Wednesday, October 3, 2018

Oh! Media

Oh! Media


Kos Ujian Komputer Lesen Memandu Diturunkan RM20 Mulai Tahun Hadapan

Posted: 02 Oct 2018 06:32 AM PDT


Banyak perkara yang sedang dirancang oleh kerajaan sekarang yang akan dilaksanakan awal tahun hadapan. Antaranya, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke ada memaklumkan bahawa kos untuk ujian komputer memandu akan diturunkan kepada RM20 berbanding RM27 sekarang.

Menurut Loke, kos RM7 yang dikurangkan berikutan meliberisasikan sistem sekarang yang dikendalikan 3 syarikat. Kementerian telah memutuskan untuk membuka ujian komputer kepada semua institut dengan penggredan 3 bintang ke atas selain menjadikan ujian memandu lebih mudah untuk diakses orang awam.


Anak Bongsu Rozita Che Wan Tunjuk Minat Berlakon

Posted: 02 Oct 2018 05:28 AM PDT


Rozita Che Wan, berkata anak bongsunya, Aaisyah Dhia Rana sudah mula menunjukkan minat dalam dunia seni.

Bahkan, Aaisyah yang kini berusia empat tahun itu pun pandai menyanyi. Che Ta mengatakan bahawa anaknya itu sudah menunjukkan minat itu sejak berumur tiga tahun lagi.

Namun begitu, menurut Che Ta, suaminya pelakon, Zain Saidin tidak menggalakkan puteri mereka terlibat dalam dunia seni.

"Seboleh-bolehnya Zain tah mahu Aaisyah jadi artis dan didedahkan dengan dunia hiburan.

"Zain juga bising jika saya bawa Aaisyah ke majlis hiburan tambahan lagi kalau balik lewak malam.

"Ini kerana bagi Zain dia tidak mahu anak ponteng sekolah.

"Cuma, jika ada tawaran berlakon dengan saya, kami okay. Andai hanya dia seorang sahaja kami takkan ambil," ujarnya jujur.

Ammar Alfian Dipuji Tunku Mahkota Johor

Posted: 02 Oct 2018 05:17 AM PDT


Menerusi perkongsian aktor Ammar Alfian, 31, dia menerima mesej Tunku Mahkota Johor yang memuji pelakon utama Paskal menerusi direct message di Instagram miliknya.

"Saya dengar khabar tentang filem. Saya masih berkhidmat dalam ketenteraan sejak berusia 18 tahun lagi.

"Saya gembira melihat anak Johor (Johorean) yang telah melakukan yang terbaik dan menyambung cita-cita.


Saya tak mahu menjanjikan apa-apa. InsyaALLAH jika saya ada masa, saya akan tonton.

"Saya ucapkan kepada kamu semoga yang terbaik di dalam karier dan semoga ALLAH merahmati kamu dan orang yang kamu cintai," ucap Tuanku.

Terharu menerima ucapan tersebut, Ammar turut membalas;

"Alhamdulillah terima kasih Tuanku kerana perasan. Itu sudah lebih daripada cukup. Salam Tuanku," ujarnya dengan tanda pagar #bangsajohor

Warga Syria Hassan al Kontar Akhirnya Ditahan Di KLIA 2

Posted: 02 Oct 2018 02:11 AM PDT


Seorang lelaki warga Syiria Hassan al Kontar yang pernah viral dan dikatakan tinggal di kawasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 sejam Mac lalu  kini ditahan pihak polis.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, pihaknya akan menunggu siasatan polis selesai, sebelum diambil alih oleh Jabatan Imigresen.

Kita akan terus laksanakan kerjasama dengan kedutaan Syria untuk mengeluarkan dia dari negara kita.

"Dia tidak mahu balik ke Syria, katanya kerana tidak mahu jadi tentera atau apa juga alasannya. Bagaimanapun, kita kena ada penutup (penyelesaian) kerana dia memalukan negara kita," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Pelancaran Narrowcasting Media dan Visa Pas Versi Baharu di Putrajaya, hari ini.

Mustafar berkata, Hassan masuk ke Malaysia pada Mac lalu dan selepas pasnya tamat tempoh, dia masuk ke Kemboja.

"Di sana, dia tidak dibenarkan masuk kerana sebab tertentu dan dia balik ke Malaysia. Dia usahakan pelbagai cara dan keluarkan kenyataan yang memalukan negara kita di media sosial.

"Ketetapan kita ambil kerana dia berada di kawasan larangan apabila pas pelepasan dan ketetapan visa pun sudah tidak ada, maka tindakan diambil," katanya.

Hassan, 36, mendakwa tinggal di klia2 sejak 7 Mac lalu kerana bimbang akan ditangkap jika pulang ke Syria.

Langkah ini jugak terpaksa diambil kerana Hassan selalu menghantar video di blog tentang kehidupannya sehingga mendapat perhatian kumpulan hak asasi manusia dan media antarabangsa,

Kerja Kerani Tidak Akan Menjadi Beban Kepada Guru Mulai Tahun Hadapan

Posted: 02 Oct 2018 02:00 AM PDT


Kementerian Pendidikan sekarang sedang merangka pelan strategik bagi mengurangkan beban guru daripada melakukan tugas-tugas kerani.

"Saya mahu kembalikan zaman kegemilangan guru yang mana guru menjadi 'Hero Teacher' kerana mereka menyintai kerjaya mereka malah menyayangi kita seperti anak sendiri dan mahukan kita benar-benar Berjaya.

"Perkara ini sudah mula hilang daripada guru-guru kerana dibebani kerja kerani, saya mahu ubah perkara ini dan kita akan kembalikan zaman kegemilangan guru-guru tidak lama lagi," kata Dr Maszlee Malik.

Perkara ini dilihat harus diputuskan kerana ia permasalahan ini telah lama dibangkitkan kerana guru dilihat semakin sibuk menanggung tugas kerani.

Semakin Tidak Terkawal, Lori Bantuan Pula Diserbu Penduduk

Posted: 02 Oct 2018 01:47 AM PDT


Selepas kejadian tsunami di Palu yang telah mengorbankan banyak nyawa, kini Indonesia menghadapi satu lagi masalah dari rakyatnya sendiri. Beberapa hari lalu tersebar satu video di mana sebuah pasaraya di Palu di ceroboh dan semua barang habis dicuri oleh pendudduk setempat.

Kini, ia lebih menyedihkan apabila sebuah lagi video amatur menunjukkan sekumpulan penduduk menyerbu lori yang membawa bekalan bantuan kepada mangsa gempa bumi di Sulawesi Tengah tular di media.

Insiden yang mencetuskan kemarahan ramai itu dirakam di sebatang jalan di Trans Sulawesi menuju Palu dan Donggala pada Ahad lalu.

Apa yang menyedihkan, penduduk yang mencuri bekalan makanan tersebut bukannya mangsa gempa. Difahamkan, perbuatan tidak bertanggungjawab itu dilakukan penduduk Pasangkayu, Sulawesi Barat.

Pihak berkuasa berkata, ketika ini bantuan kemanusiaan difokuskan untuk dihantar ke wilayah Sulawesi Tengah yang menyaksikan lebih 1,000 terbunuh akibat tsunami.




Beberapa Pemaju Rumah Sudah Tunjukkan Tanda Positif Untuk Turunkan Harga Rumah

Posted: 02 Oct 2018 12:01 AM PDT


Berikutan dengan arahan kerajaan untuk pihak pemaju menurunkan harga rumah kerana telah dikecualikan dari cukai SST. Terbaru,syarikat pemaju rumah Mah Sing Group telah mengumumkan mereka telahpun menurunkan harga rumah pasca SST bagi memberi lebih peluang buat anak muda memiliki rumah. Selain itu, Alzac dan Rehda Penang yang turut mengikuti jejak langkah yang sama.

Hasrat yang dibuat Mah Sing Group ini dikatakan bertepatan dengan hasrat kerajaan dalam menawarkan lebih banyak rumah mampu milik buat para pengguna. Dalam pada itu, pengecualian SST ini hanya tertakluk kepada rumah yang baharu dan tidak termasuk rumah yang sudah lama dibangunkan.


Tabung Harapan Malaysia Mencecah Hampir RM200 Juta

Posted: 01 Oct 2018 11:06 PM PDT


Kutipan Tabung Harapan Malaysia kini berjumlah RM194,349,047.02 setakat jam 3 petang semalam 1 Oktober 2018. Jumlah kutipan terkini tabung itu dikeluarkan Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan.

Tabung Harapan Malaysia dilancarkan 30 Mei lalu sebagai usaha rakyat untuk membantu kerajaan mengurangkan hutang negara yang mencecah RM1 trilion.

Jumlah kutipan tabung tersebut akan dikemaskini pada 3 petang setiap hari di laman web Kementerian Kewangan.

Peminat Abadikan Elyana Pada Lukisan Mural Di Senawang

Posted: 01 Oct 2018 10:12 PM PDT


Baru-baru ini, seorang pelukis mural @ekid_one, telah mengabdikan wayah penyanyi terkenal Elyana pada lukisan mural di salah satu dinding di Senawang.

Lukisan ini, mendapat perhatian orang ramai dan rata-rata peminat dan pengikut Elyana menyatakan rasa teruja mereka untuk berkunjung ke lokasi tersebut dan melihat sendiri mural yang memaparkan penyanyi kesayangan mereka itu.

Elyana turut berkesempatan untuk mengucapkan ucapan, "Terima kasih untuk ini. Penghargaan besar buat saya. Semoga terus berkarya @akid_one," tulisnya pada kapsyen gambar mural yang dimuat naik.



Gempa Kuat Di Rantau Sumba, Tiada Amaran Tsunami Kepada Malaysia

Posted: 01 Oct 2018 09:42 PM PDT


Gempa bumi kuat berukuran 6.1 pada skala Richter melanda Rantau Sumba, Indonesia pada jam 8.16 pagi tadi.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi hari ini, kejadian gempa dengan kedalaman 10 kilometer (km) itu berlaku di 293km Tenggara dari Bima, Indonesia.

Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

Sumber: Sinar

Kawafatan Aisyah Isteri Rasulullah

Posted: 01 Oct 2018 05:51 PM PDT


DIA DAN AYAHNYA DICINTAI NABI

Ummul Mukminin, yakni ibu sekalian orang-orang beriman, Aisyah radhiallahu 'anha adalah puteri sahabat Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam yakni Abu Bakar As-Siddiq. Dia adalah orang yang dicintai oleh Rasulullah di kalangan kaum wanita dan ayahnya adalah orang yang dicintai Nabi di kalangan kaum lelaki.

Sahabat Nabi, Amru bin Al-Ash bercerita:
"Saya menemui Rasulullah seraya bertanya: "Ya Rasulullah, siapakah orang yang engkau cintai?" Rasulullah menjawab: "Aisyah." Lalu saya tanyakan lagi: "Kalau dari kaum laki-laki, siapakah orang yang paling engkau cintai?" Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menjawab: "Ayah Aisyah (Abu Bakar)." (Sahih Bukhari, no. 4010, Sahih Muslim, no. 4396)

INGIN MENJADI SEORANG YANG DILUPAKAN

Dikatakan dalam sejarah bahawa Ummul Mukminin Aisyah radhiallahu 'anha wafat pada bulan Ramadhan tahun ke 58 Hijrah setelah menghidapi sakit kuat. Sebelum itu Dzakwan bercerita bahawa Abdullah bin Abbas datang meminta izin untuk masuk menemui Aisyah di rumahnya, dia berkata: "Ketika itu berhampiran Aisyah ada anak saudaranya, yakni Abdullah bin Abdurrahman, lalu aku (Dzakwan) berkata: "Ibnu Abbas meminta izin masuk." Abdullah, anak saudaranya, membisikkan kepadanya (Aisyah): "Abdullah bin Abbas meminta izin masuk." Ketika itu Aisyah hampir meninggal, lalu dia berkata: "Aku tidak memerlukan Ibnu Abbas." Abdullah (anak saudaranya) berkata: "Wahai Bonda, sesungguhnya Ibnu Abbas termasuk anak-anakmu yang soleh, biarkanlah dia (masuk) mengucapkan salam kepadamu dan melepasmu." Aisyah berkata: "Berilah dia izin bila engkau mahu."

Maka aku (Dzakwan) pun memasukkannya. Ketika Ibnu Abbas duduk, dia berkata: "Bergembiralah." Aisyah pun berkata: "Engkau juga." Ibnu Abbas berkata lagi: "Tidak ada (perbezaan) antara engkau dan pertemuanmu kepada Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam dan para kerabatmu, kecuali keluarnya roh dari jasad. Engkaulah isteri Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam yang paling dicintai oleh Rasulullah dan Rasulullah tidak mencintai kecuali yang baik.

Ketika kalungmu terjatuh di malam hari di Abwa', Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam tetap bertahan (di sana) hingga pagi hari masih di tempat itu, sedangkan orang-orang tidak mempunyai air, maka Allah menurunkan ayat: 'Maka bertayamumlah dengan tanah yang baik (bersih)', itu adalah kerana asbabmu. Dan tidaklah Allah 'Azza Wajalla menurunkan rukhsah (keringanan) bagi umat ini (kecuali kerana itu).

Allah pun telah menurunkan kebebasanmu (dari tuduhan zina) dari atas langit ketujuh, yang dibawakan oleh Ar-Ruh Al-Amin (Jibril), sehingga tidak ada satu pun dari masjid-masjid Allah yang (di dalamnya) disebut nama Allah, kecuali (ayat itu) sentiasa dibaca di waktu malam dan di waktu siang." Lalu Aisyah berkata: "Biarkan aku wahai Ibnu Abbas, demi Zat yang jiwaku berada di tangan-Nya, aku ingin menjadi seseorang yang dilupakan." (Musnad Ahmad, no. 2366)

MEMBERI TEMPAT KUBURNYA KEPADA UMAR

Ketika Umar bin Al-Khattab hampir wafat, dia mengutuskan anaknya Abdullah bertemu dengan Aisyah supaya diberi keizinan untuk dimakamkan bersama kedua sahabatnya. Amru bin Maimun bercerita: Abdullah bin Umar memberi salam, meminta izin lalu masuk menemui Aisyah radliallahu 'anha. Ternyata Abdullah bin Umar mendapatkan Aisyah radhiallahu 'anha sedang menangis. Lalu dia berkata: "Umar bin Al-Khattab menyampaikan salam buat anda dan meminta izin agar boleh dikuburkan disamping kedua sahabatnya (Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan Abu Bakar radliallahu 'anhu)." Aisyah radliallahu 'anha berkata: "Sebenarnya aku juga menginginkan hal itu (tempat kosong di makam suami dan ayahnya) untuk diriku namun hari ini aku tidak akan lebih mementingkan diriku." (Sahih Bukhari, no. 3424)

Maka tempat yang sepatutnya disimpan untuk dirinya telah diberikan kepada Umar Al-Khattab bagi memuliakan khalifah Islam kedua itu kerana hubungan persahabatan yang kuat antara mereka bertiga. Sebelum wafat, Aisyah radhiallahu 'anha sempat mewasiatkan kepada Abdullah bin Az-Zubair radhiallahu 'anhuma supaya dirinya dimakamkan di perkuburan Baqi' bersama kaum Muslimin yang lain. Kata Aisyah:
"Janganlah kamu mengubur aku bersama mereka (Nabi, Abu Bakar dan Umar), namun kuburkanlah aku bersama para isteri Nabi shallallahu 'alaihi wasallam di Baqi' agar aku tidak dikeramatkan seorang pun selama-lamanya". (Sahih Bukhari, no. 1304)

MOHON DIKUBURKAN DI BAQI'

Dalam riwayat lain, Qais menceritakan bahawa Aisyah radhiallahu 'anha pernah berwasiat: "Sesungguhnya aku melakukan suatu kesalahan setelah wafatnya Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Maka kuburkanlah jasadku bersama isteri-isteri beliau yang lain." (Riwayat Ibnu Sa'ad, vol. 8, hlm. 74)

Maksud ucapan Aisyah bahawa dia melakukan satu kesalahan adalah kerana terlibat dalam Perang Jamal. Aisyah sangat menyesalinya walaupun niat asalnya ingin mencapai pendamaian antara kaum Muslimin setelah pembunuhan Khalifah Uthman bin Affan. Dia cuma berijtihad melakukan kebaikan, sebagaimana dilakukan oleh Talhah bin Ubaidillah, Zubair bin Al-Awwam dan sahabat-sahabat yang lain, semoga Allah meredhai mereka semuanya.

Ketika wafatnya Aisyah, Ummu Salamah mengumumkan: "Demi Allah, dia adalah orang yang paling dicintai Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, selain ayahnya."

Jenazahnya disolatkan oleh Abu Hurairah radhiallahu 'anhu dan kaum Muslimin selepas solat witir. Kemudian jenazah diiringi oleh Abdullah dan Urwah, anak Zubair bin Al-Awwam, adiknya Asma' binti Abu Bakar dan Al-Qasim serta Abdullah, anak abangnya Muhammad bin Abu Bakar. Jasadnya dimakamkan pada malam hari di Baqi'. (Al-Bidayah Wan-Nihayah, jilid 8, m/s 137-141, Al-Hafiz Ismail Ibnu Katsir)

Mati Kemudian Tetapi Masuk Syurga Dahulu

Posted: 01 Oct 2018 05:31 PM PDT


Diriwayatkan oleh sahabat Nabi bernama Talhah bin Ubaidullah, dia berkata: "Dua orang laki-laki dari Baliy datang menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan masuk Islam. Salah seorang dari keduanya lebih semangat berjihad dari yang lainnya, kemudian dia (orang pertama) pergi berperang sehingga dia menemui syahid. Sedangkan orang yang kedua masih hidup hingga setahun setelahnya, lalu dia meninggal dunia.

Kemudian aku bermimpi seakan-akan aku berada di pintu syurga. Tiba-tiba aku berada di sisi kedua laki-laki tersebut, setelah itu Malaikat keluar dari syurga. Malaikat itu kemudian mengizinkan laki-laki yang meninggal dunia terkemudian dari keduanya untuk memasukinya, kemudian ia keluar lagi dan mempersilakan kepada laki-laki yang mati syahid. Lalu malaikat itu kembali kepadaku dan berkata: 'Kembalilah kamu, sebab belum saatnya kamu memperoleh hal ini.'

Keesokan harinya aku menceritakannya kepada orang-orang, mereka pun hairan. Mereka lalu memberitahukannya kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan menceritakan kejadian tersebut. Maka beliau bersabda: "Perkara yang mana yang membuat kalian hairan?" Mereka menjawab: "Wahai Rasulullah, laki-laki (yang pertama meninggal) adalah orang yang paling bersemangat dalam berjihad dari yang lain, lalu dia mati syahid. Tapi mengapa orang yang kedua (laki-laki yang meninggal terkemudian) jesteru masuk syurga terlebih dahulu darinya?"

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menjawab: "Bukankah orang ini (laki-laki yang meninggal terkemudian) hidup setahun setelahnya?" Mereka menjawab: "Ya." Beliau bersabda: "Bukankah dia mendapatkan bulan Ramadhan dan berpuasa? Dia juga telah mengerjakan solat ini dan itu dengan beberapa sujud dalam setahun?" Mereka menjawab, "Ya." Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam kembali bersabda: "Sungguh, sangat jauh perbezaan antara keduanya (dalam kebajikan) bagaikan antara langit dan bumi."


(Sunan Ibnu Majah, no. 3915, sahih)

Bayi Yang Menentang Doa Ibunya

Posted: 01 Oct 2018 05:18 PM PDT


Diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Ada seorang bayi sedang menyusu kepada ibunya, tiba-tiba lalu seorang laki-laki yang gagah dan berpakaian yang bagus pula. Lalu ibu bayi tersebut berkata: "Ya Allah ya Tuhanku, jadikanlah anakku ini seperti laki-laki yang sedang mengenderai haiwan tunggangan itu!"

Ajaibnya, bayi itu berhenti dari susuannya, lalu menghadap dan memandang kepada laki-laki tersebut sambil berkata: "Ya Allah ya Tuhanku, janganlah Engkau jadikan aku seperti laki-laki itu!" Setelah itu, bayi tersebut terus menyusu kembali kepada ibunya.

Abu Hurairah berkata: "Sepertinya saya melihat Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menceritakan susuan bayi itu dengan menunjukkan jari telunjuk beliau yang dihisap dengan mulut beliau."

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam meneruskan sabdanya: "Pada suatu ketika, ada beberapa orang yang menyeret dan memukuli seorang wanita seraya berkata: "Kamu wanita tidak tahu diuntung. Kamu telah berzina dan mencuri." Tetapi wanita itu tetap tegar dan berkata: "Hanya Allahlah penolongku. Sesungguhnya Dialah sebaik-baik penolongku."

Kemudian ibu bayi itu berkata: "Ya Allah, janganlah Engkau jadikan anakku seperti wanita itu!" Tiba-tiba bayi tersebut berhenti dari susuan ibunya, lalu memandang wanita tersebut seraya berkata: "Ya Allah ya Tuhanku, jadikanlah aku sepertinya!"

Pernyataan ibu dan bayinya itu terus berlawanan, hingga ibu tersebut berkata kepada bayinya: "Celaka kamu hai anakku! Tadi, ada seorang laki-laki yang gagah dan menawan lalu di depan kita, lalu aku berdoa kepada Allah: "Ya Allah, jadikanlah anakku seperti laki-laki itu!", namun kamu malah mengatakan: "Ya Allah, janganlah Engkau jadikan aku seperti laki-laki itu!"

Kemudian tadi, ketika ada beberapa orang menyeret dan memukuli seorang wanita, sambil aku berkata: "Ya Allah, janganlah Engkau jadikan anakku seperti wanita itu", tetapi kamu malah berkata: "Ya Allah, jadikanlah aku seperti wanita itu!"

Mendengar pernyataan ibunya itu, bayi pun menjawab: "Sesungguhnya laki-laki yang gagah itu seorang diktator hingga aku mengucapkan: "Ya Allah, janganlah Engkau jadikan aku seperti laki-laki itu!" Sementara wanita yang dituduh mencuri dan berzina itu tadi sebenarnya adalah seorang wanita yang solehah, tidak pernah berzina, ataupun mencuri. Oleh kerana itu, aku pun berdoa: "Ya Allah, jadikanlah aku seperti wanita itu!"


(Sahih Bukhari, no. 3181, Sahih Muslim, no. 4626, Musnad Ahmad, no. 7726)