Tuesday, February 13, 2018

BeautifulNara: Kalau Naik Pentas Tak Diundang, Jamah Buku Lima Der – Altimet Respon Cubaan Iqram Dinzly “Ceroboh” Persembahannya

BeautifulNara
 
Kalau Naik Pentas Tak Diundang, Jamah Buku Lima Der – Altimet Respon Cubaan Iqram Dinzly "Ceroboh" Persembahannya
Feb 13th 2018, 12:12, by Bella

Rasanya umum mengetahui Iqram Dinzly sudah lama tidak hadirkan diri ke mana-mana acara hiburan dan sering dihimpit dengan kontroversi kerana aksi anehnya sehingga ada yang menganggap beliau "kurang siuman".

Seperti ingin mencari publisiti, Iqram sekali lagi dikecam netizen serta rakan artis apabila sekali lagi berkelakuan pelik ketika menghadiri acara AJL 32 Ahad lalu.

Menerusi akaun Twitter, penyanyi Altimet meluahkan rasa kecewa apabila Iqram dikatakan cuba untuk mengganggu persembahan beliau pada malam tersebut. Mujurlah petugas AJL 32 dapat menghalang Iqram naik ke atas pentas.

Altimet dalam nada sinis juga berkata, jika perkara itu berlaku pasti keadaan akan menjadi lebih keruh dan menyebabkan pergaduhan yang mendatangkan "kecederaan".

Okay tediaaa makhluk kuning dah masuk. Dia ni laaa yang dijampi sebenarnya. #AJL32 #IqramDinzly pic.twitter.com/dBa1vxiSK7

— Kel Kel ? (@khxlisjohxr) February 11, 2018

Walaupun perkara tersebut tidak berlaku ketika persembahan Altimet, Iqram tetap menaiki pentas utama saat pemenang AJL 32 Hael Husaini menyanyikan semula lagu Jampi sebelum anugerah tersebut berakhir. Iqram mula menunjukkan ekspresi seninya dengan tarian meraikan kemenangan Hael.

You are receiving this email because you subscribed to this feed at blogtrottr.com. By using Blogtrottr, you agree to our policies, terms and conditions.

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions.