Thursday, December 6, 2018

Oh! Media

Oh! Media


Tournament FIFA 19 'Oh Media Gaming' Terima Sambutan Luar Biasa

Posted: 05 Dec 2018 04:57 AM PST


Tuesday Night Tournament (TNT) anjuran Oh Media Gaming (OMG) telah berlangsung secara gilang-gemilang pada hari Selasa lalu. TNT merupakan satu acara mingguan yang diadakan di OMG pada setiap hari Selasa bermula jam 8:30 malam.






Buat masa ini, game yang dipertandingkan untuk acara TNT ini adalah FIFA19. Lebih banyak game akan dipertandingkan pada masa akan datang. Acara mingguan ini boleh disertai secara percuma sahaja dan para peserta akan merebut hadiah menarik yang ditawarkan (buat masa ini gift card RM100 untuk digunakan di OMG untuk bermain PS4, makanan, dan minuman).


Menurut Oh! Media, pertandingan yang diadakan pada setiap hari Selasa ini bertujuan untuk mencari bakat-bakat hebat dalam dunia eSport dan membawa bakat anak muda ini untuk pergi lebih jauh lagi ke peringkat antarabangsa.

TNT di Oh Media Gaming mengumpulkan bakat-bakat muda untuk beraksi dalam beberapa kumpulan sebelum mereka dipecahkan melalui perlawanan kalah mati bagi mencari juara antara juara.

Klik gambar untuk senarai penuh.
TNT buat pertama kali ini menyaksikan Daniel Ilham Bin Safuddin dinobatkan sebagai juara TNT OMG untuk kali ini selepas beraksi dalam 4 pusingan menewaskan lawannya dengan jaringan 5 - 1, 4-1, dan  4-1 di peringkat separuh akhir.


Final menyaksikan Daniel Ilham bertemu seorang lagi pemain hebat, Tuan Abdul Manaf yang menyaksikan kemenangan akhirnya berpihak kepada Daniel Ilham dengan jaringan 3 berbalas 2.|


Dengan kemenangan tersebut, nama Daniel Ilham direkodkan untuk bertemu juara-juara TNT pada masa akan datang dalam satu tournament yang lebih besar dan berprestij anjuran Oh Media Gaming.



Oh! Media menjemput sesiapa sahaja yang meminati E-Sport dan permainan FIFA 19 untuk menyertai acara yang di adakan pada setiap hari Selasa ini. Penyertaan adalah percuma sahaja dan anda boleh sertai dengan datang sendiri mendaftarkan diri anda di Oh Media Gaming.

Oh Media Gaming merupakan produk terkini dari Oh Media Sdn Bhd dan telah membuka branch pertama mereka di Seremban 2, Negeri Sembilan bermula 1 Oktober 2018 yang lalu dan beroperasi setiap hari dari jam 12 Tengahari hingga 12 Malam dan hanya ditutup pada hari Isnin untuk proses pembersihan menyeluruh untuk memastikan lokasi eSport ini terus memberikan budaya sihat dalam arena E-Sport di Malaysia.






Gambar kredit: Kushairi (Snap Art Photography)



OH MEDIA GAMING
46-1 Jalan S2 B16, Pusat Dagangan Seremban 2,
70300 Seremban,
Negeri Sembilan
 (Waze: Oh Media Gaming)
Facebook: Oh Media Gaming - OMG
Instagram: @ohmediagaming
Twitter: @ohmediagaming
Challonge: Oh Media Gaming

Banyak Gila Yang Best Sempena Christmas Party 2018 Di Parkson Elite Pavilion

Posted: 05 Dec 2018 03:03 AM PST


Sempena sambutan Krismas yang berlangsung tak lama lagi, Parkson Elite Pavilion akan meraikan Christmas Party 2018 khas untuk semua pemegang Kad Parkson pada 6 Disember 2018 sahaja. So kalau korang takde lagi Kad Parkson, jangan lupa apply cepat kat Parkson.

Banyak yang menarik untuk korang enjoy sempena Parkson Elite Christmas Party 2018 ni nanti. Tunjuk baucer kat bawah ni pun korang dah dapat baucer RM50 dari Parkson untuk shopping pada hari tersebut.


Kat bawah ni antara apa yang Parkson tawarkan pada 6 Disember 2018 nanti.

1. Baucer diskaun RM50 di Beauty Hall, tingkat 3 Parkson Elite Pavilion dari jam 7 petang hingga 9:30 malam untuk pembelian RM400 dan ke atas dalam 1 resit. Kalau korang bukan ahli Kad Parkson, korang tetap akan dapat baucer RM50 ni.

2. Kalau korang ada Kad Parkson, korang berpeluang untuk main Gigantic Gum Ball Machine dan 1 Tassel USB dengan pembelian RM400 dan ke atas dalam 1 resit pada hari event ni nanti dan dapat satu peluang untuk menyertai cabutan bertuah.

3. Bagi pembelian RM800 ke atas dalam 2 resit dengan Kad Parkson pula, korang akan dapat percuma 1 Magic Pouch & 2 kali peluang untuk menyertai cabutan bertuah.

4. Untuk pembelian RM600 dalam 1 resit dengan Kad Parkson, korang akan dapat baucer diskaun Parkson bernilai RM20 dan kalau korang memang kaki shopping sampai RM1,000 dalam 1 resit dengan Kad Parkson, korang akan dapat baucer diskaun Parkson bernilai RM50.

5. Ada 20 produk kosmetik dan hamper wangian bernilai RM20,000 yang boleh korang sertai dengan belanja minimum sebanyak RM400 dalam satu resit.

6. Kalau dah shopping sampai RM1,000 dalam satu resit tu, korang berpeluang untuk bawa pulang 5 hadiah utama bernilai RM5,000. Selain dari shopping sakan dengan Kad Parkson, banyak lagi aktiviti lain yang ada antaranya persembahan dari kumpulan muzik, pelbagai makanan dan minuman untuk dinikmati percuma, Photobooth, Pop Corn, Ice Cream dan banyak lagi nanti.



Paling best, ada servis kaligrafi disediakan nanti untuk produk kosmetik yang korang beli. Boleh custom nama sendiri kat atas glass, cushion case, dan banyak material lain. Tapi ini hanya untuk pembelian bernilai RM600 dan ke atas sahaja dalam 1 resit ya. Terhad kepada 200 orang pelanggan pertama sahaja.

So jangan lupa guys ajak family & geng-geng korang untuk shopping kat sana nanti. Jumpa kat sana yer!

Nak tahu lebih lanjut, ada baiknya korang tengok sendiri kat website Parkson (www.parkson.com.my). Nak lagi senang, korang like Facebook dan follow Instagram Parkson ni kat www.facebook.com/parkson dan www.instagram.com/parksonmalaysia.

* Tertakluk kepada terma dan syarat.

Mengapa Redha Suami Adalah Syurga Bagi Isteri Yang Taat

Posted: 05 Dec 2018 12:25 AM PST


Terima kasih Admin kerana memberi ruang pada saya untuk menyampaikan pesanan dan nasihat yang sangat berguna buat kita sbgi kaum wanita/ isteri. Barangkali artikel ini tidak menjadi kegemaran kepada para wanita/isteri kerana tidak menetapi citarasa dan kehendak hati/nafsu mereka.

Terima kasih buat kaum wanitaku yang sudi membaca artikel ini utk menjadi wanita/isteri yang mentaati perintah Allah & Rasulullah.

Pasangan kita suami/isteri adalah Anugerah dan Amanah Allah kepada kita. Lubuk Pahala buat suami adalah isteri, manakala pahala buat isteri adalah suami. Acap kali kedengaran dan baca artikel mengenai tanggungjawab suami buat isteri & anak2. Tidak dinafikan memang banyak tanggungjawab suami kpd keluarga. Teguran dan nasihat yang sgt berguna utk lelaki dan suami supaya jadi lelaki yang Soleh …. amiin.

Namun begitu, wanita juga tidak terlepas dari Wajibnya mendengar nasihat dan teguran supaya sentiasa menyedari kelemahan dan kekurangan kita kpd keluarga kita khususnya pada Suami kita dan berusaha memperbaiki diri kita menjadi isteri yg Solehah dan Ibu yang baik.

Sungguh, kunci Syurga buat seorang isteri adalah dari Redha seorg Suami. Redha Allah pd isteri terletak bagaiman redha suaminya terhadap isterinya.

Saya sisipkan Hadis supaya menjadi pedoman, petunjuk dan pengajaran kpd kita sbgi isteri bahawa pentingnya redha suami sebelum kita mati, atau suami kita yang mati tpi dlm keadaan dia tidak redha dgn kita … Allahu

(1)
Sabda Rasulullah SAW:
"Wanita mana saja yang meninggal dunia, kemudian suaminya Redha terhadapnya, maka ia akan masuk ke Syurga". (HR Ibnu Majah, dan di hasankan oleh Imam Tirmidzi).

(2)
Sabda Rasulullah SAW:
Dalam hadits yang lain, dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah S.A.W bersabda, "Jika seorang wanita melaksanakan solat lima waktu, melaksanakan puasa di bulan Ramadan (dengan sempurna), menjaga kemaluannya/kehormatannya (yakni menutup aurat menepati Syara'), dan mentaati Suaminya, maka ia akan masuk syurga dari pintu mana saja ia kehendaki." (HR Ibnu Hibban dalam Sohihnya)

Jelaslah Allah & Rasulullah amat mengiktiraf Redha suami sbgi kunci seorg isteri kesyurga.

Saya mahu bawakan sebuah hadis buat kaum wanita/isteri mengenai betapa Tingginya Pengiktirafan Allah terhadap redha suami keatas isteri. suatu peristiwa yang dirakamkan dlm sebuah hadis riwayat Abn Majah, dan dihasankan oleh Imam Tirmidzi

(buat pembaca yg kurang arif apakah taraf Hadis Hasan, Ulama Sepakat bahawa Hadis Hasan sama seperti Hadis Sahih, digunakan dlm masalah Fiqh dan utk hujah)

(3)
'Pada Suatu hari, Saidatina Fatimah telah mengatakan sesuatu tanpa disengaja kpd Saidina Ali (suami kpd saidatina Fatimah) dan perkataan itu telah membuat Saidina Ali r.a berkecil hati dan terguris hatinya. Saidatina Fatimah menyedari bahawa ia telah berdosa pd suaminya, (kerana takut dilaknat oleh Allah sepanjang malam) maka saidatina Fatimah segera meminta maaf berulang-ulang kali kepada suaminya, Saidina Ali r.a.

Melihat wajah Saidina Ali tak juga berubah, maka Saidatina Fatimah berlari-lari kecil di sekitar Ali. Sebanyak 7 kali ia 'tawaf' sambil merayu-rayu mohon untuk dimaafkan (ada riwayat mengatakan sehingga 70 kali). Melihat tingkah isterinya saidatina Fatimah di hadapannya, Ali tak dapat menahan senyum. Kemudian ia tersenyum dan memaafkan kesalahan isterinya.

Berita itu sampai kepengetahuan Rasulullah S.A.W, lantas Rasulullah berkata pada puterinya (saidatina Fatimah).
"Wahai Fatimah, kalaulah dikala itu engkau mati sedangkan suamimu tidak memaafkanmu, niscaya aku tidak akan menyolatkan jenazahmu."

Para isteri boleh juga menonton Kuliah Ustazah Nurhafiza Musa (Taqwa seorg Isteri)

Bayangkan bagaimana pula jika ia dilakukan dengan perbuatan i.e berkata kasar pd suami, memperkecilkan suami, mengumpat keburukan suami dan lain-lain.

Jelas betapa tingginya Redha seorg suami terhadap isterinya.

Bagaimana kita mahu menggapai redha seorg suami sekiranya kita tidak menunaikan Hak2 suami kita?Adapun tanggungjawab lain seperti menyediakan makanan/memasak, membantu suami membersihkan rumah dan menjaga anak2 adalah Amanah suami kepada isteri ketika suami bekerja, anggaplah ia sebagai lubuk pahala buat kita sbgi isteri.

Saya teringat kata2 Ustaz Pahrol Juoi, Para suami perlu juga niatkan sedeqah utk isteri ketika bersedeqah kpd fakir miskin dan org2 yg memerlukan. Kerana dengan sedeqah itu sedikit sebanyak dapat menghapuskan dosa2 isteri yg terlepas pandang. Namun ia tidak menjadi lesen kpd kita sbgi isteri utk tidak memohon maaf dan redha dari suami sekiranya mahu masuk kesyurga. Kerana dosa terhadap manusia, tetap memerlukan maaf dari manusia juga.
Lihatlah betapa banyak dosa kita sehingga kita terlepas pandang… contohnya melewat-lewatkan panggilan suami, bermasam muka terhadap suami, memarahi suami, berlawan dengan suami

Sabda Rasulullah SAW:

"Sekiranya aku boleh menyuruh seseorang supaya sujud kepada orang lain tentu sekali aku akan menyuruh isteri sujud kepada suaminya." – hadis riwayat Abu Daud dan al-Hakim.

6 asbab mengapa Redha Suami penting buat isteri

1. Suamimu dibesarkan oleh ibu yang mencintainya seumur hidup. Namun ketika dewasa, dia memilih mencintaimu yang 'BAHKAN BELUM TENTU KAMU MENCINTAINYA SEUMUR HIDUPMU', bahkan seringkali rasa cintanya padamu lebih besar daripada rasa cintanya kepada ibunya sendiri.

2. Suamimu dibesarkan sebagai lelaki yang ditanggung nafkahnya oleh ayah-ibunya hingga dia dewasa. Namun sebelum dia mampu membalasnya, dia telah bertekad menanggung nafkahmu, perempuan asing yang baru saja dikenalinya dan hanya terikat dengan akad nikah tanpa ikatan rahim seperti ayah-ibunya. (sedangkan kamu wahai wanita berseronok dgnnya tidak diwajibkan menafkahi suamimu dan anak-anakmu)

3. Suamimu redha mencari nafkah menghabiskan waktunya untuk mencukupkan keperluan engkau dan anak-anakmu. Padahal dia tahu, di sisi Allah, engkau harus dihormati tiga kali lebih besar oleh anak-anakmu berbanding dirinya.Namun tidak pernah sekalipun dia merasa cemburu, disebabkan dia mencintaimu dan berharap engkau memang mendapatkan yang terbaik daripadanya di sisi Allah.
(Selalu terfikir juga, suami kita yang memberi nafkah makan setiap hari pagi siang dan malam, pakaian dan tempat tinggal kpd kita dan anak2 selama mana dia hidup, mengapa pula isteri/ibu yang mendapat 3 kali penghormatan melebihi suami)

4. Suamimu berusaha menutupi masalahnya dihadapanmu dan berusaha menyelesaikan sendiri. Sedang engkau terbiasa mengadukan masalahmu padanya dengan harapan suamimu mampu memberi solusi, padahal boleh saja pada ketika itu, dia sedang memiliki masalah yang lebih besar.Namun dia tetap mengutamakan masalahmu berbanding masalah yang dihadapinya sendiri. (yang ini ramai kita sbgi isteri tidak sedar)

5. Suamimu berusaha memahami bahasa diam mu, bahasa tangisanmu. Sedangkan engkau kadangkala hanya mampu memahami bahasa verbalnya saja. Itupun apabila dia mengulanginya berkali-kali.

6. Apabila engkau melakukan maksiat, sekiranya dia tidak menegurmu dia akan dipertanggungjawabkan oleh Allah di akhirat nanti.

Dipetik dari website Baitul Jannah

Sebahagian ulama meghuraikan
Suami yg tidak redha ketika dia(isteri) masih menjadi isteri kpd suaminya, walaupun apabila telah bercerai/mati sedangkan suami tidak memaafkannya, perempuan itu tidak mendapat keampunan dari Allah.

Ingatlah kaum wanitaku semua, walau siapa pun kita… walau apa juga jawatan yang kita pegang… walau apa juga gelaran atau bintang yang kita perolehi… selagi kita bernama ibu dan isteri, selagi itulah kita perlu hormat, taat dan cintakan suami sepenuh hati. Bukannya sekadar cinta di kala suami berharta tetapi cinta sepanjang masa… di waktu senang juga di masa susahnya. Ya, saya tahu tugas menyara keluarga terletak di bahu suami tetapi dah nama sebagai isteri dan rakan kongsi suami, kita wajar membantu suami di kala suami susah dan menghadapi masalah kewangan dan segala masalah lainnya.

Bila saya teliti kembali tanggunjawab sbgi seorg isteri utk mendapat redha suami antaranya ialah menyenangkan hati suami. Menyenangkan hati suami ni sangat besar skopnya. Boleh jadi rajin memasak utk suami, membantu suami mengemas rumah, menjaga anak2 dengan baik, berhias dan bersolek hanya utk suami, sentiasa bersyukur dengan pemberian suami dan banyak lagi. Ada yang sanggup sama2 bekerja diniatkan utk mempermudahkan urusan keluarga bersama, ini juga termasuk dlm menyenangkan hati suami.

Marilah kita sbgi kaum isteri/wanita berusaha memberi yg terbaik kpd pasangan kita/suami kita. Jangan lihat keburukan yg ada pada pasangan kita. Juuhkan dari sikap suka mengadu domba, menyebarkan perihal keluarga kita kpd org lain, terutama membuka aib suami kita. 1 keburukan yg kita lihat pd suami kita, ibarat kita membiarkan 10 kekurangan yang ada pada diri kita.

Wahai pembaca wanita/isteri
1. Apakah perkara yang akan kamu lakukan untuk menambat Redha suamimu?
2. Jika kamu dimatikan pada saat ini, sudahkah khilafmu terhadap suamimu diampunkan?
3. Jika kamu dimatikan pada saat ini, adakah suamimu telah meredhaimu?

Sekian, terima kasih
Assalamualaikmum

– Hamba Allah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit



Malaysia Future Leaders School Bakal Gantikan PLKN

Posted: 05 Dec 2018 11:04 AM PST


Akhirnya pihak Kementerian Belia dan Sukan membentangkan tentang program yang akan menggantukan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

Program yang diberi nama ' Sekolah Pemimpin Masa Hadapan' atau Malaysia Future Leaders School itu dilihat sedikit berbeza dari PLKN apabila ia akan menggunakan konsep "summer camp" yang bakal diadakan semasa cuti sekolah.

Ini dibentang sendiri oleh Timbalan Menteri Belia iaitu Steven Sim Chee keong yang mensasarkan seramai 60,000 belia berumur 15 hingga 17 tahun akan disaring dari jumlah sejuta belia sekarang.

"Ia model yang berbeza daripada program PLKN sebab kita nampak ada kekurangan pada PLKN, sebab itu kita buat program baharu," katanya di Dewan Rakyat, malam tadi.

Katanya, nisbah pelajar yang akan dipilih dicadangkan terdiri daripada 60 peratus pelajar yang mempunyai pencapaian akademik dan kokurikulum yang tinggi, manakala 40 peratus adalah pelajar yang perlukan perhatian, di kalangan belia-belia berisiko.

"Program berkenaan akan diadakan di pusat-pusat milikan kerajaan contohnya pusat PLKN terdahulu," katanya.

Sebahagian daripada tapak milikan swasta terutama di Sarawak akan diambil alih Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan menjadikannya sebagai Kem Rejimen Sempadan," katanya.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Nasir Bilal Khan Berserah - Biar Mereka Tanggung Dan Jawab Di Akhirat

Posted: 04 Dec 2018 09:10 PM PST


Sikap tolak ansur seorang pelakon popular yang telah hampir 30 tahun dalam industri seni, akhirnya terpaksa bersuara. Pelakon itu adalah, Nasir Bilal Khan yang mengakui tidak pernah meletakkan soal bayaran sebagai keutamaannya setiap kali menerima tawaran berlakon.

Saya percaya semua orang ada matlamat hidup, begitu juga dengan saya. Matlamat saya adalah untuk menyumbang kepada masyarakat menerusi kerja-kerja lakonan saya.

"Memang dari dulu pun saya tidak meletakkan soal bayaran sebagai keutamaan, sebaliknya lebih memikirkan kepada tanggungjawab kepada masyarakat," tegasnya.

Namun disebabkan sikap dan prinsip terrsebut, tidak dinafikan adak pihak yang sengaja mengambil kesempatan terhadap pelakon Munafik 2 ini dengan meletakkan bayaran terlalu rendah setaraf dengan pelakon tambahan.

"Jika ceritanya memang memberi sumbangan yang besar dan penting kepada masyarakat, Insya-ALLAH saya tetap akan sokong. Saya buat kerana ALLAH biarpun mereka memberikan bayaran yang sangat rendah dan ada kala tidak masuk akal.

"Saya sudah jalankan tanggungjawab saya. Soal mereka tidak jujur dengan rate bayaran, itu biarlah mereka tanggung dan jawab di akhirat nanti. Saya takkan mempersoalkan pada mereka kerana mereka sepatutnya lebih tahu," ujarnya.

"Pernah satu ketika, ada rakan pelakon seangkatan saya datang jumpa dan bercakap tentang perkara ini dengan saya. Katanya, kalau saya yang dah menang beberapa anugerah ini bersetuju berlakon dengan harga begitu rendah, dia yang tidak pernah menang apa-apa anugerah itu bagaimana pula?

"Masa itu saya sedar, tanpa sengaja saya mungkin telah menjejaskan 'market' rakan-rakan lain apabila mereka turut menerima tempias dari prinsip dan sikap tolak ansur saya. Benarlah, walaupun niat kita betul tapi kadang-kadang ia telah memberi masalah kepada orang lain apabila ada pihak tidak menjalankan amanah mereka dengan baik.

"Jadi saya membuat keputusan untuk membuat lebih pertimbangan kepada tawaran yang diberikan di bawah rate yang tidak sepatutnya untuk kebaikan semua pihak," ujarnya jujur.

Oh! Media: Jadi sebenarnya, inilah realiti yang terpaksa ditanggung oleh para pelakon apabila ada pihak cuba mengambil kesempatan terhadapat diri mereka. Harap perkara ini dapat diselesaikan dan diambil berat semua pihak.


 + Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Selalu Melayan Gajet - Terdedah Risiko Rabun Jauh

Posted: 04 Dec 2018 09:10 PM PST


Penggunaan gajet yang kini kian terdedah dikalangan semua individu dan termasuklah kanak-kanak menjadi sesuatu yang merisaukan apabila risiko rabun jauh dan rabun jauh teruk boleh berlaku.

Jika dahulu mereka yang rabun dikaitkan sebagai seorang yang pandai, tetapi sekarang tidak lagi. Ini berdasarkan kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), mendapati satu bagi setiap 10 kanak-kanak di negara ini mengalami gangguan kesihatan mata yang gagal didiagnosis lebih awal.

Ibu bapa dilihat perlu sensitif perkembangan kesihatan anak masing-masing dengan menjalani pemeriksaan segera jika berlaku sebarang perubahan kepada deria penglihatan mereka.

WHO melaporkan kira-kira 1.89 bilion atau 23 peratus penduduk dunia (4.95 bilion), menghidap rabun jauh (myopia) dan rabun jauh teruk (high myopia) menjelang 2050. Kesannya buruk menyebabkan pesakit terdedah kepada risiko hilang penglihatan jika tidak dirawat segera.

Kebanyakan rakyat negara ini, mengunjungi kedai optik dengan bertemu optometris sekadar membeli cermin mata atau kanta lekap selepas menjalani pemeriksaan.

Pemeriksaan mata yang kerap dan tepat diperlukan bagi memastikan preskripsi semasa dilakukan dengan betul. Amat penting bagi pengguna berunding dengan optometris dan disahkan AMO.

Orang ramai sering dilambakkan dengan maklumat mengenai kesihatan mata dan produk kanta lekap secara dalam talian dengan pelbagai tawaran menarik. Dengan alasan ingin kelihatan cantik, pengguna membelinya tanpa merujuk optometris walhal kanta lekap memiliki kuasa, malah bukan untuk tujuan kecantikan.

Malangnya, ada pengguna tidak mengetahui cara penyimpan dan membersihnya dengan betul, ini juga berisiko. Kita harus ingat, kanta lekap ini seperti kasut, jika saiznya tidak sesuai boleh memudaratkan pemakai," katanya.

Jadi dengan adanya Akta Peranti Perubatan 2012, yang diluluskan tahun lalu, dijangka dapat mengawal selia penjualan kanta lekap yang berleluasa di pasar malam, dalam talian atau mereka yang tidak bertauliah.

Sumber: Sinar Harian

Visit Malaysia 2020 - Malaysia Airlines Disaran Untuk Mempromosikannya

Posted: 04 Dec 2018 08:57 PM PST


Syarikat penerbangan Malaysia Airlines disarankan untuk meletakkan logo 'Visit Malaysia 2020' pada setiap pesawatnya sebagai promosi untuk menarik kedatangan pelancong ke negara ini.

Perkara ini dilihat perlu bagi mencapai sasaran 30 juta pelancong ke negara ini pada 2020.

Datuk Mohamaddin Ketapi, Menteri Pelancongan berkata, "Saya telah beritahu kepada ketua pegawai eksekutif syarikat penerbangan itu untuk membawa serta memasarkan Malaysia di luar negara. Tolonglah lekat logo 'Visit Malaysia 2020' pada semua badan kapal terbang," katanya.


Mohamaddin berkata saranan itu juga turut dikemukakan kepada syarikat penerbangan luar negara bagi mempromosikan sektor pelancongan Malaysia di peringkat antarabangsa.

"Selain itu saya juga berunding dengan IndiGo Airlines dari India berikutan ramai pelancong dari negara itu berkunjung ke negara kita. Saya sarankan kepada mereka (syarikat penerbangan IndiGo Airlines) yang ingin membawa pelancong masuk ke negara ini agar melekatkan logo 'Visit Malaysia 2020' pada badan kapal terbang masing-masing," katanya lagi.



Penjaga Gol Thailand Harap Harimau Tidur Lena Malam Tadi

Posted: 04 Dec 2018 06:29 PM PST


Aksi separuh akhir kedua diantara Malaydia menentang Thailand akan berlangsung hari ini di Stadium Nasional Rajamangala.

Oleh itu, semalam juga, penjaga gol Thailand iaitu Chatchai Budprom ada menasihatkan kepada pemain Harimau Malaya supaya tidur lena malam tadi. 

Ini kerana dia yakin anak buah Tan Cheng Hoe bakal mengalami mimpi ngeri pada pertemuan separuh akhir kedua Piala AFF di Stadium Nasional Rajamangala malam esok.

"Pada perlawanan pertama, mereka memberi tekanan kepada kami tapi kali ini pasti berbeza. Kali ini kami akan beraksi di gelanggang sendiri.

"Ini adalah gelanggang Gajah Perang dan saya harap mereka tidur lena malam ini kerana esok bakal menjadi mimpi buruk buat mereka," kata Chatchai dalam sidang media praperlawanan hari ini.


Pemain berusia 31 tahun itu jelas cukup geram dengan pemain Malaysia yang memperlekehkan mereka selaku juara bertahan ketika seri 0-0 dalam pertemuan pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu lalu.

Beraksi di depan lebih 80,000 penyokong Malaysia, skuad Gajah Perang itu tenggelam dengan asakan pasukan tuan rumah namun bernasib baik kerana gawang mereka tidak dibolosi.

"Saya tidak mahu menipu, sudah pasti kami juga tertekan tapi kami akan berikan aksi terbaik. Kami mahu penyokong Thailand datang memberikan sokongan kepada kami," kata penjaga gol Pathum United itu.

 + Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Muazzin Berleher Panjang Di Akhirat

Posted: 04 Dec 2018 04:38 PM PST


Soalan:
Apakah benar hadith yang mengatakan bahawa Muazzin (tukang azan) akan berleher panjang di akhirat?

Jawapan:
Berdasarkan persoalan di atas, kami melihat tugas melaungkan azan merupakan satu pekerjaan yang terpuji, bahkan ia lebih mulia daripada imam. Selain itu, azan merupakan salah satu daripada syiar Islam dan seruannya adalah berbentuk ibadah.

Bagi menjawab persoalan di atas, hadith tersebut terdapat di dalam Sahih Muslim:

Daripada Muawiyah RA, bahawa aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

الْمُؤَذِّنُونَ أَطْوَلُ النَّاسِ أَعْنَاقًا يَوْمَ الْقِيَامَةِ
"Para muazzin merupakan manusia yang panjang lehernya pada hari kiamat". [Riwayat Muslim (387)]

Imam al-Nawawi ketika mensyarahkan mengatakan bahawa para ulama' salaf dan khalaf telah berselisih pendapat dalam memahami makna hadith ini, dikatakan bahawa hadith ini bermaksud ramai orang yang melihat rahmat Allah SWT kerana orang yang melihat ini akan memanjangkan lehernya untuk melihat apa yang mampu dicapainya. Ini bermaksud, mereka (para muazzin) memanjangkan leherkan mereka bagi melihat pahala (yang disediakan buat mereka).
[Lihat: al-Minhaj, 91,92/4]

Tambahan pula, sebahagian ahli tafsir menafsirkan firman Allah SWT di dalam surah al-Fussilat:

وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلًا مِّمَّن دَعَا إِلَى اللَّـهِ وَعَمِلَ صَالِحًا وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ الْمُسْلِمِينَ
"Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya melainkan yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta mengerjakan amal soleh sambil berkata: "Sesungguhnya aku adalah daripada orang-orang Islam". [Fussilat:33]  

Di dalam tafsir Ibn Kathir [Lihat: Tafsir Ibn Kathir, 179/7] ketika menafsirkan ayat ini, dikatakan bahawa orang yang menyeru kepada perkataan yang baik adalah para muazzin yang soleh sebagaimana yang terdapat di dalam sahih Muslim (sebagaimana hadith di atas) dan juga di dalam sunan secara marfu' iaitu:

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

الْإِمَامُ ضَامِنٌ وَالْمُؤَذِّنُ مُؤْتَمَنٌ، اللَّهُمَّ أَرْشِدِ الْأَئِمَّةَ وَاغْفِرْ لِلْمُؤَذِّنِينَ
"Imam itu penjamin (bertanggungjawab terhadap solat makmumnya), sedangkan muazzin orang yang dipercayai. Ya Allah, berilah petunjuk kepada para imam dan ampunilah para muazzin". [Lihat: Riwayat Abu Daud (517), Syeikh Syuaib al-Arna'outh menghukum hadith ini sebagai sahih]

Penutup

Kesimpulannya, bilal atau muazzin merupakan salah satu pekerjaan yang mulia dan terpuji di sisi Allah SWT. Tambahan pula, tugas ini memerlukan seseorang yang bertanggungjawab dan amanah kerana ia melibatkan waktu dan masa. Akhirnya, semoga Allah SWT menggolongkan kita dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman dan sentiasa dirahmati oleh-Nya. Amin.

Wallahua'lam

+ Mufti Wilayah Persekutuan

Berhukum Dengan Perkara Zahir Sahaja

Posted: 04 Dec 2018 04:32 PM PST


Soalan:
Apakah benar ucapan ini daripada Nabi SAW?

أُمِرْتُ أَنْ أَحْكُمَ بِالظَّاهِرِ وَاللَّهُ يَتَوَلَّى السَّرَائِرَ
"Aku diperintahkan untuk berhukum dengan apa yang zahir dan Allah yang akan menguruskan apa yang tersembunyi."

Jawapan:
Berdasarkan soalan di atas, ucapan tersebut amat masyhur dan kita sering mendengar ia diungkapkan oleh para penceramah. Untuk itu, soalan tersebut amat penting kerana sesuatu ucapan yang disandarkan kepada Nabi SAW perlulah diselidiki atau dipastikan akan kesahihannya sebelum ia disebarkan kepada orang lain. Tambahan pula, Syeikh Mulla Ali al-Qari mengatakan bahawa ucapan ini juga masyhur dalam kalangan ahli usul dan para fuqaha' yang besar, bahkan ia juga dimuatkan di dalam syarah Sahih Muslim oleh Imam al-Nawawi.

Hukum Hadith

Antara ulama' yang menghukum hadith ini ialah:

  • Imam al-Sakhawi berkata hadith ini tidak wujud di dalam kitab-kitab hadith yang masyhur dan begitu juga tiada di dalam ajza' (juzuk-juzuk) yang tersebar. Imam al-Iraqi mengatakan hadith ini tiada asal baginya dengan yakin. Begitu juga, hadith ini diingkari oleh al-Mizzi dan selain daripadanya. [Lihat: al-Maqasid al-Hasanah, 162]
  • Imam Ibn al-Mulaqqin mengatakan hadith ini gharib dan aku tidak mengetahui sesiapa yang mengtakhrijkannya daripada ashab kitab-kitab yang muktamad dan juga selain daripada mereka. Selain itu, telah ditanya Hafiz pada zaman kami Jamal al-Din al-Mizzi dengan berkata: "Aku tidak mengetahuinya". [Lihat: al-Badr al-Munir, 590/9]
  • Imam al-Qauqaji berkata hadith ini palsu dan Imam Ibn al-Mulaqqin mengingkari hadith ini ketika mengtakhrijkan al-Baidhawi. Bahkan, Imam al-Iraqi meyakini bahawa hadith tersebut tiada asal baginya. [Lihat: al-Lu'lu' al-Marshu', 48]
  • Imam al-Syaukani mengatakan hadith ini tidak sahih daripada Nabi SAW dan ia tidak thabit daripada ungkapan Baginda SAW walaupun makna hadith tersebut sahih. [Lihat: al-Fath al-Rabbani, 3043/6]
  • Syeikh Mulla Ali al-Qari menilai hadith palsu. [Lihat: al-Asrar al-Marfu', 114/1]

Setelah kami meneliti dan menekuni pendapat para ulama' berkaitan hadith di atas, maka kami mengatakan bahawa hadith tersebut adalah palsu lagi tidak thabit daripada Nabi SAW. Maka dengan itu, kita tidak dibolehkan menyandarkannya kepada Nabi SAW serta menyebarkannya kepada orang lain.

Walaupun begitu, makna hadith di atas adalah sahih berdasarkan beberapa buah hadith, antaranya adalah sebuah hadith di dalam sahih Muslim:

1. Daripada Said al-Khudri RA berkata, bahawa Nabi SAW bersabda:

إِنِّي لَمْ أُومَرْ أَنْ أَنْقُبَ عَنْ قُلُوبِ النَّاسِ، وَلَا أَشُقَّ بُطُونَهُمْ
"Sesungguhnya aku tidak diperintahkan untuk menyakiti hati manusia dan tidak pula untuk merobek perut mereka". [Riwayat Muslim (1064)]

Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah telah mengulas hadith ini secara panjang lebar ketika beliau mengtahqiq dan mengta'liq hadith ini di dalam kitab al-Maudhu'at al-Sughra oleh Syeikh Mulla Ali al-Qari dengan berkata bahawa ucapan di atas disebut oleh Imam al-Nawawi ketika mensyarahkan hadith di atas di dalam Sahih Muslim. Untuk itu, terdapat orang yang telah tersalah memahami disebabkan tergesa-gesa dalam memahami teks Imam al-Nawawi ketika mensyarahkan hadith di atas. Ini kerana, Imam al-Nawawi meletakkan ucapan di atas selepas daripada hadith di atas tanpa menyandarkan kepada Nabi SAW, bahkan tujuan Imam al-Nawawi meletakkan ucapan tersebut selepas daripada hadith di atas adalah bagi menafsirkan makna hadith di atas. Disebabkan itu, datang seseorang yang dalam keadaan tergesa-gesa melihat teks tersebut lalu memahami bahawa ia adalah sebahagian daripada hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim sedangkan ucapan tersebut hanyalah menafsirkan makna hadith bukannya sebahagian daripada hadith.
[Lihat: al-Masnu' Fi Ma'rifah al-Hadith al-Maudhu', 59]

Walaubagaimanapun, ucapan tersebut dijadikan salah satu kaedah oleh para fuqaha' atau ahli ilmu dalam menentukan sesuatu hukum. Ini dapat difahami dengan perbuatan Nabi SAW berdasarkan beberapa buah hadith yang menunjukkan bahawa Baginda SAW menghukum apa yang zahir sahaja. Antaranya:

2. Daripada Ibn Abbas RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

البَيِّنَةُ عَلَى المُدَّعِي وَاليَمِيْنُ عَلَى مَنْ أَنْكَرَ
"Bukti bagi orang yang mendakwa dan sumpah bagi orang yang ingkar". [Riwayat al-Baihaqi (20990)]

3. Daripada Usamah RA, bahawa Nabi SAW bersabda ketika beliau membunuh seseorang yang mengucapkan kalimah syahadah disebabkan ketakutan:

أَفَلَا شَقَقْتَ عَنْ قَلْبِهِ حَتَّى تَعْلَمَ أَقَالَهَا أَمْ لَا
"Adakah kamu telah merobek hatinya sehingga kamu tahu apa yang dikatakan atau tidak?" [Riwayat Muslim (158)]

Berdasarkan kedua hadith di atas, jelaslah bahawa kita dituntut untuk mengeluarkan sesuatu hukum pada perkara yang zahir atau jelas sahaja. Ini kerana, kita sebagai manusia biasa tidak mengetahui apa yang tersirat dan tersurat di dalam hati manusia lain kerana itu semua diluar kemampuan kita.

Penutup

Kesimpulannya, mengenalpasti akan kesahihan status sebuah hadith adalah penting kerana Nabi SAW mengancam terhadap orang-orang yang melakukan pendustaan di atas nama Baginda SAW. Akhirnya, semoga Allah SWT memberi kita kefahaman di dalam agama ini serta memelihara kita daripada melakukan kesalahan dalam menyandarkan sesebuah hadith kepada Nabi SAW. Amin.

Wallahua'alam.

+ Mufti Wilayah Persekutuan

Dim Sum Halal Rasa Sama Seperti Yang Tidak Halal

Posted: 04 Dec 2018 04:17 PM PST


Soalan:
Saya membeli dim sum yang dijual oleh orang muslim, dan diakui halal. Kemudian saya berkongsi dengan kawan saya yang non-muslim, lalu dia mengatakan dim sum itu rasanya seperti dim sum yang dibuat dengan khinzir. Apakah dim sum itu masih halal?

Jawapan:
Dim sum adalah sejenis makanan masyarakat Cina, yang diperbuat daripada ayam, sayur dan daging kemudian dimasak dengan pelbagai cara. Dim sum ini adalah makanan tradisi yang dihidangkan bersama teh.

Sebagai agama yang meliputi tentang semua aspek kehidupan, Islam telah meletakkan garis panduan utama dalam pemilihan makanan, dengan menganjurkan umatnya agar memilih makanan yang halal lagi baik berdasarkan firman Allah SWT:

وَكُلُوا مِمَّا رَزَقَكُمُ اللَّـهُ حَلَالًا طَيِّبًا
"Dan makanlah daripada rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu, iaitu yang halal lagi baik." (Surah al-Maidah: 88)

Oleh itu, memilih makanan atau dalam konteks soalan ini dim sum, maka hendaklah menyemak seterusnya meyakini status halal makanan tersebut. Sebarang perasaan syak wasangka tidak akan sesekali menjejaskan status halal selagi mana tidak ada bukti yang membuahkan keyakinan yang hakiki. Ini melihatkan kepada kaedah fiqhiyah yang menyebut:

اليقين لا يزول بالشك
"Keyakinan itu tidak akan terangkat dengan syak"

Selain itu, dim sum tersebut juga kekal status halal berdasarkan keadaan awal ketika pembeli itu membelinya di dalam keadaan halal. Sesekali tidak akan berubah kepada tidak halal berdasarkan kaedah yang lain:

الأصل بقاء ما كان على ما كان
"Asal kepada sesuatu perkara kekal seperti sebelumnya"

Kesimpulan 

Berdasarkan nas dan penghujahan di atas, kami berpendapat bahawa makanan tersebut selagi mana diyakini status halalnya, maka makanan tersebut kekal status halal melainkan didatangani bukti yang jelas untuk mengharamkannya.

Namun begitu, pembeli perlulah menyemak terlebih dahulu kandungan atau bahan yang digunakan untuk membuat dim sum. Sekiranya bahan tersebut bebas daripada khinzir dan bahan-bahan yang haram, maka hukumnya adalah halal.

Selain itu, rujuk juga artikel kami yang bertajuk Penamaan Makanan Dan Minuman: Status Halal Dan Isunya.

Semoga Allah SWT mengurniakan kefahaman kepada kita dalam melaksanakan segala suruhan-Nya. Amin.

+ Mufti Wilayah Persekutuan