Monday, February 12, 2018

BeautifulNara: FattZura Adakan Majlis Resepsi Khas Buat Peminat Pada 11 Mac Ini

BeautifulNara
 
FattZura Adakan Majlis Resepsi Khas Buat Peminat Pada 11 Mac Ini
Feb 12th 2018, 12:54, by Bella

Ramai yang sudah tidak sabar untuk melihat pasangan romantis Fazura dan Fattah Amin bersanding pada 25 Februari ini. Walaubagaimanapun, majlis tersebut akan diadakan secara tertutup. Alahai, pasti peminat tegar pasangan ini sudah kecewa bukan? Nanti dulu, relaks.

Anda masih lagi berpeluang untuk melihat meraikan perkahwinan mereka. Iya, kami tidak bohong. Fazura sendiri mengesahkan beliau dan Fattah akan adakan majlis resepsi khas buat peminat tercinta pada 11 Mac Ini.

Saya minta maaf, majlis resepsi yang bakal diadakan pada 25 Februari ini akan diadakan secara tertutup untuk kedua-dua belah pihak keluarga sahaja. Namun saya dan Fattah akan adakan sebuah lagi majlis resepsi khas buat peminat kami pada 11 Mac ini.

Sedang sibuk menguruskan persiapan untuk dua buah majlis resepsi, Fazura bagaimanapun sempat meluahkan rasa teruja untuk naik pelamin bersama Fattah yang amat beliau cintai. Cewah! Semoga segala perancangan dan persiapan majlis tersebut berjalan dengan lancar. Gembira betul lah kan peminat mereka berdua dengan kejutan khas ini. Hehe..

Sumber Berita : Astro Awani

You are receiving this email because you subscribed to this feed at blogtrottr.com. By using Blogtrottr, you agree to our policies, terms and conditions.

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions.