Thursday, June 7, 2018

Oh! Media

Oh! Media


Hati-Hati Dengan Kutipan Zakat Palsu

Posted: 06 Jun 2018 12:00 AM PDT


Sudah ke anda menunaikan zakat untuk tahun ini? Orang ramai dinasihat agar berhati-hati dengan individu atau pertubuhan yang menjalankan aktiviti kutipan zakat di negeri tanpa kebenaran Majlis Agama Islam Selangor (Mais).

Ketua Divisyen Komunikasi Korporat Lembaga Zakat Selangor (Zakat Selangor), Datin Norajun Ainun Mohd Hashim berkata, Mais melantik Zakat Selangor sebagai amil dan pentadbir bagi menguruskan semua perkara berkaitan kutipan dan agihan zakat di Selangor berdasarkan kepada Peraturan-Peraturan Zakat dan Fitrah (Selangor) 2012.

"Justeru, mana-mana individu atau pertubuhan didapati melakukan kesalahan menjalankan aktiviti kutipan zakat tanpa kebenaran, boleh didakwa di bawah peruntukan Seksyen 37 Enakmen Jenayah Syariah Negeri 1995.

"Mereka yang memungut zakat secara tidak sah boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali," katanya.

Norajun berkata, orang ramai disaran melaporkan sebarang aktiviti pungutan zakat oleh individu tidak dilantik atau diberi kuasa oleh Mais atau Zakat Selangor.

Sumber : Sinar Harian

Azmin Ali Kelihatan Dalam Muzik Video Raya Jamal Abdillah

Posted: 05 Jun 2018 08:38 PM PDT



Siapa sangka, Ahli Parlimen Gombak dan juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pernah muncul dalam muzik video raya nyanyian Datuk Jamal Abdilah. 

Dalam muzik video berjudul Salam Aidilfitri yang dirakamkan pada pertengahan 80-an itu, menyaksi beberapa orang ahli keluarga Azmin Ali yang lain termasuklah arwah ibunya, Hajjah Che Tom Yahaya serta adik perempuannya Ummi Hafilda Ali.


Dengan memakai baju Melayu berwarna merah, Azmin dilihat ceria dengan aksi bersahaja melayan tetamu yang hadir di rumahnya.

Rata-rata penonton video klip berkenaan teruja dan tidak percaya bahawa Azmin Ali dahulu pernah menjadi pelakon dan kini beliau antara individu penting negara.


Wartawan TV3 Dikritik Nyanyi Lagu Raya

Posted: 05 Jun 2018 07:31 PM PDT


Tersebar di media sosial apabila seorang wartawan TV3, Amirulhakim Lokman apabila gaya penyampaiannya agak berbeza dan dia menyanyikan lagu Indahnya Beraya Di Desa semasa membuat liputan di TBS. 


Hasil dari gaya penyampaiannya itu, tampil bekas penyampai TV3, Saiful Nizam Ismail yang kurang bersetuju dengan pendekatan dan cara Amirul. Dia enerusi Instagram Stories meluahkan pendapat mengenai tindakan Amirul.

"And then wartawan lokasi sekarang dah boleh include nyanyian dalam stand upper. Tak tau nak suka ke nak rasa pelik." Punah Kredibiliti Newsroom katanya.

Saiful Nizam menganggap sikap dan cara penyampaian berita liputa luar sedemikian adalah tidak profesional dan boleh merosakkan imej seorang wartawan.

Kemudian, Amirul menjawab kenyataan yang telah dimuatnaik oleh Saiful Nizam. Dia menerusi laman Twitter menegaskan bahawa tindakannya itu adalah sejajar dengan konsep santai dan bersesuaian dengan tema untuk pulang beraya.


Dia turut menyelar tindakan bekas penyampai berita TV3 itu kerana tidak menegurnya secar peribadi. Malah, tindakan tersebut seolah-olah telah membuka aibnya. 

Bagaimanapun, cara penyampaian liputan luar itu telah mendapat respon positif dari netizen dan mereka terhibur dengan konsep penyampaian demikian.