Wednesday, February 14, 2018

BeautifulNara: Pelakon Adam Shahz Dakwa Bekas Isterinya Curang Dan Pernah Disihir?

BeautifulNara
 
Pelakon Adam Shahz Dakwa Bekas Isterinya Curang Dan Pernah Disihir?
Feb 14th 2018, 00:21, by Bella

Tahun lalu, pelakon Adam Shahz dan Fatin Afeefa sah bercerai talak satu selepas Fatin memfailkan perceraian. Dalam satu kenyataan Fatin tidak menolak punca mereka bercerai adalah kerana sihir pemisah yang dihantar kepadanya.

Semalam, Adam pula membuat satu pendedahan yang mengejutkan menerusi akaun Twitternya. Adam yang terkenal menerusi filem Juvana mendakwa dirinya dibomoh oleh bekas isterinya.

Sebenarnya Adam sudah tidak dapat menahan kesabarannya kerana sering dipersalahkan dan dihimpit pelbagai fitnah sehingga dirinya dipandang negatif oleh sesetengah pihak.

Bukan itu sahaja, beliau turut mendakwa Fatin pernah berlaku curang ketika masih bergelar isteri orang dan meminta agar Fatin berhenti berlakon seolah-olah dirinya adalah mangsa keadaan.

Adam dan Fatin mendirikan rumah tangga pada 21 Disember 2013 dan bercerai padea 30 Mei 2017. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata Adam Aisy Arrian dan Ivy Herra Sophia.

Sumber Berita : Twitter Adam Shahz

You are receiving this email because you subscribed to this feed at blogtrottr.com. By using Blogtrottr, you agree to our policies, terms and conditions.

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions.