Saturday, June 30, 2018

Oh! Media

Oh! Media


Apa akan terjadi bila team Lawak Kampus bertemu BoBoiBoy Galaxy?

Posted: 29 Jun 2018 03:58 AM PDT


Ramai yang terkejut bila tiba-tiba je Kadokawa Gempak Starz berkerjasama dengan Animonsta Studios dalam menerbitkan Komik Edisi Istimewa berjudul "LAWAK KAMPUS X BOBOIBOY GALAXY: SUPERIOR". Terbayang macamana agaknya bila budak-budak Lawak Kampus ni beraksi dengan geng BoboiBoy dalam komik tu nanti ye tak?


Rupanya kolabrasi ni dijadikan kenyataan sempena dengan ulangtahun ke-15 Lawak Kampus dan BoboiBoy dipilih kerana dilihat sebagai yang paling tepat dan bersesuaian selain untuk memajukan industri kreatif tempatan.




Kemunculan mereka di Atria Shopping Gallery bermula dari 21 Mei hingga 24 Jun 2018 yang lepas menarik minat ribuan pengunjung yang mahu melihat sendiri karya hebat ini sekaligus untuk berjumpa dengan pelukis komik kegemaran mereka.

SINOPSIS:

Perlawanan bola sepak persahabatan yang berlangsung antara pelajar SMK Lawak Kampus dan SMK Pulau Rintis menjadi huru-hara apabila kapal angkasa Adu Du mendarat di padang sekolah. Adu Du telah menjumpai Power Sphera berbahaya yang boleh mengancam
keselamatan, namun tiba-tiba ia melancarkan kuasanya!

Sedang semua orang sibuk selamatkan diri, Cikgu Noodle dan Ciciko tertangkap menyebabkan mereka lenyap sekelip mata. Alamak! Apa yang Vanness, BoBoiBoy, Froggy dan rakan-rakan harus lakukan? Adakah Cikgu Noodle dan Ciciko terperangkap dalam dimensi misteri dibawa oleh Power Sphera?

Pesanan awal (terhad kepada 1,000 salinan) untuk komik "LAWAK KAMPUS X BOBOIBOY GALAXY: SUPERIOR" ini juga turut dilakukan sepanjang tempoh pameran tersebut. Peminat yang memesan awal menerima hadiah eksklusif dan autograf dari kartunis kegemaran mereka.


Komik ni nanti cuma berharga RM25 dan hanya boleh didapatkan secara eksklusif di kedai buku POPULAR bermula 31 Ogos 2018 nanti.

Tabung Harapan Cecah RM130 Juta Dalam Masa Sebulan

Posted: 29 Jun 2018 03:48 AM PDT


Esok genap 1 bulan Tabung Harapan Malaysia sejak ia dilancarkan pada 30 Mei 2018 lalu sebagai usaha rakyat  untuk membantu kerajaan mengurangkan hutang negara yang mencecah RM1 Trilion.

Jumlah terkini pada satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementeria Kewangan adalah sebanyak RM130,917,831.30 juta setakat jam 3 petang, Jumaat.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng sebelum ini ada memaklumkan bahawa Tabung Harapan ini hanya akan digunakan untuk membayar hutang kerajaan.

Rakyat yang ingin menyumbang kepada tabung ini bolehlah berbuat demikian menerusi akaun Maybank 5660-1062-6452.

Sikap Pembersih Jepun Menjadi Ikutan Kepada Penyokong Senegal

Posted: 28 Jun 2018 10:19 PM PDT


Sikap rakyat Jepun yang berada pada kelasnya tersendiri telah menarik perhatian banyak pihak apabila penyokong Jepun menunjukkan disiplin tinggi dengan membersihkan sampah di kawasan tempat duduk mereka sejurus perlawanan tamat dengan skor 2-2 dengan Senegal.


Tetapi, kali ini ia lebih menarik apabila budaya pembersih itu turut diikuti penyokong Senegal. Walaupun bertarung di atas padang, nampaknya kedua-dua buah negara ini bersatu hati di tempat duduk penonton bagi memastikan Ekaterinburg Arena sebelum keluar.

"Di Jepun, kami diajar untuk meninggalkan sesebuah tempat dalam keadaan lebih bersih berbanding semasa kami tiba di sana," penjelasan dari pemain pertahanan Jepun Maya Yoshida.


Oh!Media: Nampaknya, budaya seperi inilah yang harus kita serap dan bawakan ke mana sahaja kita berada, agar ia menjadi contoh dan ikutan yang baik. Tahniah Jepun dan Senegal.

Misi Abam Bocey Sudah Mula Nampak Hasil

Posted: 28 Jun 2018 08:08 PM PDT


Semua sudah sedia maklum bahawa pelawak terkenal Abam Bocey sedang berada dalam misi untuk mengurangkan berat badannya semenjak sebelum puasa lagi.

Baru-baru ini, Abam Bocey telah memuat naik beberapa gambar yang menunjukkan perubahan bentuk tubuhnya setelah beberapa bulan menjalankan latihan intensif bersama jurulatih peribadinya, @fadzilsharofficial di gimnasium.
Jadi ramai yang ternanti-nantikan perkembangan terbaru dari misi Abam Bocey ini. Kini Abam telah berjaya mengurangkan berat badannya sebanyak 20 kg yang sebelum ini beratnya mencecah 188.7 kg kepada 168.0 kg.

Oh!Media : Tahniah Abam Bocey, kami semua mendoakan agar Abam terus bersemangat untuk menjayakan misi dan kekal sihat. Amin