Sunday, October 7, 2018

Oh! Media

Oh! Media


Lima Termasuk Seorang Bayi Rentung Kemalangan Terowong Menora

Posted: 06 Oct 2018 05:51 AM PDT


Kemalangan yang berlaku pagi tadi di Lebuh Raya Utara Selatan arah utara selepas Terowong Menora telah mengakibatkan lima orang rentung termasuk seorang bayi. Kemalangan membabitkan lori muatan bijih besi dan kereta yang terbakar.

Bagaimanapun, kesemua mangsa kemalangan berjaya dikeluarkan dan masih belum dapat dikenal pasti.

"Setakat ini, mayat empat dewasa dan seorang bayi ditemui hangus dalam kereta terbabit, bayi berkenaan ditemui tertindih bawah mayat lain," Ketua Balai Bomba Kuala Kangsar.

Mufti Perak Terkejut Dengan Kenyataan Dr Mujahid

Posted: 06 Oct 2018 01:29 AM PDT


Berikutan dengan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkaitan penguatkuasaan jenayah khalwat, Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria tampil terkejut dengan perkara itu.

Mufti Perak itu berkata, undang-undang pencegahan maksiat di negara kita telah dilaksanakan hampir 50 tahun dan tiada sebarang masalah yang timbul.

"Orang berkhalwat selalunya buat ditempat tertutuplah, kalau ada kesalahan (maksiat) di hotel boleh kita masuk, itu pencegah maksiat buat.

"Jadi kalau tak boleh tegah biarlah orang buat maksiat, tak perlu undang-undanglah, kita laksanakan undang-undang ini sudah lama, tiada masalah pun," katanya kepada pemberita.

Beliau juga mengatakan ia menjadi tanggungjawab kita sebagai umat Islam dan amalan mencegah ini patut dilakukan tanpa mengira di mana-mana kawasan sekalipun.

"Saya rasa kita jangan buat kenyataan di surat khabar tak tentu pasal mari kita bincang dahulu pergi ke jabatan agama, adakan mesyuarat macam mana, jadi kalau kita buat tak tentu pasal ia jadi celarulah," katanya.





Bukan Urusan Kerajaan Cegah Khalwat Pada Pintu Tertutup

Posted: 05 Oct 2018 11:56 PM PDT


Tiada lagi ketukan pintu di tengah malam atau pintu dipecahkan oleh pegawai agama jika mendapat laporan khalwat atau aktiviti lain yang menyalahi ajaran Islam.

Sebaliknya Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa menegaskan apa yang dilakukan oleh orang Islam di sebalik pintu yang tertutup adalah bukan urusan kerajaan.

"Katakanlah kamu melakukan sesuatu secara peribadi, dalam kawasan persendirian, saya tidak akan masuk campur.

"Contohnya, Islam melarang minum arak tetapi jika kamu melakukannya di dalam kawasan kamu sendiri, maka sebagai kerajaan, saya tidak akan masuk campur

"Kebimbangan saya adalah apa yang berlaku di khalayak umum yang mencemarkan sensitiviti, sahsiah atau jenayah. Hanya itu yang kerajaan terlibat, bukan kerana kita mahu menjadi 'polis moral' tetapi kita mahu menjamin kesejahteraan awam," katanya.

Dalam temubual itu, Mujahid turut dilaporkan mengutuk tindakan memecahkan pintu untuk menahan pesalah khalwat dan berharap ia tidak akan berlaku dalam pembaharuan yang akan dilakukan nanti.

"Isu penguatkuasaan khalwat ini telah disalahgunakan dan dieksplotasi untuk sesetengah kes. Adalah sangat penting mereka (pegawai penguatkuasa) tidak terlibat dalam lingkungan persendirian," katanya.

Mujahid yang memegang potfolio Hal Ehwal Agama Islam mengakui beliau berdepan dengan pelbagai cabaran untuk mengubah imej jabatan itu.

Sumber: Sinar

10 Sebatan, 30 Tahun Penjara, Datuk Cabul Cucu Sendiri

Posted: 05 Oct 2018 11:12 PM PDT


Mahkamah Sesyen Klang telah memutuskan untuk menjatuhkan hukuman penjara 30 tahun dan 10 sebatan terhadap seorang lelaki berusia 67 tahun atas kesalahan mencabul cucunya.

Nasib seorang anak yatim piatu yang dicabul datuknya terbela apabila pihak pendakwaan berjaya membuktikan kem melampaui keraguan munasabah pada akhir kes pembelaan.

Warga emas itu didapati bersalah dengan sengaja menyentuh secara seksual dengan menindih mangsa yang berusia 17 tahun di sebuah rumah di Sekinchan, Kuala Selangor, jam 7 pagi pada Julai 2017.

Dia juga didapati bersalah terhadap pertuduhan kedua dengan melakukan perbuatan sama terhadap mangsa pada 5 Ogos 2017.







Elaun Sara Hidup Guru di Selangor Dan Johor Bakal Ditambah

Posted: 05 Oct 2018 10:13 PM PDT


Kementerian Pendidikan, hari ini telah merancang untuk menambah Elaun sara hidup guru di kawasan kritikal seperti Johor dan Selangor. Perkara ini dicadangkan sendiri oleh menterinya, Dr Maszlee Malik yang mengatakan ini sebagai usaha mengatasi masalah kekurangan guru di negeri terbabit.

"Saya sendiri mahukan perkara itu (elaun khas) dilaksanakan namun sekarang perkara ini masih lagi di peringkat cadangan sebelum ia dilaksanakan," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau turut memberi jaminan untuk memastikan bajet bidang pendidikan untuk tahun hadapan tidak akan dipotong lagi menjelang pembentangan Bajet 2019 yang dijadualkan pada 2 November ini.