Bilik Sewa Lelaki @ Rantau Panjang KLang

RM220 sebulan, ada tilam, bantal, parking, bilik air

Bilik Sewa @ Kg Melayu Panchor, Seremban

RM200 sebulan, ada tilam, bantal, parking, bilik air

RumahSewa Semi-D, 3 bilik, 2 bilik air @ Gambang, Kuantan

Dekat #UMP / Waterpark / Sekolah Sukan Mokhtar Dahari

Friday, November 30, 2018

Sensasi Selebriti

Sensasi Selebriti

Link to Sensasi Selebriti

Penyesalan Pelajar Nakal Dalam Drama Bersiri CERDIK OTAK CERGAS

Posted: 29 Nov 2018 01:18 AM PST

Lirik Kekecewaan dalam Lagu Sofazr – TAKKAN MUNGKIN

Posted: 28 Nov 2018 05:36 PM PST

Oh! Media

Oh! Media


Tidak Kisah Video Dirinya Tular - 'Deyy Challenge'

Posted: 29 Nov 2018 05:15 AM PST


Berhubung satu video yang menjadi tular sehingga mencetuskan parodi di media sosial menggunakan #Deychallenge dan #Theyychallenge, seorang ahli perniagaan, S Kanagarajah berkata 'Kalau itu menggembirakan mereka, biarkanlah,'.

Sambil menyifatkan tindakan netizen yang meniru gayanya adalah melucukan, Kanagarajah berkata, dia tidak sengaja membuat mimik muka seperti itu.

"Saya bukan sengaja, kalau awak tengok kawan awak muka kena potong keluar darah, kita tolong mereka pada masa itu," katanya.

Menurutnya, dia kecewa terhadap insiden yang berlaku.

"Saya buat begitu kerana terlalu kecewa dengan keadaan yang berlaku pada masa itu," katanya.

Menceritakan semula kejadian itu, dia berkata, sekumpulan lelaki memasuki kuil dengan membawa senjata tajam.

"Pada masa itu, kita adakan upacara sembahyang dan dalam kuil semua ada dalam 40 orang termasuk wanita dan orang tua .

"Jadi kami mahu lindungi mereka," katanya.

Kanagarajah berkata, apa yang berlaku tidak melibatkan isu perkauman.

"Saya boleh cakap ini 100 peratus bukan masalah perkauman kerana kita berkawan baik dengan semua orang," katanya.

Bagaimana pun, dia tidak menolak sekumpulan individu yang melakukan rusuhan itu diupah oleh pihak lain.

"Sudah tentu! Tiada orang melakukan perbuatan seperti itu percuma," katanya.

Tambahnya, dia tidak menerima sebarang ugutan dan ancaman daripada mana- mana pihak selepas video itu tular.

Sumber: Sinar Harian

 + Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Peguam Nafi Terlibat Dan Upah RM150,000 Kepada Samseng

Posted: 29 Nov 2018 05:16 AM PST


Lagi penafian berkenaan kejadian rusuhan di Kuil Sri Maha Marimman dan kini datangnya dari peguam bela, Mohamed Hanif Khatri Abdulla dan Muhammad Rafique Rashid Ali yang mewakili kakitangan syarikat pemaju, One City Development Sdn Bhd menafikan bahawa mereka terlibat mengupah samseng hingga mencetuskan insiden kekecohan.

Mohamed Haniff berkata, beliau dan Muhammad Rafique dilantik oleh pihak syarikat selepas berlakunya insiden rusuhan tersebut.

Menurutnya, selain mewakili tiga kakitangan syarikat yang ditahan, pelantikan itu dibuat bagi membolehkan syarikat membantu siasatan pihak polis.

"Kami tidak mewakili mana-mana perusuh.

"Malah, berhubung dengan penularan mesej di media sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp mengenai pembabitannya dan Muhammad Rafique dalam memberikan upah kepada samseng dalam rusuhan itu adalah satu tuduhan melulu dan tidak benar," katanya dalam sidang media di pejabat syarikat guamannya, di sini, hari ini.

Katanya, ini tidak benar dan kami berdua juga tidak pernah memberikan wang berjumlah RM150,000 kepada samseng untuk membuat kecoh di kuil.

Selain itu, Mohamed Haniff turut menyatakan bahawa ada kenyataan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa sidang akhbar adalah kurang tepat kerana siasatan masih belum selesai.

"Saya berharap agar kenyataan yang akan dikeluarkan selepas ini tidak mendedahkan butiran siasatan yang boleh menganggu keselamatan awam," katanya.



Wanita Hamil Meninggal Dunia Apabila Dibedah Doktor Mabuk

Posted: 29 Nov 2018 02:48 AM PST


Dunia, pihak polis India menahan seorang doktor apabila didapati melakukan pembedahan Caesarean ke atas seorang wanita hamil ketika sedang dalam keadaan mabuk.

Kamini Chachi yang sakit hendak bersalin dikejarkan ke sebuah hospital kerajaan pada Isnin lalu, namun selepas beberapa jam, keluarga mangsa diberitahu bahawa bayi Kamini telah meninggal dunia, manakala wanita itu mengalami pendarahan teruk.

Ahli keluarga Kamini kemudian mengambil keputusan untuk memindahkannya ke sebuah hospital swasta, namun mangsa meninggal dunia ketika dalam perjalanan.

Dr Lakhani menghubungi pihaknya kerana bimbang diserang keluarga mangsa setelah mengetahui tentang kematian itu.

"Ketika tiba di hospital, kami mendapati suspek berada dalam keadaan mabuk, dan kami menahannya," kata seorang anggota polis.

Ujian 'breathalyser' terhadap doktor senior berkenaan mengesahkan beliau mabuk.

 + Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.


Paskal The Movie Sumbang RM100,000 Kepada TLDM

Posted: 29 Nov 2018 02:20 AM PST


Filem PASKAL The Movie yang telah berjaya mencipta sejarah tersendiri kini menyumbangkan wang tunai sebanyak RM100,000 kepada Tabung Kebajikan TLDM bagi menghargai Tentera Laut Diraja Malaysia.

Sumbangan itu diserahkan bersempena Malam Penghargaan Paskal yang diadakan di Hotel Majestic, Kuala Lumpur malam tadi.

Sumbangan itu disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Golden Screen Cinemas, Koh Mei Lee kepada Panglima TLDM, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin.

Adrian Teh berkata, "Sumbangan ini disalurkan sebagai tanda terima kasih Paskal The Movie kepada TLDM yang memberikan sokongan penuh sepanjang penggambaran filem ini dijalankan.

"Ia juga sebagai satu tanda penghargaan kerana memberikan kepercayaan kepada kami menghasilkan filem penuh aksi ini.

"Diharapkan sumbangan ini dapat meringankan beban dan kebajikan anggota TLDM serta keluarga mereka yang memerlukan," katanya.

 + Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Muhammad Adib Sudah Mula Beri Tindak Balas

Posted: 29 Nov 2018 12:38 AM PST


Muhammad Adib yang merupakan seorang anggota bomba yang dipukul semasa rusuhan tempoh hari dilaporkan sudah mula berikan respon dan sedarkan diri.

Adib yang dipindahkan ke IJN kini menunjukkan tindak balas terhadap suara, namun masih berada dalam keadaan kritikal.

"Beliau sudah kurang bergantung kepada ubat-ubatan untuk hatinya dan kebergantungan kepada mesin Extracorporeal Membrane Oxygenation (ECMO) juga dikurangkan.

"Bagaimanapun, masih memerlukan rawatan penuh untuk buah pinggangya dan masih diletakkan dalam keadaan koma," katanya.

Menurutnya, IJN juga sudah memulakan sokongan fisioterapi pasif sebagai sebahagian daripada pemulihan 'cardiopulmonary' Muhammad Adib.

Tun Dr Mahathir melawat anggota Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) dari Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya Muhammad Adib di Institut Jantung Negara semalam.

 + Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Apple Akan Menjual Semula iPhone X Setelah Model XS Kurang Mendapat Sambutan

Posted: 28 Nov 2018 11:33 PM PST


Sebelum ini, Apple mengumumkan bakal menamatkan penjualan iPhone  X kerana akan melancarkan Apple iPhone XS. Tetapi lain pula ceritanya sekarang, apabila memilih untuk menawarkan semua model iPhone X buat para pengguna.

Penjualan semula Apple iPhone X dibuat bagi menampung semula penjualan iPhone XS dan XS Max yang rendah. Selain itu, memandangkan Apple masih lagi mempunyai kerjasama bersama pencabar terdekat iaitu Samsung maka pengeluaran paparan OLED bakal diteruskan.


Untuk model iPhone XR pula, ia mula diperkenalkan sebagai iPhone 'mampu milik'. Sejak model ini dijual, para pengguna nampaknya lebih tertarik untuk mendapatkan iPhone 8 yang melihat kepada peningkatan jualan. Harga penjualannya yang lebih rendah serta masih mengekalkan trademark home button antara yang membuatkan para pengguna tertarik.


Oh! Media: Bagi kami, pihak Apple perlu membuat sesuatu yang berlainan sekirannya mahu terus bersaing dengan syarikat lain seperti Samsung dan mungkin sudah tiba masanya untuk Apple menurunkan harga produknya kerana pengguna sudah semakin bijak untuk memilih peranti yang murah dan berguna untuk kerja-kerja seharian.

Pembinaan Rumah Ibadat Baharu Perlu Ada Kebenaran PBT

Posted: 28 Nov 2018 10:55 PM PST


Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu sidang media berkata, kerajaan telah memutuskan agar pembinaan rumah ibadat baharu perlu mendapat kebenaran pihak berkuasa tempatan, PBT.

Perkara itu dilihat penting bagi mengelak sebarang masalah yang timbul pada masa hadapan, terutama apabila pemilik tanah menuntut semula hak mereka.

"Masalah yang timbul ketika ini ialah banyak kuil dibina di atas tanah milik pihak lain. Itu masalah yang sering kita hadapi sekarang.

"Jadi kerajaan meluluskan resolusi dan menetapkan syarat bahawa mana-mana rumah ibadat baharu yang akan dibina selepas ini, perlu mendapatkan kebenaran PBT," katanya.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata, dengan penetapan resolusi itu, mana-mana rumah ibadat tidak lagi boleh dibina di atas tanah yang bukan milik mereka.

"Masalah sekarang ialah kuil dibina tanpa mengambil kira siapa pemilik tanah dan apabila pemilik ingin mengambil semula tanah mereka, masalah mula timbul," katanya.

 + Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Durian Terpilih Sebagai Makanan Paling Menjijikkan Dari Seluruh Dunia

Posted: 28 Nov 2018 10:46 PM PST


Raja segala buah-buahan di Asia iaitu Durian telah terpilih untuk dipamerkan di sebuah Muzium Makanan Menjijikkan di Sweden.

Buah Durian terpilih dan termasuk dalam 80 makanan menjijikkan dari seluruh dunia seperti kepala arnab pedas, keju Su Callu Sardu dan sebagainya. Menurut pegawai kajian muzium, faktor pemilihan makanan atau minuman tersebut dipilih dari segi rupa bentuk, bau dan rasa.


Untuk pengetahuan anda, kita boleh mencuba sendiri 3 hidangan 'jijik' iaitu Surströmming (ikan yang diperam selama 6 bulan dalam tin), icelandic shark dan durian sekiranya anda melawat muzium ini.

Perkara ini pastinya sesuatu yang tidak akan boleh diterima bagi penggemar durian kerana nikmat memakan buah durian adalah satu nikmat yang tidak akan dapat pada buah lain. Bagaimanapun, buah durian tetap pilihan orang-orang asia dan akan tetap menjadi raja segala buah.



 + Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Penetapan Pakaian Patuh Syariah Bagi Bidang Sukan Diterima Baik Atlet

Posted: 28 Nov 2018 09:58 PM PST


Penetapan syarat pakaian patuh syariah dalam bidang sukan di Kelantan dilihat mudah diterima oleh atlet mahupun penduduk Kelantan sendiri.

Wan Roslan Wan Hamat yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO berkata, menerusi Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1998, penduduk menyambut baik syarat yang diperkenalkan.

Walaupun syarat pakaian menutup aurat dikenakan sejak sekian lama, namun beliau berkata, pihaknya tidak menerima sebarang bantahan berhubung isu tersebut.


"Ia tidak hanya terhad kepada aktiviti hiburan seperti dikir barat sebaliknya diperluaskan kepada sukan Awang Selamat (bina badan), muay thai, boxing, sukan p dan bola sepak Liga Dun.

"Walaupun susah untuk dilaksanakan, tapi menutup aurat wajib dipatuhi walau apa jua bidang kita," katanya.

Selain Kelantan, kerajaan Negeri Terengganu turut memutuskan untuk melaksanakan konsep pemakaian patuh syariah kepada atlet sukan yang akan bermula tahun hadapan dan akan dilakukan secara berperingkat.


 + Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Drogba Teruja Untuk Melawat Selangor

Posted: 28 Nov 2018 09:13 PM PST


Setelah pengumuman persaraan bintang popular pasukan Chelsea iaitu, Didier Drogba, kini penyokong kelab Liga Perdana Inggeris, Chelsea berpeluang bertemu dengan pemain legenda The Blues apabila bekas penyerang itu dijadualkan menghadiri sesi bertemu peminat di sebuah pusat membeli-belah ternama di Petaling Jaya pada 8 Disember ini.

Peminat berpeluang menyertai sesi soal-jawab eksklusif bersama Drogba yang dihoskan penyampai Astro SuperSport, Amanda Chaang serta disajikan dengan persembahan freestyle bola sepak, peluang bergambar dan berkongsi pengalaman mereka di media sosial.

"Saya sangat teruja untuk melawat Selangor bersama Chelsea dan rakan mereka, Yokohama. Saya benar-benar berharap dapat berjumpa ramai peminat Chelsea di Selangor," kata Drogba, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Yokohama Malaysia (Yokohama).

Yokohama Rubber Co. adalah Rakan Rasmi kepada Chelsea, juara lima kali Liga Perdana Inggeris dan juara semasa Piala FA.

 + Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Perkara Yang Boleh Dilakukan Selepas Tawaf Wada’

Posted: 28 Nov 2018 04:49 PM PST


Soalan:
Adakah Tawaf Wada' wajib dan apakah perkara yang boleh dilakukan selepas Tawaf Wada'?

Jawapan:
Kami mulakan hal ini dengan nas daripada Ibn 'Abbas R.Anhuma, beliau berkata:

أُمِرَ النَّاسُ أَنْ يَكُونَ آخِرُ عَهْدِهِمْ بِالْبَيْتِ إِلَّا أَنَّهُ خُفِّفَ عَنْ الْحَائِضِ
"Orang ramai diperintahkan menjadikan perkara terakhir mereka (ketika melakukan haji dan umrah) adalah dengan tawaf di Kaabah, melainkan diberi keringanan kepada wanita berhaid." [Riwayat al-Bukhari (1755) dan Muslim (3284)]

Al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani berkata: Hadis ini mengandungi dalil tentang kewajipan Tawaf Wada' kerana ada perintah yang dikuatkan dan kerana ungkapan adanya keringanan bagi wanita haid.
[Lihat Fath al-Bari, 3/747]

Hadis di atas menunjukkan Tawaf Wada' hukumnya wajib dan ia dikecualikan bagi wanita yang sedang mengalami haid. Perintah wajib ini disebabkan 'arahan perintah' (فعل الأمر) dalam hadis ini bersifat 'mutlak', tiada qarinah menunjukkkan ia hanya menunjukkan sunat atau harus. Kaedah menjelaskan "الأمر المطلق" menunjukkan wajib (الأمر المطلق يفيد الوجوب).
[Lihat Syarh al-Kaukab al-Munir, 3/3 dan Syarh Zad al-Mustaqni' oleh Muhammad al-Mukhtar al-Syanqithi, 13/127]

Dalam hadis yang lain, daripada Ibn Abbas R.Anhuma, beliau berkata:

كَانَ النَّاسُ يَنْصَرِفُونَ فِى كُلِّ وَجْهٍ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- « لاَ يَنْفِرَنَّ أَحَدٌ حَتَّى يَكُونَ آخِرُ عَهْدِهِ بِالْبَيْتِ
"Dahulunya orang ramai beredar mengikut haluan masing-masing (untuk meninggalkan Mekah). Lalu Rasulullah SAW bersabda: Jangan sekali-kali seseorang daripada kamu meninggalkan Mekah sehinggalah akhir keberadaannya (di Mekah) al-Bait (Tawaf al-Wada')." [Riwayat Muslim (3283), Ibn Majah (3070)]

Imam al-Nawawi berkata: "Hadis ini mengandungi dalil bagi pendapat yang mewajibkan Tawaf Wada' dan apabila ditinggalkan maka harus membayar Dam. Inilah pendapat yang sahih menurut mazhab kami dan inilah pendapat majoriti Ulama."
[Lihat Syarh Sahih Muslim, 9/79]

Imam al-Nawawi juga berkata: "Ashab kami mengatakan, "Sesiapa yang telah selesai dari manasiknya dan dia ingin bermukim di Mekah, maka tidak ada ke atasnya Tawaf al-Wada'. Perkara ini tidak ada khilaf padanya. Sama ada dia termasuk penduduknya atau bukan. Sekiranya dia ingin keluar dari Mekah menuju ke negaranya atau ke lainnya, maka dia mesti melakukan Tawaf al-Wada'."
[Lihat al-Majmu', 8/254]

Imam al-Zarkasyi berkata: Larangan ke atas sesuatu perkara menunjukkan perintah melakukan lawannya (ضده). Berdasarkan kaedah ini lawan kepada larangan meninggalkan Mekah sebelum Tawaf Wada' ialah melakukan Tawaf Wada' sebelum meninggalkan Makkah. Oleh itu melakukan Tawaf Wada' sebelum meninggalkan Makkah adalah wajib.
[Lihat al-Bahr al-Muhit, 2/421]

Imam al-Syaukani ketika menerangkan maksud hadis di atas berkata: "Perkataan Baginda: "Jangan seseorang daripada kamu terus bergerak pulang.." sehingga ke akhirnya, ia merupakan bukti wajibnya Tawaf al-Wada'.
[Lihat Nail al-Autar, 5/106]

Berkenaan perkara-perkara yang boleh dilakukan selepas Tawaf Wada', Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan ke-35 Musim Haji 1440H yang bersidang pada 9-11 November 2018 bersamaan 1-3 Rabi'ul Awwal 1440 Hijrah telah memutuskan berkenaan dengan Perkara-perkara Yang Diharuskan Selepas Tawaf Wada', iaitu:

Pertama: Sejurus Selepas Tawaf Wada'

  • Menunaikan solat sunat tawaf dan berdoa selepasnya di Masjidil Haram.
  • Berdoa di Multazam.
  • Mengucup Al-Hajar al-Aswad.
  • Menunaikan solat sunat safar.
  • Menunaikan solat fardhu sekiranya bilal telah melaungkan azan atau bilal sedang melaungkan azan.
  • Begitu juga apabila sudah sampai di hotel yang berhampiran dengan Masjidil Haram untuk beliau solat fardhu bersama imam di Masjidil Haram.
  • Bergambar atau mengambil gambar dalam kadar yang cepat. Walaupun begitu, tidak digalakkan.

Kedua: Selepas Tawaf (di Penginapan atau Hotel)

  • Makan dan minum di hotel.
  • Qadha hajat.
  • Menyalin dan menukar pakaian.
  • Zikir dan membaca al-Quran sementara menunggu.
  • Mengambil beg atau barang yang diletakkan / ditinggalkan di bilik penginapan.
  • Mencari isteri, saudara, waris dan rakan yang hilang.
  • Mengangkat barang-barang yang hendak dibawa bersama.
  • Tidur dalam bilik hotel sementara menunggu bas atau kenderaan datang.
  • Melawat isteri, saudara, waris, rakan yang sakit di hospital/klinik (bagi kes kecemasan dan hajat).
  • Sebarang urusan yang berkaitan dengan perjalanan sama ada ke Jeddah atau Madinah seperti membeli makanan dan minuman untuk kegunaan dalam perjalanan dan sebagainya.
  • Menunggu kenderaan (lewat tiba kerana kesesakan dan sebagainya).
  • Bersedekah ketika menunggu kedatangan kenderaan di penginapan.
  • Membayar dam. Walaupun begitu, digalakkan untuk membayar sebelum Tawaf Wada'.

Semoga pencerahan ini dapat merungkai pelbagai isu berkaitan Tawaf Wada', apa yang boleh dan apa yang tidak dibolehkan.

+ Mufti Wilayah Persekutuan

Isteri Menolak Ajakan Suami

Posted: 28 Nov 2018 04:33 PM PST


Soalan:
Apakah terdapat hadith berkaitan hukuman bagi isteri yang menolak ajakan suami untuk bersama?

Jawapan:
Di dalam hidup berumah tangga, seorang isteri itu wajib untuk mentaati suaminya pada perkara yang ma'ruf (baik). Ini kerana, dengan ketaatan tersebut akan memudahkannya jalan untuk ke syurga berdasarkan sebuah hadith yang disahihkan oleh Imam Ibn Hibban:

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

إِذَا صَلَّتِ الْمَرْأَةُ خُمُسَهَا، وَصَامَتْ شَهْرَهَا، وَحَصَّنَتْ فَرْجَهَا، وَأَطَاعَتْ بَعْلَهَا دَخَلَتْ مِنْ أَيِّ أَبْوَابِ الْجَنَّةِ شَاءَتْ
"Jika seorang wanita menunaikan solat lima waktu, berpuasa pada bulannya (Ramadhan), mengawal kemaluannya (maruahnya) dan taat kepada suaminya. Masuklah dia ke dalam Syurga dari mana-mana pintu yang dia kehendaki." [Riwayat Ibn Hibban (4163)]

Berdasarkan soalan di atas, terdapat beberapa buah hadith yang menceritakan akibat atau hukuman yang akan diterima oleh isteri apabila menolak ajakan suaminya untuk bersama. Antaranya adalah:

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

إِذَا دَعَا الرَّجُلُ امْرَأَتَهُ إِلَى فِرَاشِهِ فَأَبَتْ فَبَاتَ غَضْبَانَ عَلَيْهَا لَعَنَتْهَا المَلاَئِكَةُ حَتَّى تُصْبِحَ
"Apabila seorang suami mengajak isterinya ke katil (dengan tujuan untuk bersama), lalu isteri itu menolaknya. Maka suami tersebut tidur dalam keadaan marah dengan isterinya. Dengan itu, para malaikat akan melaknatnya (isteri) sehinggalah dia bangun (daripada tidurnya) pada waktu pagi." [Riwayat al-Bukhari (3237), (5193)]

Imam al-Nawawi menyatakan bahawa hadith ini menjadi dalil bahawa haramnya seorang isteri itu menolak ajakan suaminya tanpa keuzuran yang syarak dan haid juga bukanlah satu keuzuran yang boleh menghalang ajakan suami kerana suami mempunyai hak untuk istimta' (berseronok) dengan apa yang terdapat di atas kain (selain daripada faraj). Hadith ini juga bermaksud laknat daripada malaikat akan berterusan sehingga hilangnya maksiat dengan terbitnya fajar dan dengan suami itu merasa memadai atau dengan taubat si isteri apabila menerima ajakan suami tersebut untuk bersama. [Lihat: al-Minhaj, 7-8/10]

Justeru itu, kami katakan bahawa seorang isteri wajib mentaati suaminya pada perkara yang ma'ruf. Tambahan pula, bersetubuh merupakan hak bersama di antara isteri dan suami dan ia perlu dibincang dan disepakati secara bersama dengan baik. Antara perkara yang penting dalam bersetubuh ini perlu dilihat adalah adab-adab dan hukum-hakam yang perlu diraikan supaya tidak berlaku sebarang kezaliman.

Penutup

Kesimpulannya, dalam berdepan dengan isu ini ia perlulah terdapat kesefahaman yang baik di antara suami dan isteri supaya tidak timbul isu seperti ini. Akhirnya, semoga Allah SWT mengurniakan kita suami yang soleh dan isteri yang solehah agar rumahtangga yang dibina itu mendapat keberkatan dan keredhaan daripada Allah SWT. Amin.

Wallahua'lam.

+ Mufti Wilayah Persekutuan

Hukum Makan & Minum Sambil Berdiri

Posted: 28 Nov 2018 04:25 PM PST


Soalan:
Apakah hukum makan dan minum sambil berdiri?

Jawapan:
Terdapat banyak hadith yang secara zahirnya melarang daripada makan dan minum sambil berdiri. Contohnya hadith Nabi SAW:

لا يَشْرَبَنَّ أَحَدٌ مِنْكُمْ قَائِمًا فَمَنْ نَسِيَ فَلْيَسْتَقِئْ
Jangan sekali-kali kalian minum sambil berdiri; siapa yang terminum sambil berdiri dalam keadaan terlupa hendaklah dia memuntahkannya kembali. [Sahih Muslim (2026)]

Diriwayatkan bahawa Anas bin Malik R.A menyatakan:

عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم أَنَّهُ نَهَى أَنْ يَشْرَبَ الرَّجُلُ قَائِمًا ‏.‏ قَالَ قَتَادَةُ فَقُلْنَا فَالأَكْلُ فَقَالَ ذَاكَ أَشَرُّ أَوْ أَخْبَثُ
Sesungguhnya Nabi SAW melarang daripada meminum sambil berdiri. Qatadah bertanya bagaimana pula dengan makan (sambil berdiri)? Anas menjawab: Yang demikian itu adalah lebih buruk dan tercela. [Sahih Muslim (2024)]

Namun demikian, terdapat juga beberapa riwayat yang menunjukkan bahawa Nabi SAW sendiri pernah minum sambil berdiri, dan sahabat sendiri pernah makan dan minum sambil berdiri atau berjalan.

Diriwayatkan daripada Ibn Abbas R.Anhuma, katanya:

سَقَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم مِنْ زَمْزَمَ فَشَرِبَ وَهُوَ قَائِمٌ
Aku pernah menghidangkan air zam-zam kepada Rasulullah SAW dan Baginda SAW minum dalam keadaan berdiri. [Sahih Muslim (2027)]

Diriwayatkan bahawa Ibn Umar R.Anhuma:

كُنَّا نَأْكُلُ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم وَنَحْنُ نَمْشِي وَنَشْرَبُ وَنَحْنُ قِيَامٌ
Pada zaman Nabi SAW, kami biasa makan sambil berjalan dan minum sambil berdiri. [Sunan Tirmidzi (1880)]

Imam Al-Mubarakfuri telah meletakkan hadith ini di bawah bab 'Rukhsah dalam Minum sambil Berdiri'. Menurut beliau, hadith ini menjadi dalil akan keharusan makan sambil berjalan. Adapun hadith riwayat Anas bin Malik di atas yang menunjukkan larangan, ditakwil sebagai makruh tanzih dan bukannya haram. [Rujuk Tuhfah al-Ahwazi bi Syarh Jami' al-Tirmizi, 6/3]

Dalam satu hadith yang lain, diriwayatkan bahawa:

أَتَى عَلِيٌّ ـ رضى الله عنه ـ عَلَى باب الرَّحَبَةِ، فَشَرِبَ قَائِمًا فَقَالَ إِنَّ نَاسًا يَكْرَهُ أَحَدُهُمْ أَنْ يَشْرَبَ وَهْوَ قَائِمٌ، وَإِنِّي رَأَيْتُ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم فَعَلَ كَمَا رَأَيْتُمُونِي فَعَلْتُ
Ali R.A tiba di pagar perkarangan masjid, dan minum sambil berdiri lalu berkata: "Ramai orang yang benci apabila ada dalam kalangan mereka yang minum sambil berdiri, sedangkan aku melihat Nabi SAW melakukan apa yang kami lihat aku lakukan." [Sahih Bukhari (5615)]

Perbahasan Ulama

Para ulama sebenarnya berbeza pandangan dalam isu ini:

  • Haram: Ibn Hazm dan para ulama mazhab Zahiri yang lain berpandangan makan dan minum sambil berdiri adalah haram, dan hadith-hadith yang mengharuskan telah dimansukhkan oleh hadith-hadith yang melarangBegitu juga Ibn Taimiyyah yang mengharamkannya kecuali dalam keadaan-keadaan darurat yang memerlukan. [Rujuk Al-Muhalla 7/519-520 dan Majmu' al-Fatawa 32/209]
  • Makruh Tanzihi: Jumhur ulama pula berpandangan hukumnya makruh tanzihi yang tidak sampai ke tahap haram. Hal ini berdasarkan penjelasan oleh para ulama muhaqqiqun yang menjelaskan maksud hadith-hadith yang dinyatakan di atas.

Menurut Imam al-Nawawi, larangan daripada makan dan minum sambil berdiri ini menunjukkan kepada makruh tanzih, dan Rasulullah SAW melakukan hal tersebut semata-mata untuk menunjukkan keharusannya ketika ada keperluan. [Rujuk Syarh Sahih Muslim 13/195 dan Zad al-Ma'ad 2/257]

Ini juga dipersetujui oleh Ibnu Hajar Al-'Asqalani yang turut berkata larangan minum berdiri adalah berbentuk makruh tanzihi, dan perbuatan Nabi SAW sendiri yang minum sambil berdiri menunjukkan bahawa ia tidak haram. Beliau juga menyebut hadith yang memerintahkan supaya memuntahkan kembali air yang diminum sambil berdiri perlu difahami sebagai arahan berbentuk sunat dan bukannya wajib. [Rujuk Fath al-Bari 10/82]

  • Harus dan tidak makruh: Ini merupakan pandangan pendapat jumhur tabi'in seperti Sa'id bin Jubair, Thaawus, Zaadzaan Abu 'Umar Al-Kindi, dan Ibrahim bin Yaziid An-Nakha'iy, salah satu pendapat masyhur Imam Ahmad bin Hanbal dan jumhur Malikiyyah. [Rujuk Al-Muntaqa Syarh Al-Muwaththa' 7/237, 'Aaridhatul Ahwadziy 8/72-73, Syarh Al-Bukhari oleh Ibnu Baththaal 6/72, Al-Mufhim 5/285-286, Hasyiyyah Al-'Adawiy 2/609, Fawaakih al-Dawaani 2/319]

Begitu juga Syeikh Zakariyya al-Ansari menegaskan bahawa makan dan minum sambil berdiri tanpa sebarang keperluan tidaklah makruh, cuma ia menyanggahi adab yang lebih utama iaitu duduk (khilaf al-aula). [Rujuk Al-Ghurar al-Bahiyyah 4/214]

Kesimpulan

Kesimpulannya, kami berpandangan hukum makan dan minum sambil berdiri hukumnya adalah makruh tanzihi, yang tidak sampai ke tahap haram. Ini berdasarkan kepada tarjih Imam al-Nawawi yang menganggapnya sebagai makruh tanzihi.

Namun begitu, mengambil kira banyaknya hadith yang melarang, dan sebahagian ulama yang mengharamkannya, maka kami menasihati agar menjauhi amalan makan dan minum sambil berdiri ini semampu yang mungkin. Makan dan minum dalam keadaan duduk secara tertib juga merupakan satu adab Islami yang perlu dipelihara.

Wallahu a'lam.

+ Mufti Wilayah Persekutuan

Thursday, November 29, 2018

Sensasi Selebriti

Sensasi Selebriti

Link to Sensasi Selebriti

Sinopsis Telemovie BEBEL Lakonan Khir Rahman

Posted: 28 Nov 2018 02:05 AM PST

Oh! Media

Oh! Media


Wow!! Terkejut Tengok Parkson Sunway Pyramid Yang Berwajah Baru Ni. Style gila!

Posted: 28 Nov 2018 10:14 AM PST


Semalam masa Ohmedia pergi Sunway Pyramid, dari jauh dah nampak satu port yang cun ni. Bila makin dekat rupanya PARKSON guys!! Terkejut dibuatnya bila tengok Parkson yang kini dah berwajah baru bagai dilahirkan semula. So far tak jumpa lagi tempat lain yang cantik macam ni. Korang rasa? Memang makin bertambah mood kitorang nak bershopping kalau macam ni rupanya. Dah tu makin banyak pulak jenama eksklusif dan popular kat dalam Parkson ni.




Korang tengok je la lampu yang Parkson gunakan. Serius kami teruja tengok lampu-lampu yang digunakan sebab dari jauh dah bersilau dan menarik perhatian. Memang confirm naikkan semangat sesiapa sahaja yang nak shopping kalau masuk sini. Itu bahagian Ladies & Men's di level LG1. Kat bawah ni pula kat bahagian Home & Kids di level LG2.






Amacam? Mengancam kan? Memang betul-betul tersusun kemas, rapi, dan nampak sangat 'clean'.  Ni kalau budak-budak dah masuk sini, confirm taknak keluar. Itu belum cerita mak budak punya perangai lagi tu kalau dah sampai sini. Haha. Korang teruskan je scroll ke bawah baca artikel ni nanti Ohmedia akan share banyak gambar lagi.

Tapi seriuslah korang memang kena datang dan tengok sendiri sebab bukan rupa dia je yang dah makin style dan trendy, rupanya kitorang baru tahu sempena dengan wajah baru Parkson Sunway Pyramid ni, ada banyak aktiviti yang mereka akan buat dari sekarang sampailah 16 Disember 2018 nanti.




Apa Yang Menarik Sangat Tu?

Ni antara yang menarik sempat Ohmedia take note masa kat sana so korang boleh plan bila nak datang shopping kat Parkson Sunway Pyramid ni.

1. KICKERS akan bagi percuma servis Emboss dari 30 Novemer hingga 2 Disember 2018 ini dengan setiap pembelian produk KICKERS yang terpilih.

2. OR TEA akan bagi minuman percuma (test drink) di kaunter mereka pada 30 November 2018 (dari 5 petang hingga 9 malam) serta pada 1 dan 2 Disember 2018 ini. So ni masa yang sesuai la untuk korang merasa OR TEA ni. Ada 2 session nanti iaitu dari jam 12 tengahari hingga 2 petang dan seterusnya bersambung jam 3 hingga 5 petang.

3. Happy Hour Promotion untuk pelbagai jenama yang terpilih pada tarikh 30 November, 1, 2, 7, 8, 9, 14, 15, dan 16 Disember 2018 nanti sementara stok masih ada. Pastikan korang ada pada tarikh-tarikh ni untuk grab segala yang ada.





Paling Istimewa Sempena Pembukaan Semula Parkson Sunway Pyramid.

Untuk pembukaan Parkson yang dilahirkan semula ni juga, untuk satu resit bagi pembelian barangan GUESS sehingga RM600 dan ke atas, korang layak untuk dapat beg GUESS percuma! Terhad 1 unit sahaja untuk seorang pelanggan tau pada 30 November 2018 ni.

Bagi pembelian berjumlah RM400 dan ke atas dalam 1 resit pula, korang terus layak untuk dapat hadiah eksklusif pula Duffle Bag (dari 30 November hingga 2 Disember 2018), Hair Dryer (pada 7, 8, dan 9 Disember 2018), dan juga Power Bank (dari 14 hingga 16 Disember 2018) sementara stok masih ada.

Tak cukup dengan itu, korang yang ada kad BONUSLINK, ni masa untuk korang guna sepenuhnya sebab apa sahaja yang korang beli kat Parkson daripada 30 November hingga 2 Disember 2018 membolehkan korang dapat 5X lebih ganjaran lebih dari biasa dengan Kad Bonuslink.







Ada Super Value Deals Setiap Minggu!

Selama 3 minggu ianya berlangsung, jangan lupa take note dengan Weekly Super Value Deals yang ditawarkan Parkson ni. Cuma belanja RM180 (atau RM150 untuk Parkson Card Members) dalam 1 resit, korang layak untuk beli barang-barang berikut pada harga yang cukup murah!






So guys, bukan selalu peluang nak dapat macam-macam ni datang kan? So apa lagi, ajak member-member dan family korang semua datang shopping sakan hujung tahun ni kat Parkson Sunway Pyramid sebab bagi Ohmedia, ye la dari korang shopping tempat lain tak dapat apa-apa yang menarik macam ni, better korang plan shopping kat sini je nanti.

Oh ya, semua promosi macam biasalah tertakluk kepada terma dan syarat. Nak tahu lebih lanjut, ada baiknya korang tengok sendiri kat website Parkson (www.parkson.com.my). Nak lagi senang, korang masuk ke Facebook & Instagram Parkson di www.facebook.com/parkson dan www.instagram.com/parksonmalaysia.

Adakah Pihak Terbabit Mempunyai Bukti Muhammad Adib Dilanggar? - Ketua Pengarah JBPM

Posted: 28 Nov 2018 05:19 AM PST


Berikutan dengan dakwaan pihak kuil bahawa Muhammad Adib dilanggar, pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) nafi kecederaan anggotanya, Muhammad Adib Mohd Kassim disebabkan kemalangan jalan raya.

Ketua Pengarah JBPM, Datuk Mohammad Hamdan Wahid mempersoalkan adakah pihak terbabit mempunyai bukti Muhammad Adib dilanggar?

Menurutnya, paparan seorang anggota berada di belakang jentera didakwa itu adalah Muhammad Adib adalah salah, sebaliknya itu adalah Mohd Hazim Mohd Rahimi iaitu salah seorang pegawai di lokasi kejadian.

"Saya ingin menyatakan di sini perkara ini masih dalam siasatan polis dan saya tidak mahu campur adukkan perkara ini agar tidak mengganggu siasatan.

"Usah buat kenyataan tidak berasas dan tidak betul kerana orang yang membuat tuduhan ini tidak ada di lokasi ketika kejadian. Kita tak terlibat dalam kitaran politik disebabkan mereka. Kita hanya laksana tugas dan kita telah beri kerjasama baik untuk siasatan dan kita percaya polis jalankan siasatan dengan baik," katanya dalam sidang media di Institut Jantung Negara (IJN), tadi.

Mohammad Hamdan berkata, kenyataan itu sangat tidak berasas kerana ada individu cuba memutar cerita.

Katanya, pihaknya akan membuat laporan polis berhubung dakwaan tidak berasas ini.

Tambahnya, apa yang penting masa ini adalah Muhammad Adib kembali stabil bagi memudahkan proses siasatan dijalankan dan berharap pihak yang menular berita tidak betul ini dikenakan tindakan undang-undang.

Sementara itu, Mohd Hazim berkata, semasa tiba di tempat kejadian, tugasnya akan turun dari jentera dan akan ke bahagian hose reel.

"Sebelum sempat ambil, kami telah diserang oleh perusuh dengan senjata. Saya ambil tindakan selamat, rasakan nyawa lagi penting dengan melarikan diri dan masuk ke dalam jentera EMRS.

"Tapi ada pihak salah tafsir bahawa orang yang di belakang jentera itu adalah Muhammad Adib, tapi itu adalah saya," katanya.

 + Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Century Fox Dan Walt Disney Menolak Tuntutan Saman Genting Malaysia Berhad

Posted: 28 Nov 2018 06:33 AM PST



Berikutan dengan tuntutan saman Genting Malaysia Berhad terhadap Walt Disney Co dan Twenty-First Century Fox Inc, kedua-dua syarikat ini membuat keputusan untuk menolak tuntutan berkenaan.

Sebelum ini, Genting Malaysia Berhad telah mendakwa dua syarikat gergasi ini telah melanggar kontrak pembinaan taman tema dengan jenama Fox berkenaan.

Dengan itu, Genting Malaysia Berhad memfailkan saman bernilai lebih USD1 bilion (~RM4.19 bilion) disebabkan 'penyesalan penjual' yang memaksa Fox melanggar kontrak yang dipersetujui pada 2013 dengan bantuan Disney. Berikutan itu, saham Genting merudum sebanyak 16.7% sehari selepas tuntutan saman dilakukan.

Akan tetapi, Walt Disney Co dan Twenty First Century menyatakan bahawa tuntutan Genting Malaysia Bhd terhadap mereka dibuat tanpa merit. Malah, tuduhan yang dilemparkan bahawa Disney mengisytiharkan notis hanya merupakan satu rekaan.

 + Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Baki 40,000 Tiket Akan Dijual Bermula Esok

Posted: 28 Nov 2018 03:45 AM PST


Semalam telah habis terjual 40,000 tiket perlawanan antara Malaysia menentang Thailand yang dijual secara dalam talian. Baki 40,000 tiket lagi akan dijual secara langsung di kaunter tiket Stadium Nasional Bukit Jalil dan premis terpilih Ak-Ikhsan Sports bermula esok 29 November 2018.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tidak menjual terus semua 80,000 tiket menerusi sistem dalam talian bagi memberi peluang kepada penyokong yang tidak mempunyai akses untuk membeli tiket berkenaan.

"Kaunter tiket di Stadium Nasional akan menjual 30,000 tiket dan premis terpilih Al-Ikhsan Sports sebanyak 10,000 keping sehingga ia habis terjual," kata Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam.

Walaubagaimanapun, pihaknya mengesahkan tiada lagi kaunter khas dibuka di Wisma FAM, Kelana Jaya atas faktor jangkaan kesesakan di kawasan berkenaan yang terletak berdekatan kawasan perumahan.

 + Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Laporan Awal Siasatan Sahkan Lion Air Bermasalah Sebelum Berlepas

Posted: 28 Nov 2018 03:44 AM PST


Akhirnya, laporan awal siasatan nahas pesawat Lion Air JT610 yang terhempas pada 29 Oktober lepas yang dikeluarkan hari ini, mengesahkan bahawa pesawat itu telah mengalami masalah teknikal beberapa hari sebelum berlakunya tragedi yang mengorbankan 189 orang itu.

Maklumat ini diperoleh setelah disisat oleh Komite Nasional Keselamatan Transportasi (KNKT) dan ia termasuk masalah teknikal yang dialami penerbangan dari Bali ke Jakarta iaitu sehari sebelum nahas itu berlaku.

"Berdasarkan data penyelenggaraan pesawat sejak tanggal 26 Oktober, tercatat masalah atau gangguan teknikal yang tercatat di pesawat itu, masalah yang terjadi itu berkaitan dengan masalah indikator kecepatan dan ketinggian pesawat," kata Ketua Subkomite Investigasi KNKT, Nurcahyo Utomo di sini hari ini.

Walaubagaimanapun, pasukan teknikal telah mengesahkan pesawat itu selamat untuk berlepas, selepas menghadapi masalah teknikal pada penerbangan dari Bali ke Jakarta itu.

Sehingga kini, perakam suara kokpit (CVR) masih belum ditemui, usaha mengesan CVR masih diteruskan," kata Nurcahyo. Beliau berkata siasatan itu akan melakukan beberapa ujian termasuk ujian pengesan AoA (Angle of Attack) dan latihan simulasi pesawat di simulator kejuruteraan Boeing.

PLUS Bakal Bekerjasama Dengan Visa Bagi Memudahkan Pembayaran Tol

Posted: 28 Nov 2018 01:31 AM PST


Bagi memodenkan cara pembayaran tol di Malaysia, PLUS Malaysia Bhd telah melakukan kerjasama bersama firma teknologi pembayaran global iaitu Visa  untuk mencapai matlamat ini.

Pengurus Visa Negara Malaysia, Ng Kong Boon berkata program ini adalah satu alternatif baharu untuk pemandu yang mahu membayar tol dengan menggunakan kad kredit Visa, debit atau prabayar dan ia juga salah satu cara untuk memperluaskan sejak penerimaan Visa di Malaysia.

Dengan adanya sistem terbaru ini, para pemandu dapat mengurangkan kesesakan di plaza tol akibat kelewatan atau kegagalan dalam menambah semula baki yang berkurangan kerana ianya telah menawarkan fleksibiliti dan kebebasan kepada pemandu Malaysia untuk membayar tol melalui kad kredit dan debit.

Oleh itu, penggunaan RFID di PLUS akan disambungkan terus kepada akaun kad kredit atau debit pemandu dan ia akan diberikan percuma kepada pemandu di Malaysia yang menyertai program perintis awam di Jambatan Pulau Pinang, BKE dan Jitra mulai 15 Disember ini.

 + Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Peguam Pemaju Upah RM150,000 Ceroboh Kuil?

Posted: 28 Nov 2018 01:04 AM PST


Berikutan dengan insiden dan rusuhan yang berlaku di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya tempoh hari, pihak polis telah menyiasat dan mendapati peguam kepada One City Development Sdn Bhd telah memberi upah sebanyak RM150,000 kepada 50 lelaki untuk menceroboh dan mengambil alih kuil berkenaan.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata dua peguam terbabit adalah antara 21 orang yang sudah ditahan polis bagi membantu siasatan insiden rusuhan berkenaan.

"Siasatan polis mendapati peguam syarikat pemaju mengupah sekumpulan lelaki untuk ceroboh dan kawal kuil sebelum polis datang ke tempat kejadian.

"Sejumlah RM150,000 diserah kepada ketua kumpulan ini yang mana setiap orang diberi upah antara RM150 hingga RM300.

"Tindakan menceroboh yang amat tidak bertanggungjawab ini menimbulkan kemarahan penganut sehingga timbulkan kekecohan dan kerosakan harta benda. Kita kesal dengan tindakan cuai diambil pemaju, sekiranya tindakan gopoh ini tidak diambil, saya yakin kekecohan tidak berlaku," katanya.

Ditanya sama ada wang upah berkenaan diberi oleh pemaju, Muhyiddin berkata pihaknya kita tidak menolak kemungkinan itu.

 + Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Pencipta SpongeBob SquarePants Meninggal Dunia

Posted: 28 Nov 2018 12:31 AM PST


Pengasas dan pencipta kartun Spongebob SquarePants iaitu Stephen Hillenburg dilaporkan telah meninggal dunia pada usia 57 tahun. Beliau dikatakan menghidap penyakit Amyotrophic lateral sclerosis (ALS) iaitu penyakit yang menyebabkan kematian neuron yang mengawal otot di dalam badan.

Beliau telah banyak menulis, menghasilkan dan mengarahkan karya SpongeBob SquarePants yang mengembirakan setiap generasi anak-anak dan keluarga di setiap pelosok dunia. Siri SpongeBob SquarePants membuat kemunculan pertama di kaca televisyen pada 1 Mei 1999.

Watak-watak dalam animasi SpongeBob SquarePants dan dunia Bikini Bottom akan sentiasa diingati penonton dengan penyampaiannya yang bersahaja sambil menerapkan nilai optimisme, persahabatan dan daya imaginasi yang tidak terbatas.




 + Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Wilayah Ganzu China Ditelan Ribut Pasir

Posted: 27 Nov 2018 11:03 PM PST


Sebuah bandar di Gansu, China dilaporkan telah hilang dan orang ramai bertempiaran lari mencari tempat perlindungan setelah ribut pasir melanda wilayah berkenaan.

Kesan dari itu, jarak penglihatan hanya sejauh 10 meter dan mengakibatkan berlakunya kemalangan jalan raya, menurut laporan Media China.

Mengikut sejarah Koridor Hexi, keluasan wilayah itu merangkumi 1,000 Kilometer (KM) dan secara keseluruhan wilayah itu 'ditelan' oleh ribut pasir kira-kira 4 petang sekaligus mengakibatkan aktiviti pertanian, pengangkutan dan aktiviti luar terpaksa dihentikan serta merta.

"Waktu pagi cuaca cerah namun setibanya petang, cuaca berubah dan muncul seperti 'tembok pasir' dengan paras ketinggian kira-kira 100 meter.

"Disusuli dengan angin kencang, ribut pasir itu 'menelan' bandar dengan pantas," kata penduduk Zhangye.

Menjelang jam 7 malam, udara di bandar-bandar Jiayuguan, Jiuquan, Zhangye, Jinchang dan Wuwei 'teruk tercemar' dan laporan merekodkan indeks kualiti udara berada pada paras paling berbahaya.



 + Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Keadaan Muhammad Adib Semakin Baik - Kini Dipindahkan Ke IJN

Posted: 27 Nov 2018 10:16 PM PST


Muhammad Adib yang merupakan anggota Bomba dan Penyelamat Subang Jaya yang dilaporkan dipukul dalam rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman dilaporkan kini telah dipindahkan ke Institut Jantung Negara (IJN).

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin, berkata keputusan memindahkan Muhammad Adib Mohd Kassim dibuat susulan perbincangan antara pihaknya dengan IJN supaya mangsa diberi rawatan sewajarnya.

"Hasil perbincangan dengan empat pakar di IJN, kita cadangkan Muhammad Adib dipindahkan ke sana kerana mereka mempunyai peralatan yang lebih sesuai untuk rawatannya.

"Di IJN juga mempunyai satu mesin khas yang dapat menyalurkan oksigen yang lebih banyak ke paru-parunya, bersesuaian untuk rawatan Muhammad Adib.. satu-satunya mesin yang ada dalam negara ini," katanya.
Beliau berkata, keadaan Muhammad Adib juga sudah semakin baik walaupun masih belum sedar kerana kesan ubat sedatif, namun tekanan darahnya bertambah baik daripada tengah hari tadi.

"Hasil perbincangan antara pakar IJN dan pakar jantung SJMC, mereka mencapai kata putus untuk memindahkan Muhammad Adib pada jam 10.30 malam tadi.

"Keluarganya juga bersetuju, justeru mereka pindahkan Muhammad Adib ke IJN malam ini juga," tambahnya lagi.

 + Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Pesawat Terlepas Destinasi Akibat Juruterbang Tertidur

Posted: 27 Nov 2018 09:58 PM PST


Seorang juruterbang pesawat kecil, Sydney dilaporkan tertidur di dalam kokpit dan mengakibatkannya terlepas destinasi di Australia hampir 50 kilometer.

Juruterbang berkenaan ialah satu-satunya individu yang berada dalam pesawat Piper PA-31 dari Devonport ke King Island di Tasmania pada 8 November lalu.

"Ketika penerbangan, juruterbang tertidur, menyebabkan ia terlepas sejauh 46 kilometer dari King Island," kata ATSB dalam kenyataan.


Kejadian itu, yang dikelaskan sebagai kes 'ketidakupayaan', kini disiasat oleh Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB).

Tahun lalu, lima maut apabila pesawat yang dalam penerbangan ke King Island terhempas sejurus berlepas di Melbourne.

Sumber: Perbadanan Penyiaran Britain (BBC).

 + Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Maksud Nama Allah 'Al-Akhir (الآخر)'

Posted: 27 Nov 2018 04:48 PM PST


Soalan:
Salah satu nama Allah iaitu al-Akhir (الآخر). Boleh terangkan dan syarahkan maknanya?

Jawapan:
Al-Akhir (الآخر) adalah berlawanan atau khilaf dengan yang terdahulu. Ada pendapat menyatakan Akhir (آخر) khilaf (berlawanan) yang pertama.

Dari segi syarak, telah sabit daripada Nabi SAW bahawa Baginda bersabda:

أَنْتَ الآخِرُ فَلَيْسَ بَعْدَكَ شَىْءٌ
"Engkaulah Yang Maha Terakhir tiada sesuatu pun setelah Engkau." [Riwayat Muslim (7064), Abu Daud (5053), Ibn Majah (3831), al-Tirmizi (3400)]

Perkataan Akhir (آخر) mempunyai dua makna pada Syarak:

  • Tiada selepasnya sesuatu dan tiada kesudahan baginya dan bersifat kekal selepas binasa makhluk-Nya. Ibn Mandah berkata: Makna Akhir (آخر) iaitu yang akhir, yang sentiasa akhir selama-lamanya, kekal dan mewarisi setiap sesuatu dengan kekekalannya yang tiada berkesudahan. (Lihat Kitab al-Tauhid oleh Ibn Mandah, 2/82)
  • Kemuncak yang akan kembali kepada-Nya semua urusan makhluk. Ibn Qayyim berkata: Perkataan al-Akhir (الآخر) iaitu semuanya terhenti dan berakhir kepada-Nya sebagai puncak sama ada ibadah, iradah dan mahabbah. Tiada selain Allah sesuatu untuk diqasad, diibadat dan diabdikan. (Lihat Tariq al-Hijratain, 41)

Sebab dinamakan Allah sebagai al-Akhir (الآخر), yang bersifat kekal selama-lamanya kerana 'ubudiyyah dan kehendak serta mahabbah makhluk hanya kepada Allah.

Justeru, wajib kita imani bahawa salah satu nama Allah, Akhir (آخر) yang Dia disifatkan dengan Akhiriyyah (آخرية) sepertimana yang telah kami bahaskan.

Kita yakin dengan nama-nama Allah dan disuruh untuk kita berdoa dengannya. Benarlah firman Allah SWT:

وَلِلَّـهِ الْأَسْمَاءُ الْحُسْنَىٰ فَادْعُوهُ بِهَا
Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah) kepadaNya dengan menyebut nama-nama itu. (Surah al-A'raf: 180)

Semoga Allah mengurniakan ilmu dan kefahaman kepada kita serta menjadikan daripada kalangan hamba-Nya yang bertaqwa. Amin.

+ Mufti Wilayah Persekutuan

Anak Nabi Ibrahim Yang Disembelih

Posted: 27 Nov 2018 04:33 PM PST


Soalan:
Siapakah yang disebut sebagai anak Nabi Ibrahim AS yang disembelih. Adakah Ismail AS atau Ishaq AS?

Jawapan:
Dalam menjawab persoalan ini, kami mulakan dengan firman Allah SWT:

وَقَالَ إِنِّي ذَاهِبٌ إِلَىٰ رَبِّي سَيَهْدِينِ ﴿٩٩﴾ رَبِّ هَبْ لِي مِنَ الصَّالِحِينَ ﴿١٠٠﴾ فَبَشَّرْنَاهُ بِغُلَامٍ حَلِيمٍ ﴿١٠١﴾ فَلَمَّا بَلَغَ مَعَهُ السَّعْيَ قَالَ يَا بُنَيَّ إِنِّي أَرَىٰ فِي الْمَنَامِ أَنِّي أَذْبَحُكَ فَانظُرْ مَاذَا تَرَىٰ ۚ قَالَ يَا أَبَتِ افْعَلْ مَا تُؤْمَرُ ۖ سَتَجِدُنِي إِن شَاءَ اللَّـهُ مِنَ الصَّابِرِينَ
Dan Nabi Ibrahim pula berkata: "Aku hendak (meninggalkan kamu) pergi kepada Tuhanku, Dia akan memimpinku (ke jalan yang benar). Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh!" Lalu Kami berikan kepadanya berita yang mengembirakan, bahawa ia akan beroleh seorang anak yang penyabar. Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: "Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?" Anaknya menjawab: "Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar". (Surah al-Saffat: 99-102)

Ulama' mempunyai beberapa pendapat berkenaan siapakah Nabi yang disembelih:

Pertama: Nabi Ismail AS
Inilah pendapat sebahagian sahabat seperti Abu Hurairah R.A, Ibn Abbas R.Anhuma, Sa'id bin Jubair, al-Sya'bi, Ahmad bin Hanbal, Ibn Taimiyyah, Ibn Kathir dan ramai lagi.

Kedua: Nabi Ishaq AS
Ini dihikayatkan daripada Umar Ibn al-Khattab, Ali, Ibn Abbas dalam satu riwayat, Ibn Umar dalam satu riwayat, Jabir dan juga Muqatil, al-Suddi, Atha', Malik bin Anas, al-Tabari dan lain-lain.

Ketiga: Ulama' Tawaqquf
Para ulama' tawaqquf dan tidak membahaskan perkara ini.

Tarjih:

  • Pendapat yang sahih adalah yang pertama. Ini berdasarkan kepada Nas Ilahi ayat 69-71 Surah Hud [1]. Dalil itu menunjukkan bahawa hanya Nabi Ismail AS sahaja ada dan belum lagi adanya Nabi Ishaq AS.
  • Allah sifatkan Ishaq sebagai ghulam 'alim (yang cerdik), sedangkan bilamana Allah sifatkan Ismail dengan ghulam halim (yang lemah lembut lagi berbakti kepada bapanya).
  • Kisah sembelihan berlaku di Mekah tanpa khilaf (perselisihan) dan tiada sabit menunjukkan Nabi Ishaq AS pergi ke Mekah.

Justeru, kami tarjihkan berdasarkan kepada dalil kitab, Sunnah dan yang mahsyur dalam kalangan para sahabat, tabi'in dan lainnya bahawa yang kena sembelih ialah Nabi Allah Ismail AS.
Semoga Allah SWT mengurniakan ilmu dan kefahaman kepada kita. Amin.

+ Mufti Wilayah Persekutuan


Nota Hujung:

[1] Allah SWT berfirman:

وَلَقَدْ جَاءَتْ رُسُلُنَا إِبْرَاهِيمَ بِالْبُشْرَىٰ قَالُوا سَلَامًا ۖ قَالَ سَلَامٌ ۖ فَمَا لَبِثَ أَن جَاءَ بِعِجْلٍ حَنِيذٍ ﴿٦٩﴾ فَلَمَّا رَأَىٰ أَيْدِيَهُمْ لَا تَصِلُ إِلَيْهِ نَكِرَهُمْ وَأَوْجَسَ مِنْهُمْ خِيفَةً ۚ قَالُوا لَا تَخَفْ إِنَّا أُرْسِلْنَا إِلَىٰ قَوْمِ لُوطٍ ﴿٧٠﴾ وَامْرَأَتُهُ قَائِمَةٌ فَضَحِكَتْ فَبَشَّرْنَاهَا بِإِسْحَاقَ وَمِن وَرَاءِ إِسْحَاقَ يَعْقُوبَ
Dan sesungguhnya telah datang malaikat utusan-utusan kami kepada Nabi Ibrahim, dengan membawa berita yang mengembirakan. Lalu mereka memberi salam dengan berkata: "Salam sejahtera kepadamu (wahai Ibrahim)." Nabi Ibrahim menjawab: "Salam sejahtera kepada kamu." Maka tidak berapa lama selepas itu, ia membawa jamuan untuk mereka; seekor anak lembu yang dipanggang. Maka apabila ia melihat tangan mereka tidak menyentuh hidangan itu, ia merasa pelik akan hal mereka serta merasa takut dari keadaan mereka. (Melihat kecemasannya) mereka berkata: "Janganlah engkau takut wahai Ibrahim, sebenarnya kami ini diutus kepada kaum Luth (untuk membinasakan mereka)." Dan isterinya pada ketika itu berdiri (mendengar), lalu ia ketawa (kerana hilang perasaan takutnya). Maka Kami pun memberikan berita yang mengembirakan kepadanya (melalui malaikat itu), bahawa ia akan mendapat seorang anak: Ishaq, dan sesudah Ishaq, (ia pula akan mendapat seorang cucu); Yaakub.

Hibah Rumah Kepada Isteri, Tetapi Ingin Menarik Semula

Posted: 27 Nov 2018 04:02 PM PST


Soalan:
Saya telah menghibahkan rumah saya kepada isteri saya. Bolehkah saya menarik semula hibah tersebut kerana saya bercadang ingin menjual rumah tersebut? Apakah hukum sekiranya saya menjual rumah tersebut?

Jawapan:
Hibah ialah memberi milik sesuatu barang kepada seseorang yang mana barang itu sah untuk dijual atau diberi hutang, oleh ahli tabarru' dengan tidak adanya sebarang tukaran atau balasan.
[Lihat Mughni al-Muhtaj, 11/396; Fath al-Mu'in, hlm. 84 dan I'anat al-Talibin, 3/142]

Kami katakan dalam masalah hukum hibah ini, ada dua keadaan:

  • Kita sebut hibah tetapi pelaksanaan kehibahan itu belum berlaku lagi. Maka keadaan seperti ini, kita tidak menganggapnya sebagai hibah.
  • Kita sebut hibah dan pelaksanaan hibah itu turut berlaku.

Sebagai contoh, seseorang berkata kepada anaknya: "Motosikal ayah itu, kamu ambillah. Ayah hadiahkan pada kamu." Dalam contoh ini, pemberian ini belum berlaku secara sempurna.

Pemberian secara sempurna hanya berlaku selepas berlaku pertukaran nama pada geran motosikal tersebut kepada nama anaknya. Selepas berlaku proses tersebut, barulah ia dipanggil hibah. Tetapi sekiranya hanya menyebut hendak memberi tanpa pertukaran nama, maka ia masih belum dikira hibah.

Hal ini kerana apabila dirujuk kepada undang-undang, sekiranya tidak berlaku proses seperti itu melainkan hanya lafazan mulut sahaja, maka ia akan menjadi pertikaian. Hal ini kerana tiada bahan bukti untuk dijadikan sandaran. Meskipun ketika hibah dilafazkan dengan sempurna malah turut bersumpah dengan nama Allah.

Oleh itu, merujuk isu di atas, apabila seseorang menghibah kepada isterinya, maka perlu dilihat setakat mana hibah tersebut berlaku. Adakah hanya lafazan di mulut sahaja atau sudah berlaku proses pertukaran nama kepada nama isteri. Sebab itulah disebut:

التَّبَرُّعُ لَمْ تَتِمّ حَتَّى يَقْبِض
Tabarru' itu tidak berlaku sehingga dia memegang.

Memegang tersebut adalah sama ada memegang secara hissi atau secara maknawi. Sebagai contoh kereta dan rumah dipegang dengan adanya geran. Hal ini adalah berdasarkan kepada realiti semasa.

Oleh itu, perkara-perkara kecil seperti wang RM50, apabila dihibah kepada seseorang, apabila yang diterima memegang maka ia sudah dikira sebagai hibah.

Akan tetapi benda-benda besar seperti kenderaan, rumah, tanah, perkongsian saham dan seumpamanya maka kesemuanya ini perlu kepada pertukaran pindah milik. Apabila berlaku proses tersebut, maka baru dikira sebagai hibah.

Kami tegaskan di sini dalam isu di atas, jika diambil balik atau ditarik balik hibah selepas sempurnanya maka ia termasuk dalam hadis daripada Ibn Abbas R.Anhuma, Nabi SAW bersabda:

الْعَائِدُ فِي هِبَتِهِ كَالْعَائِدِ فِي قَيْئِهِ
Yang mengambil semula apa dihibahkannya adalah seperti menjilat semula muntahnya. [Riwayat Al-Bukhari (2621), Ibn Majah (2385)]

Kami nyatakan di sini beberapa hukum yang dipetik daripada kitab al-Ruju' fi al-Hibah fi al-Fiqh al-Islami oleh Prof. Ali Abu al-Basal antara lain menyebut:

  • Ulama' bersepakat bahawa tidak boleh mengambil kembali barang yang disedekahnya jika telah diterima oleh orang lain atau kaum keluarga. Ini berdasarkan nas Saidina Umar bin al-Khattab R.A yang berkata:

مَنْ وَهَبَ هِبَةً لِصِلَةِ رَحِمٍ ، أَوْ عَلَى وَجْهِ صَدَقَةٍ ، فَإِنَّهُ لاَ يَرْجِعُ فِيهَا
Siapa yang membuat hibahan kerana silaturrahim atau sebagai sedekah maka janganlah dia ambil kembali. [Riwayat Imam Malik dalam al-Muwatta' (2/754), Al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra (12386)]

  • Ulama' bersepakat bahawa tidak boleh mengambil kembali barangan hibah jika adanya gantian antara dua pihak.
  • Ulama' bersepakat bahawa tidak harus mengambil kembali hibah jika telah mati salah seorang dari kedua selepas telah diterima harta yang dihibah.
  • Tidak harus mengambil kembali jika hibah dari salah seorang suami isteri kepada pasangan masing-masing atau kaum kerabat seperti saudara perempuan. (Lihat al-Ruju' fi al-Hibah fi al-Fiqh al-Islami oleh Prof. Ali Abu al-Basal)

Sebagai kesimpulan, dalam isu di atas, sekiranya telah berlaku proses pindah milik, maka tidak boleh diambil semula.

Semoga Allah SWT mengurniakan ilmu dan kefahaman kepada kita serta menjadikan rumahtangga kita sebagai rumahtangga sakinah, mawaddah dan rahmah. Amin.

+ Mufti Wilayah Persekutuan