Thursday, June 28, 2018

Oh! Media

Oh! Media


Anak Melayu Pertama Di Eropah Hasilkan Produk Daripada Kanabis

Posted: 27 Jun 2018 05:40 AM PDT

Conference Of Cannabies Companies. CBD Oils Malaysia - Malaya Hemp™ satu-satunya syarikat dari Southeast Asia yang terlibat dalam projek industri Hemp & CBD di Eropah.
Tiga orang anak muda Melayu di United Kingdom telah berjaya mengharumkan nama Malaysia di benua Eropah, setelah melakukan kajian-kajian ilmiah mengenai kebaikan kanabis untuk faedah kesihatan manusia. Dengan hasil penat lelah kajian tersebut, mereka memperoleh lesen daripada kerajaan UK untuk membuka syarikat dengan mencipta produk berasaskan kanabis mereka sendiri.

Syarikat CBD Oils Malaysia - Malaya Hemp™ yang kini sedang beroperasi di Manchester, United Kingdom, merupakan syarikat anak melayu pertama yang berdaftar secara sah di bawah pertubuhan CTA UK (Cannabis Trades Association, United Kingdom) di mana persatuan CTA UK ini memantau, memberi latihan praktikal, dan khidmat nasihat ahli-ahli mereka yang terlibat dalam sektor industri hemp dan kanabis bagi menghasilkan produk-produk berkualiti di tahap paling maksima.

Cannabis Conference oleh CTA UK berlangsung di London baru-baru ini bagi membimbing syarikat-syarikat yang terlibat dalam projek industri Hemp & CBD.
Syarikat CBD Oils Malaysia - Malaya Hemp™ diterajui oleh 3 orang anak muda dari Malaysia yang mana syarikat ini sedang berdiri sama tinggi dan mampu bersaing dengan 300 syarikat-syarikat besar di Eropah lain yang menghasilkan produk tambahan kesihatan dan kecantikan berasaskan kanabis dan hemp.

Sepasang suami isteri, Abdul Halim Pauzi, yang berkelulusan dari Makkah dan Afrika, dan isterinya Nurul Ain Sahbudin yang kini masih dalam menghabiskan PhD beliau di salah sebuah universiti United Kingdom, bersama rakannya, Mohd Roslan Abdullah yang kini sudah lebih 15 tahun menetap di UK dan telah mendapat kerakyatan Britain. Merupakan 3 orang anak muda yang berani menyahut cabaran dalam menceburi bidang industri hemp Eropah.

Puan Nurul Ain yang kini sedang membuat penyelidikan perubatan kanabis disamping menghabiskan PhD beliau di University Manchester, United Kingdom.
Industri hemp merupakan salah satu industri yang semakin membangun pesat di bumi Eropah dan negara-negara barat yang lain. Banyak kajian-kajian ilmiah yang dilakukan ke atas kanabis dan hemp untuk menghasilkan produk-produk yang selamat, berkualiti dan terjamin. Penggunaan kanabis bagi tujuan perubatan telah diluluskan penggunaanya lebih 50 buah negara di dunia termasuk UK itu sendiri, memandangkan ianya banyak memberi manfaat kepada kesihatan manusia, secara tidak langsung ianya menyumbang kepada kemajuan sektor ekonomi sesebuah negara.

Sehubungan dengan itu, kerajaan di negara ini tidak menolak makanan tambahan berunsurkan herba sebagai rawatan alternatif bagi rakyatnya. Bagi mereka, rakyat mempunyai hak untuk teruskan hidup mereka dengan apa jua rawatan. Kanabis juga dapat disalurkan di farmasi-farmasi tempatan di negara ini dengan kerjasama yang erat di bawah pemantauan persatuan CTA UK. Kebanyakan rakyat di sini juga lebih terbuka mengamalkan perubatan berasaskan herba.

Bukan suatu perkara yang mudah sebagai anak melayu pertama untuk menubuhkan sebuah Syarikat di bumi Eropah bagi menghasilkan produk-produk berasaskan tumbuhan kanabis, banyak prosedur dan pemantauan dibuat dari badan-badan kerajaan tempatan dan persatuan CTA UK itu sendiri dari semasa ke semasa bagi memastikan penjual-penjual mematuhi undang-undang yang ditetapkan memandangkan kanabis merupakan tanaman dalam kawalan.

Pengalaman yang tidak pernah dilupakan semasa permulaan menubuhkan syarikat ini, mereka telah diserbu oleh pihak polis tempatan kerana telah disangkakan menjual kanabis tidak berdaftar, akan tetapi setelah berjaya membuktikan beberapa dokumen bahawa mereka merupakan sebuah syarikat berlesen, akhirnya pihak polis tempatan memohon maaf kerana telah melakukan kesilapan. Bagi anak-anak muda ini, ianya merupakan satu pengalaman baru buat mereka di sebuah negara yang mengamalkan sistem undang-undang yang telus dan ketat. Berdasarkan pengalaman tersebut, mereka percaya banyak lagi cabaran-cabaran yang akan ditempuhi selepas ini.

Gambar ketika rumah mereka diserbu oleh pihak polis UK dan terbukti bahawa mereka merupakan sebuah syarikat berlesen daripada kerajaan UK.
Puan Nurul Ain memaklumkan tercetusnya idea untuk mencipta minyak CBD ini berdasarkan pengalaman rakannya sendiri Mohd Roslan Abdullah yang berasa dukacita atas pemergian isterinya akibat masalah jantung kerana tidak sempat diselamatkan dengan menggunakan rawatan alternatif seperti kanabis, yang mana pada waktu itu kerajaan UK masih belum meluluskan penggunaannya. Selain itu, pengalaman Puan Nurul Ain sendiri yang sebelum ini sering mengalami sakit tulang belakang akibat kesan daripada bersalin ceaser anak kedua beliau pada 2 tahun lepas.

Setelah mengamalkan minyak CBD, sakit belakang yang dialami oleh beliau beransur pulih secara semulajadi tanpa sebarang kesan sampingan. Dengan itu, mereka bertekad untuk membuat kajian lebih lanjut mengenai khasiat kanabis terhadap kesihatan manusia. Memandangkan ramai rakyat di negara ini menggunakan minyak CBD sebagai makanan tambahan kesihatan untuk diamalkan tidak kira kanak-kanak mahupun dewasa.

Mohd Roslan Abdullah (kiri) yang kini sudah lebih 15 tahun menetap di UK dan telah mendapat kerakyatan Britain
Sepanjang penyelidikan dan usaha untuk menubuhkan CBD Oils Malaysia - Malaya Hemp™ ini, mereka telah mendapat sokongan penuh dari mula hingga kini daripada persatuan CTA UK. Menurut mereka, ahli-ahli dalam persatuan itu sendiri tidak lokek untuk berkongsi ilmu perniagaan dan menunjuk jalan bagaimana untuk mengikut segala prosedur yang ditetapkan oleh kerajaan UK. Persatuan CTA UK juga berkongsi maklumat, kajian-kajian ilmiah daripada universiti-universiti terkemuka Eropah mengenai kebaikan kanabis dan saling berkerjasama untuk memperkenalkan produk masing-masing serta saling berurusan jual beli antara satu sama lain.

Minyak CBD (Cannabidiol) daripada Cannabis Sativa yang dihasilkan secara sah merupakan salah satu makanan tambahan yang semakin popular dikalangan para pengguna di seluruh dunia yang mana memiliki pelbagai khasiat semula jadi untuk meningkatkan kualiti kesihatan pengguna yang mengamalkannnya. Ianya bertindak secara semula jadi dalam tubuh manusia, memandangkan tubuh manusia itu sendiri sudah tercipta sistem endocannabinoid nya.

Produk minyak CBD mereka yang pertama mendapat hasil jualan paling laris di UK dengan hasil jualan menjangkau kira-kira 50 ribu pounds sebulan.
Minyak CBD (Cannabidiol) bermanfaat pada sistem tubuh badan manusia bagi membunuh pertumbuhan sel-sel kanser, anti-radang, melambatkan pertumbuhan bakteria serta melindungi sistem saraf. Ia juga dapat membantu menangani masalah insomnia, epilepsi, alzheimer, autism, strok, HIV dan lain-lain penyakit kronik.

Selain dari minyak CBD ( Cannabidiol ), Syarikat CBD Oils Malaysia - Malaya Hemp™ juga telah menghasilkan pelbagai produk kosmetik, seperti syampu, sabun, krim dan banyak lagi. Semuanya berasaskan kanabis dan hemp yang semakin hangat di pergunakan oleh negara-negara barat pada ketika ini. Memandangkan produk-produk berasaskan kanabis ini mendapat pemintaan yang tinggi dalam industri kecantikan, ia juga sangat membantu menangani masalah kulit seperti ekzema, psoriasis, keradangan dan mencegah kegatalan serta berhasil menjadikan kulit semakin lembap, sihat, cerah dan anjal bila disapu pada struktur kulit.

Minyak CBD yang sangat kaya dengan vitamin A, B1, B2, B6, C dan E dan antioksidan seperti klorofil dan lesitin. Selain itu, ia juga mengandungi asid lemak tidak tepu yang tinggi. Asid lemak tidak tepu ini membantu untuk menurunkan tahap kolesterol serta gula dalam darah dan dengan itu menguatkan sistem kardiovaskular. Oleh kerana penggunaan produk-produk berasaskan herba yang sangat tinggi serta menggalakkan. Syarikat ini juga telah berjaya membawa masuk beberapa produk-produk tempatan dari Malaysia untuk dipasarkan ke pasaran Eropah.

Sejak syarikat ini melancarkan produk minyak CBD nya yang pertama. Produk ini berjaya mendapat sambutan yang memberansangkan daripada pengguna tempatan di UK itu sendiri dan negara-negara seluruh Eropah yang lain. Kerjasama jual beli antara farmasi-farmasi, National Health Service (NHS) tempatan di negara ini juga terjalin.

Graf peningkatan hasil keuntungan jualan langsung perubatan marijuana setiap tahun di Amerika Syarikat.
Hasil jualan minyak CBD sahaja telah menghasilkan keuntungan syarikat menjangkau kira-kira 50 ribu pounds sebulan. Justeru itu juga, tujuan anak-anak muda ini menamakan syarikat ini sebagai Syarikat CBD Oils Malaysia - Malaya Hemp™ adalah untuk mengharumkan dan menaikkan nama Malaysia itu sendiri di mata dunia khususnya di Eropah.

Sumber: www.cbdoilsmalaysia.com
FB: www.facebook.com/CBDOilsMalaysia
Tel No: +447508523039

Nilai Rampasan Cecah RM1.1 Bilion

Posted: 26 Jun 2018 10:19 PM PDT


Jumlah keseluruhan nilai barangan dirampas di kediaman berkaitan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ialah antara RM900 juta hingga RM1.1 bilion, kata Pengarah JSJK Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh.
Amar Singh berkata, sebanyak 12,000 pelbagai barang kemas ditemui dalam 25 daripada 72 beg yang dirampas polis.
Antara barang kemas itu ialah cincin, berlian, gelang dan subang yang keseluruhannya dengan nilai pasaran kira-kira RM880 juta.
"Daripada jumlah itu, sebanyak 2,200 unit adalah cincin, subang 2,800 unit, brooch 1,600 unit, tiara 14 unit.
"Barang paling berharga adalah seutas rantai emas dengan berlian putih berharga RM6.4 juta," katanya.
Bercakap pada sidang media khas di Bukit Aman, di sini, sebentar tadi, Amar Singh juga berkata, sebanyak 567 beg tangan membabitkan 37 jenama seperti Hermes, Prada dan Chanel berharga kira-kira RM51.3 juta serta cermin mata hitam sebanyak 230 unit bernilai RM374,000.
Katanya, sebanyak 6 beg mengandungi 423 utas jam tangan bernilai RM78 juta membabitkan lebih 100 jenama.
Beliau berkata, kesemua barang kemas dan wang kini disimpan di Bank Negara.
Dalam sidang akhbar sebentar tadi, beliau berkata, pada 21 Mei hingga 25 Jun lalu, JSJK sudah buat pengiraan dan pemeriksaan barang dirampas.
"Pengiraan dan pemeriksaan ambil masa lama kerana angka adalah besar.
"Lapan pasukan khas terdiri daripada pakar dan pegawai terbabit dalam pengiraan dan pemeriksaan membabitkan 150 anggota," katanya.
Selain itu, Amar Singh juga mengesahkan jumlah rampasan wang tunai pelbagai mata wang di enam premis yang diserbu berkaitan siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berjumlah RM116.7 juta.
Beliau juga mengesahkan polis menemui pelbagai dokumen di premis di Putrajaya dan polis masih menyiasat kaitannya dengan skandal 1MDB.
"Kita akan memanggil Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor dalam masa terdekat untuk diambil keterangan," katanya.

Kak Limah Bertunang? Keluarga Turut Terkejut

Posted: 26 Jun 2018 09:30 PM PDT



Image result for kak limah berkahwin

Minggu ini semua dikejutkan dengan majlis perkahwinan Delimawati atau lebih dikenali dengan panggilan Kak Limah dalam watak filem Hantu Kak Limah Balik Rumah apabila dikatakan sudah bertunang dengan seorang jejaka yang jauh lebih muda darinya yang dikenali sebagai Mr. K.

Dikatakan juga, keluarga pelakon berusia 60-an ini turut terkejut dan mempersoalkan tindakanya merahsiakan pertunangan tersebut.

Image result for kak limah berkahwin

Walaubagaimanapun, Delimawati, ibu kepada lima orang anak ini menjelaskan bahawa segala majlis pertunangan, pernikahan dan akad nikah itu hanyalah gimik bagi mempromosikan filem terbaru lakonannya iaitu Hantu Kak Limah.

"Pada awalnya ada ahli keluarga yang percaya dan bertanya mengapa saya rahsiakan pertunangan. Tapi bila dah jelaskan mereka faham.

"Bila dah berusia ni, malu jugalah bila pihak produksi minta saya berarak, bersanding tapi bagi saya, ini sebahagian dari kerja dan komitmen saya.- Katanya.

Delimawati sudah beberapa tahun bergelar ibu tunggal, namun dia tidak menolak sekiranya bertemu jodoh lagi dan berharap mendapat pasangan hidup yang mempunyai pegangan agama yang baik.

Bakteria Keracunan Makanan Dibawa Pekerja Asing Ke Malaysia

Posted: 26 Jun 2018 08:03 PM PDT

Image result for pekerja asing di malaysia

Hampir semua pekerja asing yang diuji dalam satu kajian didapati membawa bakteria yang boleh menyebabkan keracunan makanan dan juga kematian, kata penyelidik.

Penemuan terbaharu pasukan penyelidik dari Universiti Malaya yang diketuai Prof Madya Dr Siti Nursheena Mohd Zain mendapati kandungan bakteria keracunan makanan yang tinggi, dibawa pekerja asing yang bekerja dalam industri perkhidmatan makanan.

Ahli parasitologi itu berkata sampel diambil daripada 383 pekerja asing yang mengendalikan premis makanan di tiga bandar - Ipoh, Kuala Terengganu dan Shah Alam - hampir kesemua menunjukkan risiko bahaya kepada kesihatan.

Dr Siti Nursheena dan pasukannya mendapati 99.5 peratus sampel yang diambil dari pekerja asing mengandungi kandungan Aerobic Plate Count (APC) melebihi piawaian yang boleh diterima.

APC juga lebih tinggi di kalangan tukang masak, menurut dokumen yang diterbitkan dalam Jurnal Kesihatan Awam Asia Pasifik pada Oktober lepas.

Ia juga menunjukkan 64 peratus sampel pekerja mencatatkan jumlah Staphylococcus aureus melebihi tahap kebersihan yang boleh diterima manakala satu perlima menunjukkan tahap Escherichia coli (E. coli) yang tinggi.

Kebanyakan bakteria Staphylococcus tidak menyebabkan masalah serius tetapi boleh membawa maut sekiranya bakteria memasuki aliran darah, sendi, tulang, paru-paru atau jantung.

E.coli, kumpulan bakteria yang pelbagai boleh menyebabkan cirit-birit, jangkitan saluran kencing, penyakit pernafasan dan radang paru-paru.

Sumber: Sinar Online