Friday, June 29, 2018

Oh! Media

Oh! Media


2 Lagi Kontena Sardin Mengandungi Cacing Ditahan

Posted: 28 Jun 2018 05:27 AM PDT


Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) telah menahan dua kontena berisi sardin dalam tin yang mengandungi cacing pada 14 Mei lalu.

Maqis dalam satu kenyataan berkata, sardin dalam tin jenama Ranesa itu dibawa masuk dari China melalui pintu masuk North Butterworth Container Terminal (NBCT) Pulau Pinang dengan anggaran berat 36,720 kilogram dan bernilai RM199,797.24.

Cacing nematoda dikesan berkemungkinan jenis Genus Anisakis spp yang boleh menyebabkan penyakit Anisakiasis kepada manusia. Mengikut undang-undang, pengimportan ikan sardin perlu mendapatkan permit import dari Jabatan MAQIS. Walaupun permit import diberikan, pengimport perlulah mematuhi bahawa ikan sardin yang diimport mestilah bersih dan selamat dimakan oleh rakyat Malaysia.

Image result for cacing dalam sardin

MAQIS melakukan pemeriksaan dan penguatkuasaan di 57 pintu masuk seluruh negara, bagi memastikan barangan diimport mengikut piawaian ditetapkan serta selamat. Kami menggesa semua pihak terutama pengimport supaya mematuhi undang-undang dan peraturan yang sudah ditetapkan oleh kerajaan dan memainkan peranan bersama di dalam menjaga biosekuriti negara.

Kerajaan memandang serius dan mengambil berat terhadap isu-isu yang membabitkan aspek biosekuriti atau kawalan penyakit, perosak merbahaya dan keselamatan makanan yang boleh mengancam negara.



Najib Razak Pertahan Berhak Menerima Hadiah

Posted: 27 Jun 2018 09:57 PM PDT


Selepas pengumuman yang dikeluarkan dari Datuk Seri Amar Singh berkenaan nilai rampasan yang mencecah RM1.1 Bilion, bekas Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak mempertahankan dia dan isteri tidak bersalah dan berhak menerima hadiah daripada pemimpin lain sepanjang menjadi Perdana Menteri.

Menurut Najib Razak, dia juga menyatakan contoh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengakui dan menerima hadiah kuda daripada rakan pemimpin asing termasuk menggunakan banyak jet korporat.

Najib juga mendakwa dan menjelaskan bahawa, dia sekeluarga telah menerima hadiah yang banyak.

"Tetapi apa yang saya tahu ialah selama bertahun-tahun sebagai ketua kerajaan, kami diberi hadiah yang banyak daripada pemimpin asing termasuk teman dan saya tahu mengikut peraturan, tidak salah untuk menerima hadiah. Hadiah ini terkumpul selama beberapa dekad". 

"Sebagai contoh, Dr Mahathir mengakui menerima 40 ekor kuda daripada temannya dan pemimpin asing dan beliau secara terbuka menggunakan banyak jet korporat kawannya, maka tidak salah menerima hadiah" katanya. 

Isteri Najib Razak iaitu Datin Seri Rosmah turut terkejut apabila mengetahui mengenai jumlah dan nilai barang yang dirampas dari kediaman mereka.




Terbubar Sudah Kelab Peminat Fattah Amin

Posted: 27 Jun 2018 08:08 PM PDT


Siapa tidak kenal dengan pelakon lelaki popular  kegilaan ramai wanita ini iaitu Fattah Amin. Memang tidak dinafikan nama Fattah Amin semakin meningkat naik dan ia kerana adanya penyokong atau peminat yang setia bersama pelakon ini.

Baru-baru ini, kelab peminat rasmi Fattah Amin, The Fa Team, akhirnya dibubarkan selepas lima tahun ditubuhkan untuk menyokong kerjaya seninya.

Makluman ini telah dimaklumkan dan dimuat naik di laman Instagran kelab tersebut, @TheFa_Team.


"Rasanya tidak perlu tempoh bertenang yang kami inginkan. Selagi mana ada pihak yang masih tidak mahu berlapang dada, selagi itu keadaan akan menjadi keruh dan tak ada kesudahan.

"Kami mohon maaf sekiranya kenyataan kami siang tadi menimbulkan kacau bilau, apatah lagi untuk menjatuhkan maruah sesiapa seperti digambarkan segelintir pihak," tulis wakil kelab tersebut.

Difahamkan keputusan tersebut dibuat setelah status yang dimuat naik mereka sebelum itu telah menimbulkan salah faham dan perbalahan di kalangan peminat pelakon Hero Seorang Cinderella itu.

"Jangan kata kami tak sayangkan Fattah Amin. Hanya ALLAH yang tahu macam mana sayangnya kami pada dia. Lima tahun kami dengan dia. Dari dia tak ada apa-apa sampailah dia ke tahap sekarang.

"Kami lalui bersama-sama Fattah Amin, kami pertahankan, kami jaga, kami tatang Fattah Amin seperti keluarga kami sendiri. Terlalu banyak kenangan pahit, manis untuk kami kenang," luahnya.

Dalam masa yang sama, individu terbabit juga menegaskan, kelab tersebut tidak pernah mengambil kesempatan ke atas Fattah, sebaliknya sentiasa menyokong kerjaya seni pelakon terbabit.

"Kami tidak minta banyak cuma jangan pertikaikan nawaitu kami selama lima tahun bersama Fattah.

"Mungkin kami bukan yang terbaik, tapi tidak pernah mempunyai niat lain selain mahu melihat Fattah  Amin berjaya.

"Selama lima tahun  rasanya tiada apa pun kesempatan yang kami ambil ke atas Fattah Amin," ujarnya.