Sunday, May 27, 2018

Oh! Media

Oh! Media


Rugi RM35,000 - Pejabat Sherry Dipecah Masuk

Posted: 26 May 2018 01:59 AM PDT


Pejabat urusan pelakon dan penyanyi, Sherry Ibrahim dikatakan telah dimasuki pencuri dua minggu lalu sehingga kehilangan 8 buah telefon bimbit dan kini dimasuki lagi dan 3 kotak tudung dari 21 kotak jenama Sherry Scarves pula hilang.

Sherry, 34 tahun melalui instagramnya mengatakan, setiap satu kotak mengandungi 104 helai tudung Sherry Scarves dan kotak yang tinggal pula dalam keadaan basah.

Jumlah kerugian yang dialami beliau adalah sebanyak RM35,000, katanya yang turut telah membuat laporan polis di Bukit Puchong.


Namun Sherry kelihatan menerima dugaan yang menimpa dirinya sebagai cabaran mencari rezeki yang halal. 

"Tak apa, ini adalah dugaan untuk Sherry dan team Sherry Scarves.

"Tak semua orang sanggup nak susah untuk mencari rezeki yang halal. Mungkin itu cara segelintir orang untuk hidup senang.

Katanya Sherry lagi, ia akan pastikan stok untuk Hari Raya tahun ini mencukupi. Sherry juga merasakan yang Allah beri ujian ini kerana Allah sayang kita.


Wang Rampasan RM114 Juta Disahkan PDRM

Posted: 25 May 2018 11:00 PM PDT


Minggu lalu, Malaysia telah digemparkan dengan beberapa serbuan dan rampasan 72 beg berisi barangan kemas, pelbagai jenis matawang dan barangan beharga yang dikaitkan dengan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkenaan kes 1MDB.

Ramai yang menantikan berapakah jumlah rampasan terbabit dan kini menurut Amar Singh, proses pengiraan wang tunai telah dijalankan selama 3 hari iaitu dari 21 Mei hingga 23 Mei dan turut mendapat bantuan dari Bank Negara Malaysia.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh mengesahkan wang sebanyak RM114 juta dijumpai pada 35 beg daripada 72 beg yang dirampas dan jumlah itu melibatkan 26 mata wang mengikut kadar pertukaran semasa.

Sebanyak 11 mesin kira juga telah digunakan dan seramai 21 pegawai BNM diperlukan bagi membantu melakukan pengiraan terbabit.

Oh! Media: Jadi kita perlu tunggu baki 37 beg lagi yang dikatakan mengandungi barang kemas dan jam tangan yang berharga. Di masa rakyat mencari rezeki kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, mereka yang berkuasa dahulu kais duit rakyat dan simpan berjuta-juta di dalam rumah. Jom kita nantikan sambungan 'drama' ini.