Thursday, May 31, 2018

Oh! Media

Oh! Media


Stadium Terbaik Dunia Kini Di Malaysia

Posted: 30 May 2018 02:01 AM PDT


Stadium kebanggaan negara Malaysia iaitu Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) diumumkan sebagai pemenang Anugerah Stadium Terbaik Dunia bagi kategori Stadium Sedia Ada di Kongres Stadium Dunia 2018. 
Stadium bertaraf antarabangsa ini menumpaskan tiga buah stadium ternama dari negara Perancis iaitu U Arena, Stade de France dan Nouveau Stade de Bordeaux. 
Pernah ditutup pada 2015 kerana diubahsuai untuk digunakan ketika Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN 2017. Stadium ini mampu menampung kapasiti sebanyak 87,411 penonton. 
Selain daripada digunakan untuk acara sukan bola sepak olahraga, dan ragbi, stadium ini juga digunakan untuk pelbagai acara hiburan termasuklah tayangan filem Lee Chong Wei: 

Menjulang Kejuaraan. " Ini merupakan satu berita yang amat baik dan menunjukkan sikap dedikasi dan kerja keras daripada semua pihak yang terlibat untuk memenangi anugerah," menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh KL Sports City.

Nasihat Seorang Ayah Kepada Anaknya Nurul Izzah

Posted: 29 May 2018 10:10 PM PDT


Setelah Ketua Umum PKR Anuar Ibrahim dibebaskan apabila mendapat pengampunan penuh dari Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, Nurul Izzah Anwar berkata, ayahnya ada menitipkan nasihat kepada dirinya.

Katanya, saranan dan nasihat itu sangat memberi kesan terhadap dirinya dan beliau beritizam untuk menjadikan saranan itu sebagai panduannya dalam menempuh liku-liku perjalanan dalam dunia politik.

"Antara perkara pertama yang ayah sebut ialah jangan sibuk serta ramai-ramai, semua nak jadi menteri," katanya.


Selain itu, Izzah berkata ayahnya juga turut mengingatkan bahawa kehidupan ini adalah satu perjuangan. Justeru, katanya pesanan-pesanan dan kata-kata mengenai perjuangan sudah sebati dengan dirinya.

"Datuk Seri Anwar walaupun masa dia keluar penjara memanglah dia peluk cium kami sekeluarga, tapi dia sebut dia kasihkan dan hargai sokongan rakyat, tanpa rakyat siapalah kami" katanya.

Sumber : Sinar Harian

Sergio Ramos Disaman 1 Billion

Posted: 29 May 2018 08:28 PM PDT


Pada saingan di antara Liverpool dan Real Madrid baru-baru ini telah menjadi perbincangan yang hangat. Kecederaan yang dihadapi Mohamed Salah mengundang pelbagai reaksi dari seluruh dunia. Kebanyakan penyokong Liverpool dan Salah menyalahkan Sergio Ramos kerana mengakibatkan kecederaan tersebut setelah Ramos membuat serangan yang agak kasar.

Namun lain pula reaksi dari seorang peguam mesir apabila bertindak selangkah kehadapan berbanding dengan lain dengan memfailkan saman bernilai 1 Billion (RM4.6b) ke atas Ramos kerana menjadi punca kecederaan Salah.


Pada permulaan perlawanan, kedua-dua pemain kelihatan berlawan fizikal untuk mendapatkan bola, sebelum mereka terjatuh sehingga menyebabkan dislokasi bahu kepada Salah.

Terdapat teori yang mengatakan Ramos sengaja menjatuhkan Salah. Namun sukar untuk mengatakan demikian. Bagaimanapun, kecederaan yang dialami oleh penyerang sayap Liverpool itu dalam perlawanan tersebut menyebabkan beliau berisiko terkeluar dari dibawa untuk cabaran Piala Dunia nanti.

"Ramos jelas sengaja berniat mencederakan Salah dan patut dihukum. Saya telah memfailkan saman dan menulis aduan rasmi kepada FIFA."


"Sudah tentu saya meminta ganti rugi bernilai 1 Billion untuk apa yang terjadi kepada Salah dan juga Mesir amnya," ujar Bassem Wahba di dalam satu siaran television, Sada El-Balad di Mesir.

Sekiranya memenangi saman tersebut, Wahba berkata aakan mendermakan wang tersebut kepada sebuah tabung dana Mesir.