Monday, April 8, 2019

Oh! Media

Oh! Media


Sultan Johor Ucap Terima Kasih Kepada Kerajaan Kerana Menerima Pandangan Majlis Raja-Raja

Posted: 07 Apr 2019 04:47 AM PDT


Berikutan dengan keputusan Kerajaan Malaysia yang menarik semula keputusan tandatangan Statut Rom yang diumumkan Perdana Menteri Tun Mahathir sebelum ini, kini Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar telah menzahirkan ucapan terima kasih kepada kerajaan.

Ini setelah tindakan itu sebagai telah mendengar suara rakyat dan menghormati serta menerima pandangan Majlis Raja-Raja dalam perjanjian itu.

"Saya berharap kerajaan akan sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat berbanding kepentingan politik," katanya.

Sultan Ibrahim bertitah, baginda akan sentiasa memastikan kedaulatan negara dan keharmonian hidup rakyat sentiasa dipelihara.



+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Israel Terus Guna Pelindung Kuat Donald Trump - Pendatang Haram Yahudi Tidak Akan Pindah

Posted: 07 Apr 2019 04:47 AM PDT


Terus menunjukkan sikap egonya, Benjamin Netanyahu terus menggunakan pelindung utama mereka Donald Trump dengan mengatakan bahawa mereka Israel tidak akan memindahkan walaupun seorang pendatang haram Yahudi sebagai penyelesaian kepada pelan damai masa depan.

"Saya katakan tidak satu pun penempatan akan dipindahkan dari Tebing Barat," kata Netanyahu.

Washington kini sedang merangkan beberapa cadangan untuk perdamaian Israel-Palestin yang akan diumumkan selapas pilihan raya Israel nanti.

Netanyahu berkata, beliau memberitahu Trump bahawa 'tidak seorang pun' Yahudi akan dipindahkan dari penempatan dan meragui sama ada permintaan sebegitu akan dikemukakan.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Presiden Tunisia Beji Caid Berumur 92 Tahun Tidak Ingin Terus Bertanding

Posted: 07 Apr 2019 04:47 AM PDT


Untuk pengetahuan korang, Kerajaan Tunisia juga kini mempunyai Presiden yang kini telah berusia 92 tahun iaitu Beji Caid Essebsi.

Namun, bagi pilihan raya yang akan diadakan pada November tahun ini berkata dirinya tidak merancang untuk bertanding dalam pilihan raya untuk memberi laluan kepada golongan muda.

"Jujurnya, saya tidak merasakan ingin bertanding dan tiba masanya untuk memberi ruang kepada belia," kata Presiden Beji Caid Essebsi kepada parti Nidaa Tounes.

Beliau berucap di depan ribuan ahli di kongres parti, beberapa hari selepas pemimpin negara jiran Algeria, Abdelaziz Bouteflika, 82, meletak jawatan.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Laluan ECRL Diubah dan Beri Manfaat Kepada Negeri Sembilan?

Posted: 07 Apr 2019 04:48 AM PDT


Jika sebelum ini kerajaan ingin membina sebuah Hospital di Semenyih, kini diumumkan pula dengan laluan baharu Rel Pantai Timur (ECRL) yang akan berlaku perubahan bagi memberi manfaat kepada Negeri Sembilan.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook turut mengatakan laluan ini dapat dicapai dan diputuskan dalam lawatan Perdana Menteri Tun Mahathir ke China bagi membincangkan segala isu dan mengurangkan kos projek mega ini.

"Kalau berjaya, confirm Negeri Sembilan akan dapat tempias kerana kita nak fokus pembangunan," kata Loke.

Perkara ini timbul selepas Menteri Kewangan Lim Guan Eng dalam ceramahnya di PRK DUN Rantau ada menyebut bahawa kerajaan seperti akan meneruskan projek mega itu dan berkata ia dapat dikurangkan sehingga RM35 bilion daripada kos asal RM66 bilion yang turut akan memberi manfaat kepada Negeri Sembilan.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Kerajaan Korea Selatan Isytihar Darurat Bencana Selepas Berlaku Kebakaran

Posted: 06 Apr 2019 07:04 PM PDT


Berikutan dengan kebakaran besar-besaran yang berlaku di lima bandar dan daerah Korea Selatan di sepanjang pantai timur laut, Kerajaan Korea Selatan terpaksa mengisytiharkan darurat keatas bencana itu.

Ia diumumkan selepas Perdana Menteri, Lee Nak Yon mencadangkan agar langkah itu diambil oleh Presiden Moon Jae In.


"Kerajaan akan turut memutuskan sama ada meletakkan kawasan yang terjejas sebagai zon bencana khas selepas memeriksa tahap kerosakan", kata pegawai Kementerian Dalam Negeri dan Keselamatan.

Kebakaran yang dikesan bermula di sebuah gunung itu telah menyebabkan seorang lelaki maut dan memusnahkan hutan dan bangunan dengan tahap kerosakan meningkat kepada tahap yang disifatkan belum pernah berlaku selama ini.

Lebih 870 buah kereta bomba juga telah dihantar ke lokasi dan melibatkan 13,000 anggota pasukan penyelamat termasuk tentera dan pihak polis.


+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.


Berdoa Bersama Selepas Solat Fardhu

Posted: 06 Apr 2019 04:53 PM PDT


Soalan:
Apakah hukum berdoa selepas solat lima waktu? Dan apakah hukumnya berdoa secara berjemaah selepas selesai solat fardhu dimana imam membacakan doa dan para makmum mengaminkannya?

Jawapan:

KELEBIHAN BERDOA SELEPAS SOLAT FARDHU

Antara tempat yang lebih hampir kepada diperkenankan doa ialah selepas selesai solat lima waktu.

Diriwayatkan dari Abu Umamah r.a. katanya :

قيل يا رسول الله أي الدعاء أسمع؟ قال: جوف الليل الأخير ودبر الصلاة المكتوبة
Ditanya akan Rasulullah saw: "Wahai Rasulullah mana satukah doa yang paling didengari?" Jawab baginda: "Doa pada tengah malam yang akhir dan pada setiap belakang solat maktubah." (Hadith Tirmidzi)

Makna doa yang paling didengari ialah doa yang paling hampir kepada diperkenankan dan makna dibelakang solat maktubah ialah tiap kali selesai solat lima waktu.

HADITH BERDOA SECARA BERJEMAAH

Maksudnya seorang dari kumpulan orang berdoa manakala yang lain mengaminkannya.

Diriwayatkan dari Habib bin Maslamah Al-Fihri r.a. katanya :

 لَا يَجْتَمِعُ مَلَأٌ فَيَدْعُو بَعْضُهُمْ وَيُؤَمِّنُ بَعْضُهُمْ إِلَّا أَجَابَهُمُ اللَّهِ تَعَالَى
Telah mendengar olehku akan Rasulullah saw bersabda: "Tidaklah berkumpul satu kumpulan manusia lalu berdoa sebahagian mereka manakala sebahagian yang lain mengaminkannya melainkan pasti Allah akan memperkenankannya." (Hadith Al-Hakim)

Jelas pada hadith ini Rasulullah saw menggalakkan berdoa apabila berada dalam kumpulan dengan cara salah seorang membaca doa dan yang lain mengaminkan doa tersebut. 

Hadith ini tidak menetapkan masa dan dimana doa itu dibacakan maka dimana sahaja dan bila sahaja akan termasuk dalam kelebihan yang dijanjikan dalam hadith ini.

Maka termasuklah berdoa selepas selesai solat berjemaah lima waktu yaitu imam membaca doa manakala para jemaah mengaminkannya.

Diriwayatkan dari Imam At-Tobari dari Ja'far bin Muhammad As-Sadiq berkata ia :

 الدُّعَاءُ بَعْدَ الْمَكْتُوبَةِ أَفْضَلُ مِنَ الدُّعَاءِ بَعْدَ النَّافِلَةِ كَفَضْلِ الْمَكْتُوبَةِ عَلَى النَّافِلَةِ 
"Bermula doa selepas solat fardhu itu lebih afdhal dari doa selepas solat sunat bandingannya seperti kelebihan solat fardhu atas solat sunat." (Fathul Baari Syarah Sahih Bukhari)

Berkata Al-Hafiz Imam Ibnu Hajar :

أي المكتوبة وفي هذه الترجمة رد على من زعم أن الدعاء بعد الصلاة لا يشرع

"Ertinya selepas solat fardhu dan pada terjemahan ini menolak pendapat orang yang menyangka tidak diperintahkan berdoa selepas solat lima waktu." (Fathul Baari)

PANDANGAN ULAMAK

Berkata Imam Nawawi :

فرع قد ذكرنا استحباب الذكر والدعاء للإمام والمأموم والمنفرد وهو مستحب عقب كل الصلوات بلا خلاف
"Furu' : Sesungguhnya telah kami sebutkan disunatkan berzikir dan berdoa bagi imam dan makmum dan yang solat sendirian. Dan ia adalah disunatkan selepas setiap solat fardhu tanpa khilaf." (Kitab Al-Majmu')

Berkata Syeikh Abu Al- 'Abaas Al-Qurtubi Al-Maliki :

وقد اتفق مساق هذه الأحاديث والتي قبلها: على أن أدبار الصلوات أوقات فاضلة للدعاء والأذكار، يرتجى فيها القبول.
"Dan sungguhnya telah sepakat ulamak tentang hadith-hadith ini atas bahawa tiap selepas solat fardhu adalah waktu yang afdhal bagi berdoa dan berzikir yang diharapkan pada waktu ini akan perkenankan." (Kitab Al-Mufhim alal Muslim)

Berkata Syeikh Hasan 'Amar Al-Hanafi :

 ثم يدعون لأنفسهم وللمسلمين.
"Kemudian dari berzikir itu para imam berdoa untuk diri mereka dan untuk sekelian orang Islam." (Kitab Maraqil Falah)

Maksudnya imam membaca doa untuk diri imam dan para jemaah dan para jemaah pula mengaminkan doa imam tersebut.

KESIMPULAN

Antara waktu yang paling diperkenankan doa ialah selepas menunaikan solat fardhu lima waktu.

Selepas solat fardhu lima waktu adalah disunatkan bagi semua orang berdoa samada berdoa secara sendirian atau secara berkumpulan.

Amalan kebanyakkan manusia dari dulu sampai sekarang iaitu imam membaca doa selepas solat dan para makmum mengaminkannya adalah elok dan disunatkan dan bukan perkara bidaah kerana termasuk dalam hadith Nabi saw menggalakkannya. 

Orang yang melarang amalan ini adalah ahli bidaah kerana menolak hadith Nabi saw dengan dalil akalnya sendiri.

Wallahua'lam.


+ Ustaz Azhar Idrus (Original)

Hukum Lelaki Memakai Inai Pada Jari

Posted: 06 Apr 2019 04:43 PM PDT


Soalan:
Adakah harus pada syarak seperti yang banyak berlaku sekarang ini dimana ketika berkahwin pengantin lelaki turut memakai inai berwarna merah pada jarinya?

Jawapan:
Memakai inai pada jari samada kaki atau tangan ialah perhiasan yang diharuskan bagi kaum wanita.

Manakala bagi kaum lelaki tiada harus yakni haram ia memakai inai pada jarinya samada pada kaki atau tangan dan kerana berkahwin atau tidak.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a:

أن النبي صلى الله عليه وسلم أتي بمخنث قد خضب يديه ورجليه بالحناء فقال النبي صلى الله عليه وسلم : ( ما بال هذا ؟ ) فقيل : " يا رسول الله يتشبه بالنساء " فأمر به فنفي إلى النقيع 
"Bahawasanya Nabi saw didatangkan dengan seorang pondan yang telah menginaikan jari tangan dan kakinya. Maka bersabda Nabi saw: "Apa hal dengan lelaki ini?" Dikatakan oleh seseorang: "Wahai Rasulullah! Lelaki ini ingin menyerupai wanita." Lalu diperintahkan dibuang daerah ke tempat bernam Naqi'." (Hadith Abu Daud)

Berkata Imam Nawawi:

 أن الشافعي - رضي الله تبارك وتعالى عنه - نص في مختصر المزني على تحريم الحناء للرجال وتابعه عليه أصحابه رحمهم الله تبارك وتعالى
"Bahawasanya Imam Syafie r.a. telah menaskan pada kitab Muhktasar Muzani atas haram memakai inai bagi lelaki dan telah mengikutinya oleh ashabnya rahimahullah Taala." (Al-Majmu' Syarah Muhazzab)

Dan berkata Imam Nawawi lagi:

أما خضاب اليدين والرجلين بالحناء فمستحب للمتزوجة من النساء: للأحاديث المشهورة فيه وهو حرام على الرجال إلا لحاجة التداوي ونحوه: ومن الدلائل على تحريمه قوله صلى الله عليه وسلم، في الحديث الصحيح: "لعن الله المتشبهين بالنساء من الرجال
"Adapun memakai inai pada dua tangan dan dua kaki maka elok bagi kaum wanita yang telah berkahwin kerana beberapa hadith yang telah masyhur padanya dan ia adalah haram atas kaum lelaki melainkan kerana tujuan berubat dan seumpamanya. Dan setengah dari dalil atas haramnya ialah sabda Nabi saw pada hadith sahih: "Allah telah melaknat lelaki yang menyerupai dengan wanita." (Syarah Muhazzab)

Berkata Al-Hafiz Imam Ibnu Hajar:

وأما خضب اليدين والرجلين فلا يجوز للرجال إلا في التداوي
"Dan adapun memakai inai pada tangan dan kaki maka tidak harus ia bagi kaum lelaki melainkan dalam perkara berubat." (Kitab Fathul Baari)

Berkata Imam Suyuthi:

 وأما خضاب اليدين والرجلين بالحناء فمستحب للمرأة المتزوجة ، وحرام على الرجل اهـ 
"Dan adapun menginaikan dua tangan dan dua kaki maka disunatkan bagi kaum wanita yang sudah berkahwin dan haram atas kaum lelaki." (Hasyiah Jamal 'ala Minhaj)

Tersebut pada kitab I'anat At-Talibin:

 لأنه فيه تشبه بالنساء من الرجال وخضاب اليدين والرجلين بالحناء للرجل والخنثى حرام بلا عذر ... 
"Kerana sesungguhnya ia adalah lelaki yang menyerupai dengan wanita. Menginaikan jari tangan dan kaki bagi lelaki dan khunsa adalah haram tanpa uzur."

Menyebut oleh Syeikh Abdul Muhsin:

وفي بعض البلدان يخضب الرجل رجليه ويديه بالحناء في العرس، وهذه عادة سيئة؛ لأن الخضاب للنساء وليس للرجال، والحناء يجوز الرجال إذا كان في علاج، فإذا كان يعالج بالحناء فلا بأس.
"Dan berlaku pada setengah negeri dimana kaum lelaki menginaikan jari kaki dan tangannya pada hari perkahwinan. Ini adalah adat yang keji kerana berinai ialah untuk kaum wanita bukan untuk kaum lelaki. Lelaki hanya harus memakai inai ketika berubat maka berubat dengan inai itu tidak menjadi kesalahan." (Syarah Sunan Abi Daud)

Berkata Syeikh Mubarakfuri:

 وأما خضب اليدين والرجلين فلا يجوز للرجال إلا في التداوي
"Dan adapun memakai inai pada tangan dan kaki itu tidak harus bagi lelaki melainkan pada ketika berubat." (Tuhfatul Ahwazi)

Dan tersebut pada kitab Al-mausu'atul Fiqhiyah:

وأما الرجل فلا يجوز له أن يخضب كفيه وقدميه لأن في اختضابه فيهما تشبهاً بالنساء والتشبه بالنساء ممنوع. 
"Dan adapun lelaki maka tidak harus baginya menginaikan dua tapak tangannya dan dua kakinya kerana bahwasanya menginaikan kedua anggota itu adalah menyerupai bagi kaum wanita. Dan lelaki menyerupai wanita itu adalah dilarang." (juz 2 m.s. 281)

Dan menyebut oleh Syeikh Ibnu hajar Al-Haithami:

 اين حجر المكي الهيتمي خضب الرجل ليديه وقدميه من كبائر الذنوب
"Memakai inai oleh lelaki pada dua tangan dan kakinya itu adalah termasuk dosa-dosa besar." (Kitab Az-Zawajir 1/348)

Wallahua'lam.


+ Ustaz Azhar Idrus (Original)

Kelebihan Surah Al-Baqarah Penghalau Syaitan

Posted: 06 Apr 2019 04:33 PM PDT


Soalan:
Saya kerap mendengar ustaz menyebut hadith yang mengatakan rumah yang dibaca surah Al-Baqarah tidak dimasuki olih syaitan. Mohon penjelasan adakah hadith ini sahih dan apakah maksudnya?

Jawapan:
Hadith-hadith berkenaan syaitan tidak masuk ke rumah yang dibacakan surah Al-Baqarah sangat banyak dengan berbagai-bagai lafaz. Ada hadith yang sahih dan ada yang hasan dan ada yang dhaif.

Antara hadith-hadith tersebut ialah seperti berikut:

1. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah saw bersabda:

لَا تَجعَلُوا بُيُوتَكُم مَقَابِرَ، إِنَّ الشَّيطَانَ يَنفِرُ مِنَ البَيتِ الذِي تُقرَأُ فِيهِ سُورَةُ البَقَرَةِ
"Jangan kamu jadikan rumah-rumah kamu seperti kuburan. Sungguhnya syaitan lari dari rumah yang dibaca di dalamnya surah Al-Baqarah." (Hadith Sahih Muslim)

2. Diriwayatkan dari Abi Hurairah r.a. katanya Nabi saw bersabda:

لا تجعلوا بُيُوتَكم مقابرَ فإنَّ الشيطانَ يفرُّ من البيتِ أنْ يسمعَ سورةَ البقرةِ تُقْرأُ فيه 
"Jangan kamu jadikan rumah kamu sebagai kuburan maka bahawasanya syaitan itu lari ia dari rumah yang mendengar akan surah Al-Baqarah di dalamnya." (Hadith Sahih Imam Ahmad)

Dan pada lafaz yang lain:

 فإن البيت الذي تقرأ فِيهِ سُورَةُ الْبَقَرَةِ لَا يَدْخُلُهُ الشَّيْطَانُ 
"Maka sungguhnya rumah yang dibaca di dalamnya akan surah Al-Baqarah tidak akan dimasuki oleh syaitan." (Hadith Hasan Sahih Tirmizi)

3. Dan juga dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah saw bersabda :

لا تتَّخِذوا بيوتَكم مقابِرَ صلُّوا فيها فإنَّ الشَّيطانَ لَيفِرُّ مِن البيتِ يسمَعُ سورةَ البقرةِ تُقرَأُ فيه 

Artinya : "Jangan kamu jadikan segala rumah kamu seperti kubur. Bersolatlah didalamnya. Maka sungguhnya syaitan itu lari ia dari rumah yang mendengar surah Al-Baqarah dibacakan di dalamnya." (Hadith Sahih Ibnu Hibban)

4. Diriwayatkan dari Nu'man bin Basyir r.a. katanya Nabi saw bersabda:

  إِنَّ اللَّهَ كَتَبَ كِتَابًا قَبْلَ أَنْ يَخْلُقَ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضَ بِأَلْفَيْ عَامٍ ، أَنْزَلَ مِنْهُ آيَتَيْنِ خَتَمَ بِهِمَا سُورَةَ الْبَقَرَةِ ، وَلَا يُقْرَآنِ فِي دَارٍ ثَلَاثَ لَيَالٍ فَيَقْرَبُهَا شَيْطَانٌ 
"Sungguhnya Allah telah menulis segala ketetapan kejadian dua ribu tahun sebelum dijadikan langit dan bumi. Dan menurunkan Dia akan dua ayat yang khatam dengan keduanya surah Al-Baqarah. Tidaklah dibaca akan kedua ayat itu di dalam rumah selama tiga malam nescaya akan larilah syaitan." (Hadith Sahih Tirmidzi)

5. Dan dari Hasan bin Ali r.a. katanya Nabi saw bersabda:

 أفضلُ القرآنِ سورةُ البقرةِ ، وأعظمُ آيةٍ فيهِ آيةُ الكُرْسِيّ ، وإن الشيطانَ ليفِرّ من البيتِ الذي ( تُقْرَأ ) فيه سورةُ البقرةِ
"Yang afdhal daripada al-Quran ialah surah Al-Baqarah. Dan sebesar-besar ayat padanya ialah ayat Qursi. Dan bahawasanya syaitan lari dari rumah yang dibacakan di dalamnya surah Al-Baqarah." (Hadith Hasan Al-Hafiz Ibnu Hajar)

6. Dan daripada Abdullah bin Mas'ud r.a. katanya :

 إِنَّ لِكُلِّ شَيْءٍ سَنَامًا وَسَنَامُ الْقُرْآنِ سُورَةُ الْبَقَرَةِ ، وَإِنَّ الشَّيْطَانَ إِذَا سَمِعَ سُورَةَ الْبَقَرَةِ تُقْرَأُ خَرَجَ مِنَ الْبَيْتِ الَّذِي يُقْرَأُ فِيهِ سُورَةُ الْبَقَرَةِ 
"Sungguhnya bagi setiap suatu itu ada ketinggiannya. Dan ketinggian Al-Quran itu ialah surah Al-Baqarah. Dan bahawasanya syaitan itu apabila ia mendengar akan surah Al-Baqarah dibacakan maka akan keluar ia dari rumah yang telah dibacakan surah Al-Baqarah." (Hadith Marfu' Hasan Li Ghairih Tirmizi)

7. Dan daripada Anas bin Malik r.a. katanya Rasulullah saw bersabda:

إن الشيطان يخرج من البيت إذا سمع سورة البقرة تقرأ فيه
"Sungguhnya syaitan itu keluar dari rumah apabila mendengar ia akan surah Al-Baqarah dibacakan di dalamnya." (Hadith Hasan Li Ghairih Ibnu Kathir)

8. Dan dari Ibnu Mas'ud r.a. katanya:

إن الشيطان يفر من البيت يسمع فيه سورة البقرة
"Sungguhnya syaitan itu lari ia daripada rumah yang mendengar ia padanya surah Al-Baqarah." (Hadith Hasan Li Ghairih An-Nasaai)

9. Dan dari Ibnu Mas'ud r.a:

ما من بيت تقرأ فيه سورة البقرة إلا خرج منه الشيطان وله ضراط
"Tidak ada sebuah rumah yang dibaca padanya surah Al-Baqarah melainkan akan keluar dari rumah itu oleh syaitan dalam keadaan terkentut." (Hadith Musnad Ad-Darimi)

Dan banyak lagi hadith-hadith yang tidak saya sebutkan disini.

Maksud hadith-hadith ini ialah syaitan tidak masuk atau akan lari dari rumah orang Islam yang dibaca di dalam rumah itu akan surah Al-Baqarah.

Tidak disyaratkan membaca sampai khatam bahkan memadai dengan beberapa ayat dari surah Al-Baqarah tetapi jika membacanya sampai khatam adalah lebih baik dan lebih banyak pahala.

Dan tidak disyaratkan tuan rumah yang membacanya bahkan memadai juga dibaca oleh anak isterinya atau orang lain yang tinggal di rumah tersebut.

Dan tidak disyaratkan membacanya dengan suara yang kuat bahkan memadai dengan bacaan suara yang perlahan tetapi jika dengan suara yang kuat adalah lebih elok.

Wallahua'lam.


+ Ustaz Azhar Idrus (Original)

Akibat Ingkar Arahan Roh Jahat Menghantui Penyewa Homestay

Posted: 06 Apr 2019 03:25 PM PDT


Melihatkan treler filem ini, karakter Ruminah Sidek yang ditampilkan sudah cukup memberikan aura seram dalam sebuah filem.

Siapa yang tidak gemarkan filem genre seram, bila melibatkan penonton di Malaysia? Tahu dengan kehendak masyarakat yang sentiasa dahagakan filem jenis tersebut, maka lahirlah karya terbaharu ini.

Filem bertajuk Homestay Permainan Maut ini diarahkan Kay Shan dan diterbitkan oleh Dream Pix Media Sdn Bhd dan SB Production Sdn Bhd.

Bayangkan suatu malam ketika anda bersama rakan menginap di sebuah homestay yang agak misteri, tiba-tiba diganggu dengan roh jahat yang membawa kepada kematian.

Trailer:


Mimpi ngeri itulah yang terjadi kepada pelajar kolej yang menyewa sebuah homestay. Meskipun sudah diberi amaran oleh pemilik homestay agar tidak 'mengusik' bilik stor, namun mereka tetap berdegil.

Waktu itulah mereka menemui permainan maut itu yang lebih dikenali sebagai Spirit of the Coins. Dalam permainan tersebut mereka menyeru nama pemilik permainan tersebut dan keinginannya. Dari arah syIling menunjukkan nama pemilik adalah Sofea.

Dikatakan roh Sofea ini berkehendakkan nyawa sebagai gantinya. Bermula dari situ, satu persatu kejadian menakutkan berlaku kepada pelajar kolej ini. Adakah mereka selamat dan bagaimana mereka melepaskan diri daripada permainan maut ini akhirnya?

Filem yang turut diselitkan dengan elemen komedi ini bakal menemui penonton di pawagam tidak lama lagi. Selain penuh dengan adegan mengejutkan pastinya anda juga bakal tidak kering gusi.

Di samping Ruminah Sidek, filem ini turut dibarisi pelakon baru seperti Sofea Shaheera, Asward Naslim, Kayshan, Siva Garuda, Ud. Nordin, Iswadi, Syamimi, Sri Priya, Rohayu, Danish, Md. Afifi, Kimi, Aien, Ahmad Azeem dan Zahanis Yaakob.

Jika anda mahu sebuah naskhah yang menghiburkan, jangan lupa tonton Homestay Permainan Maut bermula 18 April 2019 ini di semua pawagam seluruh Malaysia.