

Kelulusan akaun CDS ini akan mengambil masa paling kurang seminggu! Kemudian anda akan mendapat no akain CDS melalui Emel dari pihak Bursa.

Surat dari Kenanga yang memaparkan no CLIENT CODE akan anda terima sejurus selepas itu.

Kalau dalam masa 2 minggu anda masih belum mendapat apa-apa jawapan hubungi En Yasin 0193346570 untuk mendaparkan kepastian sekiranya ada masalah.

APA YANG PERLU ANDA LAKUKAN SETELAH MEMBUKA AKAUN CDS DAN TRADING

Sekiranya anda masih belum membuka Online Platfrom Kentrade, WhatsApp En Ramzie 0173730513 atau layari blog FY www.faizalyusup.net atau pergi ke channel Faizal Yusup di Youtube untuk mendapatkan garispanduan bagaimana untuk mendaftar platform online tersebut. Websitenya ialah www.kentrade.com.my

Bagi yang sudah mendaftar Platform Online anda sudah boleh masukkan modal pelaburan anda.

Kalau CLIENT CODE anda bermula dengan IMC ia adalah akaun Islamik jadi modal pelaburan anda perlu dimasukkan ke dalam akaun berikut ini -
MAYBANK ISLAMIC ACC
UNTUK ISLAMIC ACC:-
564324608876
ATAU
CIMB ISLAMI. (C
8603150630

Atas nama KENANGA INVESTMENT BANK BERHAD.

dan

Bagi akaun Trading Conventional dengan CLIENT CODE yang tidak bermula dengan IMC pula berikut adalah no akaun bank-bank yang anda boleh masukkan modal pelaburan anda ;

MAYBANK CONVENTIONAL 514011620167
CIMB - 8000552392
PBB - 3999203821
SCB - 312100888613

Atas nama KENANGA INVESTMENT BANK BERHAD.

Sila pastikan anda memasukkan  duit anda sendiri dan bukan duit orang ketiga eg, duit dari akaun suami atau isteri, mak bapak, adik beradik, duit dari syt enterprise, sdn bhd dan sebagainya kerana ia tak boleh diterima.

Setelah duit dimasukkan sila ambil gambar dan whatsApp slip tersebut kepada En Ramzi 0173730513 dan minta En Ramzi trading limit serta activatekan platform online Kentrade anda.

Bila Kentrade telah diaktifkan maka anda akan mendapat button BUY dan SELL di Kentrade.

Duit itu pula akan dimasukkan ke dalam akaun trading anda di Kenanga.

Berapa banyak pulak modal yang optima untuk memulakan pelaburan saham?
RM5000. Kalau kurang dari tu pun boleh tapi ia akan menjadi tak effisien.

Maka Tahniah! Anda telah bersedia untuk memulakan urusniaga pelaburan saham anda!

Sekian.

FY
www.faizalyusup.net

PS - Harap simpan nota ini.