Wednesday, August 29, 2018

Oh! Media

Oh! Media


Menteri Komunikasi dan Multimedia, YB Gobind Singh Deo Beri Amaran Kepada Semua Syarikat Telco

Posted: 28 Aug 2018 01:44 AM PDT


Penyedia perkhidmatan internet atau telco di negara ini diingatkan supaya menurunkan harga langganan bagi perkhidmatan mereka sebelum 31 Ogos ini. Peringatan itu disampaikan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, YB Gobind Singh Deo dalam kenyataan akhbar.

Kementerian beliau sebelum ini telah menetapkan 31 Julai sebagai tarikh akhir untuk semakan semula harga pakej jalur lebar bagi penyedia perkhidmatan di negara ini. Namun, mengambil kira beberapa permohonan bagi lanjutan tempoh yang diterima, kementerian tersebut telah memberi tempoh tambahan selama satu bulan sehingga hujung bulan ini.


Bagaimanapun, sehingga kini hanya dua syarikat sahaja yang telah menurunkan harga atau mengemaskini pakej internet mereka iaitu Telekom Malaysia(TM) Bhd dan Maxis Bhd. Semua telco lain diingatkan agar melaksanakan arahan ini bagi mematuhi Mandatory Standard on Access Pricing(MSAP) yang telah ditetapkan.

Sekiranya gagal, penyedia perkhidmatan akan dikenakan tindakan keras daripada pihak kementerian. Gobind turut menegaskan bahawa pihaknya akan membantu syarikat telco dalam menyediakan perkhidmatan lebih baik, lebih pantas dan lebih murah sebelum berakhirnya tahun hadapan.

Buku MEOW Karya Teragung Abad Ini

Posted: 27 Aug 2018 06:20 PM PDT


Buku bertajuk MEOW ini telah dikarang oleh penulis bernama M. E. OWMEOW yang hanya bertulis meow pada setiap muka surat.

Falsafah meow juga mengatakan "awek biar beribu tapi bini biar satu" tak percaya? Cuba tengok dalam buku ni.




Kredit: Hakeem Khan

Pesilat Negara Al Jufferi Menarik Diri Di Pentas Final Kerana Wasit

Posted: 27 Aug 2018 06:10 PM PDT


Atlet silat negara, Mohd Al Jufferi Jamari menerima sokongan dari Kontinjen pesilat negara lain selepas menarik diri ketika menentang Komang Harik Adi Putra dari Indonesia dalam pencak silat lelaki akhir kelas E pada Sukan Asia 2018 di Padepokan Pencak Silat hari ini.

Al Jufferi menarik diri dalam pusingan ketiga kerana tidak berpuas hati dengan keputusan wasit juri yang tidak memberikan point yang adil ketika dia melakukan serangan tepat.



Harga Gula Turun Mulai 1 September Ini

Posted: 27 Aug 2018 05:55 PM PDT


Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengumumkan penurunan harga gula bertapis sebanyak 10 sen sekilogram berkuat kuasa 1 September ini.

Menterinya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, dengan penurunan ini, pengguna akan menikmati harga kawalan gula bertapis yang baharu iaitu RM2.85 sekilogram bagi gula pasir kasar dan RM2.95 sekilogram bagi gula pasir halus.