Oh! Media |
- Israel Akan Serang Iran Jika Ancam Masa Depan Negara
- Ejen Ali The Movie Bakal Ditayangkan Di Pawagam Penghujung Tahun Hadapan
- Proton X70 Dijual Pada Harga Permulaan RM99,800
- Kanak-kanak Lelaki 4 Tahun Maut Terkena Serpihan Tembakan Tentera Israel
- Tersebar Kad Idenditi Presiden Rusia - Putin Bekas Perisik Polis Rahsia
- Penjualan Tiket Final Kedua Malaysia, Vietnam Di Hanoi Telah Ditutup
- Tun Mahathir Bangga Dengan Perkembangan Proton Bersama Geely
- Roh Orang Mati Syahid Berada Di Dalam Rongga Burung Hijau
- Pandangan Syarak Terhadap Sukan Ekstrim & Permainan Yang Merbahaya
- Hukum Lelaki Memakai Emas Putih
Israel Akan Serang Iran Jika Ancam Masa Depan Negara Posted: 13 Dec 2018 02:39 AM PST Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, berkata bahawa Israel bersedia menyerang Iran jika masa depan negara Yahudi itu terancam."Jika masa depan kami sebagai negara Yahudi terancam, itu adalah garisan merah bagi kami," kata Netanyahu dalam pertemuan dengan media asing. Beliau menjawab maksud garisan merah itu sama ada ia merujuk kepada menyerang Iran secara langsung atau ke atas sekutu Tehran di Syria dan Lubnan. "Kami akan lakukan apa yang perlu untuk melindungi Israel daripada rejim Iran yang secara terbuka menggesa negara Yahudi dimusnahkan," katanya sambil menyifatkan Tehran sebagai ancaman terbesar Israel. Katanya, Israel adalah satu-satunya negara yang tenteranya berdepan secara langsung dengan Iran apabila melakukan serangan di Syria.Iran menyokong tentera kerajaan pimpinan Presiden Bashar al-Assad.Israel mempunyai hubungan diplomatik dengan dua negara Arab iaitu Mesir dan Jordan. Sumber: BH + Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media. |
Ejen Ali The Movie Bakal Ditayangkan Di Pawagam Penghujung Tahun Hadapan Posted: 13 Dec 2018 02:40 AM PST Bagi peminat animasi Ejen Ali pastinya tidak sabar menantikan kemunculan Ejen Ali The Movie yang dikatakan akan berada di pawagam. Animasi Ejen Ali The Movie dikatakan bakal membawa karakter animasi itu ke layar perak pada penghujung tahun hadapan. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Wau Animation, Usamah Zaid, proses pembikinan filem animasi berkenaan sudah dimulakan sejak dua bulan lalu dan bakal menyelitkan karakter baharu dari zaman silam Ejen Ali. "Kami ingin membawa penonton untuk menyelami dunia Ejen Ali dengan lebih mendalam apabila memperkenalkan watak MATA (milik agensi pengintip), pelbagai peranti dan kenderaan lebih canggih dalam versi filem. "Malah, kami turut mewujudkan watak antagonis penuh misteri dari masa silam Ali dan perantis IRIS 2.0. Elemen mengujakan ini akan dilengkapkan dengan cerita penuh emosi," katanya. Usamah yang juga pengarah filem berkenaan berkata, perancangan membawa karakter animasi itu ke layar perak diperkukuhkan dengan pelan pemasaran komprehensif. + Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media. |
Proton X70 Dijual Pada Harga Permulaan RM99,800 Posted: 13 Dec 2018 01:15 AM PST Proton Holdings Bhd (PROTON) melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) pertamanya, Proton X70 yang ditawarkan pada harga bermula RM99,800. Model yang dinanti-nantikan oleh pasaran automotif tempatan selepas mula diperkatakan sejak tahun lalu itu ditawarkan dengan empat varian iaitu Standard 2WD yang dijual pada harga RM99,800; manakala Executive 2WD pula adalah RM109,800; Executive AWD dan Premium 2WD pula masing-masing ditawarkan pada harga bermula RM115,800 dan RM123,800 seunit. "Untuk menghasilkan Proton X70, PROTON dan Geely perlu bekerjasama dalam pelbagai peringkat termasuk daripada penyelarasan kerja antara kakitangan di China dan Malaysia hinggalah kerjasama antara pembekal tempatan dan antarabangsa," katanya kepada media selepas majlis pelancaran Proton X70 di sini, hari ini. Proton X70 dilancarkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. + Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media. |
Kanak-kanak Lelaki 4 Tahun Maut Terkena Serpihan Tembakan Tentera Israel Posted: 13 Dec 2018 01:16 AM PST Ratusan penduduk Gaza menghadiri pengebumian seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun yang maut terkena serpihan besi tembakan tentera Israel di pagar sempadan, minggu lalu. Jurucakap kementerian kesihatan Gaza, Ashraf Al-Qidra berkata, dalam pertempuran 7 Disember lalu, Ahmed Abu Abed cedera terkena serpihan logam tembakan Israel lalu dibawa anggota perubatan ke hospital lapangan tidak jauh dari sempadan. "Ada satu serpihan peluru dalam mata mangsa di bahagian bawah otak, ia kecederaan serius yang menjadi punca kematian," kata pengarah jabatan kecemasan hospital Khan Younis, Mohammad Abu Hilal. Sumber: Sinar + Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media. |
Tersebar Kad Idenditi Presiden Rusia - Putin Bekas Perisik Polis Rahsia Posted: 12 Dec 2018 08:41 PM PST Kad identiti digunakan Presiden Rusia, Vladimir Putin ketika beliau menjadi perisik Soviet di bekas Jerman Timur telah ditemui dalam arkib polis rahsia Stasi atau agen Kementerian Keselamatan Negara Jerman Timur (MfS) di Dresden. Difahamkan, penemuan kad identiti Stasi tersebut dibuat ketika penyelidikan terhadap kerjasama rapat antara perkhidmatan risikan KGB dan Stasi. Agensi Rekod Stasi (BStU) dalam satu kenyataan berkata, Putin, 66, menerima kad pengenalan tersebut bagi membolehkan beliau menjalankan tugas KGB dengan kerjasama Stasi yang melakukan pengawasan terhadap orang awam. "Kajian terkini tidak menunjukkan Putin bekerja untuk MfS," jelas BStU. Pada 2017, Putin dengan bangga mendedahkan beliau pernah menjadi agen KGB di Dresden pada 1980-an. Selepas kembali ke Rusia, pemimpin terbabit menjadi ketua Perkhidmatan Keselamatan Persekutuan (FSB), pengganti utama KGB sebelum beliau dilantik presiden pada tahun 2000. |
Penjualan Tiket Final Kedua Malaysia, Vietnam Di Hanoi Telah Ditutup Posted: 12 Dec 2018 07:53 PM PST Penjualan tiket bagi perlawanan pusingan kedua Final Piala AFF Suzuki antara Malaysia menentang Vietnam telah ditutup pada tengah malam tadi. Ia dinyatakan oleh FAM melalui laman Facebook bahawa sebarang pembelian yang dibuat selepas tempoh berkenaan, tidak akan diproses dan disahkan. Badan induk turut berterima kasih kepada penyokong skuad Harimau Malaya yang sudah membeli tiket menerusi mereka untuk menyaksikan perlawanan berkenaan yang akan berlangsung di Stadium My Dinh, Hanoi pada Sabtu ini. "Sokongan anda sangat dinanti-nantikan bagi menyemarakkan lagi semangat para pemain Harimau Malaya dalam memburu kemenangan di Hanoi untuk menjulang trofi kejuaraan itu," jelas FAM. Persekutuan Bola Sepak Vietnam (VFF) sebelum ini memperuntukkan sebanyak 3,000 keping tiket kepada penyokong Malaysia untuk aksi kedua Piala AFF di Hanoi. + Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media. |
Tun Mahathir Bangga Dengan Perkembangan Proton Bersama Geely Posted: 12 Dec 2018 07:53 PM PST Berikutan dengan pelancaran model terbaru Proton SUV X70 semalam, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berharap kerjasama antara Proton Holdings Bhd (PROTON) dan Zheijang Geely Holding Group Co Ltd (Geely) bakal menghasilkan sebuah 'kereta Malaysia sejati' pada masa depan. Beliau berkata, sejak menjalin kerjasama dengan Geely, kemajuan PROTON jelas terserlah dan kenderaan pertama hasil daripada kerjasama itu, Proton X70 adalah antara buktinya. "Saya amat berbangga melihat perkembangan PROTON yang sangat hebat dalam tempoh lebih 35 tahun dan saya pasti pada masa depan, lebih banyak reka bentuk dan model kereta yang akan membuatkan Malaysia rasa bangga. "Mungkin selepas ini, reka bentuk kereta boleh dibuat di Malaysia, diikuti dengan ujian dan sebagainya, sebelum kita berjaya memiliki 100 peratus kereta buatan Malaysia yang dihasilkan di negara ini, dengan kerjasama Geely," katanya. Dr Mahathir turut menzahirkan keyakinan Proton X70 akan mendapat penerimaan positif oleh rakyat Malaysia, selain teruja dengan kemampuan kereta itu 'berkomunikasi' dengan pemandunya. + Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media. |
Roh Orang Mati Syahid Berada Di Dalam Rongga Burung Hijau Posted: 12 Dec 2018 05:01 PM PST Soalan: Benarkah dakwaan yang mengatakan roh orang yang mati berada di dalam rongga burung hijau? Jawapan : Berdasarkan soalan di atas, terdapat hadith sahih yang menceritakan hal tersebut. Akan tetapi yang dimaksudkan adalah roh-roh orang yang mati syahid bukannya roh-roh orang yang mati secara umumnya. قَالَ: سَأَلْنَا عَبْدَ اللهِ عَنْ هَذِهِ الْآيَةِ: {وَلَا تَحْسَبَنَّ الَّذِينَ قُتِلُوا فِي سَبِيلِ اللهِ أَمْوَاتًا بَلْ أَحْيَاءٌ عِنْدَ رَبِّهِمْ يُرْزَقُونَ} [آل عمران: 169] قَالَ: أَمَا إِنَّا قَدْ سَأَلْنَا عَنْ ذَلِكَ، فَقَالَ: أَرْوَاحُهُمْ فِي جَوْفِ طَيْرٍ خُضْرٍ، لَهَا قَنَادِيلُ مُعَلَّقَةٌ بِالْعَرْشِ، تَسْرَحُ مِنَ الْجَنَّةِ حَيْثُ شَاءَتْ، ثُمَّ تَأْوِي إِلَى تِلْكَ الْقَنَادِيلِ، فَاطَّلَعَ إِلَيْهِمْ رَبُّهُمُ اطِّلَاعَةً، فَقَالَ: هَلْ تَشْتَهُونَ شَيْئًا؟ قَالُوا: أَيَّ شَيْءٍ نَشْتَهِي وَنَحْنُ نَسْرَحُ مِنَ الْجَنَّةِ حَيْثُ شِئْنَا، فَفَعَلَ ذَلِكَ بِهِمْ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ، فَلَمَّا رَأَوْا أَنَّهُمْ لَنْ يُتْرَكُوا مِنْ أَنْ يُسْأَلُوا، قَالُوا: يَا رَبِّ، نُرِيدُ أَنْ تَرُدَّ أَرْوَاحَنَا فِي أَجْسَادِنَا حَتَّى نُقْتَلَ فِي سَبِيلِكَ مَرَّةً أُخْرَى، فَلَمَّا رَأَى أَنْ لَيْسَ لَهُمْ حَاجَةٌ تُرِكُوا Kami bertanya kepada Abdullah tentang ayat ini: "Dan jangan sekali-kali kamu menyangka bahawa orang-orang yang terbunuh (gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki". [Ali Imran:169] Dia menjawab: Adapun kami telah bertanya tentang hal ini (kepada Nabi SAW), lalu Baginda SAW menjawab: "Sesungguhnya roh-roh para syuhada' itu ada di dalam rongga burung hijau. Baginya ada pelita-pelita yang tergantung di 'Arsy. Mereka bebas keluar dari syurga sebagaimana yang mereka mahu, kemudian mereka (roh-roh orang yang syahid) menuju ke arah pelita-pelita itu". Kemudian Rabb melihat kepada mereka dengan jelas, lalu Dia bertanya: "Apakah kalian inginkan sesuatu?" Mereka menjawab: "Apalagi yang kami inginkan sedangkan kami bebas keluar dari syurga dengan semahu-mahu kami?" Rabb mereka mengizinkan hal itu berlaku kepada mereka sebanyak tiga kali. Tatkala mereka melihat bahawasanya mereka tidak ditinggalkan daripada meminta sesuatu. Mereka berkata, "Wahai Rabb kami! kami ingin Engkau pulangkan semula roh-roh kami ke dalam jasad-jasad kami sehingga kami dibunuh di jalan-Mu sekali lagi. Maka tatkala Dia melihat bahawasanya mereka tidak mempunyai keinginan lagi, maka mereka ditinggalkan". [Riwayat Muslim (1887)] Maksud Hadith Persoalan berkaitan tempat roh orang mukmin berada telah menjadi perselisihan dalam kalangan para ulama'. Antara yang diperkatakan oleh Imam Ibn al-Qayyim bahawa roh-roh ini berbeza tempatnya di akhirat, antaranya:
Selain itu juga, Syeikh Badr al-Din al-'Aini mengatakan bahawa ulama' telah berselisih pendapat pada hal roh orang yang syahid. Telah berkata Ibn Batthal bahawa roh orang yang syahid ini diberi rezeki oleh Allah SWT berdasarkan beberapa hadith, antaranya: [Lihat: Umdah al-Qari, 112/14] Daripada Ka'ab bin Malik RA, bahawa Nabi SAW bersabda: إِنَّمَا نَسَمَةُ الْمُؤْمِنِ طَائِرٌ فِي شَجَرِ الْجَنَّةِ حَتَّى يَبْعَثَهُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ إِلَى جَسَدِهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ "Sesungguhnya roh orang mukmin berterbangan di pohon Syurga sehingga Allah membangkitkannya ke dalam jasadnya pada hari Kiamat". [Riwayat al-Nasa'ie (2073)] Di dalam Riwayat Ahmad pula dan di dalam hadith ini terdapat tiga imam besar mazhab iaitu Imam Ahmad mendengar hadith ini daripada Imam al-Syafie dan Imam al-Syafie mendengar hadith ini daripada Imam Malik. Daripada Ka'ab bin Malik RA, bahawa Nabi SAW bersabda: إِنَّمَا نَسَمَةُ الْمُؤْمِنِ طَائِرٌ يَعْلُقُ فِي شَجَرِ الْجَنَّةِ حَتَّى يُرْجِعَهُ اللهُ تَبَارَكَ وَتَعَالَى إِلَى جَسَدِهِ يَوْمَ يَبْعَثُهُ "Sesungguhnya roh orang mukmin tergantung di pohon Syurga sehingga Allah kembalikannya ke jasadnya pada hari ia dibangkitkan". [Riwayat Ahmad (15778), Syeikh Syuaib al-Arna'outh mengatakan sanadnya sahih dan perawi selepas daripada Imam al-Syafie menepati syarat Syaikhain (al-Bukhari dan Muslim)] Walaubagaimanapun, hal ini termasuk di dalam perkara-perkara ghaib dan ia sepatutnya dilihat berpandukan kepada al-Quran dan al-Sunnah bagi mendapat pemahaman yang jelas lagi tuntas berkaitan isu ini. Penutup Akhirnya, semoga dengan perkongsian yang ringkas ini dapat memberi kita sedikit manfaat serta kefahaman dan ilmu agar kita dapat amalkan serta sampaikan kepada orang lain. Sebagaimana kata-kata hukama': فَاقِدُ الشَّيْءِ لَايُعْطِيْهِ "Orang yang hilang sesuatu (tidak mempunyai apa-apa), tidak dapat memberi apa-apa (daripada apa yang dimilikinya)". Wallahua'lam. + Mufti Wilayah Persekutuan |
Pandangan Syarak Terhadap Sukan Ekstrim & Permainan Yang Merbahaya Posted: 12 Dec 2018 04:51 PM PST Soalan: Apakah hukum bermain permainan yang merbahaya seperti roller-coaster? Ataupun menyertai sukan-sukan ekstrim seperti bungee-jumping dan paragliding? Jawapan: Islam merupakan satu agama yang amat mementingkan pemeliharaan nyawa dan keselamatan manusia. Firman Allah SWT: وَلَا تُلْقُوا بِأَيْدِيكُمْ إِلَى التَّهْلُكَةِ "...Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan." [Surah Al-Baqarah (195)] Nabi SAW juga telah bersabda: لاَ ضَرَرَ وَلاَ ضِرَارَ Tidak boleh seseorang itu memberi kemudaratan atau membalas kemudaratan dengan kemudaratan. [Sunan Ibn Majah (2332) dan Al-Muwatta' (1234)] Definisi sukan ekstrim, seperti yang ditakrifkan oleh Cambridge Dictionary, merupakan sukan yang merbahaya dan pada masa yang sama menyeronokkan. Para ulama telah membahaskan isu keterlibatan dalam sukan dan permainan yang merbahaya ini. Menurut Ibn 'Abidin, salah seorang ulama besar mazhab Hanafi: وكذا يحل كل لعب خطر لحاذق تغلب سلامته ، كرمي لرام ، وصيد لحية ، ويحل التفرج عليهم حينئذ "Dan demikian juga dibenarkan setiap permainan yang merbahaya bagi pemain mahir yang terjamin keselamatannya seperti pemanah/penembak atau pemburu ular, dan diharuskan juga menyaksikan mereka ketika itu." [Rujuk Al-Dur al-Mukhtar 6/404] Namun para ulama juga telah meletakkan beberapa syarat yang perlu dipatuhi bagi mereka yang ingin terlibat dengan sukan-sukan yang merbahaya. Antaranya ialah:
Nabi SAW juga pernah bersabda: مَنْ بَاتَ عَلَى إِنْجَارٍ فَوَقَعَ مِنْهُ فَمَاتَ، بَرِئَتْ مِنْهُ الذِّمَّةُ، وَمَنْ رَكِبَ الْبَحْرَ حِينَ يَرْتَجُّ، يَعْنِي: يَغْتَلِمُ، فَهَلَكَ بَرِئَتْ مِنْهُ الذِّمَّةُ Jika seseorang tidur di atas bumbung yang tiada batu penghadang, kemudian jatuh dan mati, maka tiada seorangpun yang bertanggungjawab ke atasnya. Jika seseorang berlayar di lautan dalam keadaan bergelora dan kapalnya musnah, tiada seorangpun yang bertanggungjawab ke atasnya. [Al-Adab al-Mufrad (1194) dan Sunan Abi Daud (5041)] Imam Ibn Batthaal sewaktu mensyarahkan hadith ini menyatakan bahawa hadith ini membawa maksud orang tersebut tidak lagi berhak ke atas perlindungan Syarak, kerana dia sendiri yang menyebabkan kecelakaan tersebut ke atas dirinya sendiri. Dia tidak melindungi dirinya sendiri, maka dia tidak dilindungi oleh Syari'ah. [Rujuk Sharh al-Bukhari, 5/89] Imam Al-Hafiz Ibn Hajar pula menyatakan bahawa dalam mengembara di lautan, jika keadaan keselamatan mengizinkan, maka hukum di laut mahupun di darat adalah sama. [Rujuk Fath al-Baari Syarh Sahih al-Bukhari 6/88] Menurut Dr. Muzammil H. Siddiqi, Presiden bagi Fiqh Council of North America, beliau menyatakan bahawa apa jua sukan yang dianggap sebagai merbahayakan nyawa perlu dijauhi. Tapi jika sukan itu dianggap sebagai sukan lasak, dan ada langkah-langkah keselamatan yang diambil untuk melindungi nyawa pemainnya, maka ia dibolehkan. [Rujuk: https://archive.islamonline.net/?p=1242] Namun terdapat juga ulama yang mengharamkannya, seperti Syeikh Ibn 'Uthaimin berdasarkan beberapa dalil, antaranya ialah firman Allah SWT: وَلَا تَقْتُلُوا أَنفُسَكُمْ ۚ "...Dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri." [Surah al-Nisaa' (29)] Maka apa sahaja yang membawa kepada kematian atau kemudaratan, maka ia adalah haram. Sepertimana kita dilarang memberi kemudaratan ke atas orang lain, kita juga dilarang memberi kemudaratan ke atas diri kita sendiri. [Rujuk Fatawa Nur 'ala al-Darb, 13/252] Kesimpulan Tuntasnya, terdapat dua pandangan berbeza dalam isu ini, iaitu yang mengharuskan dan yang mengharamkan. Pandangan yang mengharamkan lebih bersifat berhati-hati dan menekankan dasar sadd al-zara'ie, iaitu menutup pintu-pintu kemudaratan, manakala pandangan yang mengharuskan pula lebih melihat kepada hukum asal keharusan hiburan, sukan dan permainan, selagimana aspek penjagaan keselamatan dititikberatkan. Kami lebih cenderung kepada pandangan pertama, bahawa hukum terlibat dalam permainan dan sukan yang merbahaya adalah harus sekiranya segala langkah-langkah keselamatan telahpun diambil, dan mereka yang terlibat juga merupakan kalangan yang terlatih dan mempunyai kemahiran yang cukup, serta secara ghalib al-zhannya peserta yang terlibat akan terselamat. Wallahu a'lam. + Mufti Wilayah Persekutuan |
Hukum Lelaki Memakai Emas Putih Posted: 12 Dec 2018 04:42 PM PST Soalan: Apakah hukum seorang lelaki memakai cincin emas putih? Adakah hukumnya sama dengan emas kuning yang biasa? Jawapan: Memakai cincin emas bagi lelaki bahkan pengharamannya jelas melalui hadis Nabi SAW. Daripada Abu Hurairah RA: أنَّهُ نَهَى عَنْ خَاتَمِ الذَّهَبِ Sesungguhnya Nabi SAW melarang (lelaki) dari memakai cincin emas. [Riwayat Muslim (2089)] Berkenaan dengan hukum lelaki memakai emas putih, maka ada sedikit perincian yang perlu dilakukan.
Maka hukum lelaki memakai emas putih ini yang disaluti dengan platinum, atau dicampur dengan bahan seperti zink, perak dan tembaga, maka hukumnya adalah haram. Adapun jika yang dimaksud emas putih adalah platinum, maka tidak mengapa bagi lelaki untuk memakainya kerana ia tidak mempunyai unsur emas. Hal ini berdasarkan kaedah: إذا اجتَمَع الحلالُ والحرامُ غُلِّبَ الحرام Apabila berkumpul perkara halal dan haram maka perkara haram akan lebih menguasai. [Rujuk Al-Asybah wa al-Nazair oleh al-Imam al-Suyuti Rahimahullah hal. 105] Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-52 yang bersidang pada 1 Julai 2002 juga telah membincangkan Hukum Lelaki Memakai Emas Putih, dan Muzakarah telah memutuskan bahawa haram memakai emas putih ke atas golongan lelaki. Begitu juga ahli Fatwa Lajnah al-Da'imah Arab Saudi juga telah memfatwakan pengharaman cincin emas putih ke atas lelaki. [Rujuk Fatwa Al-Lajnah al-Da'imah, nombor fatwa 21867, 24/67] Wallahu a'lam. + Mufti Wilayah Persekutuan [1] https://www.wikiwand.com/en/Colored_gold#/White_gold [2] Emsley, John (2003) Nature's building blocks: an A-Z guide to the elements, Oxford University Press, hal. 168 |
You are subscribed to email updates from Oh! Media. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |