Thursday, July 12, 2018

Oh! Media

Oh! Media


Bekas Kapten Pasukan, Rooney Yakin Dengan England

Posted: 11 Jul 2018 01:58 AM PDT

Image result for rooney england

Menjelang separuh akhir Piala Dunia di antara England menentang Croatia di Moscow, Russia awal pagi esok, bekas kapten England, Wayne Rooney meletakkan harapan tinggi kepada skuad kendalian Gareth Southgate untuk mencipta sejarah mara ke final.

"Sudah pasti sebagai bekas pemain dan kapten England, ia adalah saat yang penting kepada negara.

"Anak sulung saya penyokong utama England. Jadi ia adalah saat yang hebat untuk bola sepak Inggeris, menjadi rakyat dan penyokong.

"Saya ada melihat video dan suasananya kelihatan hebat. Saya pasti jika kami mampu melangkah esok (awal pagi esok waktu Malaysia), ia pasti lebih hebat dalam tempoh empat atau lima hari selepas itu.

"Bagi pemain dan Gareth Southgate , saya ucapkan selamat berjaya. Mereka membuatkan kami bangga dan berharap mereka mampu mara ke final.

"Saya mengharapkannya. Kami berharap dan percaya dengan sedikit tuan, ia akan menjadi realiti," kata Rooney.

Sumber: Semuanya Bola

Cristiano Ronaldo Kirimkan Surat Perpisahan Yang Menyentuh Hati Kepada Real Madrid

Posted: 10 Jul 2018 11:28 PM PDT


Cristiano Ronaldo menulis surat kepada Real Madrid selepas mengesahkan akan meninggalkan kelab itu untuk Juventus. Ini adalah nukilan beliau:

"Tahun-tahun di Real Madrid, dan di bandar Madrid, kemungkinan telah menjadi detik paling bahagia dalam hidup saya."

"Saya hanya mampu menyatakan rasa terima kasih tak terhingga kepada kelab, untuk hobi ini dan bandar ini. Saya hanya mampu mengucapkan terima kasih kepada semua di atas layanan yang saya terima."

"Walaubagaimanapun, saya percaya yang masanya telah tiba untuk saya membuka pentas baru dalam hidup. "

"Itulah sebab saya meminta kelab ini menerima tawaran perpindahan ini."

"Itu yang saya rasa dan saya sudah bertanya kepada semua orang terutama sekali pengikut kami, tolong fahami situasi saya."

"Ianya 9 tahun yang sememangnya indah. 9 tahun yang unik."

"Ia telah menjadi detik yang mengujakan, penuh dengan tuntutan, walaupun sukar kerana Real Madrid sentiasa ada 'demand' yang sangat tinggi, tetapi saya sangat faham dengannya dan saya tak akan melupakan yang saya telah menikmati bola sepak di sini dengan cara sangat unik."

"Saya ada rakan-rakan yang hebat di atas padang, di bilik persalinan dan sentiasa merasai sambutan luar biasa daripada penyokong."


"Secara bersama-sama kita memenangi 3 UCL berturut-turut, 4 daripada 5 musim."

"Dengan mereka semua, secara individu, saya berpuas hati dapat memenangi 4 Ballon d'Or dan 3 Kasut Emas. Semuanya dicapai dalam kelab luar biasa ini."


"Real Madrid telah menawan hati saya, dan juga keluarga saya. Dan inilah sebabnya kenapa saya ingin mengucapkan terima kasih lebih daripada sebelum ini."

"Terima kasih kepada kelab, presiden, pengarah-pengarah, rakan-rakan, semua staf teknikal, doktor, fisio dan kesemua staf yang melakukan kerja luar biasa membuatkan segalanya berjalan lancar, dan bekerja tanpa kenal erti lelah."

"Terima kasih dan sudah pastinya sekali lagi kepada penyokong serta kepada bola sepak Sepanyol. Dalam tempoh 9 tahun yang mengujakan ini saya telah berhadapan ramai pemain hebat."

"Saya meninggalkan jersi ini, logo ini dan Santiago Bernabeu akan sentiasa menjadi seperti rumah saya, tak kira di mana saya berada."

"Terima kasih kepada semua dan sudah pastinya, seperti yang saya katakan pada 9 tahun lalu di stadium: Hala Madrid"





Gelaran SuperMokh Terus Menjadi Lagenda Negara Malaysia

Posted: 10 Jul 2018 09:40 PM PDT


Jika Jepun berbangga dengan Yasuhiko Okudera dan Korea Selatan dengan Cha Bum-Keun, pasti Malaysia akan menamakan Mokhtar Dahari sebagai lagenda dalam sukan bola sepak bagi benua Asia.

Mohd Mokhtar bin Dahari adalah nama sebenarnya. Dilahirkan pada 13 November 1953, Mokhtar Dahari dilahirkan di Setapak, Selangor (kini Kuala Lumpur).

Hari ini 11 Julai 2018, genaplah 27 tahun pemergian Lagenda Bola Sepak Negara Allahyarham Mokhtar Dahari meninggalkan kita. SuperMokh telah meninggal dunia pada tanggal 11 Julai 1991.

Oh! Media: Semoga Allahyarham ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.