Tuesday, October 16, 2018

Oh! Media

Oh! Media


Kelantan Berjaya Anjurkan Sukan Bina Badan Patuh Syariah

Posted: 15 Oct 2018 07:22 AM PDT


Negeri Kelantan dilihat berjaya menganjurkan Sukan Bina Badan patuh syariah. Tidak seperti kejohanan lain yang dilihat memerlukan setiap peserta hanya dibenarkan memakai seluar dalam dan perlu memperagakan badan dan menunjukkan setiap otot yang ada.

Cabaran MR Awang Selamat 2018 yang dianjurkan di Kelantan diadakan di Dewan Jubli Perak Kota Bharu dan mengkehendaki pesertanya memakan seluar munutup aurat dari pusat hingga ke lutut.

Ini dilihat amat baik dan harap mampu diikuti oleh penganjur-penganjur lain.







+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Pakistan Tubuh Pasukan Untuk Siasat Kehilangan Sandal Rasulullah Setelah 16 Tahun

Posted: 15 Oct 2018 07:23 AM PDT


Sandal yang dipercayai pernah dipakai Nabi Muhammad SAW dilaporkan telah hilang semasa berada di Masjid Badshahi pada tahun 2002 lepas.

Ketua Hakim Mahkamah Agung Pakistan kini telah menubuhkan Pasukan Soal Siasat Bersama (JIT) untuk menyiasat kehilangan terbabit.

Sandal tersebut didakwa dicuri dari dalam kotak kaca ditempatkan di Badshahi yang dibina pada 1673.

Kecurian seumpama itu adalah yang pertama berlaku di Pakistan dan agensi penguatkuasa undang-undang telah melakukan siasatan selama lebih sedekad, namun gagal menemui semula sandal tersebut.

Ganjaran AS15,384 (RM64,OOO) turut akan diberikan kepada pihak yang dapat memberi maklumat.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Polis Ambil Gambar Nabila Huda

Posted: 15 Oct 2018 07:24 AM PDT



Pelakon terkenal Nabila Huda yang kini sedang mengembara secara solo di Asia Tenggara berkongsi kepada semua satu info menarik melalui instagram miliknya.

Nabila Huda atau selesa dipanggil Abil berkongsi cara yang selamat untuk mengambil gambar  jika berada di luar.


Boleh amik gambar jugak. Selain dari guna timer (Saya benci timer), anda boleh mintak tolong orang.

"Kalau rasa tak selamat nak suruh strangers ye lah takut phone atau camera kena curi, buat macam saya.

"Saya mintak tolong dari polis je terus. Jadi semuanya akan selamat. Harap info ini dapat membantu anda," tulisnya.

Oh Media! : Semoga Abil selamat di sepanjang pengembaraan di tempat orang.

Tiga Peserta Futsal Dipanah Petir

Posted: 15 Oct 2018 04:16 AM PDT


Berikutan dengan insiden pemain dipanah petir, pihak Kemneterian Belia dan Sukan mengesahkan tiga peserta futsal Liga Suka Untuk Semua peringkat Kebangsaan dipanah petir di padang MSN Bukit Jalil temoh hari.

Mangsa dikejarkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) dan pihak KBS menegaskan bahawa keselamatan dan kebajikan mangsa menjadi keutamaan. Sehingga kini masih tiada lagi sebarang perkembangan dilaporkan.

Arab Saudi Tidak Akan Berdiam Diri

Posted: 15 Oct 2018 03:59 AM PDT


Kini banyak jutawan dan syarikat Barat kini menjauhkan diri daripada Arab Saudi yang merasakan ia bakal membahayakan pembaruan ekonomi yang dicetuskan Putera Mahkot Mohammed bin Salman.

Kesan dari itu, Arab Saudi memberi amaran akan bertindak balas terhadap serangan sekatan yang dikenakan berhubung dengan kehilangan wartawan Jamal Khashoggi, ketika pasaran saham Riyadh menjunam ke paras paling teruk dalam masa beberapa tahun.

Presiden Donald Trump mengancam sekutunya itu semalam dengan 'hukuman berat' jika Khashoggi, pengkritik lantang Putera Mohammed, dibunuh di dalam konsulat Arab Saudi di Istanbul.

"Arab Saudi menolak sepenuhnya sebarang ancaman atau cubaan merendahkan negara ini sama ada menerusi ancaman mengenakan sekatan ekonomi atau tekanan politik," kata pemberita.

Pemergian Saleem Turut Dirasai Menteri Kewangan

Posted: 15 Oct 2018 02:48 AM PDT


Pemergian seorang penyanyi terkenal Saleem atau AM Saleem Abdul Majeed, 57 yang telah menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Cheras, di sini pada jam 6.30 pagi tadi selepas 22 hari dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi, kerana kemalangan jalan raya di Bandar Mahkota Cheras.

Jutaan peminat Saleem turut bersedih atas kehilangan ini dan diantara jutaan ini, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menjadi perhatian apabila turut menunjukkan rasa sedih yang sama.


Berkongsi kesedihan di Facebook miliknya, beliau berkata, lagu 'Suci Dalam Debu' nyanyian arwah meninggalkan kenangan manis terhadap dirinya selama ini.

"Lagu Allahyarham bersama Iklim, Suci Dalam Debu, adalah kenangan manis buat saya pada awal 1990-an.

"Ketika berjuang sebagai pembangkang, lagu-lagu Saleem menemani jiwa saya, malah, beberapa lagu rock Allahyarham juga menawan hati," katanya.

Telinga Cacat Menjadi Trademark Seorang Fighter

Posted: 15 Oct 2018 02:53 AM PDT


Memandangkan sekarang semua orang sibuk membincangkan isu kemenangan Khabib yang melawan Conor Mcgregor, semua ingin mengetahui dan tertanya pelbagai persoalan. Di sini, ada sedikit perkongsian dari @AbangNetizen tentang gambar menunjukkan telinga Khabib dan Mcgregor yang kelihatan pelik dari kebiasaan.


"Kalau korang perasan, most fighter dalam dunia ni akan ada telinga bengkak macam ni. Dalam perubatan kita panggil sebagai Cauliflower Ear atau boxer ear. Kesan akibat blunt trauma direct pada telinga"

"Ianya terjadi disebabkan pendarahan (hemotoma) dibawah kulit. Kalau telinga dibahagian perichondrium atau ruangan connective tissue untuk bahagian cartilage"

"Ianya biasa bersifat kekal, irreversible. Tapi kalau diubati awal dengan drainange darah dan antibiotik boleh elakkan ianya menjadi bentuk kecacatan kekal" katanya.


Tambahnya lagi, semua fighter kebiasaannya memang tidak akan memulihkan semula kecacatan ni, kerana ia dianggap trademark seorang fighter.

"So kalau tengok orang ada telinga macam ni, jangan hairan, 99% dari mereka pasti adalah boxer, fighter, wrestler, orang rugby atau seangkatan dengannya. Jangan bikin kacau dengan mereka" - katanya.


Kredit: Mohd Nor Hafiz Suratman



20 Gambar Viral Tema Kahwin English Garden

Posted: 15 Oct 2018 03:14 AM PDT


Memandangkan 2018 hampir sampai ke penghujung dan ramailah yang akan menamatkan zaman bujang penghujung tahun nanti, Ohmedia kongsikan 20 gambar pelamin bertemakan English Garden sebagai rujukan bakal pengantin.



















Kredit: CAPREDOCA WEDDING & DECOR.

Mangsa Letupan Mesin Pengering Meninggal

Posted: 15 Oct 2018 01:44 AM PDT


Mangsa letupan mesin pengering layan diri tempoh hari dilaporkan telah meninggal dunia. Mangsa lelaki ysng tubuhnya melecur hampir 73% itu meninggal dunia pada jam 8.30 pagi di Hospital Sungai Buloh.

Seorang lelaki dan anak perempuannya yang berusia 14 tahun melecur apabila mesin pengering di sebuah kedai dobi layan diri di Johan Setia, di sini meletup.

Mangsa ke dobi itu bersama anak dan isterinya namun hanya dia dan anaknya masuk ke dalam dobi untuk mengeringkan pakaian.

Punca kejadian adalah akibat masalah teknikal mesin pengering apabila api menyambar dibahagian belakang mesin yang menempatkan tong gas.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Pakaian Wanita Labuh Menyeret di Tanah

Posted: 14 Oct 2018 06:08 PM PDT


Melabuhkan pakaian menutup punggung telapak kaki

Dari Ibnu Umar bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Barangsiapa menjulurkan kainnya dengan rasa sombong, maka Allah tidak akan melihatnya pada hari kiamat." Ummu Salamah bertanya: "Lalu apa yang harus dilakukan kaum wanita dengan dzail (lebihan kain bahagian bawah) mereka?"

Beliau menjawab: "Mereka boleh memanjangkannya satu jengkal (iaitu dari tengah-tengah kedua betis, ada yang menyebutkan: dari kedua mata kaki)." Ummu Salamah bertanya lagi: "Kalau begitu punggung tapak kaki mereka akan terlihat!" Beliau bersabda: "Mereka boleh memanjangkannya sehasta, dan jangan lebih." (Sunan At-Tirmidzi, no. 1653, hasan sahih, Musnad Ahmad, no. 4259)

Dalam hadis di atas disebutkan adanya rukhsah (keringanan) bagi wanita untuk melabuhkan pakaian dan menyeretnya ketika berjalan, kerana hal itu lebih mudah menutup aurat mereka.

Imam Al-Baihaqi berkata: "Di dalam hadis ini terdapat dalil bahawa kaum wanita wajib menutup kedua punggung telapak kaki mereka." [Asy Syaukani menyebutkan hal serupa itu di dalam kitabnya Nail Al-Authar (11:59)]

Pakaian yang labuh hingga menyeret di tanah

Imam Malik dan ulama' hadis lainnya meriwayatkan dari budak wanita milik Ibrahim bin Abdurrahman bin Auf, bahawa dia bertanya kepada Ummu Salamah, isteri Nabi shallallahu 'alaihi wasallam: "Sesungguhnya aku adalah seorang wanita yang kain bajuku memanjang ke bawah, dan aku berjalan di tempat-tempat kotor." Ummu Salamah menjawab bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Ia (bahagian bawah kain) akan disucikan oleh tanah (yang dilalui) setelahnya." (Sunan Abu Daud, no. 326, Sunan At-Tirmidzi, no. 133, sahih, Sunan Ibnu Majah, no. 524, Muwatha' Malik, no. 41, Musnad Ahmad, no. 25283)


Diriwayatkan juga dari seorang perempuan dari Bani Abdil Asyhal, dia berkata: "Saya pernah bertanya: "Wahai Rasulullah! Sesungguhnya jalan yang kami lalui menuju ke masjid kotor (bernajis), maka bagaimana yang kami harus lakukan apabila hari hujan?" Beliau bersabda: "Bukankah sesudah jalan (yang kotor itu) ada jalan yang lebih bagus (suci)?" Saya menjawab: "Ya." Beliau bersabda: "Maka tanah di jalan yang kotor tadi akan disucikan oleh tanah di jalan yang suci." (Sunan Abu Daud, no. 327, Sunan Ibnu Majah, no. 526, Musnad Ahmad, no. 26181)

Musibah dan Dosa Manusia

Posted: 14 Oct 2018 05:22 PM PDT


Soal :
Adakah musibah yang kebelakangan ini sering terjadi pada negeri umat Islam adalah sebab dosa yang dikerjakan olih manusia atau hanya kebetulan?

Jawab :
Segala musibah yang berlaku ke atas manusia di dunia ini bukan kebetulan tetapi ada sebab musabbabnya. Antara sebab terjadi musibah ialah sebab kejahatan manusia itu sendiri yang melakukan dosa dan kemungkaran.

Firman Allah :
وَما أَصابَكُمْ مِنْ مُصِيبَةٍ فَبِما كَسَبَتْ أَيْدِيكُمْ
"Dan kejadian buruk yang menimpa kamu dari musibah itu maka ialah dengan sebab perbuatan kamu semua." (As-Syuura : 30)

Maksud perbuatan manusia pada ayat ini ialah perbuatan dosa dan maksiat.

Soal :
Apakah hikmahnya Allah tidak menurunkan azab keatas semua negeri yang penduduknya melakukan dosa?

Jawab :
Musibah hanya akan berlaku jika Allah kehendaki membalas perbuatan dosa penduduknya. Jika Allah tidak kehendaki maka Allah tidak menyiksa mereka dengan menurunkan musibah kerana Allah memberi kemaafan kepada mereka.

Firman Allah :
 وَيَعْفُوا عَنْ كَثِيرٍ
"Dan Allah memaafkan pada kebanyakkan perbuatan manusia." (As-Syuura : 30)

Berkata Imam Ibnu Kathir :
ويعفو عن كثير أي من السيئات ، فلا يجازيكم عليها بل يعفو عنها
"Dan Allah memaafkan dari kebanyakkan daripada segala dosa. Maka Allah tidak membalas atas kelakuan dosa-dosa itu bahkan memberi kemaafan daripadanya." (Tafsir Ibnu Kathir)

Soal :
Adakah juga Allah memberikan keampunan kepada para hamba-Nya tetapi menurunkan juga musibah ke atas mereka?

Jawab :
Ya. Kadangkala Allah memberikan keampunan dengan cara menurunkan ke atas manusia musibah dan diangkat darjat mereka yang ditimpa musibah itu.

Berkata Ikrimah :
ما من نكبة أصابت عبدا فما فوقها إلا بذنب لم يكن الله ليغفر له إلا بها، أو درجة لم يكن الله ليبلغها إلا بها
"Tidak ada satu kesusahan yang menimpa seorang hamba atau yang lebih berat darinya melainkan dengan cara Allah mengampunkan dosanya dengan diturunkan musibah atau Allah mengangkat darjatnya dengan sebab musibah yang menimpa itu." (Tafsir Al-Baghawi)

Soal :
Jikalau berlaku musibah dengan sebab dosa yang manusia lakukan kenapa Allah tidak turunkan musibah ke atas semua negeri yang penduduknya melakukan dosa?

Jawab :
Kerana keampunan Allah lebih luas dari kemurkaan-Nya dan lagi jika Allah membalas siksa dan menurunkan musibah setiap kali manusia melakukan dosa maka akan binasalah bumi ini. Olih itu Allah menangguhkan siksanya sekira-kira pada masa yang Dia kehendaki.

Firman Allah :
وَلَوْ يُؤَاخِذُ اللَّهُ النَّاسَ بِمَا كَسَبُوا مَا تَرَكَ عَلَىٰ ظَهْرِهَا مِن دَابَّةٍ وَلَٰكِن يُؤَخِّرُهُمْ إِلَىٰ أَجَلٍ مُّسَمًّى ۖ
"Dan jikalau Allah menyiksa setiap mausia yang melakukan dosa maka sudah pasti tiada hidup atas muka bumi ini satu pun kehidupan. Dan tetapi Allah memberi tangguh kepada manusia hingga masa yang ditetapkan." (Al-Fathir : 45)

Soal :
Ada orang berkata bahawa terjadinya gempa bumi hingga ramai yang terkorban tertimbus ke dalam bumi dan rumah-rumah hancur luluh sudah ada disebut olih Rasulullah saw. Adakah benar Rasulullah pernah menyebut tentang perkara ini?

Jawab :
Memang benar sebagaimana yang dikatakan itu.

Aisyah r.a. meriwayatkan sebuah hadith dengan katanya :
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: يكون في آخر هذه الأمة خسف ومسخ وقذف
"Rasulullah saw bersabda : Akan ada berlaku pada akhir umat ini bumi bergerak dan berubah rupa dan huru hara." (Hadith Turmizi)

Dan Abu Malik Al-Asy'ary r.a. meriwayatkan sabda Nabi saw :
يخسف الله بهم الأرض
"Allah akan menenggelamkan mereka ke dalam bumi." (Hadith Ibnu Majah & Ibnu Hibban)

Erti bumi bergerak dalam hadith di atas ialah gempa bumi sehingga manusia merasakan goncongan pada tanah yang mereka berada di atasnya.

Maksud Allah menenggelamkan manusia ke dalam bumi ialah apabila berlaku gempa bumi berlaku geseran lapisan bawah tanah hingga tanah bahagian atas terjatuh ke bahagian bawah membawa bersama manusia dan rumah kediaman.

Soal :
Selalu kita lihat bencana yang berlaku adalah dalam keadaan tiba-tiba dan tidak disedari langsung olih manusia. Dan banyak juga kita lihat berlaku bencana ketika penduduk tempat tersebut sedang berseronok dan berpesta. Adakah perkara ini sudah diberitahu di dalam Al-Quran.

Jawab :
Perkara ini sudah dinyatakan di dalam Al-Quran.

Firman Allah :
فَلَمَّا نَسُوا مَا ذُكِّرُوا بِهِ فَتَحْنَا عَلَيْهِمْ أَبْوَابَ كُلِّ شَيْءٍ حَتَّى إِذَا فَرِحُوا بِمَا أُوتُوا أَخَذْنَاهُمْ بَغْتَةً فَإِذَا هُمْ مُبْلِسُونَ
"Maka tatkala mereka sudah lupa dengan apa yang telah Kami ingatkan dengannya lalu Kami bukakan bagi mereka segala pintu kemewahan dan kesenangan sehingga apabila mereka sedang asyik berseronok 
dengan segala keemewahan yang mereka dapat lalu Kami timpakan ke atas mereka bencana dalam keadaan mengejut. Lalu mereka jadi terpinga-pinga tanpa mendapat pertolongan." (Surah al-An'am: 44)

Soal : 
Apabila Allah menurunkan bencana dan musibah ke atas sebuah negeri maka kita dapat lihat bukan sahaja pelaku maksiat yang menjadi korban, orang-orang yang baik yang tidak melakukan maksiat juga turut menjadi mangsa. Kenapakah berlaku sedimikian?

Jawab :
Allah hanya akan menurunkan musibah seperti bencana alam dan malapetaka besar hanya apabila maksiat dan kemungkaran telah berlaku dengan terang-terangan dan orang-orang yang baik tidak mencegah maksiat dan kemungkaran tersebut.

Aisyah r.a. pernah bertanya kepada Rasulullah saw dengan katanya :
 يا رسول الله أنهلك وفينا الصالحون؟ قال: نعم إذا ظهر الخبث
"Wahai Rasulullah! Adakah Allah akan membinasakan kita semua sedangkan dikalangan kita terdapat orang-orang yang baik? Rasulullah saw menjawab : Ya apabila telah terang-terangan dikerjakan kemungkaran."(Hadith Turmizi)

Dan Rasulullah saw bersabda :
مَا مِنْ قَوْمٍ يُعْمَلُ فِيهِمْ بِالْمَعَاصِي، ثُمَّ يَقْدِرُونَ عَلَى أَنْ يُغَيِّرُوا، ثُمَّ لَا يُغَيِّرُوا، إِلَّا يُوشِكُ أَنْ يَعُمَّهُمُ اللَّهُ مِنْهُ بِعِقَابٍ
"Tidak ada satu kaum yang berlaku maksiat dikalangan mereka dan mereka tidak mencegah kemungkaran tersebut pada hal mereka mampu mencegahnya maka Allah akan meratakan siksanya ke atas mereka semua." (Hadith Abu Daud)

Wallahua'lam


+ Ustaz Azhar Idrus (Original)

Soal Jawab: Kubur dan Roh

Posted: 14 Oct 2018 05:12 PM PDT


Soal :
Macamana nak tolong ayah dalam kubur?

Jawab :
Sebagai anak sebaiknya selalu mendoakan kebaikkan dan memohon keampunan Allah untuk ayah yang telah meninggal dunia, selalu bersedekah dan menderma dan dan banyakkan amal solih niatkan untuk ayah, mematuhi hukum syarak dalam segenap aspek kehidupan supaya ayah turut mendapat menafaatnya walau pun sudah meninggal dunia. Hubungi silaturrahim dan muliakan kawan-kawan ayah. 

Soal :
Hukum letak bunga atas kubur dan siram air?

Jawab :
Hukum letak bunga di kubur bergantung kepada niat dan tujuan . Jika bertujuan mengikut sunnah Nabi saw yang meletak pelepah kurma yang masih hidup yang bertasbih kepada Allah dan meringankan keadaan arwah di alam barzakh maka adalah elok. Kerana setiap yang hidup seperti tumbuhan bertasbih sentiasa kepada Allah. dengan sebab tasbih yang hidup kepada Allah dekat kubur maka diharapkan ringan orang yang di dalam kubur.

Jika bertujuan mengikut budaya orang bukan Islam meletak bunga maka ia adalah dilarang. 

Syeikh Atiyah Saqar Ketua Mufti Lajnah Fatwa al-Azhar berkata: "Ini adalah masalah antara golongan mengharuskan dan golongan yang menegah. Saya melihat tiada tegahan pada perkara ini selagi mana ia beriktikad (menyakini) bahawa yang memberi manfaat dan mudarat itu hanyalah Allah SWT. Apa yang kita hadiahkan kepada si mati seperti doa, sedekah dan lain-lain lagi adalah 'min babil asbab' semata-mata mengharapkan rahmat Allah swt. 

Justeru, perbuatan menaburkan bunga sebagai menggantikan pelepah dan ranting basah adalah harus. Bagaimanapun, jika bunga itu dibeli dengan harga mahal semata-mata untuk melakukan perbuatan itu, dibimbangi ia akan jatuh kepada haram disebabkan membazir." 

Soal :
Kat kubur nak baca apa paling bagus?

Jawab :
Sebaik tiba di kubur bacalah ucapan salam kepada si mati kemudian membaca ayat Quran yang mana yang mudah bagi kita kemudian membaca doa minta kebaikkan untuk simati.

Tidak dimestikan membaca ayat-ayat tertentu tetapi terpulang kepada yang ziarah surah apa yang dia mahu baca adalah harus. Cuma setengah-setengah orang suka membaca Yaasin atau surah Baqarah atau surah lain dan ia bukanlah wajib atau menjadi syarat.

Imam Nawawi berkata :
وروينا في سنن البيهقي بإسناد حسن أن ابن عمر استحبَّ أن يقرأ على القبر بعد الدفن أوّل سورة البقرة وخاتمتها
"Diriwayatkan di dalam Sunan Al-Baihaqi dengan sanad yg hasan bahawa Ibnu Umar menyukai agar dibaca di atas perkuburan sesudah pengebumian permulaan pada surah Al-Baqarah dan pada pengakhirannya." (Kitab Al-Azkar)

Soal : 
Hukum ziarah kubur?

Jawab :
Hadith Nabi saw :
فزوروا القبور فانها تزهد في الدنيا وتذكر الأخرة
"Ziarahlah kamu semua akan kubur kerana ziarah kubur itu mengingatkan kamu akan negeri akhirat."

Sunat bagi kaum lelaki ziarah kubur dan ia adalah sunnah Nabi saw. 

Adapun bagi kaum wanita maka harus hukumnya ziarah kubur dengan syarat menjaga adab-adab keluar rumah yaitu menutup aurat dengan sempurna dan tidak mengiringi jenazah pada masa memanam mayat. Ziarahlah pada masa tidak ramai dengan ditemani mahram atau suami dan tidak duduk lama di kubur. 

Soal :
Arwah gembira ke kalau kita ziarah kubur?

Jawab :
Orang yang telah mati atau penghuni kubur memang merasa senang dengan datangnya orang yang ziarah dan mengenalinya.

Berkata Imam Ibnu Qayim :
والسلف مجمعون على هذا ، وقد تواترت الآثار عنهم بأن الميت يعرف زيارة الحي له ويستبشر به
"Para salaf telah ijmak atas ini dan sungguhnya telah menjadi mutawatir dari para salaf dengan bahawasanya mayat mengenali orang hidup yang ziarah akan mayat dan suka mayat dengannya." (Kitab Ar-Ruuh)

Soal :
Dulu syurga ibu bawah tapak kaki ayah. Sekarang ayah dah tak ada. Syurga ibu macamana? Balik ke ibu dia ke?

Jawab :
Ketika bernama isteri maka wajib ia taat kepada suaminya kerana jika ia derhaka kepada suami maka tertutup baginya pintu syurga. Maka apabila suami telah meninggal dunia dan kembali ia kepada ibu bapanya maka wajib pula ia taat kepada ibu bapanya.

Soal :
Betul ke ruh akan balik ke rumah dalam 44 hari?

Jawab :
Tidak ada dalil yang menunjukkan perkara ini. Ruh orang beriman dinaikkan ke langit setelah berpisah dari badan menurut hadith-hadith yang sahih dan dikembalikan kepada jasadnya untuk menjawab soalan malaikat mungkar dan nakir. 

Dan diriwayatkan juga ruh dikembalikan untuk menjawab salam orang yang ziarah. Tiada hadith sahih yang memberitahu ruh balik ke rumah pada hari yang 44 sekalipun jika Allah kehendaki bolih berlaku.

Soal :
Doa anak soleh sampai ke arwah. Macamana nak tahu kita anak soleh ke tidak?

Jawab :
Anak yang solih artinya anak yang beriman yang benar aqidahnya dan beramal dengan suruhan agama. Olih itu selalulah hadir majlis ilmu supaya dapat mengetahui cara beraqidah yang benar dan cara beramal yang betul supaya termasuk dalam kalangan anak yang solih.

Jika kita hidup dengan mematuhi segala peraturan agama maka sudah pasti kita menjadi seorang anak yang solih.

Soal :
Boleh ke doa supaya ruh arwah datang melawat dalam mimpi sebab rindu sangat?

Jawab :
Tidak salah berdoa untuk dapat jumpa si mati dalam mimpi. Sementara itu selalulah amalkan amal solih sebanyak mungkin kerana ibu bapa yang telah meninggal dunia mendapat saham yang baik dari amal solih yang dilakukan olih anak-anak.

Wallahua'lam


+ Ustaz Azhar Idrus (Original)