Thursday, October 4, 2018

Oh! Media

Oh! Media


Instagram Kembali Berfungsi Selepas Hadapi Gangguan Antarabangsa

Posted: 03 Oct 2018 02:43 AM PDT


Aplikasi Instagram kembali berfungsi selepas beberapa negara mengalami masalah untuk log masuk aplikasi berkenaan selama beberapa jam.

Pengguna mula menyedari ini berlaku kira-kira jam 5 petang tadi. Terdapat juga laporan di UK, Singapura, Amerika Syarikat, negara Eropah dan juga Malaysia.




Datin Seri Rosmah Mansor Ditahan SPRM Setelah Memberikan Keterangan

Posted: 03 Oct 2018 01:49 AM PDT


Datin Seri Rosmah Mansor iaitu isteri kepada bekas Perdana Menteri hari ini ditahan oleh SPRM setelah memberikan keterangan kali ketiga di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia jam 3.20 petang tadi.

Difahamkan, Rosmah disoal siasat berhubung syarikat subsidiari 1Malaysia Development Berhad (1MDB), SRC International Sdn Bhd dan pengubahan wang haram.


Pejuang Yang Gugur Pertempuran Di Kalabakan

Posted: 03 Oct 2018 01:33 AM PDT


"Ummi sebenarnya memendam kedukaan puluhan tahun. Mak beritahu sewaktu dia sedang hamil, ayah ditugaskan ke Congo ... kemudiannya ke England. Bila ayah pulang ke kampung , emak dah selamat bersalin..Ayah tinggallah nama SITI KARTIWI ni & dukung sekejap . Ayah kerap kena pergi operasi Tiba giliran adik dilahirkan sewaktu emak masih dalam pantang berita sedih dikhabarkan yang ayahanda tercinta telah terkorban dalam pertempuran di Kalabakan, Sabah.Luluh hati emak ...

Sangat sukar membesar tanpa ayah. Tok Wan & Nenek sangat amanah menjaga kami 5 beradik. Takdir menentukan adik yang bongsu menuruti ayah tak lama selepas itu. Adik bongsu meninggal di usia merah bayi selepas ayah pergi
meninggalkan kami.

Muhd Syahril. Usianya tidak panjang . Kena diarhea ...Pada waktu itu hospital jauh dari rumah iatu dalam jarak 32 batu dan terpaksa menempuh jalan berliku liku. Oleh kerana lewat mendapat rawatan rapi,takdirnya adik telah meninggal dunia."


Catatan kisah sedih daripada Ummi Siti Kartiwi Zainal Abidin Abidin. Almarhum ayahanda beliau merupakan salah seorang wira askar Melayu yang telah terkorban dalam Peristiwa Kalabakan yang berlaku pada 29 Disember 1963. OC C Kompeni 3 RAMD, Allahyarham Mejar Zainal Abidin b. Yaacob (5415) bersama anggotanya telah berjuang bermati matian mempertahankan kedudukan mereka yang telah diserang musuh. Pertempuran yang berlangsung selama beberapa jam sejurus selepas waktu Maghrib itu, tidak sedikit pun melunturkan semangat Askar Melayu untuk terus berjuang bermati matian. Kekuatan musuh seramai 200 orang lebih kurang dan di pihak Askar Melayu seramai 40 orang...tidak seorang pun yang berganjak ataupun menyerah kalah. Arah serangan dari pelbagai arah, ( dari bawah berek, celah dinding papan tembakan dilepaskan) di balas dengan tembakan pertahanan dan juga serangan balas.

Seperti mana yang diceritakan kepada saya oleh Pakcik Mohamed Nafiah bin Yahaya ( 10586) yang turut terlibat dalam pertempuran yang sama,, beliau memberitahu serangan yang berlaku cukup hebat. Rakan rakannya bertempur dengan penuh semangat, tanpa gentar.

Juga diberitahu sebelum serangan musuh telah melakukan penyamaran awal dan juga menggunakan muslihat untuk mengetahui bilangan kekuatan kompeni anggota batalion ke 3 RAMD yang berada di Kalabakan waktu itu.


Gugurnya Mejar Zainal Abidin bersama rakan yang lain sebagai perwira bangsa dilupa jangan.Arwah dikebumikan di Tanah Perkuburan Sungai Kecil Hulu , Lubuk Buntar, Bandar Baharu, Kedah. Setiap kita sebagai rakyat Malaysia berhutang nyawa dengan beliau dan kesemua perajurit kita kerana tanpa mereka, kita tidak akan mengecapi keamanan yang kita nikmati sekarang.

Semoga roh mereka dicucuri RAHMAT PAHALA yg mengalir berterusan bahagia sejahtera dalam balutan kasih sayang ALLAH yang Maha abadi ...

aameennn Yaa Rabb ....
AL FATIHAH....







Perkongsian: Harun MdLudin

Rupa-rupanya Inilah Tujuan Servis RM50 Janna Nick

Posted: 03 Oct 2018 01:09 AM PDT


Pelakon terkenal, Janna Nick kini akhirnya menjawab kecaman dan komen negatif mengenai dirinya yang membuat servis ucapan hari lahir dengan bayaran RM50.

Janna Nick menjelaskan bahawa, servis ucapan RM50 itu bertujuan untuk memberi sumbangan kepada golongan yang memerlukan. Janna Nick juga memberitahu bahawa hasil perkhidmatan itu akan dimasukkan ke tabung  Wish for Their Hope (WTFH) yang akan diagihkan kepada rumah anak yatim, kebajikan, gelandangan serta orang miskin.

"Idea merealisasikan WFTH dan #wishservicebyjannanick yang membawa misi membantu insan memerlukan diilhamkan sejak empat bulan lalu. Syukur hingga ini, khidmat itu sudah mengumpul kira-kira RM2,000 sejak diperkenalkan."

"Sejak awal tahun lagi, saya sudah berniat untuk tidak memberi reaksi terhadap komen negatif, selain berazam memberi semula kepada masyarakat menerusi kerja kebajikan. Usaha ini sedikit sebanyak meringankan beban mereka."

"Kunjungan di dua rumah kebajikan pada hari ini menjadi permulaan untuk aktiviti yang diharap dapat diadakan sebulan sekali. Insya-Allah, pada 14 Oktober ini, WFTH bakal mengunjungi gelandangan di sekitar ibu negara," katanya.

Janna Nick juga menambah, sekiranya usaha begini memberi inspirasi kepada selebriti lain untuk membantu, kenapa tidak?

Sikap Penduduk Sulawesi Tengah Semakin Tidak Terkawal

Posted: 02 Oct 2018 10:10 PM PDT


Krisis kemanusiaan yang berlaku di Sulawesi Tengah semakin menjadi-jadi selepas berlakunya gempa bumi dan tsunami.

Inidilihat selepas ia semakin teruk apabila ada individu yang tidak bertanggungjawab memecah masuk kediaman yang rosak untuk mencuri barang berharga.

Seorang mangsa iaitu. Ditha Ayu Kumalasari menyatakan rumahnya menjadi sasaran pencuri dan mencuri pakaian, laptop dan malah mencuri hadiah perkahwinan dan mas kahwin.

Berita tempatan turut melaporkan berlakunya perbuatan seperti memecahkan mesin ATM dan kedai-kedai sekitar bandar.

Nabi Adam Telah Mengenali Nabi Muhammad?

Posted: 02 Oct 2018 09:53 PM PDT


Soal :
Benarkah kisah yang menyatakan bahawa ketika Nabi Adam a.s. di syurga baginda telah mengenali Rasulullah saw? Bukankah ketika ini Rasulullah saw belum lagi dilahirkan?

Jawab :
Terdapat beberapa hadith yang meriwayatkan kisah tersebut. Antaranya ialah hadith riwayat Imam Al-Hakim.

Diriwayatkan dari Umar Al-Khattab r.a. katanya : Rasulullah saw bersabda :
لما اقترف آدم الخطيئة قال: يا رب أسألك بحق محمد لما غفرت لي.
فقال الله: يا آدم، وكيف عرفت محمدا ولم أخلقه؟
قال: يا رب، لأنك لما خلقتني بيدك، ونفخت في من روحك، رفعت رأسي، فرأيت على قوائم العرش مكتوبا: لا إله إلا الله، محمد رسول الله، فعلمت أنك لم تضف إلى اسمك إلا أحب الخلق إليك.فقال الله: صدقت يا آدم، إنه لأحب الخلق إلي، ادعني بحقه، فقد غفرت لك، ولولا محمد ما خلقتك

"Ketika Nabi Adam a.s. telah mengakui kesilapannya, baginda berkata : Wahai Tuhanku. Aku minta akan Engkau dengan kebenaran Muhammad bahawa Engkau maafkan kesilapanku.

Firman Allah : Wahai Adam. Bagaimana kamu mengenali Muhammad padahal Aku belum lagi menciptanya?

Jawab Adam : Wahai Tuhanku. Sungguhnya ketika Engkau mencipta aku dengan kuasa-Mu dan Engkau tiup ruh ke dalam jasad, telah aku angkat kepalaku lalu kemudian aku telah melihat pada atas tiang-tiang Arasy ada tertulis : La ilaha illallah Muhammad Rasulullah. Maka tahulah aku bahawa tidaklah Engkau sandarkan serta nama-Mu melainkan makhluk yang sangat Engkau kasih.

Firman Allah : Benar engkau wahai Adam. Sungguhnya ia adalah sekasih-kasih makhluk kepada-Ku. Mintalah akan Aku dengan kebenarannya. Maka sungguh telah Aku maafkan akan kamu. Sungguh jika bukan kerana Muhammad maka tiada Aku menciptamu."

Hadith riwayat Imam Al-Hakim dalam kitab Al-Mustadrak dan beliau mengsahihkan hadith ini.

Al-Imam Al-Hafiz As-Suyuthi meriwayatkan hadith ini dalam kitab Al-Khasaisu An-Nubuwwah dan mengsahihkannya. 

Al-Hafiz Imam Qastalani dan Imam Zarqani juga mengsahihkannya dalam kitab Al-Mawahibul Laduniyah dan Imam As-Subki pada kitab Syifa as-Saqam.

Manakala Imam Al-Baihaqi mendhaifkannya pada kitab Dalailu An-Nubuwwah begitu juga dengan Abu Daud dan Abi Hatim.

Wallahua'lam


+ Ustaz Azhar Idrus (Original)

Ronaldo Dakwa Gol Miliknya Lebih Cantik Dari Salah

Posted: 02 Oct 2018 09:45 PM PDT


Anugerah Puskas diterima Mohamed Salah selepas menerima undian tertinggi dari peminat seluruh dunia. Salah menjaringkan gol ketika menentang Everton musim lepas dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Walaubagaimanapun, penyerang Juventus, Cristiano Ronaldo percaya gol 'bicycle kick' miliknya sepatutnya memenangi anugerah tersebut dan mengatakan gol tersebut sebagai gol paling cantik antara semua gol yang dicalonkan untuk anugerah tersebut.

Ronaldo menjaringkan gol lipatan gunting itu ketika bersama Real Madrid menentang Juventus musim lepas dalam peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Eropah.

Selain Ronaldo, ramai lagi yang turut tidak berpuas hati dengan penganugerahan tersebut sambil mengatakan Ronaldo sebenarnya lebih layak. Faiz Subri memenangi anugerah Puskas dua tahun yang lalu.

Air Asia Tawar Lebih Banyak Laluan Domestik

Posted: 02 Oct 2018 08:48 PM PDT


Selepas membuka laluan Sabah-Johor Bahru, kini  Air Asia melancarkan laluan barunya dari Johor Bahru ke Ipoh dan Alor Setar, 4 kali seminggu.

Melalui laluan baruini, ia dilihat mampu memberikan impak ekonomi kepada kedua-dua negeri berkenaan. Ini dilakukan Air Asia apabila seramai 120 penumpang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor Bahru pada 7.30 pagi dan tiba di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh pada 8.40 pagi.

Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal teruja dengan pelancaran laluan baru ini dan berharap ianya sedikit sebanyak dapat membantu dalam meningkatkan jumlah pengunjung.

Berbicara Hanya Menggunakan Ayat Al-Quran

Posted: 02 Oct 2018 07:06 PM PDT


Berkata Abdullah bin Mubarak: Ketika saya berada di suatu sudut jalan, tiba-tiba saya melihat sesosok tubuh berpakaian hitam yang dibuat dari bulu. Ia adalah seorang ibu yang sudah tua. Saya berhenti sejenak seraya mengucapkan salam untuknya. Terjadilah dialog dengannya beberapa minit.

Dalam dialog tersebut wanita tua itu, setiap kali menjawab pertanyaan Abdulah bin Mubarak, dijawab dengan menggunakan ayat-ayat Al-Quran. Walaupun jawapannya tidak tepat sekali, akan tetapi cukup memuaskan, karena tidak terlepas dari konteks pertanyaan yang diajukan kepadanya.

Abdullah : "Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakaatuh."
Wanita tua : "Ucapan salam sejahtera dari Tuhan Yang Maha Mengasihani." (Yaasin 58)

Abdullah : "Semoga Allah merahmati anda, mengapa anda berada di tempat ini?"
Wanita tua : "Barangsiapa disesatkan Allah, maka tiada petunjuk baginya." (Al-A'raaf 186)

Dengan jawapan ini, maka tahulah saya, bahawa dia tersesat jalan.

Abdullah : "Kemana anda hendak pergi?"
Wanita tua : "Maha suci Allah yang telah menjalankan hambanya di waktu malam dari Masjid Al-Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin)." (Al-Israa' 1)

Dengan jawapan ini saya jadi mengerti bahawa dia sedang mengerjakan haji dan hendak menuju ke Masjidil Aqsa.

Abdullah : "Sudah berapa lama anda berada di sini?"
Wanita tua : "Selama tiga malam dalam keadaan sihat." (Maryam 10)

Abdullah : "Apa yang anda makan selama dalam perjalanan?"
Wanita tua : "Dialah Allah pemberi aku makan dan minum." (Asy-Syu'araa' 79)

Abdullah : "Dengan apa anda melakukan wudhu?"
Wanita tua : "Bila tiada air maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah, debu yang bersih." (Al Maaidah 6)

Abdullah : "Saya mempunyai sedikit makanan, apakah anda mahu menikmatinya?"
Wanita tua : "Kemudian sempurnakanlah puasamu sampai malam, maghrib." (Al-Baqarah 187)

Abdullah : "Bukankah diperbolehkan berbuka ketika musafir?"
Wanita tua : "Dan berpuasa itu lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui." (Al-Baqarah 184)

Abdullah : "Mengapa anda tidak menjawab sesuai dengan pertanyaan saya?"
Wanita tua : "Tiada satu ucapan yang diucapkan, kecuali padanya ada Raqib Atid." (Qaaf 18)

Abdullah : "Anda termasuk jenis manusia yang manakah, hingga bersikap seperti itu?"
Wanita tua : "Jangan kamu ikuti apa yang tidak kamu ketahui, kerana pendengaran, penglihatan dan hati, semua akan dipertanggungjawabkan." (Al-Israa' 36)

Abdullah : "Saya telah berbuat salah, maafkan saya."
Wanita tua : "Pada hari ini tidak ada cercaan untuk kamu, Allah telah mengampuni kamu dan Dia lah jua Yang Maha Mengasihani daripada segala yang lain yang mengasihani." (Yusuf 92)

Abdullah : "Bolehkah saya mengangkatmu untuk naik ke atas untaku ini untuk melanjutkan perjalanan, kerana anda akan menjumpai kafilah yang di depan."
Wanita tua : "Dan apa jua kebaikan yang kamu kerjakan adalah diketahui oleh Allah." (Al-Baqarah 197)

Lalu wanita tua ini berpaling dari untaku, sambil berkata : "Katakanlah pada orang-orang mukminin tundukkan pandangan mereka." (An-Nuur 30)

Maka saya pun memejamkan pandangan saya, sambil mempersilakan dia mengendarai untaku. Tetapi tiba-tiba terdengar sobekan pakaiannya, kerana unta itu terlalu tinggi baginya. Wanita itu berucap lagi: "Apa saja yang menimpa kamu disebabkan perbuatanmu sendiri." (Asy-Syuura 30)

Selesai mengikat unta itu saya pun mempersilakan wanita tua itu naik.

Wanita tua : "Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya, dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali." (Az-Zukhruf 13-14)

Saya pun segera memegang tali unta itu dan melarikannya dengan sangat kencang. Wanita tua itu berkata lagi: "Sederhanakan jalanmu dan lunakkanlah suaramu." (Luqman 19)

Lalu aku jadikan unta itu jalan dengan perlahan, sambil mendendangkan beberapa syair..
Wanita tua : "Bacalah apa-apa yang mudah dari Al-Quran." (Al-Muzzammil 20)

Abdullah : "Sungguh anda telah diberi kebaikan yang banyak."
Wanita tua : "Dan tidaklah mengingat Allah itu kecuali orang yang berilmu." (Al-Baqarah 269)

Dalam perjalanan itu saya bertanya kepadanya.

Abdullah : "Apakah anda mempunyai suami?"
Wanita tua : "Jangan kamu menanyakan sesuatu, jika itu akan menyusahkanmu." (Al Maaidah 101)

Maka saya senyap seketika sehingga berjumpa dengan kafilah di depan kami.

Abdullah : "Adakah orang anda berada dalam kafilah itu?"
Wanita tua : "Adapun harta dan anak-anak adalah perhiasan hidup di dunia." (Al-Kahf 46)

Baru saya mengerti bahawa dia juga mempunyai anak.

Abdullah : "Bagaimana keadaan mereka dalam perjalanan ini?"
Wanita tua : "Dengan tanda bintang-bintang mereka mengetahui petunjuk." (Al-Nahl 16)

Dari jawapan ini dapat saya fahami bahawa mereka datang mengerjakan ibadah haji mengikuti beberapa petunjuk. Kemudian bersama wanita tua ini saya menuju perkhemahan.

Abdullah : "Adakah kamu kenal orang yang berada dalam khemah ini?"
Wanita tua : "Kami jadikan Ibrahim itu sebagai yang Nabi yang dikasihi." (An-Nisaa' 125). "Dan Allah berkata-kata kepada Musa." (An-Nisaa' 164). "Wahai Yahya pelajarilah kitab itu bersungguh-sungguh." (Maryam 12)

Lalu saya memanggil nama-nama, ya Ibrahim, ya Musa, ya Yahya, maka keluarlah anak-anak muda yang bernama tersebut. Wajah mereka tampan dan ceria, seperti bulan yang baru muncul. Setelah tiga anak ini datang dan duduk dengan tenang maka berkatalah wanita itu: "Maka suruhlah salah seorang dari kamu pergi ke kota dengan membawa wang perak ini, dan carilah makanan yang lebih baik agar ia membawa makanan itu untukmu." (Al-Kahf 19)

Maka salah seorang dari tiga anak ini pergi untuk membeli makanan, lalu menghidangkan di hadapanku, lalu perempuan tua itu berkata: "Makan dan minumlah kamu dengan sedap, sebab amal-amal yang telah kamu kerjakan di hari-hari yang telah lalu." (Al-Haaqqah 24)

Abdullah : "Makanlah kalian semuanya makanan ini. Aku belum akan memakannya sebelum kalian mengatakan padaku siapakah perempuan ini sebenarnya."

Ketiga anak muda ini secara serempak berkata: "Beliau adalah orang tua kami. Selama empat puluh tahun beliau hanya berbicara menggunakan ayat-ayat Al-Quran, hanya kerana bimbang tersalah bicara."

Lalu Abdullah bin Mubarak berkata, Maha suci Zat yang Maha Kuasa terhadap sesuatu yang dikehendakinya dan berkata: "Yang demikian ialah limpah kurnia Allah, diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah sememangnya mempunyai limpah kurnia yang besar." (Al-Hadiid 21)

+ Kaifatahfazul Quran

Penzina Jodohnya Penzina Juga?

Posted: 02 Oct 2018 06:20 PM PDT


Adakah seorang gadis yang pernah membuat zina, tetapi telah bertaubat dengan sesungguhnya (taubat nasuha) akan mendapat jodoh penzina juga? Sedangkan dia benar-benar telah bertaubat dan berusaha menjadi wanita solehah.

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, jika seseorang sudah bertaubat dengan sebenar-benarnya (taubat nasuha), nescaya bukti nyata dan jelas akan hasil taubatnya yang tulen adalah dengan perubahan seluruh gaya hidupnya yang berkaitan hubungan lelaki dan wanita.

Jika seseorang mendakwa atau merasa diri sudah bertaubat, namun gaya hidup lamanya seperti :
- Rutin hubungan kawan dan rakan dengan lelaki masih aktif.
- Masih keluar makan, berjalan berdua-duaan dengan lelaki samada urusan kerja atau peribadi.
- Masih ber'boyfriend' aktif dengan dating dan chatting intim di malam hari, cuma kononnya kali kini dengan seorang 'ustaz' atau seseorang yang 'jaga solat lima waktu'.
Maka, peluang untuk mendapat suami penzina akan terbuka luas seperti dahulu.

Taubatnya mestilah dengan perubahan ketara dalam semua gaya hidup dan cara hubungannya dengan lelaki. Cara pakaiannya juga sepatutnya berubah, mungkin dari membuka aurat kepada tutup, dari tutup separa kepada tutup penuh, dari tudung glamour munafiq (hakikatnya membuka aurat) kepada tudung muslimah sejati. Hanya dengan demikian, mata-mata lelaki soleh akan mula melihat dan masuk menghantar wakil kepada ibu bapanya.

Mata lelaki soleh tidak ingin melihat kepada wanita yang bercampur baur dengan teman lelaki sekerja, 'bertepuk bertampar', bergurau senda, berdating sana sini dan berdua-duaan. Kecuali mata lelaki 'soleh' luarannya (penampilan fizikalnya) namun 'tidak soleh' dalamannya, mereka yang seperti ini akan terus berminat kepada mana-mana jenis wanita.

Allah s.w.t berfirman: "Lelaki-lelaki yang berzina tidak akan mengahwini melainkan wanita yang berzina, atau wanita musyrik dan wanita yang berzina tidak akan mengahwini lelaki kecuali yang berzina atau musyrik." (Surah An-Nur : 3)

Dalam ayat lain firman Allah s.w.t: "Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki keji adalah untuk wanita-wanita yang keji, dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik." (Surah An-Nur : 26)

Ayat di atas menyebabkan ulama berbeza pandangan dalam hal berkahwin dengan sesorang yang telah berzina. Ayat di atas secara sepintas lalu, kelihatan mengharamkan berkahwin dengan kumpulan penzina ini kecuali seorang penzina juga.

Walaubagaimanapun, menurut pandangan yang terkuat; hukum ayat di atas telah di 'nasakh' kan dengan ayat yang mengharuskan berkahwin dengan semua muslim dan muslimah yang masih boleh berkahwin. Iaitu ayat surah An-Nur ayat 32. Ia adalah pandangan majoriti ulama. (Al-Jami' li Ahkamil Quran, Al-Qurtubi, 6/112 ; cet Dar al-Kutub al-Ilmiah)

Perlu diingat juga, terdapat sesetengah keadaan Allah s.w.t memberikan jodoh lelaki atau wanita 'jahat' kepada individu yang baik atau amat baik. Ia juga tidak bercanggah dengan ayat di atas.

Hikmah yang Allah Maha Mengetahui. Amat besar kemungkinan yang soleh tersebut berjaya menjadi lebih soleh dan musleh (membantu menjadikan seseorang itu menjadi soleh) apabila mendapat pasangan kurang baik. Lantaran pengaruh dan kekuatannya, hingga beliau menjadi semakin tinggi martabatnya di sisi Allah manakala pasangannya yang jahat menjadi soleh dan solehah.

Tatkala itu, pasangan individu kurang baik boleh sahaja menjadi anugerah terbesar buat sebilangan individu yang terpilih menjadi lebih baik dengannya. Namun boleh berlaku juga sebaliknya, yang jahat bertambah ultranya, yang baik merudum jatuh. Nauzubillahi min zalik (semoga kita dijauhkan daripadanya).

+ Ustaz Zaharuddin