Tuesday, July 24, 2018

Oh! Media

Oh! Media


Khalid Salleh Pelakon Dan Pengarang Terkenal Sudah Tiada

Posted: 23 Jul 2018 01:45 AM PDT


Pelakon dan pengarang terkemuka, Khalid Salleh atau lebih dikenali sebagai Wak Khalid meninggal dunia di Pusat Perubatan Ampang Puteri, Kuala Lumpur pada jam 3.20 petang hari ini.

Pemergian seniman kelahiran Selangor berusia 70 tahun itu disahkan oleh Bahagian Komunikasi Korporat Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM).

Selain dikenali sebagai pelakon berwibawa hingga pernah dinobat sebagai Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Asia Pasifik ke-43 di Taipei pada 1998 menerusi filem Jogho, beliau turut menghasilkan tiga buku yang diterbitkan ITBM.