Saturday, July 21, 2018

Oh! Media

Oh! Media


Ibu Adam Raykal Tidak Dapat Terima

Posted: 19 Jul 2018 11:49 PM PDT


"SAYA tak boleh terima anak saya dilakukan sedemikian kerana saya tak buat anak orang begitu." Demikian luahan Farah Madihah Othman,28, ibu Adam Rayqal Mohd Sufi Naeif yang ditemui mati dalam peti sejuk rumah pengasuh, di Kampung Nakhoda, Batu Caves, 3 Julai lalu.

Farah Madihah yang berkhidmat sebagai jururawat di wad kanak-kanak Hospital Kuala Lumpur (HKL) berkata, tindakan pengasuh berusia 33 tahun itu kejam dan berharap tindakan setimpal dikenakan ke atasnya.

"Dia (pengasuh) hubungi saya dengan nada yakin mengatakan anak saya sudah diambil seorang lelaki. Saya ingatkan betul-betul anak saya dilarikan, tak terfikir langsung pengasuh akan buat Adam begitu.

"Tapi bila tahu anak saya ditemui di tempat tidak sepatutnya saya tak boleh terima dan saya tak dapat bayangkan keadaan anak saya ketika itu," katanya sewaktu menerima kunjungan Ketua Pergerakan Wanita Umno, Datuk Dr Noraini Ahmad, hari ini.

Keadaan Farah pada masa ini dilihat mulai reda dengan kejadian yang menimpa anak sulungnya itu.

Katanya, dia berharap kejadian menimpa ke atas anak itu diambil iktibar dan kerajaan dapat memantau seterusnya menyediakan kemudahan pusat asuhan di tempat bekerja.

"Sebagai kakitangan pusat perubatan kita menyediakan perkhidmatan terbaik kepada pesakit jadi tak salah sekiranya kebajikan kami juga turut dijaga.

"Susah nak jumpa pusat asuhan menyediakan perkhidmatan menjaga mengambil anak-anak yang ibu bapanya bekerja syif, jika ada pasti kosnya tinggi dan bila ada kemudahan itu ia sangat membantu.

"Memang susah nak meletakkan keyakinan kepada pengasuh tapi bila dia beri keyakinan dan menjaga pula seorang anak Orang Kurang Upaya (OKU)... sedikit sebanyak saya membuat pertimbangan menghantar anak saya ke pengasuh itu," katanya.

Oh!  Media: Semoga kejadian seperti ini tidak berulanh dan menjadi pengajaran buat kita semua. Yang salah tetap salah. Harap pesalah dapat menerima hukuman yang setimpal. Al-Fatihah buat adik Adam Raykal.

Kasut Putih Tidak Digunakan Lagi Untuk Persekolahan Tahun Depan

Posted: 19 Jul 2018 11:48 PM PDT


Pelajar sekolah tidak lagi memakai kasut
sekolah berwarna putih mulai tahun depan, sebaliknya ia ditukar kepada warna hitam.

Maszlee berkata, peraturan baharu itu dibuat selepas mendengar keluhan dan harapan ibu bapa.

"Ini harapan daripada ibu bapa terutama ibu, bapa tak kisah sangat.

"Bermula tahun depan, kita akan pakai kasut hitam di sekolah," katanya.

Oh! Media: Walaubagaimanapun adik-adik mestilah menjaga kebersihan. Kesian dekat mak kita kan? 😉