Sunday, October 14, 2018

Oh! Media

Oh! Media

Oh! Media


Najib Agihkan Ais Krim Percuma Sempena PRK PD

Posted: 13 Oct 2018 04:36 AM PDT


Orang ramai yang datang mengundi di hadapan pusat mengundi Sekolah Kebangsaan (SK) Port Dickson hari ini berpeluang menikmati 132 kon ais krim yang diberikan secara percuma.

Aktiviti amal yang dilaksanakan oleh Warigh Aiskrim itu bertujuan menghargai petugas badan beruniform termasuk petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), 
pengamal media dan para pengundi sepanjang hari mengundi hari ini.

Menurut pengusahanya, Khairul Najib Asarulah Khan, 27, pemberian aiskrim yang bermula dari pukul 11 pagi itu diberikan kepada semua individu yang datang ke kiosknya yang beroperasi di luar pekarangan SK Port Dickson.


"Program kebajikan ini juga salah satu usaha pihak kami dalam menghargai penduduk sekitar Port Dickson yang merupakan lokasi kami beroperasi.

"Untuk maklumat, kami baru memulakan perniagaan pada awal bulan ini dengan memberi perkhidmatan katering aiskrim, jualan ais krim di lokasi pelancongan sekitar daerah ini dan menjadi pengedar dan pembekal ais krim cedok khususnya termasuk kon aiskrim," katanya.

Sementara itu. tambah Khairul Najib, pihaknya akan terus mengadakan pemberian amal sebegini pada masa akan datang.

"Selain itu, kami juga ingin mempromosi dan menggalakkan mana-mana penjaja untuk menjadi duta kecil kepada syarikat kami untuk menjana pendapatan tambahan di lokasi perniagaan mereka sama ada di hadapan sekolah atau kaki lima jalan," katanya.

Najib juga merupakan salah seorang daripada peserta program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE 5.0) 2018 dan usaha ini dilihat dapat memajukan lagi semangat cinta akan berniaga dikalangan belia negara. Semoga maju jaya dan harap dapat teruskan pemberian amal ini.



Anggota Paramotor Maut Akibat Masalah Enjin

Posted: 13 Oct 2018 03:46 AM PDT


Anggota persatuan paramotor maut selepas terjatuh dalam sungai ketika melakukan luncur udara di Dataran Dato Ali di Kota Kuala Muda.

Mangsa Muhammad Khairun Naim Abdullah,30, dikatakan enjin paramotor mengalami masalah selepas lima minit terbang hingga menyebabkan mangsa jatuh ke sungai .

Orang kampung yang melihat kejadian terus cuba membantu sebelum menemui mangsa lebih kurang 1 kilometer dari tempat jatuh akibat dibawa arus.

Mangsa disahkan mempunyai kelayakan dan memiliki kelulusan DCA untuk terbang. Kes disiasat sebagai mati mengejut (SDR).

Ciri Semi Autonomous Diguna Untuk Projek Kereta Nasional Baharu

Posted: 13 Oct 2018 01:13 AM PDT


Awal tahun hadapan, dijangkakan  prototaip bagi membangunkan kenderaan  bercirikan semi automous menerusi projek kereta nasional baharu akan dapat dihasilkan.

Menteri Pembangunan Usahawan, Mohd Redzuan Md Yusof berkata, dengan jangkaan penghasilan prototaip tersebut, kerajaan turut meletakkan sasaran pengeluaran pertama kereta nasional baharu akan dapat direalisasikan menjelang 2020.

"Jadi kita dalam proses ke arah itu, disamping menyokong industri komponen yang memacu perusahaan kecil dan sederhana (SME)," katanya.

Proton X70 Tembusi Pasaran Thailand dan Indonesia

Posted: 12 Oct 2018 11:40 PM PDT


Proton Holdings Bhd yang merupakan pengeluar kereta nasional dikatakan bakal membawa masuk model Proton X70 ke Thailand dan Indonesia.

Model ini juga akan membangunkan arahan suara dalam bahasa Thailand dan Indonesia untuk kenderaan SUB pertama Proton X7.

Naib Presiden Jualan dan Pemasaran Abdul Rashid Musa berkata syarikat turut mendapat hak pembangunan teknologi pemanduan sebelah kanan (RHD) dan pengeluaran daripada rakan strategiknya dari China, Zheijang Geely Holding Group Co Ltd (Geely).

"Malaysia akan menjadi hab (untuk RHD) kerana Geely Group hanya mengeluarkan kereta dengan pemanduan sebelah kiri," katanya kepada pemberita selepas majlis pratonton Proton X70 yang kedua di sini hari ini.


Dijana dengan enjin 1.8 liter Turbo Gasoline Direct Injection (TGDI), Proton X70 akan turut menawarkan ciri-ciri keselamatan terkini termasuk brek kecemasan automatik, amaran pelanggaran hadapan, sistem maklumat titik buta, amaran pertukaran lorong dan kawalan lampu tinggi pintar.

Model Proton ini juga turut dilengkapi dengan ciri-ciri kawalan jauh yang membolehkan pemilik kereta memeriksa dan mengawal kenderaan itu di mana sahaja, pada bila-bila masa, melalui aplikasi mudah alih.

Model Terbaru Yamaha R25 Bakal Memasuki Pasaran Malaysia Tahun Hadapan

Posted: 12 Oct 2018 11:20 PM PDT


Bagi peminat motosikal, nampaknya model terbaru motorsikal Yamaha YZF-R25 2019 dikhabarkan bakal memasuki Malaysia pada tahun hadapan.

Yamaha YZF-R25 2019 dijangka dibawa masuk ke pasaran Malaysia pada separuh pertama tahun hadapan oleh Hong Leong Yamaha Malaysia (HLYM) dan difahamkan harganya tidak banyak berbeza atau mungkin lebih sedikit berbanding model semasa.

Model yang diperbaharui dengan penampilan lebih agresif dengan Lampu LED dan bentuk badan lebih tajam itu, dilancarkan serentak ke seluruh dunia dengan satu lagi model untuk pasaran Amerika Syarikat (AS) iaitu YZF-R3 sempena majlis Ulang Tahun Ke-20 Siri R-1 yang diadakan di sini hari ini.

Model terbaru ini juga dikatakan akan dihasilkan di kilang Yamaha Indonesia yang akan dinaik taraf dengan rupa bentuk lebih segar dan sporty. Ini dilihat mampu mengukuhkan lagi dominasi Yamaha dalam kategori motosikal 250cc.

YZF-R25 akan dilengkapi 249cc sejukan cecair, 4-strok 2-silinder sebaris DOHC dan 8-injap dengan piston aluminium ringan bagi menghasilkan pecutan yang lancar dan kuasa yang mudah dikawal.

Usain Bolt Berjaya Menjaringkan Gol Pertamanya Sebagai Pemain Profesional

Posted: 12 Oct 2018 10:59 PM PDT


Usain Bolt yang sudah lama mengimpikan untuk menjadi pemain bola sepeak profesional menjadi kenyataan apabila berjaya memasuki pasukan Central Coast Mariners.

Siapa tidak kenal dengan manusia terpantas di dunia Usain Bolt yang mempunyai gaya tersendiri. Dalam perlawanan ini, Bolt berjaya menjaringkan gol pertamanya. Saksikan video jaringan di bawah:

Kedudukan Saf Imam Dan Makmum Wanita

Posted: 12 Oct 2018 06:05 PM PDT


Kadangkala para wanita akan solat berjemaah di surau-surau atau tempat solat khusus bagi wanita. Dan bagaimana dengan kedudukan imam wanita dan makmum wanita? 

1. Dari Raa'ith al-Hanafiah : 

"Bahawa Aisyah radhiallahu 'anha mengetuai kami wanita di dalam solat fardu, kemudian mengimami mereka di bahagian tengah di antara mereka" [Riwayat al-Baihaqi, Sunan al-Bahaiqi al-Kubra, Kitab Solah]

2. Dari Hujairah bt Hasin berkata :

"Ummu Salamah mengimami kami di dalam Solat Asar berdiri di antara kami" [Riwayat Abdul Razak, dari Musnaf Abdul Razak, Kitab Solah]

3. Dari Rithah al-Hanafiah :


"Sesungguhnya Aisyah mengimami mereka dan berdiri di antara mereka di dalam solat wajib" [Riwayat Abdul Razak, dari Musnaf Abdul Razak, Kitab Solah]

Wanita Perlu Mencontohi Bidadari Syurga

Posted: 12 Oct 2018 05:49 PM PDT


Wanita di dunia perlu mencontohi bidadari syurga dari pelbagai aspek kerana bila mereka masuk syurga, maka mereka akan menjadi ketua bagi segala bidadari untuk suami mereka. Maka wajiblah mereka lebih hebat berbanding bidadari. 

Bagaimana nak jadi hebat seperti bidadari?

1. "Di sisi mereka ada bidadari-bidadari yang tidak liar pandangannya dan jeli matanya, seakan-akan mereka adalah telur (burung unta) yang tersimpan dengan baik." (Surah Ash-Shaaffaat [37]: 48-49)

"Dan ada bidadari-bidadari bermata jeli, laksana mutiara yang tersimpan baik." (Surah Al-Waaqi'ah [56]: 22-23)

"Dia itu bidadari-bidadari yang hanya tinggal tetap di tempat tinggal masing-masing; 
(Surah Ar-Rahman [55]: 72) 

Wanita perlu menjaga pandangan mereka dari melihat perkara haram lagi syubhah atau perkara tidak elok. Dan perlunya wanita duduk dalam rumah bapa atau suami mereka jika tiada keperluan ibarat telur atau mutiara yg tersimpan dengan baik. 

2. "Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang sopan menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni syurga yang menjadi suami mereka), dan tidak pula oleh jin." (Surah Ar-Rahmaan [55]: 56)

Wanita perlu menjadi seorang yang sopan santun lagi baik akhlaknya lagi menjaga pandangannya. Dan perlunya wanita menjaga diri dari disentuh oleh bukan mahramnya selain dari siapa yang berhak. 

3. "Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik." (Surah Ar-Rahmaan [55]: 70)

Cantik seseorang wanita itu adalah dari akhlaknya yang baik. 

4. "(Bidadari-bidadari) yang jeli, putih bersih, dipingit dalam rumah." (Surah Ar-Rahmaan [55]: 72)

Wanita itu tempatnya dalam rumah bapa mereka dan mereka didatangi di dalam rumah untuk disunting oleh pencintanya. 

5. "Sesungguhnya Kami menciptakan mereka (bidadari-bidadari) dengan langsung dan Kami jadikan mereka gadis-gadis perawan penuh cinta lagi sebaya umurnya." (Al Waqiah [56] : 35-37)


Wanita perlu menjaga maruah diri dan menjaga mahkota perawannya sebelum dinikahi. Setelah bernikah, menjadikan suami teman setia dan kecintaan mereka sentiasa. 

Tangisan Penduduk Madinah

Posted: 12 Oct 2018 05:31 PM PDT


Dalam Tarikh Dimasyq karangan Ibnu Asakir disebutkan bahawa Sayyidina Bilal pernah bermimpi bertemu Nabi shallallahu 'alaihi wasallam. Dalam mimpi tersebut Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, "Kekeringan apa yang telah melandamu ini wahai Bilal? Bilakah datang waktumu untuk mengunjungiku?"

Lalu Bilal tersedar dalam keadaan sedih. Setelah itu ia menaiki kenderaannya menuju Madinah, mendatangi kuburan Nabi shallallahu 'alaihi wasallam lalu menangis di situ sambil mengusapkan wajahnya pada kuburan Nabi shallallahu 'alaihi wasallam. 

Lalu datanglah Al-Hasan dan Al-Husain kemudian mereka berdua memeluknya dan menciumnya lalu berkata, "Wahai Bilal, kami rindu mendengarkan azanmu." Bilal pun memenuhi permintaan mereka berdua, ia lalu mengumandangkan azan dari atas atap.

Ketika terdengar lantunan suaranya mengucapkan "Allahu Akbar Allahu Akbar", kota Madinah bergetar. Ketika ia mengumandangan syahadah bertambah lagi goncangannya, hingga ketika ia meneriakkan "Asyhadu anna Muhammadar Rasulullah", para penduduk Madinah keluar dari rumah-rumah mereka sambil berkata, "Apakah Rasulullah diutuskan kembali?"

Sungguh tiada hari yang paling banyak tangisan laki-laki dan perempuan di Madinah semenjak wafatnya Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam melebihi hari itu.

As-Subki berkata dalam "Syifaus Siqam" hal. 39, "Kami telah meriwayatkan kisah itu dengan sanad yang bagus dan tidak perlu lagi meneliti dua sanad yang telah disebutkan oleh Ibnu Asakir itu meskipun para perawinya sudah sangat popular dan terkenal."


Kisah ini juga disebutkan oleh Ibnul Atsir dalam "Usdul Ghabah" (1/208) As-Samhudi dalam "Wafaul Wafa" (2/408) lalu ia berkata, "Sanadnya bagus." Asy-Syaukani berkata dalam "Nailul Authar" (3/105), "Telah diriwayatkan perkara ziarah ke makam Nabi shallallahu 'alaihi wasallam ini dari sejumlah sahabat di antaranya adalah Bilal sebagaimana dalam riwayat Ibnu Asakir, dengan sanad yang bagus."