Wednesday, October 10, 2018

Oh! Media

Oh! Media


Lee Zii Jia Tidak Mahu Terlalu Meraikan Kemenangan

Posted: 09 Oct 2018 06:52 AM PDT


Lee Zii Jia yang telah berjaya menjuara Terbuka Taiwan apabila menewaskan pemain Jepun tidak mahu mendabik dada dan berasa selesa.

Lee Zii Jia mahu mengekalkan rentak dan kekal konsisten dalam kejohanan akan datang. 

"Kalau terlalu meraikan kejayaan ini, saya nampak seperti sombong, jadi saya rasa lebih baik fokus dan kembali berlatih seperti biasa. Saya mahu terus kekal merendah diri, kemenangan itu permulaan terbaik untuk saya," katanya ketika ditemui pemberita di Akademi Badminton Malaysia, Bukit Kiara hari ini.

Zii Jia menamatkan kemarau 14 tahun gelaran perseorangan lelaki Malaysia pada kejohanan itu selepas kali terakhir menerusi Datuk Lee Chong Wei pada 2004. Datuk Misbun Sidek pernah memenangi kejohanan itu pada 1987 dan Wong Choong Hann (2003).

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.


Gambar - Keunikan 'Roundabout' di Sabah

Posted: 09 Oct 2018 05:23 AM PDT


Kamurang tau ka salah satu keunikan Sabah adalah roundabout yang unik dan berbeza di setiap daerah atau tempat tertentu. Ini antara koleksi roundabout yang ada di Sabah.













Ulasan Mingguan PACE Mengenai Palestin

Posted: 09 Oct 2018 04:33 AM PDT


Minggu ini kita menyaksikan penangkapan beramai-ramai penduduk Palestin di Tebing Barat yang dilakukan oleh tentera Zionis Israel. Pada pagi Selasa, 2 Oktober, seramai 21 penduduk Palestin ditangkap, manakala pada hari Khamis pula seramai 13 penduduk Palstin ditangkap di sekitar kawasan berasingan di Tebing Barat.

Kesemua mereka ditahan atas tuduhan melakukan aktiviti melawan tentera Zionis Israel dan penduduk haram Zionis.

Dalam pada itu, seramai 168 orang pelampau Zionis telah mencerobohi kawasan Masjid Al-Aqsa dengan kawalan ketat oleh polis dan tentera Israel bagi melaksanakan ritual Talmud di sekitarnya. Menurut laporan daripada badan Wakaf Islamiah Al-Quds, seramai 10 orang panduduk Palestin dibuang kawasan kerana dituduh menghalangi tugasan angota polis Israel serta menghalang pendatang haram daripada memasuki kawasan Masjid Al-Aqsa.


Presiden Amerika Syrikat, Donald Trump dengan penuh bangga dan bongkak membuat kenyataan bahawa Amerika Syarikat lah yang telah melindungi Arab Saudi di samping mengumumkan bahawa Amerika Syarikat telah mula menghantar bantuan ketenteraan kepada tentera Zionis Israel sebanyak 38 juta USD selama 10 tahun yang akan datang pada Rabu 3 Oktober. Menurut Trump, beliau juga telah menandatangani persepakatan ketenteraan bersama kerajaan Arab Saudi yang berjumlah 460 juta USD di Riyad pada tahun lalu.

Menurut laporan daripada media Pergerakan Pembela Islam Palestin (HAMAS) pada Khamis 4 Oktober, sebanyak 431 operasi serangan telah berjaya dilakukan hanya pada bulan September lalu di sekitar Tebing Barat dan bandar al-Quds.

Dalam laporan tersebut menyatakan bahawa, rakyat Palestin berjaya mempelbagaikan corak serangan mereka seperti tembakan terus kepada tentera Israel, operasi tikam, lemparan batu, lemparan bom Molotov disamping penentangan melalui demonstrasi jalanan bagi menghalang serangan tentera Zionis Israel ke penempatan mereka.


Perkembangan Di Gaza

Pada hari Rabu 3/10, Seorang kanak-kanak Palestin yang berumur 15 tahun, Ahmad Samir Abu Al-Habl meninggal dunia akibat terkena bom pemedih mata dibahagian kepala yang disasarkan oleh tentera Zionis Israel kepada peserta demonstrasi aman di Jalur Gaza.

Pada Jumaat 7/10 pula 3 orang pemuda Palestin Syahid terbunuh dalam aksi demonstrasi yang sama.

Menurut Laporan daripada Palinfo dan Kementerian Kesihatan Gaza, lebih daripada 204 rakyat Palestin telah syahid, 10 jenazah syuhada daripadanya masih ditahan oleh tentera Zionis Israel di samping lebih daripada 22 ribu yang lain yang tercedera semenjak tercetusnya GRM (Great Return March - Perarakan besar untuk kembali ke tanah air dan kampung halaman mereka) pada Mac lalu.

Menurut Pusat Biro Perangkaan Palestin (PCBS) , 90 peratus penduduk Gaza dikatakan hidup tanpa bekalan air yang bersih disamping berkurangnya bekalan ubat-ubatan di setiap klinik dan hospital kesan daripada sekatan yang telah dilakukan oleh kerajaan Zionis Israel dan dibantu oleh Pihak Berkuasa Palestin (PA) semenjak 12 tahun yang lalu.


Menurut laporan daripada Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza, lebih daripada 70 peratus bekalan ubat-ubatan telah habis digunakan.

Akibat daripada sekatan kejam dan krisis yang berpanjangan dalam bidang ekonomi, penghasilan dan perdangangan, Jalur Gaza terpaksa menampung kerugian sebanyak 50 juta USD sebulan. Menurut laporan daripada Palinfo, sebanyak 2500 kedai dan kilang terpaksa ditutup akibat daripada krisis berkenaan. Akibat daripada itu juga jumlah pengangguran di Gaza makin meningkat serta peratusan pengangguran disana adalah yang tertinggi di dunia iaitu melebihi 43,9 peratus penduduk di sana.

Rujukan: Pal Info
Foto: APA

Al-Quran Dijumpai Sempurna Disebalik Kemusnahan Palu

Posted: 09 Oct 2018 07:19 AM PDT


Kejadian gempa dan tsunami yang berlaku di Palu Indonesia telah mengorbankan banyak mangsa dan lebih seribu lagi masih hilang. Malah banyak tempat kediaman, ibaah dan banggunan-banggunan turut musnah.

Tapi disebalik kemusnahan itu, para sukarelawan menemui senaskah al-Quran yang masih sempurna tanpa kesan kotor dari lumpur.

Dalam kesibukan mencari mayat dalam timbunan sampah dan bangunan, dikatakan sukarelawan menemukan senaskah al-Quran masih sempurna dan tiada cacat celanya.




Sebulan Dikecam, Datuk Seri Vida Bersedia Untuk Berjumpa Aisyah

Posted: 09 Oct 2018 03:10 AM PDT


Setelah sekian lama dikecam dan pelbagai komen diberikan atas dakwaan penaja utama program GV4 iaitu Datuk Seri Vida kerana didakwa memberikan barang kemas palsu. Akhirnya DSV memuat naik satu kenyataan rasmi.

"Boleh dikatakan sebulan saya dikecam hebat dengan netizen.

"Sampaikan saya posting apa-apa di media sosial, komen semuanya kecaman sahaja.

"Bukan setakat berdepan kecaman, malahan bisnes saya merundum teruk, hampir sebanyak 70 peratus kerugian," akui DSV sedih.

Walaubagaimanpun, DSV berkata dia bersedia untuk berjumpa Aisyah bagi menyelesaikan kemelut antara mereka.



Mia Ahmad Kongsi Gambar dan Nama Putera Sulung Mereka

Posted: 09 Oct 2018 02:02 AM PDT


Kelahiran anak pertama pelakon Mia Ahmad dan suaminya Mohd Izham Tarmizi telah berkongsi gambar dan nama puteranya.

Ini dikongsikan Mia di akaun Instagram miliknya dengan pilihan nama Sayf Issa.

"Bismillahirahmanirahim, introducing to you our bundle of joy, Sayf Issa Bin Mohd Izham Tarmizi.

"Was born at 3.27 kilogram on 28th of September 2018. Someone new to love is here.

"Thank you ya Allah for sending us a little baby to cuddle and love," tulisnya.


Siapakah Gadis Berpayung Yang Menemani Hafizh Syahrin Kali Ini?

Posted: 09 Oct 2018 01:20 AM PDT


Selalunya kita melihat, sebelum bermulanya perlumbaan MotorGP, pasti akan ada gadis berpayung yang berpakaian seksi, tinggi seperti model menemani pelumba-pelumba.

Tetapi berbeza pula dengan pelumba MotorGP negara iaitu Hafizh Syahrin apabila gadis berpayung yang menemaninya kali ini adalah isterinya sendiri. Isteri Hafizh iaitu Noor Suzana menemaninya di Buriram, Thailand dan penampilannya sebagai gadis berpayung Hafizh menarik perhatian dunia permotoran apabila menjadi gadis berpayung pertama memakai hijab.

Hafizh memuat naik gambar berkenaan di Instgramnya dan mendapat pujian dari netizen dan menyifatkannya sebagai 'sweeet couple. Untuk pengetahuan anda Hafizh dan Noor Suzana baru sahaja berkahwin Disember tahun lalu.






McGregor Dilihat Ingin Meneruskan Perang

Posted: 09 Oct 2018 12:05 AM PDT


Setelah kekecohan yang berlaku diantara Khabib Nurmagomedov dalam pertarungan UFC 299 menentang Conor McGregor, akhirnya McGregor dilihat berani untuk keluar berdepan orang ramai.

McGregor memuat naik status di akun Twitternya dengan mengatakan,"Kami mungkin kalah dalam perlawanan tetapi kami menang dalam petempuran. Perang akan diteruskan," tulisnya.

Nampaknya, amukan Khabib selepas tamat pertarungan tidak menghentikan langkahnya dan sebelum ini juga, ia ada mengatakan hasrat untuk mengadakan perlawanan ulangan dengan Khabib.




Atlet Indonesia Digugurkan Kerana Enggan Membuka Tudung

Posted: 08 Oct 2018 10:24 PM PDT


Sanggup digugurkan dari menyertai perlawanan demi pertahan aurat. Diarahkan untuk membuka tudung, atlet sukan judo Indonesia digugurkan dari Asian Para Games 2018.

Atlet bernama Miftahul Jannah asal Aceh Barat itu terpaksa meninggalkan tempat perlawanan di Jakarta semalam.

Tahniah kepada adik Miftahul kerana tindakan yang diambil sangat tepat kerana jangan kerana kita mengejar kemenangan sampai terpaksa melepaskan harga diri.







Misbun Terkejut Lee Zii Jia Mampu Cipta Kejutan

Posted: 08 Oct 2018 10:23 PM PDT


Datuk Misbun Sidek, Ketua Jurulatih Perseorangan Lelaki Negara tidak menjangka Lee Zii Jia mampu melakar kejutan meraih gelaran Terbuka Taiwan dengan menewaskan pemain dari Jepun.

Lee Zii Jia, 20 sebelum ini direhatkan kerana kecederaan belakang. Kemunculannya kali ini sekaligus mencipta kebangkitan bergaya dengan menewaskan Ruuchi Tekeshita dari Jepun 21-17, 16-21, 21-11.

Misbun berkata dia sangat terkejut kerana sebelum ini prestasi Lee Zii Jia tidak begitu konsisten.

"Sebelum ini dia tidak begitu konsisten. Dia masih mencari rentak permainannya dan berasa tidak pasti apabila bertemu pemain utama dunia.

"Menyaksikan perlawanannya di Taiwan, apa yang boleh saya katakan dia sudah menemui rentak. Zii Jia mempunyai potensi besar.

"Saya berharap dia terus merendah diri selepas kemenangan ini dan memperbaiki segala kelemahan.

"Secara peribadi saya rasa dia ada melakukan kesilapan mudah. Kini selepas dia menang, pemain lain akan mengkaji corak permainannya dan akan cuba menggunakannya apabila bertemunya lagi pada masa depan.

Zii Jia juga dilihat menduduku kedudukan ke-60 dunia sekarang dan akan meneruskan aksinya di terbuka Macau.


Kematiannya Menggegarkan Arsy Allah

Posted: 08 Oct 2018 06:01 PM PDT


Jibril 'alahissalam menemui Nabi shallallahu 'alahi wasallam lalu bertanya: "Siapakah hamba soleh yang wafat sehingga pintu-pintu langit terbuka untuknya dan `Arsy bergetar?" Nabi shallallahu 'alahi wasallam kemudian keluar, ternyata Sa'ad bin Muadz telah wafat. (Riwayat Al-Baihaqi dari Jabir)

Dari Jabir bin Abdullah bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Jenazah Sa'ad bin Muadz berada di antara mereka (para Malaikat) membuat 'Arsy ar-Rahman bergegar." (Sahih Bukhari, Sahih Muslim, Sunan At-Tirmidzi, hasan sahih)

Pada saat perang Ahzab, Rasulullah shallallahu 'alahi wasallam pernah bersabda tentang Sa'ad bin Muadz, beliau bersabda: "Sa'ad telah menggoncangkan 'Arsy, dan jenazahnya dihantar tujuh puluh ribu malaikat." (Riwayat Al-Baihaqi dari Ibnu Umar)

Hasan Al-Bashri berkata: "Sa'ad bin Muadz telah menggoncangkan 'Arsy Zat Yang Maha Pengasih, kerana gembira dengan kedatangan rohnya." (Riwayat Al-Baihaqi)

Sa'ad bin Abi Waqash radhiallahu 'anhu menceritakan bahawa ketika Sa'ad bin Muadz wafat setelah perang Khandaq, Rasulullah shallallahu 'alahi wasallam tergesa-gesa keluar, sampai memutuskan tali sandal seseorang dan tidak membetulkannya, tidak melilitkan kembali selendangnya yang terurai, dan tidak menyapa seorang pun. Orang-orang bertanya: "Ya Rasulullah, mengapa engkau mengabaikan kami?" Beliau menjawab: "Aku khuatir malaikat mendahului kita untuk memandikan jenazah Sa'ad bin Muadz, seperti halnya mereka mendahului kita memandikan jenazah Handzalah." (Riwayat Abu Na'im)

Salamah bin Aslam bin Harisy bercerita: "Rasulullah shallallahu 'alahi wasallam memasuki rumah Sa'ad bin Muadz, tetapi tidak ada seorang pun di dalamnya kecuali Sa'ad yang ditutupi kain. Kemudian aku melihat beliau melangkah dan memberi isyarat kepadaku agar berhenti. Aku berhenti dan mundur ke belakang, beliau duduk sebentar lalu keluar. Aku berkata: "Ya Rasulullah, aku tidak melihat seorang pun di sana, namun aku melihatmu melangkah." Beliau menjawab: "Aku tidak boleh duduk, sampai salah satu malaikat melepaskan salah satu sayapnya." (Riwayat Ibnu Sa'ad)

Ketika Sa'ad bin Muadz wafat, Rasulullah shallallahu 'alahi wasallam menggenggam kedua lutut Sa'ad lalu berkata: "Malaikat masuk, tetapi tidak mendapatkan tempat duduk, maka aku lapangkan tempat untuknya." Ketika orang-orang mengusung jenazah Sa'ad bin Muadz yang pada masa hidupnya dia adalah orang yang paling besar dan tinggi, salah seorang munafik berkata: "Kami belum pernah mengusung jenazah yang lebih ringan daripada hari ini." Lalu Nabi shallallahu 'alahi wasallam bersabda: "Jenazah Sa'ad bin Muadz disaksikan tujuh puluh ribu malaikat yang tidak menginjak bumi sama sekali." (Riwayat Abu Na'im dari Asy'at bin Ishaq bin Sa'ad bin Abi Waqash)

Ketika mengusung jenazah Sa'ad bin Muadz, orang-orang mengatakan: "Ya Rasulullah, kami belum pernah mengusung jenazah yang lebih ringan daripada ini." Beliau menjelaskan: "Kalian merasa ringan, kerana malaikat telah turun tangan, padahal sebelumnya mereka belum pernah ikut mengusung jenazah bersama-sama kalian." (Riwayat Ibnu Sa'ad dari Mahmud bin Lubaid)

Abu Sa'id al-Khudri radhiallahu 'anhu berkata: "Aku ikut menghadiri pemakaman Sa'ad bin Muadz. Setiap kami menggali sebongkah tanah kuburnya, kami mencium harum minyak wangi." (Riwayat Ibnu Sa'ad)


Muhammad bin Syarahbil bin Hasanah menceritakan bahawa pada hari itu, orang-orang mengambil tanah kuburan Sa'ad bin Muadz dan membawanya pulang. Setelah pulang, mereka melihat tanah tersebut telah berubah menjadi minyak wangi. Rasulullah shallallahu 'alahi wasallam bersabda: "Maha Suci Allah, Maha Suci Allah." Lalu beliau mengusapkan minyak wangi itu ke wajahnya dan berkata lagi: "Segala puji hanya bagi Allah, kalau ada orang yang selamat dari himpitan kubur, Sa'ad lah orangnya. Dia dikenai satu himpitan, kemudian Allah membebaskannya." (Riwayat Ibnu Sa'ad dan Abu Na'im dari jalur Muhammad bin Munkadir)

Sifat Rasulullah ‎ﷺ

Posted: 08 Oct 2018 05:36 PM PDT


Adalah Sayyidina Maulana Muhammad, Rasulullah shallallahu'alahi wasallam adalah sebaik-baik manusia dalam penciptaan dan budi pekerti, dan orang yang paling suka memberi petunjuk ke jalan yang benar.

Budi pekertinya adalah Al-Quran, tabiatnya adalah pengampunan, pemberi nasihat kepada manusia dan gemar berbuat baik. 

Baginda selalu memaafkan kesalahan bila memang menjadi haknya. Namun bila hak Allah yang dilanggar, maka tak seorang pun berani berdiri menentang kemarahannya.

Siapa pun yang melihatnya, meski sepintas maka akan segan, dan jika orang miskin mengundangnya tentu didatanginya. 

Baginda selalu mengatakan kebenaran meskipun pahit, dan tidak pernah menyimpan rahsia hati, menipu serta membahayakan orang-orang islam. 

Siapa pun yang memandang wajahnya, pasti akan segera tahu bahawa baginda bukan seorang penipu. Dan baginda bukan pula seorang pengumpat dan pencela.

Jika baginda sedang gembira, wajahnya bagaikan belahan rembulan. Dan bila berbicara dengan manusia, seolah-olah mereka memetik buah yang manis.

Bila baginda tersenyum, senyumnya sesejuk butiran embun. Dan bila baginda berbicara, seakan mutiara berjatuhan dari ucapannya. 

Bila sedang berbincang, seolah-olah minyak kasturi yang keluar dari mulutnya.

Bila berjalan di suatu lorong, segera diketahui bahawa baginda baru saja melalui lorong tersebut kerana keharumannya. 

Jika baginda duduk dalam satu majlis, keharumannya terus membekas sampai beberapa hari lamanya sekalipun baginda telah berlalu. 

Baginda memang selalu harum meskipun tidak memakai wangian. 

Ketika berjalan di antara sahabatnya, baginda laksana bulan di antara bintang-bintang yang gemerlapan.

Dan bila berjumpa dengannya di malam hari, pancaran cahayanya membuat seolah-olah manusia berada di siang hari. 

Dan adalah Nabi shallalahu 'alaihi wasallam adalah orang yang paling pemurah meski dibandingkan dengan angin yang berhembus. 

Baginda juga selalu berkasih sayang terhadap anak-anak yatim dan para janda.

Sebahagian orang yang mengsifatkan baginda berkata: "Belum pernah ku lihat seorang yang berambut hitam, yang berpakaian merah, dapat melebihi ketampanan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam."


Petikan ini disunting dari Kitab Maulid Ad-Diba'i karya Al-Imam Al-Jalil As-Sayyid As-Syaikh Abu Muhammad Abdurrahman Ad-Diba'iy Asy-Syaibani radhiallahu 'anhu. 

Teladan Umar Sebagai Pemimpin

Posted: 08 Oct 2018 05:30 PM PDT


Telah berlaku tahun kesusahan dan kelaparan yang amat sangat di Semenanjung Arab pada zaman Amirul Mukminin 'Umar bin al-Khattab. Dikenali dengan 'Am al-Ramadah kerana seakan bagaikan warna ramad atau abu disebabkan kekurangan hujan, warna tanah dan warna kulit manusia yang bertukar disebabkan kekeringan. Ini berlaku pada antara tahun 17H dan 18H selama sembilan bulan.

Amirul Mukminin telah berhempas pulas menguruskan harta negara ketika itu bagi mengatasi kesusahan rakyat. Di samping kecemerlangan pengurusan, yang ingin disebutkan di sini kecemerlangan pendirian dan sikap.

Ibn Jarir al-Tabari meriwayatkan bahawa 'Umar bin al-Khattab tidak memakan pada tahun berkenaan lemak haiwan, susu dan daging sehingga orang ramai dapat memakannya. Barangan makanan berkurangan di pasar. Pada suatu hari pekerjanya dapat membeli untuknya lemak dan susu namun dengan harga yang agak tinggi. 'Umar enggan makan bahkan berkata: "Engkau telah menyebabkan lemak dan susu menjadi mahal, sedekahkan keduanya, aku bencikan pembaziran. Bagaimana aku dapat memahami keadaan rakyat jika tidak mengenaiku apa yang mengenai mereka?". (Al-Tabari, 2/358, Beirut: Dar al-Fikr). 


Juga diriwayatkan bahawa suatu hari pada tahun berkenaan disembelih unta lalu dimasak dan dibahagikan kepada orang ramai. Lalu diceduk masakan itu untuk dihidangkan juga buat 'Umar. Tiba-tiba yang diceduk itu bahagian belakang unta dan hatinya. Lalu 'Umar bertanya: "Dari mana diperolehi ini?". Daripada unta yang kita sembelih hari ini. Kata 'Umar: "Oh! Alangkah buruknya aku ini sebagai pemimpin, jika aku memakan bahagiannya yang baik lalu aku berikan rakyat makan yang sisa" (Ibn Sa'd, al-Tabaqat al-Kubra, 3/312, Beirut: Dar Sadir).