Wednesday, May 23, 2018

Oh! Media

Oh! Media


Khairul Idham Pawi Kutip Mata Pertama Moto 2

Posted: 21 May 2018 11:14 PM PDT



Aksi pelumba Malaysia di perlumbaan MotoGP dan Moto 2 di Perancis amat membanggakan setelah Hafizh Syahrin berjaya mendapat tempat ke-12 dan Khairul Idham Pawi pula berjaya mengutip mata pertama miliknya.

Khairul Idham Pawi turut menunjukkan prestasi baik apabila memungut mata pertama musim ini selepas menamatkan perlumbaan di tempat ke-15. Secara keseluruhannya, Khairul beradaa di kedudukan ke-25 setakat pusingan ke-5 ini.


Pengganti Zulfahmi Khairuddin yang berlumba untuk pasukan SIC Racing Team, iaitu Niki Tuuli sekadai menamatkan perlumbaan di tempat ke-22, manakala Adam Norrodin yang berlumba dalam kategori Moto 3 pula gagal menamatkan perlumbaan.

Lebih 20,000 Tandatangan Dikumpul Maya Karin Setakat Ini

Posted: 21 May 2018 11:02 PM PDT


Pelakon jelita Maya Karin menerusi akaun Twitternya menyeru agar orang ramai membantu Persatuan Biologi Pemuliharaan Malaysia untuk menandatangani petisyen yang telah pun bermula sejak 18 Mei lalu.

Petisyen ini adalah untuk meminta kerajaan persekutuan yang baharu mengekalkan dan memperkasa portfolio alam sekitar. Walaubagaimanapun, sehingga kini masih belum ada pengumuman bagi menteri yang akan menerajui Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar


Maya turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang menyokong usaha itu dan masih meneruskan usaha tersebut.

"23,000 and counting! Thank you!," Twit Maya.

Sumber : Sinar Harian

Taknak Paksa Orang Panggil Datuk - Fizz Fairuz

Posted: 21 May 2018 09:30 PM PDT


Kini, pelakon Fizz Fairuz telah bergelar Datuk setelah menerima Darjah Indera Mahkota Pahang sempena Istiadat Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang di Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang pada 27 Januari yang lalu.

Di atas gelaran tersebut, dia tidak berharap orang ramai dan peminat memanggilnya dengan gelaran tersebut kerana bagi Fizz Fairuz atau nama sebenar Mohd Fairuz Zainal Abidin, 38, dia lebih selesa jika dipanggil dengan panggilan abang ataupun namanya sahaja.

"Ada juga yang panggil saya abang, Fizz dan Datuk. Malah, ada yang mula-mula panggil abang kemudian minta maaf dan panggil saya Datuk.

"Tapi saya cakap panggil sahaja abang. Saya tak akan cakap dan paksa orang untuk panggil saya dengan gelaran itu.

"Terpulang pada individu, saya tak mengharapkan orang panggil saya Datuk," ujarnya kepada mStar Online.

Begitu juga Fizz bersama rakan-rakannya, berharap tidak mahu wujud jurang persahabatan.
"Saya dengan rakan-rakan masih macam biasa. Saya memang tak mahu ada jurang antara kami. Saya masih Fizz yang dulu.

"Kadang-kadang bila ada pangkat orang takut pula nak berkawan dengan kita. Namun penganugerahan ini adalah satu pemberian dan kurniaan yang tak dapat ditolak," katanya lagi.

Sumber : Sinar Harian


Datin Seri Rosmah Tidak Simpan Dendam - Ini Sebahagian Daripada Kitaran Hidup

Posted: 21 May 2018 08:21 PM PDT


Sejak kekalahan pada Pilihan Raya Umum yang lalu, berbagai-bagai isu timbul mengaitkan nama bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Menurut laporan Malay Mail, Datin Rosmah berkata, ia tidak menyimpan dendam terhadap sesiapa dan mengaku kini boleh tidur lena walaupun beberapa bekas rakan sekutunya kni berpaling tadah selepas kekalahan suaminya pada PRU14.

"Perkara ini adalah normal dalam politik. Apabila kita berada di atas, semua orang sanjung, tetapi apabila kita mengalami masalah, keadaan menjadi seperti dijangkakan. Ia adalah sebahagian daripada kitaran kehidupan." katanya.

Tambahnya lagi semua pihak berhak untuk bercakap dan dia tidak kisah dengan kata-kata orang terhadapnya dan suami.

Katanya lagi, kini fokusnya tertumpu sepenuhnya untuk melindungi diri serta keluarga tercinta, malah beliau juga berharap agar kehidupannya kembali normal secepat mungkin.


Respon Caprice Terhadap Aeril Zafrel - 'Aeril Buat Hal'

Posted: 21 May 2018 07:18 PM PDT


Sejak kebelakangan ini terlalu ramai yang berlumba-lumba untuk membuat video parodi lagi syantik di bulan Ramadan ini. Isu terbaru berkaitan video parodi instafamous Faiz Roslan.

Perkara yang pada mulanya, kecil sahaja menjadi besar hingga melibatkan beberapa individu lain turut terbabit. Ia membuatkan netizen ternanti-nanti apa kesudahan 'drama' ini.

Tetapi, disebalik ini semua, Aeril Zafrel tampil memberikan cadangannya mengenai isu ini. 'Aiman banna, dai wan, sharnaz dan faiz roslan boleh buat group whatsapp tak?? Korang Setel dalm group masalah tu.' katanya.

'Tweet' Aeril itu mendapat perhatian, penyanyi Rap, Caprice yang kemudian memuat naik perkara tersebut di laman Instagram miliknya.


Caprice turut telah membuat satu video pendek di instagramnya mengenai isu ini. Netizen juga nampak bersetuju denga idea Aeril berkenaan.

Walaubagaimanapun, Faiz telah pun memohon maaf atas perlakuannya. Jadi sebelum kita melakukan sesuatu perkara itu, berfikirlah dahulu. Jangan hanya ingin menarik perhatian orang sehingga melupakan perkara yang terang-terang tidak berfaedah. Selamat berpuasa guis.

Faiz Roslan Mohon Maaf - Tegur Selebriti

Posted: 21 May 2018 06:23 PM PDT


Setelah teruk dikecam, akhirnya Faiz Roslan, Instafamous yang menimbulkan konttroversi kerana video parody lagu Syantik yang sedang hangat diperkatakan telah membuat permohonan maaf secara terbuka kepada orang ramai.

Faiz mengatakan, dia sudah pun menetapkan video tersebut kepada mod private di semua platform laman sosial termasuklah YouTube, Facebook dan Twitter. 

"Saya dan rakan-rakan saya ingin memohon kemaafan di bulan mulia ini kerana membuat video sedemikian rupa.

"Maybe video itu salah dan timing upload pun bukan masa yang tepat," tulisnya.

Faiz juga meminta agar mana-mana pihak yang memiliki video tersebut agar memadamkannya biarpun pada asalnya dia dan rakan-rakannya yang membuka aib sendiri.

"Walaupun kami membuka aib sendiri, tidak perlulah anda semua sebar video tu.

"Kepada yang masih nak buka cerita pasal video berkenaan, terpulang. Cuma di bulan baik ini, tidak perlulah nak membenci atau membuka aib sesama manusia," jelasnya lagi.

Faiz sebelum ini telah memuat naik sebuah sebuah video parodi lagu yang kini trending, Lagi Syantik dengan mengenakan pakaian wanita bersama dua lagi rakannya pada hari pertama umat Islam meyambut puasa.

Dalam pada itu, Faiz turut menegur cara seorang selebriti tempatan yang membuat teguran berbaur ugutan kepadanya melalui Twitter.

"Saya cuma ingin menegur sedikit tidak mahu sebut nama lah, mungkin dia artis, penyanyi, pelakon.

"Tapi cara awak tegur saya di Twitter seperti mengugut saya, seperti nak pukul.

"Sedangkan mak saya tidak pernah memukul saya, siapakah anda nak berbuat demikian?" katanya.