Thursday, July 5, 2018

Oh! Media

Oh! Media


Penampilan Terkini Penyanyi 150 Juta Ainan Tasneem

Posted: 04 Jul 2018 12:28 AM PDT


Korang masih ingat tak dengan penyanyi 150 Juta, Ainan Tasneem? Ainan kini telah mendirikan rumah tangga bersama pasangan pilihan hati Mohamad Ariffudin Mohammad Swaimi.

Ainan juga telah dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Ainan Salsabiela Binti Mohamad Ariffudin dan tahun ini merupakan tahun pertama mereka berdua beraya bertiga.

Kini Ainan tidak lagi aktif dalam bidang nyanyian dan telah memulakan beberapa perniagaan dalam bidang berlainan. 

Mesti ramai yang tertanya-tanya bagaimana agaknya penampilan terkini Ainan Tasneem. Ini kami sediakan beberapa gambar terkini Ainan yang diperoleh dari instgram miliknya @ainantasneem92.











BIGO Lancarkan Cube TV Khas Untuk Penstriman Permainan Mudah Alih

Posted: 03 Jul 2018 11:53 PM PDT


Kalau sebut pasal BIGO LIVE, rasanya semua orang pun dah kenal sangat dengan aplikasi yang membolehkan korang sendiri live ataupun melayan video live dari orang lain di Malaysia dan diseluruh dunia. BIGO LIVE ni antara aplikasi yang terawal meyediakan servis live ni dan tak pelik kenapa ianya sangat popular hingga ke hari ini.

Tapi dalam posting ni, Ohmedia bukan nak cerita pasal BIGO LIVE, tapi nak cerita tentang produk terbaru dari BIGO iaitu Cube TV. Apa itu Cube TV?

Cube TV adalah sebuah aplikasi yang memfokuskan tentang penstriman langsung pemain mudah alih arena e-sport di Malaysia. Ini bermakna, kalau korang suka main game di smartphones, lepas ni bolehlah buat live streaming terus untuk dikongsikan kepada peminat di seluruh dunia.


Menariknya Cube TV ni, korang boleh stream dalam kualiti tinggi tapi menggunakan data yang amat rendah. Selain menyediakan servis live streaming, ianya turut dilengkapi dengan ciri-ciri hadiah percuma untuk penonton, sistem mata ganjaran, pengenalan kepada trend permainan yang paling popular, berita terkini tentang game, dan liputan secara langsung e-Sport yang kompetitif.

Dengan lebih 200 juta pengguna berdaftar dari 100 buah negara (termasuk Korea Selatan, Jepun, USA, dan Australia), pelancaran Cube TV di Malaysia merupakan pencapaian yang signifikan bagi BIGO LIVE.

Lebih menarik lagi, Cube TV adalah penyiar rasmi acara kejohanan e-Sport untuk permainan mudah alih paling popular ketika ini iaitu PUBG Mobile, League of Legends, dan DOTA 2 yang membolehkan korang untuk mengikuti secara langsung acara tersebut melalui Cube TV.


Jadi kalau korang suka untuk stream game yang korang main, boleh download Cube TV dan cuba sendiri servis ni mana tahu boleh jadi popular nanti? Kalau jenis suka tengok je pun ok juga sebab ada banyak hadiah percuma, sistem penebusan mata, pusat beli-belah dalam talian, dan beribu-ribu video untuk ditonton.


Cube TV boleh dimuat-turun dari App Store dan Google Play pada ketika ini secara percuma sahaja. Untuk maklumat lanjut, korang boleh masuk ke website rasmi mereka di www.cubetv.sg atau ikuti mereka di Facebook, Instagram, dan Twitter.

* Pastikan korang dah install game dulu untuk buat live streaming di Cube TV ni. Ini kerana Cube TV hanya menyediakan servis live streaming sahaja dan tidak menyediakan game untuk dimain.

Lagu 'Harapan Jadi Nyata' Nyanyian Aizat Hadiah Untuk Tun Mahathir

Posted: 03 Jul 2018 10:30 PM PDT


Lagu 'Harapan Jadi Nyata' nyanyian Aizat Amdan menjadi salah satu hadiah istimewa untuk Tun Dr Mahathir Mohamad yang telah meraikan hari lahirnya yang ke-93 tahun.

Mengambil inspirasi daripada perjuangan Dr Mahathir sejak 1981, Aizat mendedikasikan sebuah lagu tersebut. Aizat berkata, sebenarnya ada kisah istimewa disebalik penghasilan lagu bergenre pop balada yang dirakam di studio Emil Berliner di Berlin, Jerman.


"Apabila ayah mengetahui saya akan membuat persembahan untuk majlis hari lahir Dr Mahathir yang ke-86, dia begitu bersemangat untuk mengilhamkan lagu ini, hingga bertanyakan banyak perkara khususnya mengenai bahasa dan puisi kepada rakan-rakannya.

"Melalui lagu itu, ayah menzahirkan perasaan hormat dan kagumnya kepada Dr Mahathir yang juga idolanya selama ini.

"Saya juga masih ingat sewaktu berlangsung Majlis Gala Tun Dr Mahathir pada 2011 itu. Dr Mahathir, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, Datuk Seri Najib Razak dan Rosmah Mansor masih mesra, duduk semeja,".

Sumber: Malaysia Kini

Bekas Perdana Menteri Najib Razak Dikenakan 4 Tuduhan

Posted: 03 Jul 2018 09:50 PM PDT


Mantan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak dikenakan empat tuduhan - tiga bagi pecah amanah dan satu lagi kerana menerima rasuah berjumlah RM42 juta ($14.15 juta).

Datuk Najib, 64 tahun, diberkas Selasa oleh agensi anti-rasuah Malaysia dan menghabiskan masa semalaman dalam tahanan.

Kehadiran beliau di kompleks mahkamah pagi Rabu disambut ratusan penyokongnya yang telah berkumpul sejak 6 pagi.

Menurut laporan The Straits Times, tuduhan ke atas Datuk Najib itu akan dibentangkan di Mahkamah Jenayah Sesyen dan kes itu bakal didengar oleh hakim paling kanan mahkamah tersebut, Datuk Zainal Abidin Kamarudin.

Kes itu kemudian akan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Jenayah,

Dalam kenyataan yang dikeluarkan kumpulan bertindak 1MDB yang dibentuk kerajaan, Datuk Najib diberkas di kediamannya di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur sekitar 2.35 petang Selasa berhubung syarikat SRC International Sdn Bhd, sebuah firma tenaga yang asalnya dibangunkan sebagai anak syarikat 1MDB.

Difahamkan, tuduhan ke atas Datuk Najib itu berhubung dana yang disalurkan kepada akaun peribadi beliau dari SRC International.

Sumber: Berita Harian