Oh! Media |
Tam Spider Timang Anak Perempuan Posted: 28 Apr 2018 02:43 AM PDT Penyanyi dan komposer Tam Spider atau Rustam bin Mustafa telah menimang seorang lagi cahaya mata perempuan semalam. Menurut isterinya, Aida Mustafa, dia dan bayi dalam keadaan sihat. "Saya masuk hospital lebih kurang jam 10 pagi, kemudian jam 12 lebih masuk bilik pembedahan dan lebih kurang jam 1, selamat bersalin. "Oleh kerana dua anak terdahulu lahir dengan menggunakan kaedah pembedahan, untuk anak ketiga ini pun kena bedah juga. Tak apalah yang penting anak selamat dan segalanya berjalan lancar. "Alhamdulilah abang Tam, dah ada tiga anak lelaki Alif, 24, Afiq, 8, Aqil, 5, dan kali ini dapat pula anak perempuan, syukur," katanya. Tam Spider sekarang sedang giat mempersiapkan anak muridnya di Mentor Otai final pada Ahad ini. Oleh itu, kita masih menantikan perkongsian wajah dan nama anak mereka. Tahniah kepada Tam Spider dan isteri atas kelahiran anak perempuan yang selama ini mengimpikan untuk mempunyai seorang anak perempuan. |
You are subscribed to email updates from Oh! Media. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |