Tuesday, December 11, 2018

Oh! Media

Oh! Media


Semua Suspek Yang Dipercayai Menyerang Anggota Bomba Dibebaskan

Posted: 10 Dec 2018 03:36 AM PST


Empat lelaki yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kasim yang diserang pada awal pagi 27 November lalu dibebaskan daripada tahanan reman, hari ini.

Majistret Nurshahirah Abd Salim membenarkan dua suspek dibebaskan dengan bon mahkamah sebanyak RM2,000 manakala dua lagi dibebaskan dengan jamin polis.

Kesemua mereka yang berusia antara 21 hingga 24 tahun sebelum ini telah direman selama empat hari bermula Jumaat, 7 Disember lepas mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

Pada prosiding itu, mereka diwakili peguam R. Sritheren.

Dalam kejadian itu, Muhammad Adib, 24 dipercayai dipukul sekumpulan perusuh ketika dalam operasi memadam kebakaran kenderaan di hadapan kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, dua minggu lalu menyebabkan beliau mengalami patah rusuk dan beberapa kecederaan dalaman lain.

Kini Rakyat Malaysia Boleh Menonton English Premier League Di London

Posted: 10 Dec 2018 03:26 AM PST


Sebut pasal UK, memang UK atau London ni dah jadi macam rumah ke-2 untuk orang Malaysia. Korang jalan keluar mesti jumpa orang Malaysia. Masuk toilet pun berjiran dengan toilet orang Malaysia. Haha. Tapi untuk yang bukan selalu berpeluang nak ke London ni, rugilah kalau alang-alang dah sampai tak merasa tengok English Premier League (EPL) kat sana secara langsung kat stadium.

Kalau dah biasa masuk Stadium Bukit Jalil pun, memang takkan sama perasaannya bila jejakkan kaki ke stadium diorang kat sekitar London ni. Malangnya, bila korang dah kat sana baru tahu yang bukan senang nak dapatkan tiket tengok match EPL ni sebab bukan orang sekitar sana je yang berbut-rebut, tapi seluruh dunia semua berebut nak rasai pengalaman tengok bola kat sana. Dah la susah nak dapat, mahal nak mati pulak tu. Huhu.

Bertuahnya kita rakyat Malaysia ni, kita antara negara yang bertuah sebab boleh beli tiket EPL ni secara online sahaja tak perlu nak susah payah. Jadi dari awal korang dah boleh beli siap-siap masa kat Malaysia untuk ikut jadual korang sepanjang di London nanti.


Website Box Office Events ni merupakan penjual rasmi tiket EPL di Malaysia. Pastikan korang bookmark website ni siap-siap dan hanya beli dari sini sahaja pada bila-bila masa sahaja nak ke London nanti.

Kalau nak dapatkan harga tiket yang jauh lebih murah, boleh call mereka di +603 4105 9001 / 0148101010 atau emel sahaja ke info@boxofficeevents.my. Untuk travel agency yang nak masukkan aktiviti menonton bola bila melancong di UK ni pun boleh hubungi mereka di nombor tadi tu bagi perkhidmatan untuk aturkan tiket EPL sepanjang kat sana.

Pengalaman tengok bola secara live kat London ni memang best gila! Fuh! Dalam stadium, setiap pemain ada lagu. Maksudnya penyokong akan chant/nyanyi sepanjang 90 minit. Hinggakan pengadil pun ada lagu. Padang cantik seperti 4D (bukan Magnum Toto). Football is second religion here.

Website: http://boxofficeevents.my


INFO PENTING:

1. Harga tiket epl tidak sama bagi semua perlawanan. Perlawanan2 besar seperti yang dipamerkan dalam website (Man U vs Man City/Chelsea vs Arsenal/Man U vs Liverpool dll). Derby Match ni memang mahal sedikit berbanding perlawanan2 biasa.

2. Tetapi box office event juga menawarkan tiket tiket yang lebih murah dan mampu milik. Korang yang ingin merasakan suasana stadium boleh memilih untuk menonton perlawan biasa (Man U vs Fulham/Chelsea vs Cardiff/Liverpool vs Crystal Palace/Arsenal vs Burnley dll).

3. Korang boleh request nak tengok game apa dan range bajet anda, box office event akan aturkan.
4. Korang juga boleh memilih (seat & view) – ini kerana box office event menyediakan season pass. Bukan tiket biasa ye.
5. Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi +603 4105 9001/ 0148101010 atau email info@boxofficeevents.my

Kerajaan Akan Pastikan Margin RON95 Tidak Meningkat Terlalu Tinggi

Posted: 10 Dec 2018 01:13 AM PST


Kerajaan akan memastikan harga petrol RON95 bagi pengguna yang tidak layak mendapat subsidi bersasar, tidak meningkat dengan margin terlalu besar walaupun harga bahan api itu diapungkan mengikut harga pasaran.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, peningkatan dengan margin terlalu besar akan memberi kesan langsung kepada Indeks Harga Pengguna (IHP), sekali gus menyebabkan inflasi meningkat.

"Katakanlah pada hari pertama pelaksanaan nanti, perbezaan harganya 30 sen. Itu kita tidak mahu berlaku.

"Walaupun harus berlaku kenaikan 30 sen, ia harus dilakukan secara berdikit-dikit dalam satu tempoh tertentu contohnya antara enam ke lapan bulan," katanya.

Kementerian turut mendapatkan panduan daripada Jabatan Statistik yang membuat simulasi impak kenaikan bahan api pada kadar tertentu terhadap kenaikan IHP dalam menetapkan harga bahan api.

Piya Kecewa Dengan Sikap Membisu Bekas Majikan

Posted: 09 Dec 2018 09:41 PM PST


Bekas ketua pasukan Kelantan, Mohd Badri Mohd Radzi mendakwa Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) masih belum melunaskan tunggakan gajinya ketika beraksi bersama pasukan itu musim ini.

Mohd Badhri atau Piya berkata, dia kecewa dengan sikap membisu bekas majikannya itu berhubung tunggakan gaji yang masih belum diterimanya walaupun hanya beraksi pada awal musim.

"Kali terakhir saya menerima bayaran pada April lalu selepas dipinggirkan daripada TRW," katanya.

"Sebagai pemain saya ingin menuntut hak itu kerana saya mempunyai komitmen kewangan yang tinggi yang perlu dibayar.

"Apa yang membuat saya kecewa KAFA hanya sekali memanggil untuk berbincang mengenai perkara itu, namun selepas itu tiada lagi usaha yang dilakukan untuk mencari jalan penyelesaian terbaik sehingga ke hari ini," katanya.

Sumber: Bernama

F&N Perkenal Produk Terbaru - Milk Stick dan Squeez Tube

Posted: 09 Dec 2018 09:24 PM PST


Syarikat pengeluar susu sejat dan minuman berkarbonat F&N yang terkenal ini melancarkan produk inovatif terbaru iaitu Milk Stick dan Squeez Tube sempena ulang tahun mereka ke-135.

Hadir dengan tiga perisa iaitu susu penuh, strawberi dan coklat yang kaya kalsium dan vitamin A, vitamin B1, vitamin D3 dan sumber protein. Rekaan kemas dan bungkusan rapi dicipta khas untuk pengguna menikmati produk ini dengan selesa dan mudah.

Boleh digunakan terus pada makanan, Milk Stick dan Squeez Tube memudahkan lagi peminat yang menggemari produk tenusu pada makanan mereka. Sebagai contoh, pada waffle, roti malah pisang goreng mengikut cita rasa perisa masing-masing.

Dengan inovasi F&N dalam mengeluarkan Milk Stick dan Squeez Tube ini, tidak perlulah kita ke Thailand semata-mata untuk membeli produk tenusu dalam tiub yang dijual di sana.

Sumber: Makan Lena

AirPods Generasi Kedua Bakal Dilancarkan Dengan Fungsi Pengecasan Tanpa Wayar

Posted: 09 Dec 2018 09:16 PM PST


Apple dikatakan bakal memperkenalkan generasi kedua AirPods dengan penawaran beberapa fungsi baru melibatkan sokongan wireless charger. Selain itu, Apple bakal turut memperkenalkan tempat mengecas AirPods tanpa wayar mereka.

Model terbaru ini dijangka bakal mula diumumkan kepada orang ramai seawal suku pertama tahun 2019. Ia mula diperkenal sebagai earphone wireless dengan rekabentuk yang pelik, Apple AirPods nampaknya berjaya mencuri hati orang ramai berikutan penawaran fungsinya yang memudahkan ramai.

Oh! Media: Oleh itu, siapa yang bercadang untuk membeli Apple AirPods ini, bolehlah tungggu dahulu pelancaran generasi kedua ini kerana ia dilihat lebih berbaloi.

TMJ Kecewa Terhadap Apa Yang Berlaku Pada Penjualan Tiket

Posted: 09 Dec 2018 09:11 PM PST


Tunku Ismail Sultan Ismail yang merupakan pengerusi Malaysia Football League (MFL) menunjukkan rasa kecewa terhadap permasalahan yang berlaku pada penjualan tiket perlawanan akhir Piala AFF kali ini.

Beliau berkata, perkara itu memerlukan penyelesaian dan antara cadangannya adalah mendengar sendiri solusi dan idea daripada penyokong selain dibantu Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

"Saya kecewa dengan apa yang berlaku berkenaan penjualan tiket final Piala AFF Suzuki. Saya berharap penyokong boleh memberikan idea mengenai solusi untuk isu penjualan tiket.

"Saya juga berharap FAM juga akan mencari jalan penyelesaian, perkara ini tidak boleh berterusan," katanya menerusi Twitter peribadinya, sebentar tadi.

Sementara itu, dalam Tweet berasingan, Tunku Ismail turut menyatakan kesediaannya untuk membantu arena bola sepak tanah air menyelesaikan perkara berhubung penjualan tiket di masa hadapan.

"Saya turut akan cuba sebaik mungkin untuk mecari jalan penyelesaian supaya isu ini tidak berulang pada masa akan datang. Ia kerana penyokong adalah nadi bola sepak," katanya.



+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Tiket Dengan Harga Promosi Buat Penyokong Harimau Malaya

Posted: 09 Dec 2018 09:34 PM PST


Berikutan dengan kehangatan Final AFF Suzuki di antara Malaysia dan Vietnam, AirAsia yang merupakan syarikat penerbangan tambang murah telah menawarkan tiket penerbangan dengan harga terendah buat semua penyokong Harimau Malaya yang akan berlangsung pada 15 Disember ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes berkata, tawaran itu dibuat bagi memastikan lebih ramai penyokong Malaysia dapat ke Hanoi untuk memberikan sokongan kepada pemain negara nanti.

"Malaysia memerlukan sokongan sebanyak mungkin. Semasa saya di Hanoi, saya melihat rakyatnya begitu menggila dan mereka telah menang.

"Kita (AirAsia) akan cuba aturkannya. Apa yang kita cuba lakukan adalah, penerbangan akan berlepas melalui Bangkok (jika tiada penambahan slot penerbangan dari Malaysia) dan kita akan cuba menggunakan kapal terbang yang lebih besar.

"Sekiranya kita mendapat slot dan hak dan kita akan cuba menambah bilangan kapal terbang juga," katanya.

Menurutnya lagi, pihaknya juga akan bekerja dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Ultras Malaya.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Perancis Iktiraf Al-Haq - Naikkan Kemarahan Israel

Posted: 09 Dec 2018 09:34 PM PST


Tindakan Perancis mengiktiraf B'Tselem dan Al-Haq ke atas kumpulan hak asasi manusia telah menaikkan kemarahan pegawai tertinggi Israel.

Anugerah berprestij Hadiah Hak Asasi Manusia Republik Perancis 2018 itu berlangsung di Kementerian Kehakiman di Paris, sebagai mengiktiraf dan menghargai usaha aktivis dalam mempromosikan hak asasi manusia.

Bagaimanapun, Menteri Kebudayaan Israel Miri Regev menyelar B'Tselem dan melabelkan kumpulan itu sebagai 'kuda trojan'.

Untuk pengetahuan, B'Tselem merupakan kumpulan hak asasi manusia dari Israel, manakala Al-Haq adalah kumpulan hak asasi bagi rakyat Palestin.

"Mereka (B'Teselem) harus berasa malu kerana menerima anugerah itu dengan Al-Haq.

"Amat jelas mereka menentang Israel dan IDF (Pasukan Pertahanan Israel).

"Organisasi ini mesti dinafikan dan kegiatan mereka dihentikan," katanya.

Timbalan Menteri Israel, Michael Oren pula menuduh Perancis mengiktiraf kumpulan yang mempromosikan perasaan anti-Semantik.

Sementara itu, Pengarah Al-Haq, Shawan Jabarin berkata penganugerahan itu sebagai penyuntik semangat untuk mereka terus berjuang demi keadilan dan masa depan lebih cerah di bumi Palestin.

Sumber: Middle East Monitor

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Wartawan Vietnam Tidak Pernah Lihat Semangat Kegilaan Penyokong Harimau Malaya

Posted: 09 Dec 2018 06:07 PM PST


Perlawanan Final pusingan pertama di antara Malaysia menentang Vietnam di Stadium Bukit Jalil telah mendapat sambutan yang sangat baik sehingga ia mendapat perhatian seorang wartawan Vietnam.

Tran Van Trung, wartawan akhbar Nghe An yang bertugas untuk membuat liputan aksi final itu ternyata kagum dengan situasi sebelum proses penjualan tiket di kaunter stadium dibuka pada jam 9 pagi.

Katanya, beliau tidak pernah menyaksikan semangat kegilaan penyokong Harimau Malaya mendapatkan tiket seperti penyokong di Vietnam.


"Saya tak pernah lihat suasana ini, orang ramai beratur sejak tengah malam, beberapa jam sebelum daripada kaunter dibuka. Ini lebih gila daripada penyokong Vietnam!

"Saya harap kesemua mereka yang beratur berjaya membeli tiket seterusnya dapat menyaksikan perlawanan yang hebat di Bukit Jalil." katanya.

Van Trung turut menjelaskan proses penjualan tiket di negaranya di mana penjualan secara fizikal hanya dibuat ketika saingan di peringkat kumpulan.

"Bagi aksi separuh akhir dan perlawanan akhir, semua tiket dijual secara online," katanya.

Malaysia mencatat keputusan agregat seri 2-2 menentang Thailand pada aksi separuh akhir namun mara ke final menerusi peraturan gol di tempat lawan.

Sumber: Foxsports

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.



Jerman Tidak Beri Peluang Malaysian Tigers Mengaum

Posted: 09 Dec 2018 05:32 PM PST


Pasukan hoki negara yang berada di Piala Dunia 2018 akhirnya terpaksa akur untuk pulang awal apabila tewas 3-5 keatas Jerman dalam perlawanan akhir Kumpulan D di Stadium Kalinga, Bhubaneswar, India, malam tadi.

Malaysian Tigers berada pada tangga tercorot kumpulan dan gagal untuk ke pusingan kedua. Jerman, yang sudah menempah slot suku akhir sebelum menentang Malaysia, bagaimanapun, tidak memberi peluang apabila membuka tirai jaringan seawal minit kedua permainan dengan Timm Herbruch menyempurnakan pukulan sudut penalti.

Malaysia mengakhiri saingan Piala Dunia dengan kekalahan memalukan 7-0 kepada Belanda sebelum berkongsi mata 1-1 dengan Pakistan.

Pada minit ke-14, Jerman menggandakan jaringan selepas Christopher Ruhr berjaya menewaskan penjaga gol veteran negara, S. Kumar, sebelum sekali lagi menemui sentuhannya pada minit ke-18, sekali gus meletakkan kedudukan selesa 3-0.

Pakar pukulan sudut negara, Muhammad Razie Rahim akhirnya memecahkan kebuntuan pada cubaan ketiga pada minit ke-26 dan dua minit kemudian Nabil Fiqri Mohd Noor menyempurnakan pukulan sama untuk kedudukan 2-3.

Jerman, yang sebelum ini mengalahkan Belanda 4-1 dan Pakistan 1-0, kemudian meledak gol keempat menerusi Marco Miltkau pada minit ke-39 sebelum Muhammad Razie sekali lagi merapatkan kedudukan kepada 3-4 menerusi gol kedua peribadi9nya pada minit ke-42.

Herbruch kemudian menunjukkan jalan keluar kepada Malaysia apabila mledak gol kelima Jerman pada minit ke-59.

Mengikut format kejohanan, juara setiap daripada empat kumpulan akan layak ke peringkat suku akhir manakala naib juara dan pasukan tempat ketiga akan bersaing pada pusingan kedua bagi memburu baki empat slot suku akhir.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Kebenaran Kisah Rasulullah SAW dan Yahudi Buta

Posted: 09 Dec 2018 04:45 PM PST


Soalan:
Apakah status kisah Nabi SAW dan Yahudi buta?

Jawapan :
Berdasarkan soalan di atas, terdapat beberapa kisah yang berlaku antara Rasulullah SAW dan seorang Yahudi buta. Antara kisah yang masyhur dan sering kita dengar di meja-meja penceramah adalah:

"Di pasar Madinah terdapat seorang Yahudi miskin dan buta. Lelaki ini sentiasa mengingatkan orang yang lalu hampir dengannya dengan berkata kepada mereka Muhammad adalah seorang pendusta dan penyihir. Di samping itu juga, dia sering mengejek dan menghina Nabi SAW. Disebabkan itu, Rasulullah SAW sering menziarahinya pada setiap pagi untuk memberi makan kepada lelaki tersebut tanpa Rasulullah SAW berkata sesuatu atau memberitahu siapa dirinya. Nabi SAW melazimi hal tersebut sehinggalah Baginda SAW wafat lalu tiada lagi yang memberi makan kepada lelaki tersebut. Pada suatu hari, Abu Bakar RA bertanya kepada Aisyah RA: Adakah terdapat sunnah daripada sunnah-sunnah yang dilakukan oleh Rasulullah SAW yang tidak aku lakukan? Aisyah RA menjawab: Sesungguhnya engkau telah mengikuti kesemua sunnahnya melainkan satu perkara. Lalu Aisyah RA menceritakan bahawa Rasulullah sentiasa memberi makan kepada seorang yahudi yang buta pada setiap pagi. Setelah itu, Abu Bakar RA terus mengambil makanan dan pergi ke rumah lelaki tersebut untuk memberinya makan tetapi yahudi tersebut menyedari bahawa orang yang memberinya makan ini bukanlah orang yang sama seperti sebelum ini. Yahudi itu bertanya kepada Abu Bakar siapakah yang memberinya makan sebelum ini, lalu Abu Bakar mengatakan bahawa beliau adalah Rasulullah SAW. Apabila mendengar sahaja penjelasan daripada Abu Bakar RA, yahudi itu menangis dan menyesal dengan perbuatannya yang sering menyakiti Nabi SAW dengan kata-katanya. Akhirnya, yahudi tersebut masuk Islam akibat daripada perbuatan Nabi SAW itu."

Setelah kami meneliti serta cuba untuk mencari sumber dan kesahihan kisah ini, kami tidak menjumpai asal atau sumber kisah ini. Untuk itu, kita tidak dibenarkan untuk menyebarkannya kepada orang lain kerana kisah ini tidak thabit daripada Nabi SAW.

Di sana terdapat sebuah kisah yang sahih di antara Rasulullah SAW dan seorang budak berbangsa Yahudi. Kisah ini diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari di dalam kitabnya Sahih al-Bukhari:

Daripada Anas bin Malik RA berkata:

كَانَ غُلاَمٌ يَهُودِيٌّ يَخْدُمُ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَمَرِضَ، فَأَتَاهُ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَعُودُهُ، فَقَعَدَ عِنْدَ رَأْسِهِ، فَقَالَ لَهُ: «أَسْلِمْ»، فَنَظَرَ إِلَى أَبِيهِ وَهُوَ عِنْدَهُ فَقَالَ لَهُ: أَطِعْ أَبَا القَاسِمِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَأَسْلَمَ، فَخَرَجَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ يَقُولُ: الحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَنْقَذَهُ مِنَ النَّارِ
Terdapat seorang budak Yahudi yang membantu Nabi SAW menderita sakit. Maka Nabi SAW datang kepadanya untuk menziarahinya. Lalu Baginda SAW duduk di bahagian kepalanya sambil bersabda: "Masuklah kamu ke dalam Islam." Budak tersebut melihat ayahnya yang berada di sisinya. Ayahnya berkata kepadanya: "Taatlah kamu kepada Abu al-Qasim (Rasulullah SAW)." Maka budak tersebut memeluk Islam. Setelah itu, Nabi SAW keluar (daripada rumahnya) sambil bersabda: "Segala puji bagi Allah yang telah membebaskannya dari api neraka". [Riwayat al-Bukhari (1356)]

Penutup

Kesimpulannya, terdapat banyak kisah-kisah berkaitan Rasulullah SAW yang sering diungkapkan di meja-meja penceramah. Namun begitu, kita perlulah mengenalpasti akan kesahihannya kerana menyandarkan sesuatu yang tidak sahih kepada Nabi SAW adalah termasuk di dalam pendustaan kepada Baginda SAW. Akhirnya, semoga Allah mengurniakan kita akhlak yang terpuji sebagaimana junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW yang sentiasa disenangi oleh bangsa dan agama lain. Amin.

Wallahua'lam.

+ Mufti Wilayah Persekutuan

Menamakan Anak Nama Selain Arab

Posted: 09 Dec 2018 04:38 PM PST


Soalan:
Apa hukum menamakan anak dengan nama orang 'Ajam (bukan Arab) seperti Richard, Bunga, Kuntum, Cheng Ho, Ramasamy?

Jawapan:
Dalam Islam, tatkala anak dilahirkan, maka hendaklah ibubapa menamakan anaknya dengan nama yang baik dan nama yang tidak dihambakan selain kepada Allah SWT. Begitu juga, nama yang tidak ada unsur takabbur, bongkak dan yang buruk.

Justeru menamakan dengan nama yang baik adalah digalakkan kerana ianya merupakan doa dan akan diseru pada Hari Kiamat kelak.

Daripada Abi al-Darda' R.A, Rasulullah SAW bersabda:

إِنَّكُمْ تُدْعَوْنَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِأَسْمَائِكُمْ وَأَسْمَاءِ آبَائِكُمْ فَأَحْسِنُوا أَسْمَاءَكُمْ
"Sesungguhnya kamu semua akan diseru pada hari kiamat kelak dengan nama kamu dan nama bapa-bapa kamu. Maka perelokkanlah nama kamu." [Riwayat Abu Daud (4948)]

Berdasarkan persoalan di atas, selama mana nama tidak diertikan dengan sebarang bentuk syirik atau seperti yang dinyatakan di atas, maka hukumnya adalah dibolehkan. Inilah pendapat kebanyakan fuqaha' sekalipun nama yang afdhal dengan dihambakan kepada Allah atau yang dipuji.

Daripada Ibn Umar R.Anhuma, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

إِنَّ أَحَبَّ أَسْمَائِكُمْ إِلَى اللَّهِ عَبْدُ اللَّهِ ، وَعَبْدُ الرَّحْمَنِ
"Sesungguhnya nama yang paling disukai oleh Allah ialah Abdullah dan Abdurrahman." [Riwayat Muslim (6/169), Abu Daud (2/307), Al-Tirmidzi (4/29), Al-Nasa'ie (2/119), Ibn Majah (2/404), al-Darimi (2/294), Ahmad (4774) dan Al-Hakim (4/274)]

Bagi melengkapkan jawapan ini, kami nukilkan pendapat Dr Yusuf al-Qaradhawi yang berkata:

"Ahli fiqh tidak melarang perihal apa yang saya ketahui sebagai menamakan anak dengan nama-nama bukan Arab selagi maknanya adalah baik dari segi bahasa. Ramai Muslim yang mengekalkan nama orang bukan Arab untuk kaum lelaki dan wanita selepas keislaman mereka walaupun mereka berada dalam kehidupan dan budaya orang Arab.

Nama-nama yang menyerupai nama sedemikian adalah Mariyyah al-Qibtiyyah, ibu kepada Ibrahim, putera kepada Nabi SAW yang dikenali sebagai nama al-Qibti al-Misri.

Ada juga para sahabat dan tabi'in yang nama mereka berasal daripada nama tumbuh-tumbuhan. Contohnya Talhah (pohon Talha), Salmah (pohon Salma), dan Handzalah (pohon yang buahnya begitu pahit).

Ataupun nama haiwan dan burung seperi asad (singa), fahd (harimau bintang), haitham (singa padang pasir), dan saqr (burung helang).

Ataupun nama ciptaan yang keras atau benda semula jadi seperti bahr (laut), jabal (bukit) dan sakhar (batu besar).

Ataupun nama yang berbentuk sifat yang diambil daripada makna asal. Contohnya 'Amir (yang panjang umur), Salim (yang sejahtera), Umar (yang mempunyai umur yang panjang), Said (yang bahagia), Fatimah (yang dipisahkan daripada susuan), Aisyah (yang hidup), Safiyyah (yang bersih), dan Maimunah (yang dipercayai).

Ataupun nama orang terdahulu yang antara mereka menjadi ikutan berdasarkan jejak hidup mereka daripada kalangan Nabi, orang-orang soleh dan solehah seperti Ibrahim, Ismail, Yusuf, Musa dan Maryam.

Berdasarkan rangkuman panduan-panduan ini, seorang Muslim dibenarkan menamakan anak lelaki ataupun anak perempuan, sama ada dengan nama Arab ataupun nama bukan Arab."

[Lihat Fatawa Mu'asirah, 2/404-405]

Walaupun begitu, kami cadangkan berilah nama yang baik dan tiada sebarang unsur syirik serta ada harapan dan doa untuk anak yang kita namakan itu. Kami juga sarankan agar nama-nama yang diberikan perlu terbeza daripada nama yang bukan Islam. Begitu juga dengan penggunaan bin atau binti amat patut dikekalkan. Ini sesuai dengan budaya yang telah kita fahami sejak sekian lama. Tujuannya supaya tidak menimbulkan sebarang persoalan dan pertanyaan adakah seseorang ini Islam atau tidak, tetapi dengan hanya disebut nama maka akan diketahui seseorang itu Islam atau sebaliknya.

Semoga Allah jadikan zuriat kita penuh dengan ketakwaan dan juga zuriat yang soleh dan solehah. Amin.

+ Mufti Wilayah Persekutuan

Niat Solat: Sebelum Atau Semasa Takbir

Posted: 09 Dec 2018 04:26 PM PST


Soalan:
Adakah niat solat dilakukan sebelum takbir, atau semasa takbir?

Jawapan:
Niat ditakrifkan sebagai:

قَصْدُ الشَيْءِ مُقْتَرِنًا بِفِعْلِهِ ، وَمَحَلُّهَا القَلْبُ
Memaksudkan melakukan sesuatu yang disertai dengan pekerjaan. Dan tempat niat adalah di dalam hati. (Lihat Fath al-Qarib, hlm. 75)

Berkenaan dengan persoalan di atas, kami nukilkan beberapa pendapat ulama' al-Syafi'e antaranya:

  • Kata Imam al-Nawawi: "Niat itu di dalam hati. Dan sunat (mandub) mengucapkannya sebelum takbir." (Lihat Minhaj al-Talibin, 1/343)
  • Kata Imam Ibn Hajar al-Haitami: "Sunat (mandub) mengucapkan apa yang diniatkan seketika sebelum takbir, agar lidah dapat menolong hati, juga kerana ada yang mewajibkannya, dan juga diqiyaskan kepada apa yang terjadi dalam mengerjakan haji." (Lihat Tuhfah al-Muhtaj, Juzuk 2)
  • Kata Imam al-Ramli: "Sunat mengucapkan yang diniatkan itu seketika sebelum takbir, supaya lidah dapat menolong hati, untuk menjauhkan was-was dan tidak terlalu jauh dari ulama' yang memfatwakan kewajibannya." (Lihat Nihayah al-Muhtaj, 1/340)
  • Kata Syeikh al-Islam Zakaria al-Ansari: "Mengucapkan niat itu seketika sebelum takbir, supaya bacaan dapat menolong hati." (Lihat Fath al-Wahab, Jilid 1)
  • Kata Syeikh Zainuddin al-Malibari: "Sunat mengucapkan yang diniatkan sebelum takbir, supaya bacaan dapat menolong hati, dan supaya tidak terlalu jauh dari fatwa mereka yang memfatwakan wajib." (Lihat Fath al-Mu'in, Bab Solat).

Berdasarkan kepada kenyataan di atas, jelas menunjukkan niat boleh didahulukan daripada takbir. Begitu juga, niat tempatnya di dalam hati tetapi melafazkan dengan lidah bagi menghadirkan hati adalah dibolehkan mengikut pendapat yang masyhur di kalangan ulama' Syafi'iyyah.

Semoga pencerahan ini memberi kefahaman yang baik kepada kita semua dalam melaksanakan ibadat seperti solat dengan sempurna. Amin.

+ Mufti Wilayah Persekutuan