Friday, October 5, 2018

Oh! Media

Oh! Media


Pergh! Korang Takkan Percaya Dengan Apa Yang Parkson Elite Pavilion Buat Ni!

Posted: 04 Oct 2018 06:00 AM PDT


Parkson memang sentiasa jadi tempat terbaik la untuk Ohmedia dan korang juga untuk dapatkan apa sahaja jenama sekalipun sejak dulu lagi sampailah ke hari ni pun dan bagi Ohmedia apa yang akan berlaku di Parkson Elite Pavilion sempena ulangtahun ke-10 mereka ni sangat luar biasa yang memberi kesan dalam kehidupan kita semua. Kenapa?

Ok pertamanya korang perlu tahu yang Parkson Elite Pavilion akan buat sambutan ulangtahun ke-10 mereka dan juga ulangtahun ke-31 Parkson secara besar-besaran pada 5 Oktober 2018 ni dari pukul 12 tengahari sampailah 9 malam.

Apa Yang Menarik Kat Sana Nanti?


Sambutan macam ni tak ada sebab lain dari meraikan kita sebagai pelanggan Parkson dengan pelbagai promosi dan juga aktiviti menarik yang telah mereka sediakan antaranya persembahan seperti Juggling Clown Show, Stilwaking Clown Show, dan juga Bubble Show by Larkie (memang best ni bawa anak-anak datang).

Selain itu, terdapat sebuah Gumball Machines bersaiz gergasi untuk dimainkan, cabutan bertuah, photo booth, booth gula-gula kapas, boot Popcorn Caramel, booth untuk buat tattoo airbrush, airkrim percuma, demonstrasi masakan, dan banyaklah lagi.

Nak Lagi?

Iyalah mana cukup semua tu kalau tak ada something untuk korang yang suka shopping ni kan? Haha. Jangan risau kerana ada banyak juga tawaran menarik kat Parkson Elite Pavilion kali ni antaranya banyak gila promosi lagi lebih 100 jenama popular di Parkson. Tak cukup dengan itu, bila korang berbelanja at least RM400 di Parkson Elite Pavilion, korang secara otomatik akan diberikan baucer membeli-belah bernilai RM50 di pintu masuk tingkat 4.

Kalau korang pemegang Parkson Card Members, ceritanya jadi lebih menarik lagi. Of coz lah kan?! Dengan pembelian sekurangnya RM200 di bahagian produk kosmetik dan minyak wangi, korang akan dapat pula lagi satu baucer RM20.
Bagi korang yang berbelanja sekurangnya RM400 di Parkson, korang berpeluang untuk bermain mesin bebola getah gergasi yang ada 1,000 hadiah di dalamnya.

Untuk yang berbelanja sekurangnya RM600, secara terus akan dapat Tessel USB Charger secara percuma. Kalau korang berbelanja sekurangnya RM800, korang akan dapat satu Kusyen Mickey Mouse Edisi Terhad.

Cabutan Bertuah Bernilai RM25,000 dan RM15,000 Weh!


Kalau itu pun tak buat korang teruja lagi sebab korang memang hantu shopping, dengan berbelanja sebanyakRM1,200 sahaja korang akan dihargai dengan baucer membeli-belah di Parkson bernilai RM100. Fuh banyak tu!!

Tapi yang paling best Ohmedia rasa, korang dah alang-alang membeli tu biar cukupkan RM400 untuk join cabutan bertuah dari Parkson yang mana terdapat 80 hadiah yang berjumlah RM25,000 manakala ada 10 lagi adalah grand prize bagi yang berbelanja sebanyak RM800 dan ke atas dengan hadiah bernilai RM15,000. Serius wei!!

Jangan risau… kepada sesiapa yang bukan ahli Parkson anda juga boleh memohon di sana juga secara percuma. Jom ajak keluarga & kengkawan ramai-ramai serbu ke sana.

Pendek kata, ini memang masa yang sesuai korang datang ke Parkson Elite Pavilion atau seluruh Parkson di Malaysia untuk berbelanja kaw-kaw kat sana pada 5 Oktober ini nanti. Nampak macam syok gila kan?

Kalau tak percaya korang boleh tengok sendiri di Facebook, Instagram atau website Parkson sendiri betul ke tidak apa yang Ohmedia kongsi ni.

Psstt! Setiap pembelian dengan kad Parkson. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Marc Marquez Ambil Angin di Bandar Thailand

Posted: 04 Oct 2018 04:18 AM PDT


Marc Marquez pusing-pusing  bandar cari makan di Thailand. Pertama kali Thailand menjadi tuan rumah untuk sukan permotoran MotoGP 2018. Status rekod rasmi litar masih belum tercatat. Jangn lupa saksikan siapa pelumba pertama yang akan mengukir nama mereka di litar International Chang.








Kerajaan Indonesia Arahkan Tenteranya Tembak Pencuri di Zon Bencana

Posted: 04 Oct 2018 02:47 AM PDT


Akibat dari sikap penduduk Sulawesi Tengah yang telah menyebabkan banyak kecurian harta benda, kerajaan Indonesia telah mengeluarkan arahan kepada tenteranya untuk menembak individu yang didapati mencuri di kawasan yang dilanda gempa bumi dan tsunami berkenaan.

"Jika mana-mana individu didapati mencuri, kami akan mengeluarkan tembakan amaran terlebih dahulu, sebelum mengeluarkan tembakan susulan untuk menghalang perbuatan itu.

"Kami boleh bertolak ansur jika ia berlaku pada hari pertama dan kedua bencana, kerana mereka memerlukannya (makanan dan air).

"Tetapi pada hari ketiga, mereka mula mencuri barang seperti peralatan elektronik," katanya.




Enam Anggota Bomba Insan Terpilih Syahid, Mufti Wilayah

Posted: 04 Oct 2018 01:58 AM PDT


Berita kematian enam anggota Bomba kerana ingin menyelamatkan mangsa berakhir dengan terkorban mati lemas menginsafkan kami, serta memberi makna yang mendalam pada maksud pengorbanan dalam tugas. Kami iktibarkan mereka sebagai syahid berasaskan kepada nas hadis:

الشُّهَدَاءُ خَمْسَةٌ الْمَطْعُونُ وَالْمَبْطُونُ وَالْغَرِيقُ وَصَاحِبُ الْهَدْمِ وَالشَّهِيدُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ

Maksudnya: "Orang yang mati syahid lima golongan iaitu orang yang mati kerana taun, mati kerana penyakit perut, mati lemas, ditimpa runtuhan dan syahid di jalan Allah."

Riwayat al-Bukhari (653)

Tetapi, kepada rakan kita ini, mereka jauh lebih mulia kerana bukan sahaja mereka mati lemas, tetapi menolong dan membantu mangsa sehingga terkorban. Mereka adalah insan-insan terpilih dan mempunyai hati yang suci serta amat memahami tanggungjawab dan tugas yang diamanahkan, terutamanya dalam kecemasan hingga kepada nafas yang terakhir dan denyut nadi yang terakhir. Inilah syuhada' kita. Semoga Allah menempatkan mereka bersama para nabi, al-siddiqin dan syuhada'. Amin.

Atas asas inilah, berhimpun pada kami perasaan dukacita di atas perkara dan tragedi yang berlaku dan gembira atas semangat yang ditunjukkan, yang kami sifatkan luar biasa.

Syabas Bomba Malaysia dan juga kepada mereka yang bertindak seperti syuhada' kami ini.

Kepada ahli keluarga, bertabahlah. Insha Allah setiap apa yang telah berlaku pasti ada hikmah yang kadang-kadang amat sukar ditafsirkannya. Dengan berharap kepada Allah SWT, berdoalah dengan kesabaran yang tinggi, Insha Allah akan datang bantuan daripada-Nya.

Kepada rakyat Malaysia, saya syorkan agar dihulurkan bantuan kepada kaum keluarga untuk meringankan beban mereka dan terus dapat meneruskan kehidupan sekalipun diuji dengan perpisahan orang tercinta.

Kepada kerajaan Malaysia, kami syorkan agar diberikan anugerah kecemerlangan dan dinaikkan pangkat mereka untuk memberi sedikit kelegaan kepada ahli keluarga mereka. Sesungguhnya, inilah staf kerajaan dan pekerja di era Malaysia baru yang sanggup berkorban apa sahaja.

Akhir kalam, marilah sama-sama kita merafakkan doa agar mereka semua ditempatkan pada kedudukan yang terpuji di sisi Allah.

Al-Fatihah buat mereka. Sekali lagi, takziah buat keluarga.

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُمْ وَارْحَمْهُمْ، وعافِهِمْ واعْفُ عَنْهُمْ

Amin…

Akhukum fillah,

S.S Dato' Seri Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan

4 Oktober 2018 bersamaan 24 Muharram 1440 Hijrah.

Sumber : Mufti Wilayah Persekutuan

Bomba Lemas: Syahid Kata Mufti Wilayah

Posted: 04 Oct 2018 01:34 AM PDT


Berita kematian enam anggota Bomba kerana ingin menyelamatkan mangsa berakhir dengan terkorban mati lemas menginsafkan kami, serta memberi makna yang mendalam pada maksud pengorbanan dalam tugas. Kami iktibarkan mereka sebagai syahid berasaskan kepada nas hadis:

الشُّهَدَاءُ خَمْسَةٌ الْمَطْعُونُ وَالْمَبْطُونُ وَالْغَرِيقُ وَصَاحِبُ الْهَدْمِ وَالشَّهِيدُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ
"Orang yang mati syahid lima golongan iaitu orang yang mati kerana taun, mati kerana penyakit perut, mati lemas, ditimpa runtuhan dan syahid di jalan Allah." [Riwayat al-Bukhari (653)]

Tetapi, kepada rakan kita ini, mereka jauh lebih mulia kerana bukan sahaja mereka mati lemas, tetapi menolong dan membantu mangsa sehingga terkorban. Mereka adalah insan-insan terpilih dan mempunyai hati yang suci serta amat memahami tanggungjawab dan tugas yang diamanahkan, terutamanya dalam kecemasan hingga kepada nafas yang terakhir dan denyut nadi yang terakhir. Inilah syuhada' kita. Semoga Allah menempatkan mereka bersama para nabi, al-siddiqin dan syuhada'. Amin.

Atas asas inilah, berhimpun pada kami perasaan dukacita di atas perkara dan tragedi yang berlaku dan gembira atas semangat yang ditunjukkan, yang kami sifatkan luar biasa.

Syabas Bomba Malaysia dan juga kepada mereka yang bertindak seperti syuhada' kami ini.

Kepada ahli keluarga, bertabahlah. Insha Allah setiap apa yang telah berlaku pasti ada hikmah yang kadang-kadang amat sukar ditafsirkannya. Dengan berharap kepada Allah SWT, berdoalah dengan kesabaran yang tinggi, Insha Allah akan datang bantuan daripada-Nya.

Kepada rakyat Malaysia, saya syorkan agar dihulurkan bantuan kepada kaum keluarga untuk meringankan beban mereka dan terus dapat meneruskan kehidupan sekalipun diuji dengan perpisahan orang tercinta.

Kepada kerajaan Malaysia, kami syorkan agar diberikan anugerah kecemerlangan dan dinaikkan pangkat mereka untuk memberi sedikit kelegaan kepada ahli keluarga mereka. Sesungguhnya, inilah staf kerajaan dan pekerja di era Malaysia baru yang sanggup berkorban apa sahaja.

Akhir kalam, marilah sama-sama kita merafakkan doa agar mereka semua ditempatkan pada kedudukan yang terpuji di sisi Allah.

Al-Fatihah buat mereka. Sekali lagi, takziah buat keluarga.

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُمْ وَارْحَمْهُمْ، وعافِهِمْ واعْفُ عَنْهُمْ
Amin…

Akhukum fillah,
S.S Datuk Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan
4 Oktober 2018 bersamaan 24 Muharram 1440 Hijrah.


Pautan ke laman rasmi PMWP : https://bit.ly/2OuV5sj

Datin Rosmah Dibenar Pulang, Ikat Jamin 2 Juta

Posted: 04 Oct 2018 12:27 AM PDT


Selepas Datin Seri Rosmah ditahan pihak SPRM semalam, hari ini, Mahkamah Sesyen membenarkan beliau untuk diikat jamin sebanuyak RM2 Juta dengan dua penjamin.

Datin Seri Rosmah juga dikenakan syarat tambahan iaitu tidak boleh menganggu saksi dan perlu menyerahkan pasport.

Walaubagaimanapun, hakim membenarkan wang jaminan dibayar secara berperingkat iaitu RM100,000. Bakinya pula hendaklah dijelaskan sebelum 11 Oktober.

Enam Anggota PPDA Mengikut SOP Yang Ditetapkan Sebelum Tragedi Menimpa

Posted: 03 Oct 2018 10:57 PM PDT


Malam tadi kita dikejutkan dengan kehilangan enam hero negara dari anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang telah lemas ketika sedang bertugas untuk misi mencari dan menyelamat di Taman Putra Perdana, Puchong malam tadi.

Menurut Ketua Pengarah JBPM Mohamad Hamdan Wahid berkata walaupun keadaan gelap, operasi SAR tetap diteruskan menggunakan kaedah menyelam di permukaan air berikutan paras air yang tidak terlalu dalam.

Beliau juga berkata bahawa operasi ini didapati mematuhi SOP yang ditetapkan sebelum tragedi ini berlaku. Mohammad Hamdan bagaimanapun berkata pihaknya akan melihat secara terperinci SOP itu agar ia boleh diperbaiki pada masa akan datang seterusnya mengelak tragedi seperti itu berulang.



TUDM Mulakan Misi Bantuan Kemanusiaan ke Sulawesi

Posted: 03 Oct 2018 10:41 PM PDT


Malaysia kini telah menggerakkan beberapa asset dan bantuan kemanusiaan ke Sulawesi Palu, Indonesia melalui Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Menggunakan pesawat A400M dari 22 skuadron dan diketuai oleh Pegawai Memerintah Leftenan Kolonel Bahrin Mohamad TUDM ditugaskan untuk misi ini.

Pesawat ini juga akan berulang alik dari Jakarta ke Palu selama 4 hari untuk menghantar bantuan dan jika keadaan memerlukan, mungkin misi akan lebih lama.

Bantuan ini diputuskan setelah kerajaan Indonesia sendiri telah merayu untuk mendapatkan bantuan antarabangsa.







Sumber: Air Times News Network

Gejala Ikhtilat Merosakkan Umat

Posted: 03 Oct 2018 05:48 PM PDT


Pada hari ini gejala ikhtilat (bercampur-gaul) di antara lelaki dengan perempuan berlaku dengan meluas sekali. Seolah-olah seperti tiada siapa yang menyedari perkara tersebut termasuk suatu yang terlarang di sisi agama. Disebabkan hilangnya kesedaran itu jugalah, maka ia menjadi salah satu faktor yang mendedahkan kaum wanita kepada pelbagai bentuk ancaman keselamatan dan maruah.

Allah s.w.t berfirman: "…hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias (tabarruj) dan bertingkah laku seperti orang-orang jahiliyyah terdahulu." (Surah al-Ahzab, 33:33)

Walaupun ayat ini zahir asalnya untuk isteri-isteri Nabi, tetapi sebenarnya ia turut mencakup seluruh kaum wanita beriman secara umum. Kerana wanita beriman itu mengikuti isteri-isteri Nabi dan menyelisihi perilaku kaum wanita jahiliyyah. Hal ini antaranya sebagaimana dijelaskan dalam Tafsir al-Qurthubi dan Tafsir Ibnu Katsir.

Juga firman-Nya: "Maka wanita yang solehah adalah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tiada dengan apa yang Allah telah pelihara mereka." (Surah an-Nisaa', 4:34)

Nabi s.a.w juga pernah bersabda: "Persoalan anak Adam berkaitan zina telah ditentukan. Tidak mustahil ia pasti melakukannya. Dua mata berzina dengan melihat, dua telinga berzina dengan mendengar, lidah berzina dengan kata-kata, tangan berzina dengan menyentuh, kaki berzina dengan melangkah, hati berzina dengan angan-angan (keinginan), dan kemaluanlah yang akan membenarkan (merealisasikan) atau mendustakan semua itu." (H.R. Muslim, 13/125, no. 4802)

Hadith ini menunjukkan bahawa perbuatan di antara lelaki dan wanita yang saling memandang, saling berbual tanpa keperluan syar'i, bersentuhan atau bersalaman, serta apa yang disebutkan melalui hadith ini tentang zina adalah terlarang dan perlu dielakkan.

Jika kita teliti betul-betul, nescaya kita akan temui catatan-catatan yang sahih berkaitan wanita-wanita yang terdiri dari kalangan para sahabiyah di zaman Nabi. Yang mana mereka ini sifatnya amat pemalu. Mereka berusaha mengelak dari menjadi tatapan kaum lelaki dengan tetap mendiami rumah-rumah mereka. Jika mereka keluar pun, mereka akan keluar atas alasan yang syar'i dalam keadaan yang terjaga serta ditemani oleh mahram mereka.

Di antara sebab wanita dibenarkan keluar adalah seperti untuk solat berjemaah, menuntut ilmu agama, dan beberapa yang lainnya yang diperlukan selagi mana berada dalam keadaan aman dari fitnah, mendapat izin dari wali atau suami, dan setelah hak-hak suami dan anak-anak ditunaikan dengan sempurna. Jika mereka keluar, diwajibkan pula untuk mendapat pengawasan atau ditemani oleh mahram, bebas dari ikhtilat, dan berpakaian dengan pakaian yang syar'i (menutup aurat dengan sempurna).

Walaupun wanita dibenarkan untuk solat berjemaah di masjid bersama dengan yang lainnya, Rasulullah s.a.w tetap menegaskan bahawa solat terbaik bagi kaum wanita adalah di rumah mereka masing-masing. Untuk ke masjid pula, Rasulullah s.a.w menyediakan pintu khas untuk para wanita bagi mengelakkan percampuran dengan kaum lelaki. Dalam solat, Islam mengasingkan pula saf wanita di belakang dan lelaki di hadapan.

Nabi s.a.w bersabda: "Sebaik-baik saf lelaki adalah yang paling hadapan dan yang paling buruk adalah yang paling belakang. Dan sebaik-baik saf bagi wanita adalah yang paling belakang, yang terburuk bagi mereka adalah yang paling depan." (H.R. Muslim, 2/435, no. 664)

Manakala ketika tamat sahaja solat (sebaik salam diucapkan), kaum wanita perlu segera beredar. Manakala kaum lelaki, mereka beranjak setelah para wanita selesai keluar terlebih dahulu. Ini sebagaimana yang diceritakan oleh Ummu Salamah r.ha (salah seorang isteri Nabi s.a.w).

Beliau berkata: "Bahawasanya pada zaman Rasulullah s.a.w, kaum wanita segera bergerak keluar (beredar) apabila mereka telah mengucapkan salam pada solat fardhu. Sementara itu, Rasulullah s.a.w dan kaum lelaki yang solat bersama-sama beliau tetap berada di tempat mereka bersesuaian dengan apa yang dikehendaki Allah. Apabila Rasulullah s.a.w bangun, maka mereka pun ikut bangun." (H.R. Bukhari)

Bagi majlis-majlis ilmu pula, Rasulullah s.a.w mengasingkan (memisahkan) di antara lelaki dengan wanita.

Abu Sa'id al-Khudri r.hu menceritakan: Ada seorang wanita datang menemui Rasulullah lalu berkata, "Wahai Rasulullah, kaum lelaki telah pergi dengan membawa hadith-hadith daripada engkau. Maka luangkanlah satu hari untuk kami (kaum wanita) supaya kami dapat menemui engkau pada hari tersebut dan engkau mengajarkan kepada kami apa-apa yang telah diajarkan Allah kepada engkau." Rasulullah s.a.w pun menjawab: "Berkumpullah kamu pada hari ini dan ini, di tempat ini dan ini." Setelah itu, para wanita pun berkumpul di tempat yang dijanjikan tersebut, maka Rasulullah s.a.w menemui mereka dan mengajar mereka perkara-perkara yang telah diajarkan oleh Allah s.w.t kepadanya. (H.R. Bukhari, 22/284, no. 6766)

Namun agak sedih hari ini, fitnah ikhtilat amat berleluasa bukan sahaja di pasar-pasar, di jalan-jalan, di pusat-pusat membeli-belah, di tempat-tempat kerja, atau di majlis-majlis walimah, tetapi juga telah sampai sehingga ke masjid-masjid dan pusat-pusat pengajian umat Islam. Aisyah r.ha (Ummul Mukminin) sendiri pernah mengutarakan sesuatu apabila beberapa bentuk fitnah dari kalangan wanita mula berlaku.

Beliau mengatakan: "Sekiranya Rasulullah s.a.w melihat apa yang dilakukan oleh para wanita pada masa sekarang ini, nescaya baginda akan melarang mereka dari pergi ke masjid sebagaimana kaum wanita Bani Israel dilarang ke masjid." (H.R. Bukhari, 3/378)

Dalam sebuah hadith yang lain, daripada Hamzah B. Abu Usaid al-Anshari rah daripada bapanya, bahawasanya dia pernah mendengar Rasulullah s.a.w berbicara ketika berada di luar masjid sehinggalah berlaku percampuran lelaki dan wanita di tengah jalan.

Maka Rasulullah s.a.w pun bersabda kepada kaum wanita: "Hendaklah kamu melambatkan dalam berjalan (supaya berjalan di belakang), kerana kamu tidak berhak untuk memenuhi tengah-tengah jalan. Dan hendaklah kamu berjalan di tepi jalan, sehingga ada seorang wanita yang serta-merta berjalan merapat ke dinding, hingga bajunya tersangkut pada dinding disebabkan terlalu rapat dengan dinding." (H.R. Abu Daud)

Bayangkanlah,wanita di zaman Nabi dan para sahabat pun mereka tetap bersembunyi dan mengelakkan diri dari khalayak kaum lelaki. Yang mana pada masa tersebut kita ketahui orang-orang yang teguh beriman amat ramai serta mendominasi pula masyarakat pada ketika itu. Berbeza dengan zaman ini, lelaki yang tegar beriman semakin kurang. Yang beriman tetapi lemah pun ramai. Lelaki-lelaki fasiq dan suka mengambil kesempatan pula yang banyak berkeliaran. Yang kafir juga tidak kurang ramainya.

Maka, sepatutnya kaum wanita beriman pada hari ini wajib lebih berhati-hati dan perlu memiliki rasa malu yang tinggi dari menjadi tatapan lelaki-lelaki asing di luar. Apatah lagi khabar-khabar fitnah dan jenayah yang mengaitkan wanita dalam masyarakat hari ini begitu banyak sekali.

Semoga kita semua tidak menjadi fitnah di antara satu sama lain sebagaimana dikhabarkan Rasulullah s.a.w dalam sabdanya: "Aku tidak meninggalkan fitnah sepeninggalanku yang lebih bahaya bagi lelaki melebihi fitnah wanita." (H.R. Bukhari dan Muslim –Muttafaq 'alaih)

Sayyidina Ali r.a pernah berkata kepada isterinya, (iaitu) Fatimah r.ha: "Wahai Fathimah, apa yang terbaik untuk seseorang wanita?" Fatimah menjawab: "Hendaklah dia tidak melihat lelaki (yang bukan mahramnya) dan lelaki pun tidak melihatnya." Ali berkata lagi: "Tidakkah kamu malu? Tidakkah kamu cemburu? Salah seorang di antara kamu membiarkan isterinya pergi ke khalayak kaum lelaki dan dia melihat mereka serta mereka (para lelaki) pun melihat mereka pula." (Adz-Dzahabi, al-Kaba'ir, m/s.171-172)

Jadilah wanita muslim yang beriman. Wanita beriman itu bukan wanita murahan. Kerana wanita beriman itu amat mahal lagi berharga. Yang harganya tidak ternilai sedikit pun dengan helaian wang ringgit. Melainkan dengan apa yang telah dinilai dan ditetapkan oleh Allah s.w.t bagi diri-diri mereka. Mereka menerima, bersyukur, dan redha dengannya. Ganjaran buat mereka adalah Syurga Allah yang luas terbentang.

Rasulullah s.a.w bersabda: "Apabila seorang wanita telah mendirikan solat lima waktu, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya (atau kemaluannya), serta mentaati suaminya, maka akan dikatakan kepadanya, "Masuklah engkau ke dalam Syurga dari pintu mana pun yang engkau mahu." (H.R. Ahmad, 3/199, no. 1661. Ath-Thabrani, al-Mu'jam al-Ausath, 5/34, no. 4598. 8/339, no. 8805. Ibnu Hibban, Shahih Ibnu Hibban, 9/471, no. 4163. Hadith hasan lighairihi)

Maksud Bacaan Dalam Solat, Dah Tahu Ke?

Posted: 03 Oct 2018 05:30 PM PDT


Memahami bacaan dalam solat adalah dituntut dan ia dapat menjadikan seseorang itu lebih kusyuk dalam solatnya apabila dia memahami apa yang dibacanya. Tapi adakah kita semua mengerti apa yang dibaca dalam solat? Mungkin sewaktu kecil kita didedahkan dengan bacaan dalam solat dan maksudnya, tapi seperti biasa, kebanyakan dari kita akan menghafaz bacaan arabnya dan tidak menghafaz maksudnya. Jadi mulai sekarang marilah sama-sama kita mengerti bacaan dalam solat yang kita lakukan setiap hari. Semoga bermanfaat!

1. Niat di hati ketika bertakbir
أُصَلِّى فَرْضَ الْصُبْحِ رَكْعَتَيْنِ أَدَاءً (مَأْمُوْمًا / إِمَامًا) ِللهِ تَعَالىَ
Sahaja aku solat fardhu Subuh dua rakaat sebagai (makmum/imam) kerana Allah Taala.

Atau boleh sahaja bagi yang was-was atau sukar untuk menetapkan niat, ketika takbiratul ihram hendaklah dia mendatang niat "Aku solat fardhu Subuh kerana Allah".

2. Takbiratul Ihram
اَللهُ اَكْبَرُ
Allah Maha Besar.

3. Doa Iftitah
اللهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا وَالْحَمْدُ لِلهِ كَثِيرًا، وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيلاً، وَجَّهْتُ وَجْهِيَ لِلَّذِي فَطَرَ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضَ، حَنِيفًا مُسْلِمًا وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِينَ، إِنَّ صَلاَتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ، لاَ شَرِيكَ لَهُ وَبِذَلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا مِنَ الْمُسْلِمِينَ
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, Ibadahku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekalian alam. Tidak ada sekutu bagi-Nya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagi-Nya dan aku dari golongan orang Islam.

4. Al-Fatihah
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ، ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَٰلَمِينَ، ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ، مَٰلِكِ يَوْمِ ٱلدِّينِ، إيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ، ٱهْدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ، صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا ٱلضَّآلِّين
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat.

Selepas Al-Fatihah, dituntut baca mana-mana surah dari Al-Quran.

5. Bacaan ketika rukuk
سُبْحَانَ رَبِّيَ الْعَظِيْمِ وَبِحَمْدِهِ
Maha Suci Tuhanku Yang Maha Agung dan dengan segala puji-pujiannya.

Boleh juga dibaca ringkas
سُبْحَانَ رَبِّيَ الْعَظِيْمِ
Maha Suci Tuhanku Yang Maha Agung.

6. Bacaan ketika bangun dari rukuk
سَمِعَ اللهُ لِمَنْ حَمِدَهُ
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

7. Bacaan ketika iktidal
رَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Atau lebih baik dibaca panjang
رَبَّنَا وَلَكَ الْحَمْدُ، حَمْدًا كَثِيْرًا طَيِّبًا مُبَارَكًا فِيْهِ
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian, aku memuji-Mu dengan pujian yang banyak, yang baik dan penuh berkat.

8. Bacaan ketika sujud
سُبْحَانَ رَبِّيَ اْلاَعْلَى وَبِحَمْدِهِ
Maha suci Tuhanku yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Boleh juga dibaca ringkas
سُبْحَانَ رَبِّيَ اْلاَعْلَى
Maha suci Tuhanku yang Maha Tinggi.

9. Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
رَبِّ اغْفِرْلِيْ وَارْحَمْنِيْ وَاجْبُرْنِيْ وَارْفَعْنِيْ وَارْزُقْنِيْ وَاهْدِنِيْ وَعَافِنِيْ وَاعْفُ عَنِّيْ 
Ya Allah, ampunilah daku, rahmatilah daku, kayakan daku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku hidayah, sihatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

10. Bacaan ketika Tahiyat Awal
اَلتَّحِيَّاتُ الْمُبَارَكَاتُ الصَّلَوَاتُ الطَّيِّبَاتُ ِللهِ، السَّلاَمُ عَلَيْكَ اَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ، السَّلاَمُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِاللهِ الصَّالِحِيْنَ، أَشْهَدُ اَنْ لآ إِلَهَ إِلاَّاللهُ وَاَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ اللهُ، اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatanNya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku bersaksi bahawasanya Nabi Muhammad itu adalah utusan Allah. Ya Allah, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

11. Bacaan ketika Tahiyat Akhir
اَلتَّحِيَّاتُ الْمُبَارَكَاتُ الصَّلَوَاتُ الطَّيِّبَاتُ ِللهِ، السَّلاَمُ عَلَيْكَ اَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ، السَّلاَمُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِاللهِ الصَّالِحِيْنَ، أَشْهَدُ اَنْ لآ إِلَهَ إِلاَّاللهُ وَاَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ اللهُ، اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى اِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ اِبْرَاهِيْمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَرَكْتَ عَلَى اِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ اِبْرَاهِيْمَ، فِى الْعَالَمِيْنَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْدٌ
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatanNya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku bersaksi bahawasanya Nabi Muhammad itu adalah utusan Allah. Ya Allah, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Nabi Ibrahim dan atas keluarga Nabi Ibrahim. Berkatilah ke atas Nabi Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Nabi Ibrahim dan atas keluarga Nabi Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

12. Salam
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ
Semoga keselamatan dan rahmat Allah selalu tercurah untuk kamu sekalian.

13. Doa Qunut
اَللّهُمَّ اهْدِنِىْ فِيْمَنْ هَدَيْتَ، وَعَافِنِى فِيْمَنْ عَافَيْتَ، وَتَوَلَّنِىْ فِيْمَنْ تَوَلَّيْتَ، وَبَارِكْ لِىْ فِيْمَا اَعْطَيْتَ، وَقِنِيْ شَرَّمَا قََضَيْتَ، فَاِ نَّكَ تَقْضِىْ وَلاَ يُقْضَى عَلَيْكَ، وَاِ نَّهُ لاَ يَذِلُّ مَنْ وَالَيْتَ، وَلاَ يَعِزُّ مَنْ عَادَيْتَ، تَبَارَكْتَ رَبَّنَا وَتَعَالَيْتَ، فَلَكَ الْحَمْدُ عَلَى مَا قَضَيْتَ، وَاَسْتَغْفِرُكَ وَاَتُوْبُ اِلَيْكَ، وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدَنَا مُحَمَّدٍ النَّبِيِّ اْلاُمِّيِّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan ya Allah rahmatilah Nabi Muhammad, Nabi yang ummiy dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.


Adakah Manusia Tidak Akan Masuk Neraka Jika Hari Hujan?

Posted: 03 Oct 2018 05:15 PM PDT


Pada setiap petang Jumaat, selesai solat Jumaat, selepas melayani para jemaah di Masjid, imam dan putera lelakinya yang berumur 11 tahun akan keluar ke bandar untuk mengedarkan risalah bertajuk "Jalan Ke Syurga" dan juga menyampaikan ceramah agama. Pada petang Jumaat itu, seperti biasa imam dan putera lelakinya akan keluar untuk mengedarkan risalah. Bagaimanapun pada petang tersebut keadaan di luar rumah sangat sejuk dan hujan pula turun dengan sangat lebat.

Budak itu memakai baju sejuk dan baju hujan dan berkata "OK ayah, saya sudah bersedia". Ayahnya berkata "Bersedia untuk apa?" Budak itu menjawab "Ayah, masa telah tiba untuk kita keluar mengedarkan buku-buku tentang Islam ini." Ayahnya membalas, "Anakku, di luar sana sangat sejuk dan hujan lebat pula." Dengan muka yang kehairanan, budak itu bertanya ayahnya, "Tetapi ayah, adakah manusia tidak masuk neraka jika hari hujan?"

Ayahnya menjawab, "Anakku, ayah tak akan keluar dengan cuaca begini.." Dengan nada sedih, budak itu bertanya, "Ayah, boleh tak benarkan saya pergi?" Ayahnya teragak-agak seketika, kemudian berkata, "Anakku, awak boleh pergi. Bawalah buku ini semua dan berhati-hati." Kemudian, budak itu telah keluar dan meredah hujan. Budak sebelas tahun ini berjalan dari pintu ke pintu dan lorong-lorong sekitar bandar. Dia memberikan risalah dan buku kepada setiap orang yang ditemuinya.

Setelah dua jam berjalan dalam hujan, akhirnya tinggal hanya satu naskah padanya. Ketika itu dia telah basah kuyup dan berasa sejuk hingga ke tulang. Budak itu berhenti di satu penjuru jalan sambil mencari seseorang untuk diberikan buku tersebut. Namun keadaan di situ lengang. Kemudian dia berpatah balik ke rumah pertama yang dia lalu di lorong itu. Dia berjalan di kaki lima menuju ke rumah tersebut. Bila sampai di pintu hadapan, dia menekan suis loceng namun tiada sesiapa yang membuka pintu. Dia tekan lagi dan lagi, tetapi masih tiada jawapan. Dia tunggu lagi tetapi masih tiada jawapan.

Akhirnya dia berpaling untuk meninggalkan rumah tersebut, tetapi seperti ada sesuatu yang menghalangnya. Dia kembali ke pintu itu dan menekan lagi suis loceng dan buat pertama kalinya mengetuk pintu dengan kuat. Dia tunggu, kemudian seperti sesuatu di anjung rumah itu menghalangnya supaya jangan pergi. Dia menekan suis loceng sekali lagi dan kali ini dengan perlahan pintu dibuka.

Berdiri di hadapan pintu itu seorang perempuan tua yang berwajah kesedihan. Dengan perlahan perempuan tua itu bertanya, "Apa yang boleh saya bantu awak, wahai budak?"

Dengan senyuman serta mata yang bersinar, budak itu berkata, "Makcik, saya mohon maaf kalau saya telah mengganggu makcik. Saya hanya ingin memberitahu bahawa Allah sangat sayang dan sentiasa melindungi makcik. Saya datang ini hendak memberikan sebuah buku yang terakhir ada pada saya ini. Buku ini menerangkan semua tentang Tuhan, tujuan sebenar Tuhan menjadikan kita dan bagaimana untuk mencapai kebahagiaan daripada-Nya" .

Kemudian, budak itu menyerahkan buku terakhir itu dan berpaling untuk balik. Sebelum berjalan balik, perempuan itu berkata, "Terima kasih ya anak dan semoga Tuhan memberkatimu."

Selepas solat Jumaat pada minggu berikutnya, imam menyampaikan ceramah agama seperti biasa. Dia menamatkan ceramahnya dengan bertanya, "Ada sesiapa yang ingin bertanya soalan atau ingin berkata sesuatu?"

Dengan perlahan, di barisan belakang di kalangan tempat duduk muslimat, suara seorang perempuan tua kedengaran di speaker, "Tiada di kalangan jemaah yang berkumpul ini mengenali saya. Saya tidak pernah hadir sebelum ini. Sebelum hari Jumaat yang lepas, saya belum lagi memeluk agama Islam bahkan tidak terfikir langsung untuk memeluknya. Suami saya telah meninggal dunia beberapa tahun yang lalu, meninggalkan saya sebatang kara, saya benar-benar keseorangan di dunia ini."

Pada petang Jumaat yang lepas, ketika cuaca sejuk dan hujan lebat, saya telah bertekad untuk membunuh diri kerana sudah putus harapan untuk hidup. Jadi saya mengambil seutas tali dan sebuah kerusi lalu menaiki loteng di rumah saya. Saya ikat tali tersebut dengan kuat pada kayu palang di bumbung rumah kemudian berdiri di atas kerusi, hujung tali satu lagi saya ikat di sekeliling leher saya. Sambil berdiri di atas kerusi, saya berasa benar-benar keseorangan, patah hati. Saya hampir-hampir hendak melompat tiba-tiba loceng pintu berbunyi di tingkat bawah dan saya tersentak. Saya berfikir untuk menunggu sebentar, dan pasti orang itu akan pergi. Saya tunggu dan tunggu, tetapi bunyi loceng semakin kuat dan bertubi-tubi. Kemudian orang yang menekan suis loceng itu, mengetuk pintu pula dengan kuat. Saya berfikir sendirian lagi "Siapalah di muka bumi ini yang boleh buat begini? Tiada siapa pernah tekan suis loceng itu atau nak berjumpa dengan saya." Saya longgarkan tali ikatan di leher dan kemudian pergi ke pintu hadapan. Ketika itu bunyi loceng kuat dan semakin kuat.

Bila saya buka pintu dan lihat, sukar untuk dipercayai oleh mata saya, di anjung rumah saya itu berdiri seorang budak yang sangat comel yang bersinar wajahnya seperti malaikat, tidak pernah saya jumpa sebelum ini di dalam hidup saya. Budak itu tersenyum. Oh! Saya tidak dapat hendak gambarkan kepada anda semua. Perkataan yang keluar daripada mulutnya menyebabkan hati saya yang telah lama mati tiba-tiba hidup semula, seruan budak itu seperti suara bayi yang sangat comel. "Makcik, saya datang hendak memberitahu bahawa Allah sangat menyayangi dan sentiasa melindungi makcik." Kemudian dia memberikan kepada saya sebuah buku bertajuk "Jalan Ke Syurga" yang saya sedang pegang ini.

Bila "malaikat kecil" itu telah pulang meredah sejuk dan hujan, saya menutup pintu dan membaca dengan perlahan setiap perkataan yang tertulis di dalam buku tersebut. Kemudian saya naik semula ke loteng untuk mendapatkan semula tali dan kerusi. Saya tak perlukannya lagi.

Oleh sebab di belakang buku ini ada tertera alamat tempat ini, saya sendiri datang ke masjid ini ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan. Tuhan kepada budak kecil yang telah datang tepat pada waktunya, yang dengan demikian telah terhindar jiwa saya daripada keabadian di dalam neraka.

Ramai yang berada di dalam masjid ketika itu menitiskan air mata. Mereka melaungkan takbir, Allahuakbar! Gemaan takbir bergema di udara. Imam iaitu ayah kepada budak itu turun dari mimbar pergi ke barisan hadapan di mana "malaikat kecil" itu sedang duduk. Dia mendakap puteranya dengan air mata keluar tanpa disedarinya.

Maksud firman Allah dalam Surah al-Maidah ayat 3: "Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari agama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya), sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepada-Ku. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepada kamu, dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu, maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah dia memakannya), kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."