Tuesday, April 9, 2019

Oh! Media

Oh! Media


NuFinity White Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia, Miss World Malaysia Sebagai Duta Produk! Wow!

Posted: 08 Apr 2019 05:56 AM PDT


Rabu lalu bertempat di De'Gouffron, Apex Biocare telah melancarkan produk terbaru mereka iaitu NuFinity White sebagai produk yang menjanjikan kulit lebih cerah seawal dua minggu sahaja. Dalam acara tersebut juga, mereka telah memperkenalkan duta rasmi NuFinity White iaitu pemegang anugerah Miss World Malaysia 2018 iaitu Larissa Ping Liew . Fuh ketaq lutut kami dapat jumpa Miss World tau. Haha.


NuFinity White merupakan produk premium yang menempatkan diri mereka bukan sekadar produk pemutih kulit yang dah banyak berada di pasaran tetapi ianya mempunyai kelainan tersendiri yang membuatkan produk ini mendapat sambutan yang sangat luar biasa bukan sahaja untuk kaum wanita, malahan turut dimonopoli oleh kaum lelaki yang mementingkan penampilan menarik serta kulit yang sihat.

Sekitar Acara Pelancaran NuFinity White.



Menarik berkenaan NuFinity White ni dan membezakannya ianya berbanding dengan produk pemutih kulit yang lain, ini merupakan produk sunblock pemutih pertama di Malaysia yang boleh dimakan! Hanya buka satu sachet setiap hari dan terus tuang ke dalam mulut. Tak perlu lagi nak pakai sunblock untuk takut kulit jadi gelap dan sebagainya.





Kebaikan NuFinity ini ada 3 yang paling utama jika terus diamalkan iaitu membuatkan kulit jadi lebih putih secara semulajadi secara dari dalam, mengukuhkan lagi struktur kulit bagi melambatkan proses penuaan, serta menawarkan enzim yang memangkinkan pecahan radikal bebas yang aggresif yang dihasilkan metabolisme oksigen dalam badan kita.









Selamat atau tidak NuFinity White ni? Selain mempunyai sijil halal, ianya juga mempunyai jaminan dan pengesahan menggunakan 100% bahan semulajadi jadi kalau dah 100% dari bahan semulajadi, tentulah selamat.

Keberkesanan bagi yang menggunakan NuFinity White ini akan memberi kesan cuma dalam tempoh masa 8 minggu dah nampak sendiri perubahan pada warna kulit tetapi sesetengah orang hanya mengambil masa 14 hari sahaja untuk melihat perbezaan yang ketara pada kulit masing-masing.

Maklumat lanjut boleh layari website NuFinity di www.nufinity.com.my dan juga Facebook NuFinity.

Menu Malaysian Rendang Diletakkan di Stadium Tottenham Hotspur - Buatkan Indonesia Tidak Senang?

Posted: 08 Apr 2019 07:05 AM PDT


Nampaknya isu claim di antara Malaysia dan Indonesia kembali panas apabila sebuah stadium milik Tottenham Hotspur yang baru sahaja siap dibina di London telah menyediakan satu menu khas iaitu Malaysian Chicken Curry dan Malaysian Rendang.

Stadium yang kini merupakan yang terbesar di Liga Perdana Inggeris ini telah menarik perhatian peminat bola sepak Malaysia dan warga Indonesia apabila menu Malaysian Chicken Curry dan Malaysian Rendang disediakan.




Warga Indonesia kebanyakan mempersoalkan akan penggunaan nama Malaysian Rendang dan mengatakan bahawa ia merupakan makanan tradisi asal mereka. Seperti biasa claim dari Indonesia pastinya akan muncul jika ia dikatakan milik Malaysia.


Namun, jika ia dilihat dengan teliti, menu terbabit menggunakan nama 'Malaysian' dan bukan 'Malaysia'. Jadi ini menunjukkan bahawa ia bukanlah ingin menunjukkan kita ingin claim ia milik Malaysia, tetapi pihak yang terlibat hanya menggunakan resepi dan cara masakan orang Malaysia atau Malaysian sebagai tarikan terbaru di stadium terbabit.



+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.


Pemain Golf Profesional Negara, Arie Meninggal Dunia di China

Posted: 08 Apr 2019 05:06 AM PDT


Arie Ahmad Fauzi, pemain profesional golf negara dilaporkan telah meninggal dunia mengejut yang kini sedang berada di Kejuaraan Sanya, Siri Jelajah PGA-China semalam.

Pemain berumur 28 tahun itu ditemui meninggal dunia di hotel penginapannya di Hainan namun bedah siasat terhadap kematiannya masih belum selesai.




"Jelajah PGA dan Persatuan Golf China merakamkan ucapan takziah terhadap kehilangan seorang ahli kita kepada isteri Arie, Marina dan ibu bapanya, Ahmad dan Jeny. Apabila sesuatu berlaku dalam dunia golf, kami semua bersedih," kata kenyataan itu.

Sebagai tanda hormat, penganjur memutuskan untuk membatalkan pusingan akhir Kejuaraan Sanya dengan mengakhiri saingan 54 lubang.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Pelawak Belasah Pengawal Keselamatan Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

Posted: 08 Apr 2019 05:05 AM PDT


Sebelum ini telah tersebar di media sosial video dan beberapa gambar menunjukkan seorang pelawak terkenal dikatakan telah membelasah dan menendang seorang pengawal keselamatan akibat tidak puas hati.

Namun, maklumat terbaru mengatakan pelawak terbabit telah dibebaskan dengan jaminan polis setelah pihak polis membuat permohonan untuk mendapatkan perintah reman pagi tadi.

"Kita (polis) bawa lelaki itu ke mahkamah untuk memohon perintah reman namun mahkamah memerintahkan untuk dia dibebaskan dengan jamin.

"Bagaimanapun, kita masih meneruskan siasatan," katanya Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Nor Marzukee Besar.




Sebelum itu, dia ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai ketika hadir untuk memberi keterangan jam 5 petang semalam.

Mohd Nor Marzukee berkata, dalam kejadian jam 8 malam kelmarin, artis itu yang memandu Proton Perdana memasuki kawasan perumahan tanpa kebenaran selepas mengekori kenderaan seorang penduduk di kawasan perumahan berkenaan.

"Selepas itu pengawal keselamatan menutup palang pos keselamatan dan mengejar kereta lelaki terbabit. Selang beberapa minit dia ingin keluar tetapi tidak boleh kerana palang ditutup.

"Lelaki itu turun dari kenderaan sebaik sahaja mangsa sampai lalu berlaku pertengkaran dan dia menumbuk muka mangsa sebanyak tiga kali selain menendang pinggang serta membaling batu," katanya.

Sumber penuh: Berita Harian

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

4 Jenama Besar Motosikal Setuju Keluarkan Bateri dan Pengecas Yang Sama

Posted: 08 Apr 2019 01:56 AM PDT


Industri motosikal elektrik kini dilihat telah mendapat kata sepakat apabila nama besar seperti Honda, Kawasaki, Suzuki dan Yamaha telah bersetuju untuk membina konsortium dalam sistem bateri dan pengecas bagi mosikal elektrik mereka.

Apa yang menarik adalah, pengguna boleh menggantikan bateri dengan pantas di stesen dengan menanggalkan bateri yang telah digunakan dan menggantikan dengan yang baru tanpa perlu menunggu bateri dicas semula.




Stesen pengecas yang akan menggunakan standard pengecasan serta kepala cas yang sama bagi empat model motosikal ini.

Jepun adalah salah satu negara yang menyediakan stesen pengecas dan penunggang tidak perlu risau motosikal tidak dapat dicas.

Ini merupakan kerjasama yang sangat baik kerana ia akan memudahkan kegunaannya di peringkat global bagi penyediaan stesen pengecasan.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

'Kereta Terbang' Dengan Bendera BN Kelihatan di Rantau

Posted: 07 Apr 2019 10:34 PM PDT


Kehangatan berkempen semakin dirasai di PRK DUN Rantau apabila jentera pembangkang dari BN melakukan sesuatu yang tidak pernah dilakukan iaitu dengan menggunakan 'kereta terbang'.

Sebelum ini telah tersebar di media sosial dengan gambar dan rakaman video menunjukkan bendera parti BN dibawa mengelilingi Pekan Rantau yang diterbangkan menggunakan paramotor.

Namun, calon dari BN Datuk Seri Mohamad Hasan mengatakan ia tidak mengetahui tentang 'kereta terbang' terbabit dan menjangkakan ia datang dari kreativiti kem BN.




"Saya ingin ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan dan penyokong yang banyak membantu berkempen bagi pihak saya" kata Tok Mat.



+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Aurat Perempuan Mualaf Dengan Keluarganya

Posted: 07 Apr 2019 09:17 PM PDT


Soalan:
Bolehkah tidak menutup aurat bagi perempuan yang tinggal bersama keluarga bukan Islam? Dan bagaimana batas aurat perempuan mualaf dengan adik beradik lelakinya yang bukan Islam? Mohon penjelasan.

Jawapan:
Aurat adalah suatu angggota badan yang tidak boleh diperlihatkan oleh lelaki atau perempuan kepada orang lain. (Lihat al-Mausu'ah al-Fiqhiyah al-Kuwaitiyah, 31/44)

Menurut Khatib al-Syarbini, aurat diertikan sebagai apa-apa yang haram untuk dilihat. (Lihat Mughni al-Muhtaj, 1/185)

Pada asasnya, hukum menutup aurat adalah wajib sepertimana disepakati ulama' berdasarkan firman Allah SWT:

وَقُل لِّلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا ۖ وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَىٰ جُيُوبِهِنَّ ۖ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُولِي الْإِرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَىٰ عَوْرَاتِ النِّسَاءِ ۖ وَلَا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِن زِينَتِهِنَّ ۚ وَتُوبُوا إِلَى اللَّـهِ جَمِيعًا أَيُّهَ الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." [Surah al-Nur (31)]

Allah SWT turut berfirman:

يَا بَنِي آدَمَ قَدْ أَنزَلْنَا عَلَيْكُمْ لِبَاسًا يُوَارِي سَوْآتِكُمْ وَرِيشًا ۖ وَلِبَاسُ التَّقْوَىٰ ذَٰلِكَ خَيْرٌ ۚ ذَٰلِكَ مِنْ آيَاتِ اللَّـهِ لَعَلَّهُمْ يَذَّكَّرُونَ
"Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur)." [Surah al-A'raf (26)]




Berdasarkan persoalan di atas, kami nyatakan seperti berikut:

1. Berkenaan aurat sesama adik beradik, boleh untuk tidak memakai tudung menutup kepala di hadapan adik beradik lelakinya yang bukan Islam kerana kekafiran tidak membatalkan hubungan mahram. Walaupun mereka bukan Islam, mereka tetap masih dikira mahram. Oleh itu, tidak perlu memakai tudung semasa bersama mereka sekiranya tidak menimbulkan fitnah.

Imam al-Sarkhasi menyebut: "Keadaan mahram itu adalah sama dalam keadaan merdeka atau dimiliki, Islam atau kafir kerana setiap yang mempunyai agama akan menjaga (batas) mahram-mahramnya." (Lihat al-Mabsut, 4/111)

Disebut dalam kitab Majmu' al-Fatawa (32/66): "Seorang kafir apabila berkahwin secara pernikahan haram dalam agama Islam, maka sesungguhnya ia menghubungkannya pada nasab, dan sabit hubungan persemendaan dengannya. Maka haram bagi setiap keduanya akan usul dan furu' mereka dengan kesepakatan ulama'."

2. Sekiranya di luar rumah dan jauh daripada keluarga, seperti di tempat pengajian atau tempat kerja, maka wajib menutup aurat sepertimana yang dituntut.

Adapun berkenaan isu aurat antara perempuan Islam dengan wanita bukan Islam, disimpulkan: "Aurat perempuan Islam pada pandangan perempuan bukan Islam menurut pandangan majoriti ulama fiqh adalah seluruh tubuh kecuali muka dan dua tapak tangan. Manakala menurut pandangan sebahagian ulama mazhab Syafie, termasuk sebahagian ulama mutaakkhirin mazhab Syafie bahawa aurat perempuan Islam pada pandangan perempuan bukan Islam adalah selain kepala, tangan dan kaki.

Oleh itu dalam isu seperti ini, pengawalan dan penjagaan aurat adalah amat penting tetapi dalam keadaan tertentu, jika sesama perempuan sekalipun perempuan bukan Islam maka ia adalah harus dengan syarat tidak membawa fitnah dan menjatuhkan maruah wanita Muslimah. Ini kerana keadaan realiti kehidupan kini begitu berbeza dengan zaman dahulu. Justeru, meraikan keadaan semasa yang bersifat realiti perlulah diambilkira."

Kadang-kadang suasana perlu dilihat berdasarkan fiqh aqalliyyat (fiqh minoriti) untuk keharmonian bersama.

Kami akhiri dengan doa:

اللَّهُمَّ أَرِنَا الْحَقَّ حَقًّا، وَارْزُقْنَا اتِّبَاعَهُ، وَأَرِنَا الْبَاطِلَ بَاطِلًا، وَارْزُقْنَا اجْتنِاَبَهُ، وَلَا تَجْعَلْهُ مُلْتَبِسًا عَلَيْنَا فَنَضِلَّ، وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا
"Ya Allah, tunjukkanlah kepada kami kebenaran itu sebagai kebenaran, dan rezekikanlah kepada kami untuk mengikutinya. Dan tunjukkanlah kepada kami kebatilan itu sebagai kebatilan dan rezekikanlah kepada kami untuk menjauhinya, dan jangan jadikannya terkeliru atas kami sehingga kami sesat. Dan jadikanlah kami bagi orang yang bertaqwa sebagai pemimpin."

Semoga Allah SWT mengurniakan kepada kita akan taufiq dan hidayah-Nya dalam mengamalkan setiap apa yang diperintah oleh-Nya. Amin.

+ Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan

Ciri-ciri Wanita Solehah Dan Kelebihannya

Posted: 07 Apr 2019 09:04 PM PDT


Soalan:
Kenapa bila disebut tentang 'wanita solehah' kebanyakannya berkaitan isteri? Dan apakah maksud wanita yang solehah dan beragama sepertimana yang disebut dalam hadis Baginda Nabi SAW. Mohon penjelasan.

Jawapan:
Secara umumnya tidak semestinya apabila disebut wanita solehah merujuk kepada isteri kerana dalam Nas Ilahi juga menyebut berkaitan perempuan yang menjaga maruahnya. Wanita solehah biasanya disebut seperti ini untuk menjadi satu dambaan kepada lelaki dalam membina rumahtangga. Hal ini sepertimana sabda Nabi SAW:

فَاظْفَرْ بِذَاتِ الدِّينِ تَرِبَتْ يَدَاكَ
"Pilihlah perempuan yang beragama nescaya beruntunglah kamu." [Riwayat al-Bukhari (4802) dan Muslim (1466)]

Al-Hafiz Ibn Hajar menjelaskan, ungkapan "فَاظْفَرْ بِذَاتِ الدِّينِ" membawa maksud sewajarnya bagi seorang yang beragama dan memiliki maruah (adab) untuk menjadikan agama sebagai petunjuk dalam setiap perkara, lebih-lebih lagi dalam perkara yang dia akan berteman dan tinggal lama bersamanya (isteri). Maka Nabi SAW menyuruh agar mendapatkan seorang wanita yang memiliki agama di mana agama adalah puncak keinginan. (Lihat Fath al-Bari, 9/164)

Imam Nawawi menyebut bahawa hadith di atas menerangkan kepada kita bahawa kebiasaan adat seseorang apabila ingin menikahi wanita, terdapat empat perkara yang menjadi kayu pengukur. Rasulullah SAW menyuruh agar dilihat pada agamanya kerana ianya menguntungkan seseorang di dunia dan akhirat. (Lihat Syarh al-Nawawi 'ala Sahih Muslim, 10/51-52)

Ungkapan "فَاظْفَرْ" membawa maksud cari dan berusahalah serta berlumbalah untuk mendapatkan perempuan yang baik agamanya. (Lihat Taudhih al-Ahkam min Bulugh a-Maram, 5/234)

Imam al-Son'ani menyebut, Nabi SAW memerintahkan para pemuda sekiranya mereka menjumpai perempuan yang baik agamanya, maka janganlah mereka berpaling untuk mengubah pilihan kepada perempuan lain. (Lihat Subul al-Salam, 10/4)

Pengarang al-Fiqh al-Manhaji menyebut: "Hikmah pemilihan wanita yang beragama dan berakhlak adalah kerana agama akan terus kukuh bersama-sama peredaran zaman. Manakala akhlak pula akan terus mantap bersama hari-hari yang berlalu, di samping pengalaman hidup. Apabila setiap pasangan menjadikan agama dan akhlak sebagai asas pemilihan, ia lebih menjamin kelangsungan cinta dan kasih sayang yang berkekalan.

Hal ini tidak pula bermaksud bahawa manusia tidak perlu mengambil kira faktor keturunan dan kecantikan. Sebaliknya, ia bermaksud bahawa sekiranya ciri-ciri tertentu sahaja yang ada pada seseorang perempuan, maka pemilihan berdasarkan agama adalah yang paling baik. Jika kesemua ciri ini ada, maka itulah wanita yang paling baik untuk dijadikan pasangan." (Lihat al-Fiqh al-Manhaji, 2/519-520)

Ini kerana wanita solehah ini biasanya sudah menjadi sejarah daripada dahulu lagi akan dikahwini oleh lelaki yang sepertinya dan biasanya akan menjadi pilihan utama. Disebabkan itulah, dalam sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Abdullah bin 'Amr R.A, Nabi SAW pernah bersabda:

‏ الدُّنْيَا مَتَاعٌ وَخَيْرُ مَتَاعِ الدُّنْيَا الْمَرْأَةُ الصَّالِحَةُ
"Dunia adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita yang solehah."‏ [Riwayat Muslim (715)]

Imam al-Qurthubi menjelaskan makna wanita yang solehah dalam hadith di atas ialah wanita yang menggembirakan suami apabila dilihat, mentaatinya apabila disuruh, dan memelihara kehormatan suaminya apabila ketiadaannya pada diri dan juga hartanya. (Lihat al-Mufhim, 4/221).




Hal ini merujuk kepada sabda Nabi SAW:

أَلاَ أُخْبِرُكَ بِخَيْرِ مَا يَكْنِزُ الْمَرْءُ الْمَرْأَةُ الصَّالِحَةُ إِذَا نَظَرَ إِلَيْهَا سَرَّتْهُ وَإِذَا أَمَرَهَا أَطَاعَتْهُ وَإِذَا غَابَ عَنْهَا حَفِظَتْهُ
"Hendakkah kamu aku beritahukan tentang sebaik-baik harta seorang lelaki adalah wanita yang solehah. Apabila dia melihat kepadanya, dia akan menggembirakan, apabila dia memberi arahan kepadanya wanita itu taat, dan apabila dia tidak berada di sisinya, wanita itu menjaga maruah dirinya." [Riwayat Abu Daud (1664)]

Syeikh Syams al-Haq al-'Azim Abadi menukilkan kenyataan Al-Qadhi 'Iyadh yang menyebut: "Ketika Rasulullah SAW menjelaskan kepada para sahabatnya bahawa mereka tidak berdosa untuk mengumpulkan harta selagimana mereka menunaikan zakat, Baginda melihat perlunya memberi khabar gembira kepada mereka dengan menganjurkan kepada apa yang lebih baik dan lebih kekal iaitu isteri yang solehah yang cantik." (Lihat 'Aun al-Ma'bud, 5/56-57)

Justeru, wanita solehah kebanyakannya berkaitan dengan isteri, iaitu diambil dari sudut 'اعتبار ما يكون' (iktibar pada masa akan datang), anak-anak yang soleh dan solehah, seterusnya menjadi wanita yang solehah dan akhirnya isteri yang solehah. Apabila disebut isteri yang solehah maka ia termasuk dalam perkara kebahagiaan dalam hidup.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abi Umamah R.A, Nabi SAW menyebut:

مَا اسْتَفَادَ الْمُؤْمِنُ بَعْدَ تَقْوَى اللهِ خَيْرًا لَهُ مِنْ زَوْجَةٍ صَالِحَةٍ ، إِنْ أَمَرَهَا أَطَاعَتْهُ ، وَإِنْ نَظَرَ إِلَيْهَا سَرَّتْهُ ، وَإِنْ أَقْسَمَ عَلَيْهَا أَبَرَّتْهُ ، وَإِنْ غَابَ عَنْهَا نَصَحَتْهُ فِي نَفْسِهَا وَمَالِهِ
"Seseorang lelaki yang beriman itu tidak akan mendapat manfaat dan faedah –selepas takwanya kepada Allah SWT– lebih daripada isteri yang solehah. Jika disuruh oleh suami, dia taat, jika suaminya melihat kepadanya, dia menyenangkannya. Jika bersumpah, nescaya dia dapat membuktikannya dan jika ditinggalkan oleh suaminya, dia menjaga diri dan menjaga hartanya." [Riwayat Ibn Majah (1857)]

Begitu juga Nabi SAW menyebut berkenaan empat perkara yang menjadi kebahagiaan seseorang lelaki, iaitu:

اَلْمَرْأَةُ الصَّالِحَةُ، وَالْمَسْكَنُ الْوَاسِعُ، وَالْجَارُ الصَّالِحُ، وَالْمَرْكَبُ الْهَنِيُّ
"Wanita (isteri) yang solehah, tempat tinggal yang luas/lapang, jiran yang soleh dan kenderaan yang selesa." [Riwayat Ibn Hibban (4031) dan Ahmad (1448)]

Justeru, itulah yang disebut sebagai pengertian wanita yang solehah sepertimana terangkum dalam nas-nas yang dinyatakan di atas.

Kami akhiri dengan doa kepada Allah SWT:

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا
"Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa." (Surah al-Furqan: 74)

Semoga Allah SWT mengurniakan taufiq dan hidayah dalam melaksanakan setiap titah perintah-Nya. Amin.

+ Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan

Adakah Dana Masjid Dikenakan Zakat?

Posted: 07 Apr 2019 08:09 PM PDT



Soalan:
Adakah dana masjid yang disumbangkan oleh orang awam dan yang diwakafkan wajib dikeluarkan zakat apabila cukup haul dan nisab?

Jawapan:
Salah satu syarat wajib zakat mestilah harta tersebut dalam bentuk pemilikan sempurna. Pemilikan tersebut hendaklah jelas di mana tiada orang lain yang berhak ke atas harta tersebut melainkan dirinya sendiri. Dengan itu, sesuatu harta tersebut tidak tertakluk kepada pihak yang lain. Justeru, tidak wajib zakat ke atas harta yang tidak mempunyai pemilik tertentu.

Allah SWT berfirman:

خُذْ مِنْ أَمْوَالِهِمْ صَدَقَةً تُطَهِّرُهُمْ وَتُزَكِّيهِم بِهَا
"Ambilah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk)." [Surah al-Taubah (103)]

Imam al-Mawardi menyebut dalam kitabnya, al-Hawi al-Kabir dengan menukilkan pandangan Imam al-Syafie:

وَتَجِبُ الصَّدَقَةُ عَلَى كُلِّ مَالِكٍ تَامِّ الْمِلْكِ مِنَ الْأَحْرَارِ ، وَإِنْ كَانَ صَغِيرًا أَوْ مَعْتُوهًا أَوِ امْرَأَةً لَا فَرْقَ بَيْنَهُمْ فِي ذَلِكَ
"Zakat hukumnya wajib bagi setiap orang yang memiliki harta dengan pemilikan sempurna (tam al-milk), dari pemilik orang merdeka (bukan hamba), meskipun anak kecil atau orang gila atau wanita. Tidak ada perbezaan antara mereka dalam kewajiban berzakat." (Lihat al-Hawi al-Kabir, 3/329)

Selain itu, syarat wajib zakat juga adalah harta tersebut mestilah dimiliki oleh individu tertentu. Oleh itu, zakat tidak wajib ke atas insitusi atau badan yang mempunyai dana daripada sumber harta umum seperti wakaf, sedekah dan seumpamanya yang tidak mempunyai pemilik.

Imam al-Nawawi berkata:

إذَا كَانَتْ الْمَاشِيَةُ مَوْقُوفَةً عَلَى جِهَةٍ عَامَّةٍ كَالْفُقَرَاءِ أَوْ الْمَسَاجِدِ أَوْ الْغُزَاةِ أَوْ الْيَتَامَى وَشَبَهِ ذَلِكَ فَلَا زَكَاةَ فِيهَا بِلَا خِلَافٍ , لِأَنَّهُ لَيْسَ لَهَا مَالِكٌ مُعَيَّنٌ
"Sekiranya binatang ternak yang diwakafkan untuk kepentingan umum seperti (kepada) orang-orang fakir atau masjid atau untuk orang yang berperang atau anak yatim dan yang seumpama dengannya, maka tidak diwajibkan zakat padanya tanpa khilaf. Ini kerana harta tersebut tidak dimiliki oleh individu tertentu." (Lihat al-Majmu', 5/313)

Imam al-Ramli pula menyebut:

وَشَرْطُ وُجُوبِهَا أَيْضًا أَنْ يَكُونَ الْمَالِكُ مُعَيَّنًا ، فَلَا زَكَاةَ فِي الْمَوْقُوفِ عَلَى جِهَةٍ عَامَّة ،ٍ وَتَجِبُ فِي الْمَوْقُوفِ عَلَى مُعَيَّنٍ
"Dan (antara) syarat diwajibkan zakat juga adalah hendaklah harta tersebut adalah milik individu tertentu. Tidak diwajibkan zakat ke atas harta wakaf yang menjadi milik umum, dan diwajibkan zakat ke atas harta wakaf yang menjadi milik pihak tertentu." (Lihat Nihayah al-Muhtaj, 9/200)

Syeikh Zakaria al-Ansari berkata:

لَا زَكَاةَ فِيمَا يُسْتَغَلُّ من الْوَقْفِ لِلْمَسَاجِدِ أَيْ عليها وَنَحْوِهَا وعلى الْجِهَةِ الْعَامَّةِ كَالْفُقَرَاءِ وَالْمَسَاكِينِ إذْ ليس لها مَالِكٌ مُعَيَّنٌ
"Tidak dikenakan zakat pada manfaat harta wakaf untuk kegunaan masjid dan seumpama dengannya. Begitu juga ke atas harta umum seperti harta orang-orang fakir dan orang miskin kerana harta tersebut bukan milik individu tertentu." (Lihat Asna al-Matalib, 1/369)




Fatwa-Fatwa Badan Berautoriti

Kami kemukakan di sini beberapa fatwa yang telah dikeluarkan berkaitan isu di atas, antaranya:

1. Dar al-Ifta al-Misriyyah

Dar al-Ifta al-Misriyyah pernah mengeluarkan fatwa yang antara lain menyebut: "Setiap harta yang bukan di bawah pemilikan individu tertentu dianggap sebagai harta milik umum yang tidak diwajibkan zakat atasnya. Termasuk dalam jenis harta ini adalah semua jenis harta yang dikelola oleh negara sebagai wakil dari rakyatnya, iaitu harta yang tersimpan dalam perbendaharaan negara dan harta di baitul mal." (Lihat Fatawa Dar al-Ifta' al-Misriyyah, nombor 2535)

2. Fatwa al-Lajnah al-Daimah

Al-Lajnah al-Daimah li al-Ifta' pernah ditanya, "Adakah zakat diwajibkan terhadap harta masjid yang diwakafkan?" Mereka menjawab, "Zakat tidak diwajibkan terhadap harta wakaf masjid dan sejenisnya, masalah ini hanya satu pendapat. Kerana tidak ada kepemilikan padanya." (Lihat Fatawa al-Lajnah al-Daimah li al-Ifta', 9/412)

Kesimpulan

Menjawab persoalan di atas, dana hasil sumbangan orang awam serta yang diwakafkan kepada masjid tersebut tidak perlu dizakatkan sekalipun jumlahnya banyak dan melebihi nisab serta haul.

Hal ini kerana zakat tidak wajib ke atas harta yang tidak dimiliki oleh individu tertentu seperti institusi atau masjid yang mempunyai dana daripada sumber harta umum seperti sedekah, wakaf dan seumpamanya.

Selain itu, dana sumbangan orang ramai kepada masjid itu juga adalah dikira sebagai hak Allah SWT dan kerana itu tidak perlu untuk dizakatkan.

Kami mengambil kesempatan di sini untuk menggesa pihak pentadbir masjid secara syura atau kebenaran yang diberikan kepada mereka dalam menguruskan dana masjid, hendaklah menggunakannya dengan sebaik mungkin dan seamanahnya. Pada saat yang sama, janganlah disimpan sehingga berlaku pengabaian dalam mengimarahkan masjid. Justeru kebijaksanaan pengurusan masjid adalah amat digalakkan dan diperlukan.

Marilah sama-sama kita menghayati firman Allah SWT:

إِنَّمَا يَعْمُرُ مَسَاجِدَ اللَّـهِ مَنْ آمَنَ بِاللَّـهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَأَقَامَ الصَّلَاةَ وَآتَى الزَّكَاةَ وَلَمْ يَخْشَ إِلَّا اللَّـهَ ۖ فَعَسَىٰ أُولَـٰئِكَ أَن يَكُونُوا مِنَ الْمُهْتَدِينَ
"Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk." (Surah al-Taubah: 18)

Ibn Kathir berkata: "Mereka yang mengimarahkan masjid adalah mereka yang dianggap sebagai ahlullah." (Lihat Tafsir al-Quran al-'Azim, 4/119)

Semoga masjid kita menjadi masjid yang benar-benar diimarahkan. Amin.

+ Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan

Atlet Lompat Tinggi Negara Raih Gangsa di Kejohanan Balapan Australia 2019

Posted: 07 Apr 2019 10:35 PM PDT


Nauraj Singh Randhawa, atlet sukan lompat tinggi berjaya mendapatkan pingat gangsa di Kejohanan Balapan dan Padang Australia 2019 semalam.

Kejohanan yang diadakan di Sydney Olympic Park Athletic Centre itu melihatkan Nauraj berjaya melepasi ketinggian 2.20 meter (m), di tempat ketiga.

Emas bagi acara ini melihatkan Joel Baden, Victoria berjaya melepasi ketinggian 2.30m dan pingat perak milik Woo Sanghyeok, Korea Selatan pada ketinggian 2.24m.




"Ia adalah satu keputusan yang positif kerana saya dapat melepasi ketinggian 2.10m, 2.15m, 2.20m dengan hanya satu percubaan. Saya juga gemar akan teknik larian saya ketika ini kerana ia lebih lancar," kata Nauraj kepada Sukan BH, hari ini.

Dalm perkembangan lain, selepas ini Nauraj akan beraksi untuk di peringkat seterusnya dalam persiapan ke Kejohanan Olahraga Asia, Doha, Qatar yang dijadual berlangsung pada 21 hingga 24 April ini.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Drama Nur Miliki 6 Trofi Dalam DFKL 2019 Malam Tadi

Posted: 07 Apr 2019 07:54 PM PDT


Nampaknya drama Nur berjaya mendapatkan enam trofi utama di Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2019 yang turut membawa pulang trofi Drama pilihan.

Pengarah dan Penulis drama Nur, Shahrulezad Mohameddin turut mendapat anugerah dalam kategori Skrip Pilihan.




Aktor Pilihan juga menjadi milik pelakon utama Syafiq Kyle yang membawakan watak Ustaz Adam. Namun, Amyra Rosli tidak berjaya mendapatkan Aktres Pilihan kerana ia menjadi milik Janna Nick dalam drama Semerah Cinta sebagai Humairah.


Amyra tidak pulang dengan tangan kosong, setelah dipilih sebagai Pasangan Pilihan hasil gandingan mantap lakonannya bersama Syafiq.

Kategori Antagonis Pilihan terus diungguli Nur apabila trofi itu menjadi milik Azhan Rani. Drama rantaian Nur disiarkan menerusi slot Samarinda TV3, tahun lalu.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.