Tuesday, October 2, 2018

Oh! Media

Oh! Media


Jepun Ramalkan Gempa Lebih Kuat Akan Melanda Palu

Posted: 01 Oct 2018 05:38 AM PDT


Pakar seismoloi negara Jepun hari ini memberi amaran bahawa gempa susulan yang lebih kuat diramal akan menggegar bandar Palu dan Donggala di Sulawesi Tengah.

"Aktiviti seismik dan tsunami di Sulawesi memiliki ciri sama dengan gempa bumi besar yang pernah berlaku di Aceh pada 2004. Ia berpunca daripada pergerakan serta pelanggaran lapisan atau plat Bumi.

"Oleh itu, pihak berkuasa perlu memantau setiap gempa susulan dan berdepan segala kemungkinan. Mungkin ada gegaran yang lebih kuat berlaku dalam masa terdekat," katanya.

Keadaan itu sekali gus menyukarkan lagi kerja-kerja mencari dan menyelamat mangsa yang dipercayai masih terperangkap dalam runtuhan bangunan dan rumah.

Gambar Klang Selangor Dilanda Ribut Dan Hujan Lebat

Posted: 01 Oct 2018 04:54 AM PDT

Klang, Selangor dilanda ribut dan hujan lebat yang menyebabkan banyak pokok tumbang, kemusnahan harta benda dan kesesakan luar biasa pada petang tadi.









Kredit: Hishamuddin Ahmad Zaki

Pelumba Motosikal Cub Prix Meninggal Dunia Akibat Kemalangan

Posted: 01 Oct 2018 02:15 AM PDT


Pelumba Cub Prix, Muhammad Haziq Zaulkafli, 24, meninggal dunia selepas terlibat kemalangan, malam semalam.

Allahyarham merupakan pelumba dari pasukan Maju Mega Bike (MMB) disahkan meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini, petang tadi.

Pengurus Pasukan MMB, Amirul Johari Azman berkata, allahyarham besama-sama rakan dalam perjalanan pulang selepas program Gatherings Honda RS di Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Beliau berkata, difahamkan ketika sampai di susur keluar Tambun, Muhammad Haziq dilanggar sebuah kereta.

Allahyarham merupakan Juara Keseluruhan Petronas Sprinta Pro Am Cup kejohanan Cub Prix Malaysia.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd Ali Tamby mengesahkan kejadian kemalangan tersebut membabitkan sebuah motosikal Honda FS150FH3 dengan sebuah kereta jenis Honda Civic di KM 276.6 Lebuhraya Utara Selatan arah utara.

Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati motosikal yang ditunggang mangsa bergesel dengan motosikal yang lain sebelum terjatuh di kawasan jalan tersebut.

Malaysia Kini Termasuk Dalam Jaluran Lingkaran Api Pasifik

Posted: 01 Oct 2018 04:48 AM PDT


Rekod gempa bumi sejak tahun 1973 - 2013 di Indonesia  menunjukkan hampir ke semua wilayahnya berlaku gegaran.

Bagaimanapun, Malaysia turun berdepan risiko gempa bumi ini, kerana kita turut telah termasuk dalam jaluran Lingkaran Api Pasifik sejak 2007 lagi.

Prof Madya Mustaffa Kamal Shuib, Pensyarah Jabatan Geologi, Fakulti Sains Universiti Malaya berkata, sejak 2007 lagi kawasan Bukit Tinggi dan Janda Baik, Pahang sudah merasai gegaran tetapi lemah, hanya di bawah bacaan lima magnitud.

Gegaran dalam skala berkenaan boleh dirasai, namun ia masih terlalu kecil untuk merosakkan struktur bangunan rendah atau pencakar langit.


PASKAL Terus Cipta Sejarah Tersendiri Dalam Masa 4 Hari

Posted: 01 Oct 2018 12:40 AM PDT


Filem aksi bertemakan ketenteraan Malaysia yang diambil dari kejadian sebenar iaitu PASKAL The Movie telah mencatatkan rekod tersendiri apabila berjaya mencatatkan rekod kutipan RM7.5 juta untuk 4 hari tayangan.

Berita gembira itu dikongsikan sendiri pelakon utamanya, Hairul Azreen di akaun Instagram miliknya.

Alhamdulillah dengan izin Allah 4 hari tayangan jumlah kutipan RM7.5 Juta , Terima kasih semua terima kasih kerana percayakan kami pelakon & team @paskal_themovie
This is alpha leader, Copy

Ibu Bapa Disarankan Tidak Daftar Nama Anak Melebihi 80 Huruf

Posted: 01 Oct 2018 12:21 AM PDT


Bila disoal nama anak yang akan diletakkan oleh kedua pasangan zaman sekarang, pasti semuanya mahu meletakkan nama yang unik, bermakna dan panjang kepada cahaya mata mereka.

Ini juga menyebabkan, JPN terpaksa mengehadkan nama bayi yang baru lahir untuk didaftarkan tidak melebihi 80 huruf sahaja termasuk nama bapa, bin, binti, dan sebagainya. Singkatan 'Abd' dan 'Mohd' juga tidak dibenarkan, mesti dieja penuh.

Setakat ini, nama terpanjang mengikut rekod JPN mengandungi 78 abjad dari 4 perkataan. Jadi ibu bapa diluar sama dinasihatkan untuk memilih nama yang membawa maksud baik untuk anak-anak.

Munafik 2 Terus Mendapat Sokongan Di Lebih 100 Buah Pawagam Indonesia

Posted: 30 Sep 2018 08:38 PM PDT


Munafik 2 yang telah mendapat sambutan yang cukup membanggakan di Malaysia, kini meneruskan kehangatannya di Indonesia.

Sudah mula ditayangkan sejak 26 September lalu di 100 buah pawagam di seluruh Indonesia, berbanding hanya 50 buah pawagam sahaja sebelum ini.

Menurut pengarah dan pelakon utama filem ini, Syamsul Yusof menerusi Instagram miliknya, sambutan Munafik 2 di Indonesia adalah di luar jangkaan.

"Alhamdulillah dan terima kasih warga Indonesia. Sambutan sangat baik, pihak pawagam Indonesia tambah layar kepada lebih 100 cinema di Indonesia," tulisnya.

Munafik 2 memecahkan rekod sebagai filem Melayu paling tinggi kutipan di negara ini iaitu sebanyak RM40 juta dalam tempoh 17 hari ditayangkan.






Konsert Pertama Gegar Vaganva 5 Membuka Tirai

Posted: 30 Sep 2018 08:29 PM PDT


Gegar Vaganza kini kembali dengan menampilkan artis-artis terkemuka tanah air. Ia kembali membuka tirai menerusi musim terbaharunya yang juga merupakan penganjuran edisi kelima bermula malam tadi.

Mereka yang beraksi dalam GV5 terdiri daripada Amelina (Asyik), Norynn Aziz (Fantasi Oh Realiti), Safura Yaacob (Sedalam Mana Cintamu), Dia Fadilla (Aku Masih Setia), Hetty Sarlene (Sangsi Asmara) dan Maya Ruslee (Matahari).

Selain itu, Farawahida (Tanpamu), Zamani Slam (Gerimis Mengundang), Syafie Rio (Layu Di Hujung Mekar), Elite (Tamparan Wanita), Billy Zulkarnain (Hati Terluka) dan Forteen (Berdua Bersatu).

Jumlah Korban Di Palu Dijangka Terus Meningkat

Posted: 30 Sep 2018 08:13 PM PDT


Jumlah kematian akibat tsunami dan gempa bumi meningkat kepada 832 semalam dan dijangka terus meningkat, menyebabkan pihak berkuasa terpaksa mengumumkan pengebumian besar-besaran bagi membendung wabak penyakit.

Data diperoleh agensi itu mendapati kebanyakan kematian direkodkan di Palu, dua hari selepas gelombang setinggi 1.5 meter melanda bandar yang mempunyai populasi 350,000 penduduk.

Jumlah kematian akan terus meningkat," kata jurucakap agensi bencana alam nasional, Sutopo Purwo Nugroho.

"Hari ini kami akan memulakan kerja-kerja mengebumikan mayat mangsa untuk mengelakkan penularan penyakit berjangkit," katanya.


Dalam satu kenyataan di Twitter, Sutopo turut memberi amaran kepada penduduk untuk tidak mempercayai amaran palsu mengenai beberapa lagi tsunami serta gempa bumi yang tersebar di media sosial.

Bencana alam yang dahsyat di Palu itu menyebabkan penduduk berada dalam keadaan terdesak dan kelaparan, lalu terpaksa memecah masuk kedai untuk mendapatkan bekalan asas seperti makanan, air serta minyak.

"Sila senaraikan semua barang yang diambil dan jumlahnya. Kami akan bayar semula ganti rugi itu," kata Menteri Keselamatan, Wiranto.

Real Madrid Beri Penghormatan Kepada Ahed Tamimi

Posted: 30 Sep 2018 07:55 PM PDT


Warga Palestin, Ahed Tamimi yang ditahan rejim Zionis dan menerima kecaman antarabangsa telah menerima penghormatan kelab bola sepak Sepanyol, Real Madrid.

Remaja berusia 17 tahun itu bersama bapanya, Basim Tamimi dijemput ke Stadium Santiago Bernabeu di Madrid di mana dia bertemu bekas penyerang Emilio Butragueno yang kemudiannya menyerahkan jersi bola sepak secara peribadi kepadanya.

Aktivis yang dikenali atas keberaniannya kerana menampar dan memukul tentera Israel di luar rumahnya di perkampungan Nabi Saleh di Tebing Barat kini berada di Eropah untuk siri jelajah politik.

Jurucakap Kementerian Luar Israel, Emmanuel Nahson bagaimanapun menyelar keputusan Real Madrid itu menerusi Twitter dan menyifatkan ia sebagai memalukan.

Sumber: Al- Jazeera

Bayi Menjadi Pembela Ahli Ibadah

Posted: 30 Sep 2018 05:30 PM PDT


Diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Juraij adalah seorang laki-laki yang rajin beribadah. Dia membangunkan tempat peribadahan dan sentiasa beribadah di tempat itu. Ketika sedang melaksanakan solat sunat, tiba-tiba ibunya datang dan memanggilnya: "Hai Juraij!" Juraij bertanya dalam hati: "Ya Allah, manakah yang lebih aku utamakan, melanjutkan solatku atau memenuhi panggilan ibuku?" Akhirnya dia pun meneruskan solatnya itu hingga ibunya merasa kecewa dan beranjak darinya.

Keesokan harinya, ibunya datang lagi kepadanya sedangkan Juraij sedang melakukan solat sunat. Kemudian ibunya memanggilnya: "Hai Juraij!" Kata Juraij dalam hati: "Ya Allah, manakah yang lebih aku utamakan, memenuhi seruan ibuku atau solatku?" Lalu Juraij tetap meneruskan solatnya hingga ibunya merasa kecewa dan beranjak darinya.

Hari berikutnya, ibunya datang lagi ketika Juraij sedang melaksanakan solat sunat. Seperti biasa ibunya memanggil: "Hai Juraij!" Kata Juraij dalam hati: "Ya Allah, manakah yang harus aku utamakan, meneruskan solatku atau memenuhi seruan ibuku?" Namun Juraij tetap meneruskan solatnya dan mengabaikan seruan ibunya. Tentunya hal ini membuatkan hati ibunya kecewa. Hingga tak lama kemudian ibunya pun berdoa kepada Allah: "Ya Allah, janganlah Engkau matikan dia sebelum dia mendapat fitnah dari perempuan pelacur!"

Kaum Bani Israil selalu memperbincangkan mengenai Juraij dan ibadahnya, hingga ada seorang wanita pelacur yang cantik berkata: "Jika kalian menginginkan populariti Juraij hancur di mata masyarakat, maka aku dapat memfitnahnya demi kalian."

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pun meneruskan sabdanya: "Maka mulalah pelacur itu menggoda dan memujuk Juraij, tetapi Juraij tidak mudah terpedaya dengan godaan pelacur tersebut. Kemudian pelacur itu pergi mendatangi seorang penggembala ternak yang kebetulan sering berteduh di tempat peribadahan Juraij. Ternyata wanita tersebut berhasil memperdayainya hingga laki-laki penggembala itu melakukan penzinaan dengannya hingga akhirnya hamil.

Setelah melahirkan, wanita pelacur itu berkata kepada masyarakat sekitarnya bahawa: "Bayi ini adalah hasil perbuatan aku dengan Juraij." Mendengar pengakuan wanita itu, masyarakat pun menjadi marah dan benci kepada Juraij. Kemudian mereka mendatangi rumah peribadatan Juraij lalu menghancurkannya. Selain itu, mereka pun bersama-sama menghakimi Juraij tanpa bertanya terlebih dahulu kepadanya.

Lalu Juraij bertanya kepada mereka: "Mengapa kalian lakukan hal ini kepadaku?" Mereka menjawab: "Kami lakukan hal ini kepadamu kerana kamu telah berbuat zina dengan pelacur ini hingga dia melahirkan bayi dari hasil perbuatanmu." Juraij berseru: "Dimanakah bayi itu?" Kemudian mereka membawakan bayi hasil perbuatan zina itu dan Juraij menyentuh perut bayi tersebut dengan jari tangannya seraya bertanya: "Hai bayi kecil, siapakah sebenarnya ayahmu itu?" Ajaibnya, bayi terus menjawab: "Ayah saya adalah si fulan, seorang penggembala."

Sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam: "Akhirnya mereka menaruh hormat kepada Juraij. Mereka menciumnya dan mengharap berkat darinya. Setelah itu mereka pun berkata: "Kami akan membangun kembali tempat ibadahmu ini dengan bahan yang terbuat dari emas." Namun Juraij menolak dan berkata: "Tidak perlu, tetapi kembalikan saja rumah ibadah seperti semula yang terbuat dari tanah liat." Akhirnya mereka pun mulai melaksanakan pembangunan rumah ibadah itu seperti semula."


(Sahih Bukhari, no. 3181, Sahih Muslim, no. 4626, Musnad Ahmad, no. 7726)

Empat Tingkatan Syuhada’

Posted: 30 Sep 2018 05:20 PM PDT


Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Syuhada itu ada empat: 

(1) Seorang mukmin yang istimewa keimanannya, ia bertemu musuh dan membenarkan Allah hingga ia terbunuh. Mukmin inilah yang kelak mata manusia tertuju kepadanya dengan penuh kekaguman pada hari kiamat." 

(2) Dan seorang mukmin yang istimewa keimanannya dan bertemu musuh, hanya sayang tubuhnya (maksudnya dirinya) seolah-olah terkena sedikit duri pohon kerana sifat pengecutnya yang masih ada, ia terkena anak panah yang menyasar hingga kemudian terbunuh, orang ini berada di tingkat kedua. 

(3) Dan seorang mukmin yang masih mencampuradukkan amal solehnya dan amal buruknya, ia bertemu musuh dan membenarkan Allah hingga terbunuh, orang ini berada di tingkat ketiga. 

(4) Dan seorang mukmin yang melampui batas terhadap dirinya, ia bertemu musuh dan membenarkan Allah hingga ia terbunuh. Orang ini berada di tingkat keempat." 


(Sunan At-Tirmidzi, no. 1568, hasan)

Pintu Syurga Ada di Rumahmu

Posted: 30 Sep 2018 05:13 PM PDT


Seorang Tabi'in yang mulia Iyas bin Mu'awiyah menangis penuh keharuan ketika meninggal salah seorang dari orang tuanya, maka dikatakan pada beliau: "Mengapa anda menangis sedemikian rupa?"

Maka beliau menjawab: "Tidaklah aku menangis kerana kematian, kerana yang hidup pasti akan mati. Akan tetapi yang membuatku menangis kerana dahulu aku memiliki dua pintu ke syurga, maka tertutuplah satu pintu pada hari ini dan tidak akan di buka sampai hari kiamat, aku memohon pada Allah Ta'ala agar aku dapat menjaga pintu yang kedua..."

Kedua orang tua adalah dua pintu menuju syurga, yang kita dapat menikmati bau harumnya setiap pagi dan petang, Rasulullah shallahu 'alaihi wasallam bersabda:

الوالد أوسط أبواب الجنة فأضع ذلك الباب أو احففظه
"Orang tua (ibu bapa) adalah pintu syurga yang paling tengah, maka jangan sia-siakanlah pintu itu atau jagalah ia." (HR. Tirmidzi)

Ya, pintu syurga yang paling tengah, yang paling indah, yang paling elok. Maka masihkah engkau sia-siakan pintu itu? Bahkan engkau haramkan dirimu untuk memasukinya? Dengan mengangkat suaramu di hadapannya? Dengan membentaknya di kala tulang-tulangnya semakin lemah kerana di makan usia? Sementara tubuhmu yang berotot mekar, dahulu telah di basuh kotoranmu dengan tangannya yang kini tak bertenaga?

Duhai sungguh ruginya...
Betapa ruginya!
Jika kau berani derhaka !

Rasulullah Shallahu ' alaihi wa Sallam bersabda : "Celaka,celaka,celaka!" Dikatakan pada baginda, "Siapa wahai Rasulullah?" Maka baginda bersabda: "Siapa saja yang mendapati kedua orang tuanya, baik salah satu atau kedua-duanya di kala mereka lanjut usia, akan tetapi (keadaan tersebut) tidak memasukkannya ke syurga." (HR. Muslim)

اللهم ارزقنا البر بوالدينا و اجمعنا بهم في جنات النعيم

Ya Allah, berilah kami rezeki untuk berbakti kepada kedua orang tua kami, dan kumpulkanlah kami bersama mereka di syurgaMu. Aamiin...

Lakonan Gerard Butler Paling Gempak Dalam Hunter Killer 25 Oktober Ini

Posted: 01 Oct 2018 05:50 AM PDT


HUNTER KILLER merupakan sebuah filem yang amat dinanti-nantikan untuk tahun 2018 ini apabila Gerard Butler (King Leonidas dalam filem 300) bergandingan dengan pemenang Anugerah Oscar, Gary Oldman (Anugerah Pelakon Terbaik, Darkest Hour, 2017).

Selain mereka berdua, filem HUNTER KILLER ini turut menyaksikan penampilan terbaik Common (John Wick: Chapter 2), Linda Cardellini (Avengers: Age of Ultron) dan Toby Stephens (Die Another Day).

Dari penerbit filem Fast & Furious, Olympus Has Fallen, dan London Has Fallen, HUNTER KILLER merupakan sebuah filem aksi lagak ngeri dengan gabungan unsur-unsur laut dan darat yang pada Ohmedia, korang yang minat filem aksi wajib untuk tonton filem ni apabila mula ditayangkan di Malaysia nanti. Tonton trailer di bawah.

Trailer & Sinopsis

Trailer: Hunter Killer | Dipawagam 25 Oktober 2018
Dipawagam seluruh Malaysia 25 Oktober 2018 ini. #HunterKillerMalaysia
Posted by Oh! Media TV on Sunday, September 30, 2018


Di dasar Lautan Artik, Komander Kapal Selam Joe Glass (Gerard Butler, Olympus Has Fallen, 300) sedang mencari sebuah kapal selam AS yang dalam kesusahan, beliau mendapati rampasan kuasa di Rusia yang merupakan satu ancaman kepada keselamatan dunia.

Disebabkan kru kapal selam dan negara dalam keadaan bahaya, Komander Joe Glass telah membentuk unit elit daripada bekas ahli Navy SEALs untuk menyelinap masuk ke perairan musuh dan menyelamatkan Presiden Russia yang telah diculik serta menghalang Perang Dunia Ketiga tercetus.








Hunter Killer akan ditayangkan diseluruh Malaysia pada 25 Oktober 2018 ini.