Friday, April 5, 2019

Oh! Media

Oh! Media


Sukan SEA Filipina 2019 - Peluang Terbaik Pemain ESport Beraksi di Peringkat Lebih Tinggi

Posted: 04 Apr 2019 06:17 AM PDT


Akhirnya, berita yang lama dinantikan oleh semua pemain dan peminat sukan elektronik seluruh Malaysia telah tiba. Untuk pengetahuan korang, pada tahun ini, Sukan SEA Ke-30 Filipina telah memasukkan beberapa permainan sukan elektronik untuk dipertandingkan.

Persatuan E-Sukan Malaysia (ESM) juga turut telah mengumumkan pemilihan pemain esports bagi mencari wakil negara telah bermula. Pemilihan ini juga akan dilakukan bagi Kelayakan Peringkat Negeri, Peringkat Akhir Kebangsaan dan Bootcamp.

5 permainan popular dipertandingkan

Antara permainan yang akan dipertandingkan bagi merebut 5 pingat emas di Sukan SEA Ke-30 adalah, Defense of the Ancients (DotA) 2, Starcraft II, Mobile Legends: Bang Bang (MLBB), Arena of Valor (AOV) dan Tekken 7.

Apa yang lebih menarik, Persatuan Sukan Elektronik Negeri Sembilan dengan kerjasama Jabatan Belia Sukan Negeri Sembilan turut menyediakan permainan tambahan bagi pemilihan ke peringkat Kebangsaan iaitu permainan FIFA19 dan PES19 yang akan dipilih mewakili negeri ke Hari Sukan Negara.


Oh! Media sebagai Media Rasmi Negeri Sembilan Esports Championship 2019

Sebanyak 13 negeri dan 3 wilayah persekutuan terlibat dalam Kelayakan Peringkat Negeri dan Oh! Media berpeluang untuk bersama-sama Negeri Sembilan Esports Champinship 2019 dan SEA Games Selection Negeri Sembilan sebagai media rasmi yang akan berkongsikan segala maklumat serta perkembangan sepanjang penganjuran ini dijalankan.

Kerjasama yang dijalinkan bersama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan dan Persatuan Sukan Elektronik Negeri Sembilan bersama-sama rakan tajaan lain akan memastikan pemilihan pemain dapat dijalankan dengan baik dan lancar.


Hadiah lumayan menanti pemenang 

Bagi 5 permainan yang dipertandingkan di Pemilihan Sukan SEA, pemenang akan membawa pulang medal dan tempat pertama secara automatik layak mewakili Negeri Sembilan untuk pergi ke Peringkat Kebangsaan.

Pemenang untuk Negeri Sembilan Esports Chamionship 2019 pula akan menerima wang tunai sebanyak RM350 tempat pertama, RM250 tempat kedua dan RM100 tempat ketiga. Pemenang tempat pertama bagi permainan FIFA19 dan PES19 ini akan terpilih untuk mewakili negeri ke Hari Sukan Negara.

Tempat pemilihan pemain Negeri Sembilan

  • Diadakan di KiP Mart, Senawang, Negeri Sembilan
  • 6 hingga 7 April 2019 (Sabtu dan Ahad)
  • Jam 8 pagi hingga 6 petang

Untuk pertanyaan lebih lanjut, korang boleh layari https://www.facebook.com/esportsdarulkhusus/

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Pereka Bayi

Posted: 04 Apr 2019 05:00 AM PDT



Pernahkah anda terfikir untuk memilih jantina, warna mata, rambut atau bentuk rupa anak anda? Perkara ini dilihat sudah tidak mustahil apabila saintis dunia telah menemui jalan bagi menjadikan pekerjaan Pereka Bayi sebagai satu realiti. Teknologi harini yang membolehkan untuk mengubah apa yang dikandung oleh cell sperma dan ovum.

Pada mulanya teknologi ini dibangunkan khusus untuk menjadikan bayi yang lebih sihat serta berdaya tahan tinggi. Namun, hasil inovasi, dilihat mendapat satu jalan baru untuk mengubah bentuk fizikal bayi, walaubagaimanapun perkara ini menimbulkan kontroversi dan menerima tentangan hebat dari golongan pakar.

Di Amerika Syarikat untuk ibu bapa yang ingin memanfaatkan teknologi ini hanyalah boleh kepada skop jantina, di Jerman pula teknologi ini adalah dilarang. Menurut rekod pereka bayi di China telah berjaya melahirkan pasangan bayi kembar.

Perkara ini dilihat sebagai tidak beretika apabila kehidupan manusia harini amatlah bergantung pada teknologi, menyeramkan. Perlu diingat bahawa zuriat ini merupakan pemberian rahmat dan rezeki daripada tuhan, serta satu usaha murni dari sebuah pasangan. Namun jika jalan ini dipintas dengan teknologi, ia akan menghilangkan kenikmatan tersebut serta meruntuhkan nilai moral dimasa akan datang.

Kerajaan Negeri Terengganu Beri Caj Percuma Wad Kelas Tiga Jun Ini

Posted: 04 Apr 2019 06:16 AM PDT

Gambar Teganukita

Kerajaan Negeri Terengganu nampaknya meneruskan pemerintahan berkesan mereka di bawah PAS apabila pada Jun ini, mereka akan melaksanakan caj percuma bagi wad kelas tiga di hospital kerajaan negeri.

Walaupun ia diakui ada sedikit kelewatan dalam pelaksanaannya, namun pihak kerajaan negeri tetap komited dalam meneruskan segala perkara yang telah dijanjikan dalam manifesto PRU14, kata Dr. Alias Razak Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri.

"Pihak kami telah beberapa kali membuat rayuan tetapi ditolak dan akhirnya menerima satu surat yang menyatakan sebab-sebab penolakan.

"Namun kita tetap berusaha sebaik mungkin dengan meneruskan rundingan dengan KKM dan jika ia ditolak maka pihak kerajaan akan meneruskan perlaksanaan dengan mengguna pakai pelan B," katanya.

Dengan memberikan perkhidmatan percuma itu, kerajaan negeri dijangka akan membayar kepada kementerian kira-kira RM4 juta setahun berdasarkan dengan jumlah katil yang ada sebanyak 1,400 unit.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Lin Dan Hanya Akan Bersara Jika Datuk Lee Chong Wei Bersara

Posted: 04 Apr 2019 04:29 AM PDT


Musuh tradisi diantara Datuk Lee Chong Wei dan pemain badminton China, Lin Dan kini masing-masing dilihat telah tiba masa untuk mereka berdua menggantungkan raket. Tetapi Lin Dan dalam satu kenyataan mengatakan dirinya hanya akan bersara jika Lee Chong Wei turut membuat keputusan yang sama.

Lin Dan yang kini sudah berusia 36 tahun dan merupakan juara Olimpik dua kali juga berkata dia masih mampu beraksi di peringkat tertinggi serta mahu terus mencara kemampuan dirinya selain memberi contoh yang baik kepada pemain muda.

"Saya ingin mencabar diri sendiri untuk mengetahui sampai mana tahap yang saya boleh capai. Saya juga ingin menunjukkan contoh yang baik kepada pemain muda agar mereka boleh melakukan perkara sama.

"Lagipun, Chong Wei masih belum mahu bersara, jadi saya fikir perlu terus beraksi," kata Lin Dan.

Lin Dan turut tidak menafikan dirinya hanya akan menyarung raket sekirannya mengalami kecederaan atau masalah kesihatan dan turut mengakui masa kini pesaingan lebih sengit dalam acara perseorangan lelaki.

Namun Lin Dan dikatakan akan tetap melakukan yang terbaik untuk layak ke Olimpik Tokyo 2020.

Chong Wei juga sebelum ini telah beberapa kali menegaskan yang dia masih akan terus beraksi dengan fokus utama untuk layak ke Olimpik Tokyo 2020.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Facebook dan Instagram Akan Menyekat Status Berkaitan Ketuanan Kulit Putih

Posted: 04 Apr 2019 04:28 AM PDT


Dalam perkembangan terbaru, pihak Facebook kini akan menyekat sebarang status yang dimuat naik berkaitan nasionalisme kulit putih atau ketuanan kulit putih serta fahaman pemisah mulai minggu hadapan.

Sekatan ini turut melibatkan aplikasi Instgram dan BBC sebelum ini turut melaporkan, syarikat yang mendominasi media sosial itu juga berjanji untuk meningkatkan keupayaan mengenal pasti dan menyekat bahan daripada kumpulan pengganas,

Keputusan itu dibuat selepas rangkaian media sosial Facebook telah mengalami tekanan selepas seorang pengganas kulit putih membuat 'live stream' ketika menyerang dua buah masjid di New Zealand.

Susulan kejadian itu, beberapa pemimpin dunia mendesak syarikat pengendali media sosial untuk lebih bertanggungjawab dalam kenyataan yang dimuat naik di 'platform' mereka.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Filem Tiada Tajuk Arahan Mawi Tawarkan Tiket Wayang Serendah RM1

Posted: 04 Apr 2019 12:20 AM PDT


Filem Tiada Tajuk yang diarahkan oleh Mawi merupakan filem pertamanya dan buat pertama kalinya tiket bagi tayangan filem ini akan dijual pada harga RM1.

"Sejak masih dalam penggambaran lagi, saya memang bercadang untuk menjual tiket kepada penonton filem ini pada harga RM1.

"Bagaimanapun, mereka yang berminat perlu mengikut syarat yang ditetapkan. Memandangkan jumlah tiket terhad, ia tertakluk kepada siapa cepat dia dapat.

"Penonton hanya perlu memuat turun aplikasi MawiWorld di telefon bimbit mereka. Maklumat lanjut seperti lokasi penjualan dan tarikh menonton akan dimaklumkan nanti," katanya.

Bukan itu sahaja, Mawi juga dikatakan akan memulakan peraduan untuk peminat memberikan tajuk kepada filem sulungnya itu yang akan ditayangkan bermula hari ini, 4 April.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Manchester City Rampas Semula Takhta EPL Hasil Bantuan Cardiff

Posted: 04 Apr 2019 12:20 AM PDT


Pasukan Manchester City nampaknya tidak memberikan laluan mudah buat Liverpool apabila sekali lagi berada di takhta Liga Perdana Inggeris dengan kelebihan 1 mata selepas berjaya menewaskan Cardiff City 2-0 pagi tadi.

Manchester City sepatutnya mampu mencatat jaringan yang lebih besar, dan kini telah mengumpul 80 mata daripada 32 perlawanan berbanding 79 mata dari anak buah Juergen Klopp dengan masing-masing berbaki enam perlawanan.

Jika City menang kesemua enam perlawanan, mereka akan muncul juara sekali lagi dan kini peluang itu tampak cerah selepas mencacat lapan kemenangan sederet dalam perlawanan terakhir mereka.

"Kami faham, jika kami tercicir satu mata, kami tidak akan menjadi juara.

"Dengan peluang yang kami cipta, sepatutnya kami menjaringkan lebih banyak gol, itulah kekesalannya, tapi pasukan lawan juga beraksi dengan sangat baik," kata Guardiola.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Hukum Patung Sebagai Perhiasan

Posted: 03 Apr 2019 05:05 PM PDT


Soalan:
Apakah hukum meletakkan patung di dalam rumah atau kereta sebagai perhiasan semata-mata?

Jawapan:
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abi Talhah R.A, Rasulullah SAW bersabda:

لَا تَدْخُلُ الْمَلَائِكَةُ بَيْتًا فِيهِ كَلْبٌ وَلَا صُورَةُ تَمَاثِيلَ
"Sesungguhnya Malaikat tidak akan masuk suatu rumah yang di dalamnya mempunyai anjing dan gambar patung." [Riwayat al-Bukhari (3225) dan Muslim (2016)]

Imam al-Nawawi berkata: "Menurut para ulama', antara sebab yang menghalang Malaikat daripada masuk ke dalam rumah adalah kerana terdapat gambar (makhluk bernyawa). Ini disebabkan perbuatan meletakkan gambar itu merupakan maksiat yang amat keji dan seolah-olah menyerupai ciptaan Allah SWT manakala sebahagian daripada gambar-gambar tersebut dijadikan sembahan.

Oleh itu Malaikat tidak akan masuk ke dalam rumahnya, tidak melakukan solat di dalamnya, tidak meminta keampunan bagi penghuninya, tidak memohon keberkatan seterusnya tidak melindungi penghuni rumah tersebut daripada gangguan syaitan.

Malaikat-malaikat yang tidak masuk ke dalam rumah tersebut ialah Malaikat Rahmah iaitu Malaikat yang memohon keberkatan dan keampunan bagi penghuninya. Adapun Malaikat Hafazah, mereka masuk ke dalam setiap rumah dan tidak pernah berpisah dengan manusia dalam apa jua keadaan kerana mereka diperintahkan untuk mencatat setiap amalan manusia." (Lihat Syarh al-Nawawi 'ala Muslim, 7/207)

Al-Mubarakfuri berkata: "Ungkapan "لَا تَدْخُلُ الْمَلَائِكَةُ" adalah dengan maksud Malaikat Rahmah, bukan Malaikat Hafazah (yang sentiasa bersama manusia dan mencatat perilakunya) dan bukan juga Malaikat Maut (yang mencabut nyawa). Ungkapan "بَيْتًا" adalah dengan maksud tempat tinggal. Maksud "صُورَةُ تَمَاثِيلَ" pula ialah gambar (berbentuk) manusia dan binatang." (Lihat Tuhfah al-Ahwazi, 8/88)

Dalam riwayat yang lain, daripada Abi al-Hayyaj al-Asadi, bahawa Ali bin Abi Talib R.A telah berkata kepadanya: "Tidakkah mahu aku ingatkan engkau sepertimana Rasulullah SAW ingatkan aku, bahawa:

لاَ تَدَعْ تِمْثَالاً إِلاَّ طَمَسْتَهُ
"Janganlah engkau tinggalkan patung kecuali engkau telah membuatnya menjadi tidak berbentuk." [Riwayat Muslim (969)]

Imam al-Nawawi berkata: "Hadis di atas menunjukkan bahawa wujudnya perintah untuk mengubah patung (berbentuk) haiwan yang bernyawa." (Lihat Syarh al-Nawawi 'ala Sahih Muslim, 7/36)

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Aisyah R.Anha, katanya:

كُنْتُ أَلْعَبُ بِالْبَنَاتِ عِنْدَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَكَانَ لِي صَوَاحِبُ يَلْعَبْنَ مَعِي فَكَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا دَخَلَ يَتَقَمَّعْنَ مِنْهُ فَيُسَرِّبُهُنَّ إِلَيَّ فَيَلْعَبْنَ مَعِي
"Aku pernah bermain patung permainan ketika tinggal bersama Nabi SAW, sedangkan aku memiliki beberapa sahabat yang biasa bermain bersamaku. Maka, ketika Rasulullah SAW masuk dalam rumah, sahabat-sahabat aku itu pun bersembunyi dari Baginda. Lalu Baginda menyerahkan mainan padaku satu demi satu lantas mereka pun bermain bersamaku." [Riwayat Imam al-Bukhari (6130)]

Al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani berkata: "Para ulama berdalilkan dengan hadis ini akan bolehnya patung boneka berupa perempuan dan bolehnya mainan untuk anak perempuan. Hadis ini adalah pengecualian dari keumuman hadis yang melarang daripada mencipta sesuatu yang menandingi dengan ciptaan Allah. Kebolehan ini ditegaskan oleh al-Qadi 'Iyadh dan beliau berkata bahawa inilah pendapat majoriti ulama." (Lihat Fath al-Bari, 10/527)

Kesimpulan

Dalam isu seperti di atas, apabila disebut rumah yang berbentuk tempat, yang kita gunakan maka ia termasuk juga kereta dan seumpamanya.

Namun perlu dilihat maksud patung tersebut, adakah ia patung yang dihormati, patung yang besar dan yang dipuja, maka ini jelas dilarang.

Adapun patung permainan kanak-kanak yang kecil yang tidak diagungkan dan dimuliakan seperti mana kanak-kanak yang ada kalanya melempar patung tersebut, meleraikan anggota patung mainan, ia hanya dianggap sekadar barang permainan kanak-kanak, maka dibolehkan dengan syarat ia bukan patung yang besar dan hanyalah semata-mata patung kanak-kanak.

Walaupun begitu, kami mengesyorkan supaya dielakkan agar kita tidak menimbulkan perkara yang boleh membawa kepada perasaan-perasaan pemujaan dan sebagainya. Jika boleh diganti dengan hal-hal yang boleh mengelakkan daripada sebarang bentuk syubhah kerana apabila kita meninggalkan perkara-perkara yang khilaf seperti ini, ia termasuk dalam apa yang disebutkan bahawa:

الْخُرُوجُ مِنَ الْخِلاَفِ مُسْتَحَبٌّ
"Keluar dari perkara khilaf adalah digalakkan."

Semoga kita dapat mendidik keluarga dan anak-anak kita agar benar-benar menghayati agama dengan sebaik mungkin. Amin.

+ Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media

Ibu Bapa Bergaduh, Apa Perlu Anak Lakukan?

Posted: 03 Apr 2019 04:54 PM PDT


Soalan:
Ibu bapa saya sering bergaduh dan sering membuatkan saya dan adik-beradik merasa sedih. Keadaan menjadi semakin teruk apabila saya dan adik saya akan menduduki peperiksaan yang penting. Saya sangat pening dan runsing memikirkan keadaan keluarga saya. Sebagai seorang anak, apakah yang boleh saya lakukan untuk memperbaiki keadaan ini?

Jawapan:
Rumahtangga yang dibina kekal bahagia merupakan impian setiap manusia. Rumahtangga yang bahagia akan melahirkan rasa tenang di dalam jiwa, Allah SWT telah berfirman:

وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُمْ مَوَدَّةً وَرَحْمَةً إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَاتٍ لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ
"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya, Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir." [Surah ar-Rum: 21]

Namun, tidak semua yang merasai rumah tangga yang tenang tanpa cabaran dan ujian. Cabaran dan ujian akan datang dari segenap sudut untuk menguji keutuhan rumah tangga yang telah dibina. Tidak sedikit yang kecundang dengan ujian ini, namun terdapat di sana ramai di kalangan kita yang berjaya mengharungi ujian dalam rumah tangga.

Berdasarkan soalan yang diajukan, menjadi kewajipan kepada anak-anak untuk berbuat baik terhadap kedua ibu bapa mereka. Terdapat banyak nas yang menyentuh berkenaan kewajipan anak-anak kepada ibu bapa serta hak-hak mereka yang perlu ditunaikan, antaranya ialah:

وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوا إِلَّا إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا ۚ إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِندَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا أَوْ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُل لَّهُمَا أُفٍّ وَلَا تَنْهَرْهُمَا وَقُل لَّهُمَا قَوْلًا كَرِيمًا
"Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya sahaja, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai ke usia tua, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "ah", dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi berkatalah dengan mereka menggunakan perkataan yang mulia (yang bersopan santun)." [Surah al-Isra': 23]

Imam Ibn Kathir Rahimahullah telah berkata: "Ketika mana Allah SWT melarang untuk berkata-kata dengan perkataan yang buruk terhadap kedua ibu bapa, Dia juga telah memerintahkan untuk berbuat baik dan menggunakan perkataan yang baik terhadap mereka iaitu; dengan cara yang lembut, baik, penuh beradab, memuliakan dan menghormati mereka." [Rujuk Tafsir al-Qur'an al-'Azim (5/64)]

Dalam Islam, anak-anak diperintahkan untuk tetap bergaul dengan cara yang baik terhadap kedua ibu bapa mereka walaupun mereka tidak beriman dan menyeru kepada kekufuran. Ini sebagaimana firman Allah SWT:

وَإِن جَاهَدَاكَ عَلَىٰ أَن تُشْرِكَ بِي مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ فَلَا تُطِعْهُمَا ۖ وَصَاحِبْهُمَا فِي الدُّنْيَا مَعْرُوفًا
"Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan-Ku atas sesuatu yang engkau tidak mengetahuinya, maka janganlah engkau taat kepada mereka; dan bergaullah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik." [Surah Luqman: 15]

Imam Ibn Kathir Rahimahullah telah berkata: "Jika kedua orang tuamu memaksa kamu kepada agama mereka, maka janganlah kamu mengikutinya dan dalam masa yang sama ia tidaklah menjadi penghalang bagimu untuk berbakti kepada keduanya di dunia dengan cara yang baik. Ambillah iktibar daripada kisah Sa'ad bin Abi Waqqas yang berbakti kepada ibunya dan bagaimana cara penyelesaian yang dilakukan oleh Sa'ad yang penuh berhikmah sehingga akhirnya ia telah menyebabkan ibunya dapat menerimanya." [Rujuk Tafsir al-Quran al-'Azim (6/402)]

Mengenai situasi yang dihadapi oleh saudara yang bertanya, secara asasnya wajib untuk anak-anak berusaha menegur ibu bapa yang sering bertengkar dengan cara yang baik tanpa menderhakai mereka. Ini bertepatan dengan saranan-saranan daripada al-Quran dan hadith Nabi SAW mengenai kewajipan menegur kemungkaran yang berlaku mengikut kemampuan dan kaedah yang betul.

وَلْتَكُن مِّنكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَأُوْلَـئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ
"Dan hendaklah ada di antara kamu satu kumpulan yang menyeru (berdakwah) kepada kebaikan, dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya." [Surah Ali Imran: 104]

ادْعُ إِلَى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ
"Serulah ke jalan Tuhanmu dengan penuh hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik." [Surah an-Nahl: 125] 

عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه قال : سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ، وَذَلِكَ أَضْعَفُ الْإِيمَانِ
Daripada Abu Said al-Khudri RA: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang melihat kemungkaran, maka ubahlah ia dengan tangannya, jika tidak mampu, ubahlah dengan lisannya, jika tidak mampu, ubahlah dengan hatinya, dan itu adalah selemah-lemah iman." [Riwayat Muslim (49)] 

Kesimpulan

Kami menasihati agar terus bersabar atas ujian ini dan berusaha untuk membaiki keadaan yang berlaku sepertimana nasihat Luqman kepada anaknya:

يَا بُنَيَّ أَقِمِ الصَّلَاةَ وَأْمُرْ بِالْمَعْرُوفِ وَانْهَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَاصْبِرْ عَلَى مَا أَصَابَكَ إِنَّ ذَلِكَ مِنْ عَزْمِ الْأُمُورِ
"Wahai anakku, dirikanlah solat, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala ujian yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah terdiri daripada perkara-perkara yang dikehendaki untuk diambil berat dalam melaksanakannya." [Surah Luqman: 17]

Kami juga ingin menasihati agar:

  • Sentiasa berdoa kepada Allah SWT agar kedua ibu bapa diberikan kelembutan dan kesatuan hati di antara mereka.
  • Berterusan tanpa putus asa memberikan peringatan kepada kedua ibu bapa dengan cara yang lemah lembut dan tidak menyakiti hati mereka.
  • Menunjukkan contoh tauladan yang baik ketika berada di rumah.
  • Meminta bantuan daripada individu-individu yang dihormati dan disegani oleh kedua ibu bapa untuk menasihati mereka. Anak-anak pada kebiasaannya mengetahui individu-individu yang disegani oleh kedua ibu bapa mereka. Manfaatkan individu-individu ini untuk memberi nasihat dan menegur kedua ibu bapa.
  • Menghidupkan suasana dan penghayatan Islam dalam rumah seperti solat berjemaah, tazkirah, bacaan al-Quran dan hadith Nabi SAW.
  • Memperbanyakkan aktiviti-aktiviti yang boleh merapatkan hubungan antara ahli keluarga seperti pergi melancong bersama-sama, aktiviti makan bersama dan sebagainya.
  • Kekal fokus dalam pelajaran dan peperiksaan yang bakal dihadapi. Semoga kejayaaan dalam peperiksaan anak-anak menjadi sebab untuk mentautkan hati kedua ibu bapa.

Semoga Allah SWT memberikan kita kebaikan dan kefahaman yang sahih dalam memahami syariat-Nya seterusnya memberikan kekuatan kepada kita untuk mengamalkannya. Amiin.

+ Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media

Hukum Menyertai Maraton Anjuran Syarikat Judi

Posted: 03 Apr 2019 04:44 PM PDT


Soalan:
Apakah hukum menyertai acara maraton yang dianjurkan oleh syarikat judi? Mohon penjelasan. Terima kasih.

Jawapan:
Sukan marathon adalah suatu perlumbaan yang melibatkan barjalan, berlari biasa ataupun berlari anak-anak dengan jarak yang tetap sebanyak 42.195 kilometer (26.219 batu atau 26 batu 385 ela)[1]. Secara umumnya, agama Islam tidak menghalang aktiviti pertandingan seperti ini. Justeru, pertandingan seperti ini adalah dibenarkan oleh Islam selagimana tidak menyalahi kerangka syariat Islam yang digariskan. Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Sayyidatina Aisyah R.Anha, beliau telah berkata:

سابقنِي رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وآلِه وسلَّم فَسَبَقْتُه فلبِثْنَا حتى إذا أَرْهَقَنِي اللحمُ سابَقَنِي فسَبَقَنِي فقال هذه بِتِيكِ
"Rasulullah SAW berlumba lari mendahuluiku dan kemudian aku pula yang mendahuluinya. Sehinggalah tubuhku agak berisi dan baginda mendahuluiku dan terus mendahuluiku. Kemudian baginda mengatakan: "Ini adalah balasan kepada kekalahan yang lalu." [Riwayat Ibn Hibban (4691)]

Secara umum, bagi pertandingan yang dianjurkan, hendaklah memenuhi perkara-perkara berikut:

  • Jenis pertandingan adalah harus, tidak haram.
  • Tidak membabitkan pertaruhan yang berupa perjudian.
  • Hadiah bukan datang dari sumber yang haram seperti dari syarikat arak, judi atau sebagainya.
  • Tidak melalaikan dari kewajipan syarak; solat dan sebagainya.
  • Tidak melibatkan larangan-larangan syarak yang lain seperti percampuran lelaki dan wanita yang bukan mahram. (Ahkam al-Musabaqat Fi asy-Syari'ah al-Islamiyyah, Abdus-Somat bin Muhammad Balhaji, Dar an-Nafais, Jordan, 2004)

Menjawab kepada persoalan di atas, kita dapat melihat bahawa sesuatu yang membawa kepada haram adalah haram hukumnya. Dosa perbuatan haram tersebut bukan hanya dipikul oleh si pelaku sahaja, malah dosa tersebut turut dipikul oleh mereka yang menyumbang ke arahnya, sama ada sumbangan tersebut melalui wang ringgit ataupun sokongan moral. Setiap orang akan menanggung dosa mengikut kadar sumbangannya. (Lihat Halal dan Haram di Dalam Islam, Dr. Yusuf al-Qaradhawi, hlm. 27)

Kesimpulan

Setiap mukallaf dipertanggungjawabkan di atas apa yang dilakukan di dunia ini. Dalam isu ini, kami cendurung mengatakan bahawa haram dan dilarang untuk menyertai maraton atau apa sahaja pertandingan yang dianjurkan oleh syarikat-syarikat judi atau syarikat yang menjalankan perniagaan yang dilarang oleh syarak. Ini kerana, perbuatan menyertainya dilihat secara langsung sebagai tanda sokongan serta merestui apa yang dilakukan oleh penganjur tersebut. Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh al-Nu'man Ibn Bashir R.A, Nabi SAW telah bersabda:

إِنَّ الْحَلاَلَ بَيِّنٌ وَإِنَّ الْحَرَامَ بَيِّنٌ وَإِنَّ بَيْنَ ذَلِكَ أُمُورًا مُشْتَبِهَاتٍ
"Sesungguhnya yang halal itu jelas, dan yang haram itu jelas, dan di antara kedua-duanya ada perkara yang samar-samar." [Riwayat al-Tirmidzi (1205) dan al-Nasa'ie (5710)]

Justeru di atas dasar untuk mengelakkan perkara-perkara syubhah, maka perkara seperti ini perlu dijauhi dan dielakkan. Semoga penjelasan yang diberikan ini membuka minda dan melapangkan hati kita semua untuk terus istiqamah beramal mengikut syariat yang sebenar.

[1] Lihat di laman: https://ms.wikipedia.org/wiki/Maraton

+ Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media

Fraser Anning Enggan Minta Maaf - Dikecam Anggota Parlimen Australia

Posted: 03 Apr 2019 10:49 PM PDT


Senator berhaluan kanan dikecam anggota parlimen Australia semalam, selepas kenyataannya yang mengatakan pembunuhan beramai-ramai di dua buah masjid di Christchurch adalah disebabkan program imigresen New Zealand.

Namun, Fraser Anning tidak mahu menarik balik kenyataan dan meminta maaf walaupun telah mengundang kutukan antarabangsa.

Ahli politik daripada parti besar dan kecil negara itu sebulat suara mengutuk Senator Queensland yang menjadi kontroversi itu ketika pungutan suara di Dewan Parlimen.

"Kenyataan Senator Anning sangat hodoh dan memecah-belah. Ia berbahaya dan tidak diterima sesiapa saja, apatah lagi anggota tempat ini," kata ketua kerajaan Liberal Konservatif Kebangsaan Senat, Mathias Cormann.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.