Thursday, October 11, 2018

Oh! Media

Oh! Media


Venom Mendapat Sambutan Hebat Pada Minggu Pertama

Posted: 10 Oct 2018 06:38 AM PDT


Venom setakat ini telahpun mengutip $80 juta (RM 332 juta) di Amerika Syarikat serta mengalahkan kutipan filem Gravity yang mengutip sebanyak $20 juta (RM 83 juta). Dari segi jumlah kutipan global, Venom turut menunjukkan angka yang positif dengan jumlah kutipan sebanyak $205 juta (RM 800 juta) pada minggu pertama tayangan.

Menurut laporan Fandom juga, Venom telah berjaya menyingkirkan filem pembukaan Captain America dan Thor yang berada di tempat ke 10 carta.


Kementerian Pelancongan Cadang Cuti Sekolah Berperingkat Antara Negeri

Posted: 10 Oct 2018 05:19 AM PDT


Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Muhammad Bakhtiar Wan Chik, berkata pihaknya mencadangkan supaya cuti sekolah dibuat secara berperingkat bagi memacu sektor pelancongan dan mengurangkan kesesakan di beberapa tempat tumpuan pelancong tempatan.

"Mungkin kita boleh bahagikan negeri di kawasan utara, selatan dan pantai timur supaya tempoh minggu cuti sekolah di negeri ini berbeza antara satu sama lain.

"Dengan cuti sekolah secara berperingkat ini, kawasan tumpuan pelancong dalam negara akan menerima jumlah kunjungan pelancong lebih sekata sepanjang masa dan bukannya seperti keadaan sekarang apabila keadaan menjadi terlalu sesak menjelang tiba cuti sekolah.

"Kami sedang mengumpul data dari pihak hotel dan pengusaha sektor pelancongan sebelum berbincang dengan Kementerian Pendidikan," katanya kepada pemberita.

Namun, cadangan itu  tidak akan membabitkan cuti hujung tahun yang seragam di seluruh negara dan beberapa negara luar seperti Amerika Syarikat dan Australia juga sudah mengguna pendekatan itu bagi mengelak kesesakan pelancong.

Pasport Jepun Paling Berkuasa Di Dunia Mengatasi Singapura

Posted: 10 Oct 2018 06:38 AM PDT


Singapura yang sebelum ini boleh berbangga apabila pasport mereka menjadi yang paling berkuasa di dunia kini perlu mengakui apabila Jepun telah mengatasi negara Singapura dan menduduki carta teratas Indeks Paspor Henley 2018.

Jepun kini boleh menikmati akses visa percuma ke 190 destinasi apabila mendapat akses dari Myanmar. Berbanding Singapura yang hanya 189 lokasi seluruh dunia.

Iraq dan Afghanistan bagaimanapun berada di tangga paling bawah indeks tersebut kerana hanya 30 destinasi boleh diakses rakyat mereka.

Sumber: CNA



Jalil Hamid Rasa Terhina Dengan Tawaran Produksi

Posted: 10 Oct 2018 04:52 AM PDT


Pelakon lama Jalil Hamid yang terkenal dengan lakonannya yang amat memberi kesan kepada penonton telah meluahkan rasa kecewanya dengan tawaran dan bayaran yang diberikan oleh sebuah produksi kepadanya.

Ini dikongsikan terus melalui akaun instagra miliknya apabila mengata dia terasa terhina  bila hanya ditawarkan RM1500 untuk peranan utama dan mempunyai 12 babak dari 16 babak keseluruhannya.


Tambah pelakon Bisik Pada Langit ini lagi, situasi tersebut membuatkan dia terasa seperti pengiktirafan yang diterimanya sebelum ini seperti tidak bermakna dan sia-sia.

Semoga luahan hati dari pelakon vateran ini dapat diambil perhatian kepada produksi-produksi di luar sana. Janganlah nilai seseorang itu dari wajah mahupun populariti seseorang. Tapi nilailah bakat yang ada pada setiap pelakon.





PLUS Jalin Kerjasama Dengan Jenama Terkenal Untuk Kemudahan Pengguna di R&R

Posted: 10 Oct 2018 03:02 AM PDT


Pengguna lebuh raya PLUS kini boleh menikmati perjalanan lebih santai dan menyeronokkan dengan penambahbaikan yang dilakukan di kawasan Rehat & Rawat (R&R) terpilih. Projek menaiktaraf R&R ini melibatkan pembinaan infrastruktur dengan konsep, rekaan dan tema yang baharu mengikut kehendak terkini dengan rekaan dalaman berkonsepkan minimalis pastinya akan memberikan pengalaman yang baharu apabila pengguna berhenti rehat di kawasan R&R

Dalam usaha memenuhi kehendak pelanggan, PLUS menjalinkan kerjasama dengan pelbagai jenama besar untuk menawarkan pelbagai variasi dan pilihan makanan dan minuman di kawasan rehat.



Sumber: Malaysia! Network

Fakta Menarik Mengenai Khabib Nurmagomedov

Posted: 10 Oct 2018 03:00 AM PDT

Wira Muslim MMA – Khabib Nurmagomedov

Wira Muslim MMA – Khabib Nurmagomedov walaupun telah menjadi Juara dan telah menempah nama di industri UFC ( Ultimate Fighting Championship ) MMA ( Mixed Martial Arts ), Khabib tidak begitu dikenali oleh ramai orang di seluruh dunia berbanding dengan Conor McGregor. Walau bagaimanapun, sejak kejuaraan "McGregor vs Khabib" diumumkan bulan lepas, orang ramai telah mula mencari lebih banyak info mengenai Khabib Nurmagomedov untuk melihat siapakah WIRA MUSLIM MMA ini sebenarnya.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengenalkan pada anda semua fakta menarik, siapakah Khabib Nurmagomedov, Wira Muslim MMA yang telah menumpaskan McGregor.

Wira Muslim MMA ini punyai zaman Kanak-kanak yang mencabar!

Khabib Nurmagomedov dilahirkan dan dibesarkan di persekitaran yang sangat sukar dan tidak selesa dari segi geografi dan politik. Beliau dilahirkan di persekitaran gunung-gunung Dagestan yang amat sejuk, sebuah tempat berhampiran Rusia, yang telah menjadi mangsa keganasan dan kemiskinan.

Ayah Khabib Nurmagomedov sendiri adalah juara Sambo, ahli gusti Martial dan ahli MMA ( freestyle ). Dia mempunyai gim dan kemudahan latihan sendiri di mana dia melatih Khabib sendiri untuk menjadi pejuang MMA!

lihat video ini, video ketika Khabib masih kecil dan bertarung dengan BERUANG!



Ini Bukan Kejuaraan Sulung Wira Muslim MMA ini! Beliau juga menjuarai banyak acara!


Khabib bukan sahaja berjaya menjuarai di Oktagon UFC tetapi juga telah menjuarai beberapa Kejohanan seperti:

1. Telah menjadi pingat emas dua kali pada kejohanan sambo dunia.


2. Dua kali pingat emas dalam kejohanan Sambo peringkat Kebangsaan di Rusia.


3. Pemenang Kejuaraan Eropah Army hand-to-hand European Championship

4. Juara "European Pankration "

Khabib mempunyai sejarah yang berjaya di setiap sukan yang beliau telah ambil bahagian dan itulah yang menjadikannya seorang wira Muslim MMA sejati.


Pada Kejohanan UFC 219, Khabib Menjadi Ayah saat dia sedang bertarung di Gelanggang!


Malam Kejohanan UFC 219 bukan sekadar waktu yang bakal menentukan kerjaya UFCnya tetapi juga kehidupan peribadinya bersama isteri dan bakal cahaya matanya. Di Kejohanan UFC 219, dia berjaya mendapat durian runtuh dalam kariernya dengan mengalahkan Barboza dan pada malam yang sama, Khabib telah menjadi ayah hanya beberapa jam sebelum perlawanannya.


Khabib Belum Pernah Kalah lagi , 27-0!

Ya, sungguh hebat bukan?! Memang benar bahawa Khabib Nurmagomedov tidak hanya memenangi setiap bit perjuangan , wira muslin MMA ini juga tidak pernah kalah setiap pusingan. Itulah yang membezakan dia membentuk pejuang lain dan inilah sebab mengapa coretan kemenangannya 27-0 sangat istimewa.

Khabib VS Barbosa


Khabib VS RDA


Khabib VS McGregor


Ini adalah fakta yang menarik bahawa Conor McGregor perlu dipertimbangkan kerana Khabib adalah seorang pejuang yang ditentukan yang tidak membiarkan apa-apa menghalangnya. Dan pada perlawanan kali ini, Mc Gregor telah memandang rendah pada Khabib yang membawa kepada kecundang! Anda hebat Khabib!


Khabib adalah Atlet yang sangat popular di Rusia!

Jika anda masih ingat masa Khabib memuji tanah airnya kepada Ireland (McGregor) dalam perlawanan selepas perlawanan UFC 205 selepas mengatakan "Ireland 6 juta, Rusia 1250 juta"

Nah, Khabib tidak menyatakan fakta untuk menyekolahkan Mc Gregor, tetapi dia menceritakan bilangan orang ( Russia ) yang menyokong wira Muslim MMA ini berada di belakangnya.


Khabib adalah wira negara dalam sukan MMA UFC ini. Ke mana sahaja Khabib pergi, yakin lah bahawa rakyat Russia akan ada untuk menyokongnya. Satu lagi nama hebat yang muncul dalam minda kita apabila kita memikirkan seorang atlet Rusia yang terkenal di dunia adalah Maria Sharapova, yang merupakan bintang tenis dan juara di banyak peringkat. Bilangan peminat Khabib Nurmagomedov telah meninggalkan jauh di belakang walaupun popularitinya di media sosial. Kita boleh mengatakan bahawa pada masa ini, Khabib Nurmagomedov adalah atlet paling popular di Rusia!


Khabib telah Bertemu 2 Gergasi MMA, Barbosa dan RDA( Rafael dos Anjos)!

Satu perkara yang perlu diperhatikan semasa menganalisis kerjaya Khabib Nurmagomedov di UFC adalah bahawa dia hanya bersaing melawan dua nama besar dalam keseluruhan kerjayanya.

Khabib VS Barbosa


Khabib VS RDA


Edson Barboza di UFC 219 dan Rafael dos Anjos (RDA ) adalah antar dua nama yang terkenal dalam senarai pesaing Khabib yang boleh dipanggil lawan yang sukar. Walau bagaimanapun, Conor McGregor akan menjadi lawan yang jauh lebih tinggi daripada pejuang-pejuang itu. Conor McGregor adalah seorang tiran yang mempunyai gaya pertempuran unik sendiri. Ini pasti akan menjadi lawan paling sukar bagi Khabib Nurmagomedov dari keseluruhan kariernya.

Dan sekali lagi Khabib telah menunjukkan taringnya dengan menumpaskan Mc Gregor sekaligus membuatkan Khabib masih tidak terkalah oleh mana-mana atlet MMA.


Khabib Rehat Selama 2 Tahun dan Hampir Bersara dari UFC!


Khabib amat menyukai dunia sukan ini dan ini dapat dilihat melalui keazamannya di dalam dan di luar gelanggang. Walau bagaimanapun, satu perkara yang ramai yang tidak menyedari adalah bahawa Khabib telah "rehat" dari UFC selama dua tahun; April 2014 hingga April 2016. Rehat dua tahun yang diambilnya adalah kerana kecederaan yang hampir mengancam kerjaya UFC ketika Khabib sedang jalani latihan.

Menurut sumber, pada satu ketika, Wira Muslim MMA ini hampir berputus asa dan memutuskan untuk bersara dari UFC tetapi bapanya adalah sebab dia kembali ke oktagon itu.

Syabas Khabib, kecekalan anda membuatkan seluruh Muslim satu dunia berbangga dan bersorak atas kejayaan anda.

Kredit: Adam Jamaludin - Website Design & Digital Marketing




Najib Bidas Kenyataan Tony Pua

Posted: 10 Oct 2018 01:09 AM PDT


Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kini meneruskan tugasnya untuk membidas segala gerak geri kerajaan terbaru.

 Terkini ia berkenaan isu Tony Pua yang berkata kerajaan sedang mengkaji kemungkinan bekerjasama dengan syarikat penyedia perkhidmatan e-hailing termasuk Grab sebagai alternatif kepada bas perantara sedia ada untuk pengguna MRT.

"Mengapa perlu sediakan bas perantara kalau kita boleh bekerjasama dengan Grab untuk menghantar dan mengambil penumpang ke stesen MRT?" soalnya.

Lantas dari itu Datuk Seri Najib mempersoalkan kembali dengan berkata jika hanya kerajaan mengambil pendekatan berjimat, di manakah peluang rakyat pula untuk berbuat demikian juga.

Lama tak dengar cerita Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Tony Pua.

"Tiba-tiba beliau muncul dengan cadangan bernas suruh rakyat naik Grab ganti Feeder Bus MRT. Jimat katanya," katanya dalam status Facebooknya.

"Kalau semua benda nak jimat untuk kerajaan, bilanya rakyat dapat jimat? Oh mungkin bila projek kereta nasional ketiga dah jalan," bidas Najib.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Malaysia Berjaya Meraih 7 Emas Dalam Sukan Para Asia Setakat Ini

Posted: 10 Oct 2018 12:36 AM PDT


Sekarang atlet para kita sedang berjuang di Sukan Para Asia 2018 di Indonesia. Setakat ini, atlet para negara sudah berjaya merebut 7 emas dan menduduki tangga ketujuh dalam senarai pingat pada hari keempat temasya.

Emas pertama dimiliki atlet Siti Noor Lasah menerusi acara 400m T20 yang turut diikuti Nasharuddin Mohamed yang turut meraih emas acara sama kategori lelaki.

Kontinjen Malaysia kemudiannya meraih lima lagi emas dalam acara basikal, atletik dan tenpin boling. Pelumba basikal para negara, Nur Azlia Mohd Zaid meraih emas bagi acara lebuh raya kategori B, manakala Zuhairie Ahmad Tarmizi meraih emas untuk acara perlumbaan lebuh raya kategori C5 Lelaki yang berlangsung di Sentul, Bogor.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.


Amalan Memuja Laut Masih Dilakukan Selepas Tsunami

Posted: 10 Oct 2018 12:36 AM PDT


Nampak amalan pemujaan pantai di Palu masih dilakukan segelintir masyarakat walaupun sudah ditegur dan dilecam oleh ramai ilmuan agama dan masyarakat.

Amalan yang disifatkan syirik dan berbentuk pemujaan terhadap `penjaga laut' itu didapati masih berlaku walaupun selepas gempa bumi dan tsunami melanda kota itu pada 28 September lalu.

Upacara dilakukan pada Festival Palu Nomini sejak tiga tahun lalu itu diketuai dukun lama yang melakukan jampi serapah selain acara tarian beramai-ramai.

Dikatakan, dalam upacara itu, haiwan ternakan seperti kambing akan dibunuh dengan kejam dan ditombak hingga mati. Kemudian bangkainya akan dibuang ke laut sebagai sajian pemujaan.

Salah seorang penduduk, Ustaz Ehsan Norrahim, 34, berkata, istiadat bercanggah dengan hukum Islam itu masih diteruskan masyarakat susulan penemuan bangkai ratusan ekor ayam sepanjang pantai Talise di sini, tiga hari selepas tsunami berlaku.

"Mereka masih berdegil meneruskan upacara kejam itu sejak awal minggu lalu. Banyak bangkai ayam ditemui disusun di tepi pantai bermula dari Jambatan Ponulele atau Jambatan Kuning sehingga ke Masjid Arkam Bab Al Rahman, Kampung Lele di sini.

"Bangkai ayam yang mati dibunuh dan mempunyai warna bulu yang sama membuktikan amalan syirik itu masih diteruskan walaupun selepas gempa bumi dan tsunami melanda," katanya.

"Bagaimanapun ketika penganjurannya pada tahun pertama 2016 dan 2017, Tuhan datangkan hujan lebat dan angin kencang kepada penduduk kota Palu.

"Malangnya amaran itu tidak diendahkan dan mereka masih meneruskan amalan itu dalam bentuk pesta besar-besaran membabitkan ribuan pengunjung. Acara diadakan pada petang sebelum gempa bumi berlaku.

"Ramai pengunjung pesta itu turut dihanyutkan ombak tsunami yang turut memusnahkan khemah serta tapak upacara berkenaan," katanya lagi.

UFC Akhirnya Jatuhkan Hukuman Mengejutkan Terhadap McGregor dan Khabib

Posted: 09 Oct 2018 08:35 PM PDT


Nampaknya, kekalahan Conor McGregor di tangan Khabib Nurmagomedov Sabtu lalu terus menjadi bualan semua orang termasuk media dalam mahupun luar negara yang tidak putus-putus memberitakan tentang perlawanan dan kekecohan yang berlaku.

Terkini, pemberita melaporkan bahawa McGregor kini dikenakan hukuman gantung selama sebulan oleh UFC atas alasan kesihatan.

Manakala, berita gembira buat penyokong Khabib, Presiden UFC, Dana White memutuskan untuk tetap mengekalkan kejuaraan Khabib, laporan dari sportsjoe.ie.

Susulan itu, kenyataan rasmi yang dikeluarkan hari ini menyatakan McGregor tidak dibenarkan membuat sebarang komunikasi sehingga 28 Okt.

Khabib yang dilihat tidak mengalami sebarang kecederaan daripada perlawanan rasminya, bagaimanapun tidak dikenakan apa-apa tindakan.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Dirimu dan Hartamu Milik Ayahmu!

Posted: 09 Oct 2018 05:40 PM PDT

Dari Jabir bin Abdillah, ada seorang berkata kepada Rasulullah, "Ya Rasulullah, sesungguhnya aku memiliki harta dan anak namun ayahku ingin mengambil habis hartaku." Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, "Engkau dan semua hartamu adalah milik ayahmu." (H.R. Ibnu Majah, no. 2291)


Terdapat satu riwayat lain yang panjang berkaitan dengan hal ini.

Dari Jabir r.a meriwayatkan, ada laki-laki yang datang menemui Nabi shallallahu 'alaihi wasallam dan melapor. Dia berkata: "Ya Rasulullah, sesungguhnya ayahku ingin mengambil hartaku." "Pergilah engkau membawa ayahmu ke sini", perintah beliau.

Bersamaan dengan itu Jibril turun menyampaikan salam dan pesan Allah kepada beliau. Jibril berkata: "Ya Muhammad, Allah 'Azza wa Jalla mengucapkan salam kepadamu, dan berpesan kepadamu, kalau orang tua itu datang, engkau harus menanyakan apa-apa yang dikatakan dalam hatinya yang tidak didengarkan oleh teliganya.

Ketika orang tua itu tiba, maka Nabi shallallahu 'alaihi wasallam pun bertanya kepadanya: "Mengapa anakmu mengadukanmu? Apakah benar engkau ingin mengambil wangnya?" Lelaki tua itu menjawab: "Tanyakan saja kepadanya ya Rasulullah, bukankah saya menafkahkan wang itu untuk beberapa orang saudara ayahnya atau saudara ibunya, atau untuk keperluan saya sendiri?" Rasulullah bersabda lagi: "Lupakanlah hal itu. Sekarang ceritakanlah kepadaku apa yang engkau katakan di dalam hatimu dan tak pernah didengar oleh telingamu!"

Maka wajah tua lelaki itu tiba-tiba menjadi cerah dan tampak bahagia, dia berkata: "Demi Allah, ya Rasulullah, dengan ini Allah swt berkenan menambah kuat keimananku dengan kerasulanmu. Memang saya pernah menangisi nasib malangku dan kedua telingaku tak pernah mendengarnya." Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Katakanlah, aku ingin mendengarnya."

Orang tua itu berkata dengan sedih dan airmata yang berlinang: "Saya mengatakan kepadanya kata-kata ini: 'Aku mengasuhmu sejak bayi dan memeliharamu waktu muda. Semua hasil jerih-payahku kau minum dan kau reguk puas. Bila kau sakit di malam hari, hatiku gundah dan gelisah, lantaran sakit dan deritamu, aku tak bisa tidur dan resah, bagai akulah yang sakit, bukan kau yang menderita. Lalu airmataku berlinang-linang dan meluncur deras. Hatiku takut engkau disambar maut, padahal aku tahu ajal pasti akan datang. Setelah engkau dewasa, dan mencapai apa yang kau cita-citakan, kau balas aku dengan kekerasan, kekasaran dan kekejaman, seolah kaulah pemberi kenikmatan dan keutamaan. Sayang…, kau tak mampu penuhi hak ayahmu, kau perlakukan daku seperti tetangga jauhmu. Engkau selalu menyalahkan dan membentakku, seolah-olah kebenaran selalu menempel pada dirimu, seakan-akan kesejukan bagi orang-orang yang benar sudah dipasrahkan.'

Selanjutnya Jabir berkata: "Pada saat itu Nabi shallallahu 'alaihi wasallam langsung memegang hujung baju pada leher anak itu seraya berkata: "Engkau dan hartamu milik ayahmu!" (H.R. At-Thabarani dalam "As-Saghir" dan Al-Ausath)

Sejenak Merenung Jabal Nur

Posted: 09 Oct 2018 05:21 PM PDT


Saya mendaki beramai-ramai, dahulu ada seseorang mendaki seorang diri.
Saya mendaki dengan bantuan anak-anak tangga, dahulu ada seseorang mendaki di celahan cerun berbahaya.
Saya mendaki ketika Makkah sudah ada menara jam gergasi "La Ilaha illa Allah", dahulu seseorang mendaki dengan Makkah dikelilingi berhala-berhala gergasi.
Saya mendaki hanya sebagai salah seorang pendaki, namun dahulu seseorang mendaki tanpa gunung ini mengenali sesiapapun yang pernah hadir di sini.
Saya mendaki hanya untuk ziarah beberapa minit sahaja, dahulu seseorang mendaki bukan bertujuan untuk pulang semula.

Kalaulah batu-batu keras yang melatari Jabal Nur ini mampu berbicara pada saya.

Demikianlah Allah melapangkan gua seluas-luasnya buat Ashabul Kahfi dan para Nabi. Demikianlah Allah menyempitkan dunia buat para pencintanya.
Penantian 40 tahun akhirnya terjawab dengan kedatangan "Namus" yang pernah mendatangi Musa di Tursina.
Di sinilah, segala-galanya bermula. Dia tidak memilih bawah bukit atau lereng bukit. Dia memilih puncaknya, betapa tinggi jiwanya dan tafakurnya untuk melihat "masa depan" Makkah.
Dan dia tidak pernah diberitahu apa bakal berlaku pada Makkah 23 tahun nanti, bermula dari detik langit membukakan pintu buatnya pertama kali.

"Bacalah Muhammad. Dengan nama Tuhanmu. Yang menciptakan manusia dari segumpal darah."

‎اللهم صل على محمد وعلى اله وصحبه وبارك ﻭﺳﻠﻢ

Sujud Sahwi: Dah Tahu ke Belum?

Posted: 09 Oct 2018 05:05 PM PDT


Sesetengah orang tidak lagi mengetahui bagaimana cara untuk mempraktikkan sujud sahwi. Sujud sahwi dilakukan adalah untuk menampung beberapa jenis kesalahan yang dibuat ketika solat akibat lalai atau terlupa. Antara kesalahannya adalah terlupa melakukan salah satu sunat ab'adh, iaitu tahiyat awal dan doa qunut atau terlupa rakaat.

1. Dalil sujud sahwi sebelum beri salam dari hadis Abdullah bin Buhainah,
‎فَلَمَّا أَتَمَّ صَلَاتَهُ سَجَدَ سَجْدَتَيْنِ فَكَبَّرَ فِي كُلِّ سَجْدَةٍ وَهُوَ جَالِسٌ قَبْلَ أَنْ يُسَلِّمَ
"Setelah baginda (Rasulullah) menyempurnakan solatnya, baginda sujud dua kali. Ketika itu baginda bertakbir pada setiap kali sujud dalam posisi duduk. Baginda lakukan sujud sahwi ini sebelum salam." (Sahih Bukhari, Sahih Muslim)

2. Dalil sujud sahwi sesudah salam dan ditutup lagi dengan salam dari hadis Imran bin Husain,
‎فَصَلَّى رَكْعَةً ثُمَّ سَلَّمَ ثُمَّ سَجَدَ سَجْدَتَيْنِ ثُمَّ سَلَّمَ
"Kemudian baginda (Rasulullah) pun solat satu rakaat (menambah rakaat yang kurang tadi). Lalu baginda beri salam. Setelah itu baginda melakukan sujud sahwi dengan dua kali sujud. Kemudian baginda beri salam lagi." (Sahih Muslim)

3. Sebahagian ulama' menganjurkan doa ini ketika sujud sahwi,
‎سُبْحَانَ مَنْ لَا يَنَامُ وَلَا يَسْهُو
"Subhana man laa yanaamu wa laa yas-huw" (Maha Suci Zat yang tidak mungkin tidur dan lupa).
[Bacaan sujud sahwi ini di antaranya disebutkan oleh An Nawawi rahimahullah dalam Raudhatuth Tholibiin, 1/116, Mawqi' Al Waroq]

4. Bacaan ketika sujud sahwi adalah seperti bacaan sujud biasa ketika solat,
‎سُبْحَانَ رَبِّىَ الأَعْلَى
"Subhaana rabbiyal a'laa" [Maha Suci Allah Yang Maha Tinggi] (Sahih Muslim)

Wallahua'lam.