Friday, October 12, 2018

Oh! Media

Oh! Media


Khabib Nurmagomedov Bersama Bapanya Dipanggil Untuk Bersemuka Dengan Presiden Rusia

Posted: 11 Oct 2018 05:33 AM PDT


Setelah menerima panggilan dan ucapan tahniah dari Presiden Rusia, kini Khabib Nurmagomedov telah pulang ke Rusia dan disambut bak hero. Ini dapat dilihat apabila Khabib dan bapanya dijemput untuk berjumpa terus dengan Presiden Vladimir Putin semalam.

Dalam pertemuan tersebut, banyak yang disampaikan oleh Putin dan beliau turut sempat menasihatkan bapa Khabib untuk tidak memberikan hukuman yang berat kepada anaknya.

"Saya minta anda supaya tidak menghukum Khabib kerana dia berjaya mencapai tugas utama dengan wajar dan menyakinkan," kata Putin.

Ini pula merupakan ucapan penuh Presiden Rusia disepanjang perjumpaan mereka.

Jemaah Masjid Bekerjasama Membina Laluan Khas

Posted: 11 Oct 2018 04:25 AM PDT


Sebuah masjid di Buraidah, Arab Saudi membina laluan khas untuk memudahkan seorang yang cacat penglihatan untuk pergi ke masjid dari rumah mereka.

Perkara ini dilihat amat membantu golongan cacat penglihatan dan kita juga patut melakukannya di sini bagi membolehkan semua orang dapat ke masjid dengan cepat dan selamat.





Kredit: Hishamuddin Ahmad Zaki

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Pereka Grafik Fahmi Reza Bebas Pertuduhan Muat Naik Imej Bekas PM

Posted: 11 Oct 2018 04:26 AM PDT


Pelukis dan pereka grafik Fahmi Reza yang menerima tuduhan kerana memuat naik imej badut menyerupai bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di instagram miliknya 2 tahun lalu kini terlepas dan dibebaskan dari pertuduhan berkenaan.

Hakim Zamri Bakar membuat keputusan itu setelah membenarkan pemohon pihak pendakwaan menerusi Timbalan Pendakwa Raya, Noor Jazilah Mohd Yushaa untuk menarik balik pertuduhan itu mengikut Seksyen 254 Kanun Tatacara Jenayah.

Sehubungan itu, mahkamah melepas dan membebaskan Fahmi Reza daripada pertuduhan itu.


+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Syed Saddiq Menteri Pertama Respon Kes YB Naik Suara

Posted: 11 Oct 2018 02:44 AM PDT



Nampaknya, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq menjadi menteri yang pertama bertindak balas dan memberi komen mengenai satu video yang tular, di mana Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu, Norhizam Hassan Baktee dilihat menaikkan suara terhadap penduduk Kampung Pulau Nibong yang mendapat banyak kecaman dari netizen.

Lantas dari kejadian itu, YB Syed Saddiq dilihat menjadi menteri pertama bercakap mengenai isu ini apabila memuat naik status di twitternya.

"Kuasa terletak ditangan rakyat. Gelaran "YB" pun sebab sokongan rakyat. Jangan sesekali angkuh, kerana keangkuhan itu lah yang bakal menghukum kita pada masa hadapan" katanya.

Syed Saddiq juga menjadikan kejadian ini sebagai peringatan terhadap dirinya yang juga sedang memegang amanah dari rakyat.

"This reminder applies to me as well. May Allah keep me away for this". tambahnya lagi.

Ramai orang tidak gemar dan berpuas hati dengan layanan atau cara YB Norhizam menangani persoalan dari penduduk kampung yang dilihat beremosi dan kurang ajar.


+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Kepulauan Jawa Dan Bali Pula Bergegar

Posted: 10 Oct 2018 11:13 PM PDT


Awal pagi tadi Kepulauan Jawa dan Bali pula dikejutkan dengan gegaran 6.0 magnitud.  Gegaran di Jawa Timur berlaku pada kedalaman 12 kilometer ke timur laut Situbondo.

Gempa yang dirasai penduduk di Denpasar yang terletak di pulau peranginan Bali menyebabkan semuanya panik lari meninggalkan bangunan.

Gempa itu turut dapat dirasai Surabaya, kira-kira 200 kilometer dari Situbondo, abndar paling hampir. Bagaimanapun, ketua geofizik Indonesia mengatakanm tiada amaran tsunami dikeluarkan susulan gempa terbabit.

Caj Tambahan Perbaharui Cukai Jalan RM5 Dikenakan

Posted: 11 Oct 2018 02:42 AM PDT


Semalam telah tular di media sosial berkenaan tentang kadar memperbaharui cukai jalan yang dinaikkan caj pemprosesan tambahan sebanyak RM5.

Kini Pos Malaysia telahpun mengesahkan akan mengenkan caj tambahan berkenaan hanya kepada pelanggan korporat mereka bermula 15 Oktober ini.

"Pos Malaysia mengambil maklum mengenai gambar notis pengumuman yang tular membabitkan caj tambahan berkenaan.

"Notis itu ditujukan kepada pelanggan korporat seperti wakil bank, syarikat kewangan, insurans atau takaful, syarikat jualan kereta baru dan terpakai.

"Namun begitu, tiada caj tambahan akan dikenakan bagi pelanggan individu," katanya dalam kenyataan kepada pemberita.

7 Kelebihan Aisyah Ummul Mukminin

Posted: 10 Oct 2018 05:28 PM PDT


Aisyah radhiallahu anha berkata: "Ada tujuh kelebihanku yang tidak dimiliki wanita lain kecuali kelebihan yang diberikan Allah kepada Maryam binti Imran. Demi Allah, dengan mengatakan hal ini aku tidak bermaksud membanggakan diriku atas teman-temanku (isteri-isteri Rasulullah yang lain)."

Abdullah bin Shafwan bertanya: "Apa tujuh kelebihan itu wahai Ummul Mukminin?"

Aisyah menjawab:
1) Malaikat (Jibril) membawa imejku kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam (dalam mimpi).
2) Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menikahiku saat diriku berumur 7 tahun, lalu aku diserahkan serumah dengan baginda saat berusia 9 tahun. Baginda menikahiku saat aku perawan.
3) Baginda menerima wahyu ketika sedang berada dalam satu selimut denganku.
4) Aku adalah orang yang paling dicintai oleh baginda dan puteri dari orang yang paling baginda sayangi (Abu Bakr).
5) Allah menurunkan beberapa ayat-ayat Al-Quran kerana aku di saat umat hampir celaka kerananya.
6) Aku pernah melihat Jibril dan tidak ada seorang pun di antara isteri-isteri Rasulullah lainnya yang pernah melihatnya.
7) Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam meninggal di rumahku pada saat tidak ada orang yang menguruskannya, selain diriku dan malaikat.

(Al-Haitsami berkata dalam kitab Majma'uz Zawaid, no. 15308, "Riwayat ini tercantum dalam kitab Ash-Shahih dengan ringkas sementara riwayat di atas dari Thabrani. Para perawi dalam salah satu sanad riwayat Thabrani adalah perawi-perawi kitab al-Shahih. Rujuk juga riwayat Hakim, vol.4, hlm. 10. Hakim menyatakan hadis ini sahih dan al-Zahabi menyetujuinya)

Haram Mengumpat Kecuali 6 Sebab Ini

Posted: 10 Oct 2018 05:24 PM PDT


Ketahuilah olehmu bahawasanya sekalian kelakuan mengumpat itu haram dan tiada diharuskan (tidak dibolehkan) oleh syara' melainkan 6 perkara:

1. At-Tazallum, iaitu kerana di zalimi atau untuk mencari keadilan.

Iaitu, mengkhabarkan akan kejahatan orang yang zalim akan dikau kepada Qadi, supaya menghukumkan ia akan dia.

Atau, mengkhabarkan akan kejahatan Qadi yang zalim akan dikau kepada Sultan, supaya menghukumkan ia akan dia. Maka, yang demikian itu harus (boleh).

Iaitu, mengatakan kepada Qadi bahawa Si Fulan bin Si Fulan menzalimi diri saya. Atau, mengatakan kepada Sultan bahawa ada seorang Qadi telah menzalimi diri saya.

2. Iaitu kerana mencari pertolongan kerana mahu menolak kemungkaran, dan mahu menolak perkara-perkara maksiat supaya perkara itu jadi bagus.

Ertinya, harus (boleh) mengkhabarkan akan kejahatan orang kepada orang besar atau Raja kerana sebab meminta tolong akan dia atas menolakkan kejahatan orang itu.

Dan, harus (boleh) pula mengkhabarkan akan kejahatan orang yang berbuat maksiat kepada orang besar atau kepada Raja-Raja, kerana sebab meminta tolong akan dia supaya mengembalikan ia, akan dia orang yang berbuat maksiat itu kepada berbuat kebajikan.

3. Al-Istifta', iaitu meminta fatwa daripada Mufti.

Yakni, harus (boleh) mengkhabarkan kejahatan orang kepada Mufti kerana menuntut fatwa kepadanya, seperti berkata seorang kepada Mufti, "Bapaku atau saudaraku, ia menzalimi akan daku dengan berbuat kejahatan akan daku. Apa hukumannya, dan betapa (apakah) jalan yang melepaskan akan yang demikian itu?"

Seperti apa yang diriwayatkan daripada perempuan yang bernama Hindun. Maka, mengadu ia akan hal suaminya, Aba Sufyan kepada Nabi saw dengan katanya; "Bahawasanya Abu Sufyan laki-laki kikir (kedekut). Padahal ia tiada memberi akan daku dan akan anakku makanan dan pakaian yang memadai akan daku. Dan, adakah harus (boleh) aku mengambil akan makanan atau pakaian itu dengan tiada ia mengetahui akan yang demikian itu? Maka, sabda Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, "Ambil olehmu akan makanan dan pakaian itu yang memadai akan dikau dan akan anakmu dengan yang ma'ruf (kebaikan), dan jikalau tiada ia mengetahui akan yang demikian itu sekalipun."

4. Iaitu mengingatkan orang Islam akan kejahatan.

Ertinya, harus mengkhabarkan kejahatan orang kerana menakuti akan orang Muslim daripada kejahatan orang itu.

Apabila engkau lihat akan seseorang baharu menuntut ilmu itu. Padahal, ia berulang pergi pada orang yang bid'ah. Yakni orang yang tiada baik iktiqadnya atau orang yang tiada baik agamanya. Maka harus engkau khabarkan kepadanya akan kejahatan orang itu supaya jangan ia mengaji kepadanya atau supaya jangan ia bersahabat dengan dia kerana bersahabat dengan orang demikian itu membawa kepada membinasakan akan agama.

Dan demikian lagi jika engkau lihat akan seseorang yang berulang-ulang pergi datang mengaji kepada orang yang fasiq atau ulama' yang jahat. Maka harus engkau khabarkan kepadanya akan kejahatan orang yang fasiq dan kejahatan ulama' yang jahat supaya menjauhi orang itu daripada berguru kepada orang yang demikian itu. Tetapi, (hendaklah) engkau qasadkan yang demikian itu kerana Allah Taala dan jangan engkau qasad kerana dengki akan dia.

Dan demikian lagi jika engkau lihat akan seseorang berkehendak membeli akan sahaya (hamba). Padahal engkau ketahui akan sahaya itu pencuri atau berbuat maksiat. Maka harus engkau khabarkan akan orang yang berkehendak membeli akan dia, akan kejahatan sahaya itu supaya menjauhi ia daripada membeli akan sahaya itu.

Dan demikian lagi jikalau bertanya seseorang akan dikau akan hal orang yang dijadikannya akan saksi itu, jikalau engkau ketahui akan orang itu jahat. Maka harus engkau khabarkan akan kejahatan orang itu.

Dan demikian lagi jika orang yang berkehendak beristeri. Maka bertanya ia akan dikau akan perempuan yang hendak diperbuatnya isteri itu. Padahal, ia jahat perbuatannya. Maka harus engkau khabarkan akan kejahatan perempuan itu.

Dan demikian lagi jika seseorang berkehendak mempersuamikan akan anaknya perempuan, dengan seorang laki-laki yang jahat. Maka harus engkau khabar kepada bapa perempuan itu akan kejahatan laki-laki itu dan barang sebagainya.

Seperti sabda Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, "Sebutkan oleh kamu akan orang yang fajir, yakni orang yang fasiq itu akan kejahatan yang ada di dalamnya itu supaya menjauhi akan dia itu oleh manusia."

5. Harus menyebutkan akan aib orang yang tiada diketahui akan dia, melainkan dengan disebutkan akan aibnya itu.

Seperti si Fulan yang buta. Atau, si Fulan yang tempang. Atau, barang sebagainya.

6. Harus menyebutkan akan kejahatan orang yang telah masyhur akan fasiqnya itu.

Seperti orang yang masyhur dengan berzina. Atau, yang masyhur dengan berliwat. Atau, orang yang masyhur dengan meminum arak. Atau, barang sebagainya.

-----------

Dan, kata Hasan Al-Basriyy rahimahullah, "Ertinya, tiga orang tiada haram atas orang yang mengumpat bagi mereka itu.
1. Orang yang bidaah.
2. Orang yang fasiq yang menzahirkan ia akan maksiatnya itu sekira-kira jikalau dikata oleh orang akan kejahatannya itu, nescaya tiada ia benci akan yang demikian itu.
3. Raja-raja yang zalim. Maka tiada haram atas seseorang menyebutkan akan pekerjaannya yang zalim itu."

Kesimpulannya, terdapat enam jenis umpatan yang dibenarkan di dalam syara'.

Oleh itu, jika kami ada menyatakan bahawa seseorang itu mempunyai keburukan atau sesuatu jemaah itu mempunyai keburukan. Maka, inilah yang dikatakan sebagai "tahzirul muslimin minal syarri", iaitu mengingatkan orang Islam akan kejahatan seseorang.

+ Kitab Siarus Salikin Fi Thariqatis Sadaatis Suffiyah oleh Al-'Allamah Al-Arifu Billah Asy-Syaikh Abdussamad Al-Falimbani, Juzu' 3, m/s 87-89.

Apa Nama Malaikat Maut?

Posted: 10 Oct 2018 04:59 PM PDT


Malaikat Izrail (Bahasa Arab: ﻋﺰﺭﺍﺋﯿﻞ) ialah nama yang masyhur bagi malaikat yang ditugaskan untuk mencabut nyawa menurut kepercayaan orang-orang Islam. Perkataan Izrail dipercayai berasal daripada bahasa Ibrani atau Hebrew yang bermaksud hamba Allah. Nama Izrail tidak pernah disebutkan di dalam Al-Quran atau hadis sebaliknya malaikat yang ditugaskan untuk mencabut nyawa dipanggil (Malaikat Maut) Malaku al-Maut (ﻣﻠﻚ ﺍﻟﻤﻮﺕ). Bagaimanapun, malaikat maut ini juga dikenali sebagai Izrail dalam bahasa Melayu dan dalam bahasa Inggris sebagai Izrail, Izrael, Azrael, Azrail, Azraille, atau Ozryel.

Pendapat Ulama' Tentang Nama Izrail

Hafiz ibn Hajar telah membuat perbincangan mendalam mengenai nama malaikat maut, dalam bukunya Al-Imtaa. Dia menyebut beberapa hadis, sungguhpun lemah, yang menyebut nama malaikat maut sebagai Izrail (Izrael).

Ibnu Kasir telah berkata dalam Al-Bidayatu Wan-Nihayah (1/49): "Dan Malaku al-Maut, maka tidaklah dinyatakan namanya di dalam Al-Quran, dan tidak pula di dalam hadis-hadis yang sahih. Dan telah datang penamaannya dalam beberapa atsar sebagai "`Izrail", wallahu a'lam. Dan sesungguhnya Allah Ta'ala telah berfirman: "Katakanlah: Malaku al-Maut akan mematikan kamu semua, dia yang ditugaskan terhadap kamu, kemudian kepada Tuhan kamu kamu akan kembali." [As- Sajdah: 11]

Dan Asy-Syaikh Ibnu Utsaimin telah berkata: "Dan sesungguhnya telah masyhur bahawa namanya (Izrail), tetapi ia tidak sahih. Sesungguhnya hal ini datang dalam atsar Israiliyyat, tidak diwajibkan untuk kita percaya dengan nama ini. Maka kita menamakan malaikat yang ditugaskan dengan kematian sebagai (Malaku al-Maut) sebagaimana Allah telah menamakannya dalam firman-Nya dalam [As-Sajdah: 11]." [Fatawa Ibnu Utsaimin (3/161)]