Tuesday, October 31, 2017

BeautifulNara: Zul Ariffin Buat Kejutan, Hadiri Sambutan Ulangtahun Kelahiran Aaisyah Dhia Rana

BeautifulNara
 
Zul Ariffin Buat Kejutan, Hadiri Sambutan Ulangtahun Kelahiran Aaisyah Dhia Rana
Oct 31st 2017, 07:35, by serenity

Jika anda mengikuti video viral, pasti mengetahui anak perempuan Rozita Che Wan yang super comel ialah peminat Zul Ariffin. Dalam satu video yang viral, Aaisyah telah bertanya pada Zul Ariffin, bilakah pelakon popular itu hendak berlakon dengan Aaisyah.

Dalam satu video viral yang lain, Aaisyah dilihat enggan berlakon dengan Zul Ariffin, kerana dia takut Zul Ariffin menciumnya dalam keadaan bermisai. Video itu boleh ditonton di bawah:

Tanpa disangka Aaisyah, Zul Ariffin telah membuat kejutan dengan hadir ke majlis sambutan ulang tahun kelahiran Aaishah yang malam tadi.

Video pertemuan Zul Ariffin dengan Aaisyah boleh ditonton dengan membaca entri ini sepenuhnya.


Untuk makluman, Aaisyah lahir pada 1 November, tiga tahun lepas.

Namun begitu, disebabkan malu, Aaisyah dilihat terkaku sewaktu diegur oleh Zul Ariffin.


Walaupun baru berusia tiga tahun, Aaisyah petah berkata-kata dan gelagatnya mencuri perhatian Netizen yang menganggap dia seperti Hannah Delisha versi kanak-kanak. Untunglah Aaisyah, uncle Zul Ariffin yang popular sanggup datang menyambut ulangtahun kelahirannya.

Memang bertuah sungguh, dahlah comel, kecil-kecil sudah bergelar model dan aktres. Selamat maju jaya diucapkan buat Aaisyah.- beautifulnara.com

You are receiving this email because you subscribed to this feed at blogtrottr.com. By using Blogtrottr, you agree to our polices, terms and conditions.

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions.