Saturday, May 26, 2018

Oh! Media

Oh! Media


Lawak Kampus Dan BoboiBoy Akan Bergabung Esok!!

Posted: 25 May 2018 03:37 AM PDT



Sesuatu yang ramai tunggu dah pun menjadi kenyataan. Lawak Kampus sememangnya sejak sekian lama menjadi kegemaran ramai bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia. Watak-watak seperti Vannes, Aditas, Froggy, dan Xena dah sebati dalam hidup kita.

Begitu juga apabila dunia animasi di Malaysia menjadi trending di seluruh dunia melalui kartun animasi BoboiBoy sekaligus sekali lagi mengangkat nama Malaysia sebagai salah-satu dari negara yang mampu menerbitkan animasi yang mendapat tempat dihati peminatnya di seluruh dunia.

Lawak Kampus dan Boboiboy mempunyai banyak persamaan cuma satunya dalam bentuk komik dan satu lagi dalam terbitan animasi di TV. Ramai yang tak menjangka apabila dua franchis terkemuka ini bergabung di dalam sebuah projek yang dinamakan sebagai "LAWAK KAMPUS X BOBOIBOY GALAXY: SUPERIOR".


Kalau korang excited macam Ohmedia nak tahu pasal penggabungan paling epic dua geng popular ni, jangan lupa datang ke pelancaran Komik Edisi Khas LAWAK KAMPUS X BOBOIBOY GALAXY: SUPERIOR untuk menjadi yang terawal memiliki komik edisi khas ini nanti.

Tarikh: 26 Mei 2018 (Sabtu)
Masa: 2 - 4 Petang
Tempat: Atria Shopping Gallery, Main Stage @ Ground floor Centre Court

Keith (pelukis Lawak Kampus) dan Nizam (CEO Animonsta) akan berada kat sana nanti so korang bolehlah jumpa minta signature mereka berdua. Turut bersama ialah Anas Abdul Aziz (Chief Content Officer Animonsta), dan juga Chris Yew (CEO Kadokawa Gempak Startz).


So ajak la member-member korang semua pergi tengok sendiri nanti. Kalau tak ada transport nak pergi atau korang malas nak drive sendiri, jangan risau sebab korang boleh gunakan code di bawah ni untuk naik GRAB datang ke event ni nanti.



Cerita lanjut pasal gabungan ni korang boleh baca di blog Gempak.

Boy Iman Lepasan Ijazah Doktor Falsafah, Ini Penjelasan Universiti Malaya

Posted: 24 May 2018 07:37 PM PDT


Universiti Malaya (UM) ingin menarik perhatian umum berhubung status Ijazah Doktor Falsafah yang didakwa dianugerahkan oleh pihak UM kepada Encik Noruliman Bin A Rahman sepertimana yang dibangkitkan di laman-laman media sosial. 

Pihak Universiti dengan ini menegaskan bahawa kami tidak pernah menganugerahkan ijazah Doktor Falsafah kepada Encik Noruliman Bin A Rahman dan sijil yang telah tular di laman-laman sosial adalah sijil palsu. 
UM tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana pihak sekiranya mereka didapati menggunakan nama dan logo UM tanpa kebenaran dan akan mengambil tindakan sewajarnya termasuk tindakan undang-undang.

Fattah Amin Tutup Komen Setelah Dikecam, Kongsi Pesan Imam Syafie

Posted: 24 May 2018 06:48 PM PDT



Tindakan yang diambil oleh pelakon dan suami kepada Fazura menjadi tanda tanya kepada peminatnya apabila beliau memuat naik gambar yang mengandungi pesanan Imam Syafie dan menutup ruang komen tersebut. Peminat menyangka mungkinkah ini respon apabila video pasangan ini yang terlebih manja tular di media sosial dan mendapat kecaman dari orang ramai.

Engkau takkan mampu menyenangkan hati semua orang. Kerana itu, cukup bagimu memperbaiki hubungaanmu denga Allah, dan jangan terlalu peduli penilaian manusia. - Iman Syafie

Ramai yang mula mengkritik pasangan ini kerana aksi tersebut dilakukan di khalayak ramai pada bulan ramadan. Tambahan pula dengan penampilan Fazura yang sudah berhijab membuatkan mereka dikecam dengan lebih teruk.


Beliau hanya menutup ruang komen untuk gambar tersebut dan membuatkan makcik bawang dan peminat tegar Fattah Amin bertgaduh antara satu sama lain di ruangan komen pada gambar lain.

Oh! Media : Jadi diharapkan agar perkara ini dijadikan pengajaran kepada pasangan artis ini. Biasalah, ramai yang akan memerhati tingkah laku anda sebagai seorang artis dan ini perlu bagi anda supaya lebih berhati-hati lagi serta menjaga tingkah laku walaupun sudah sah bergelar suami isteri.