Friday, September 28, 2018

Oh! Media

Oh! Media


Isa Abdul Samad Bakal Bertanding Sebagai Calon Bebas

Posted: 27 Sep 2018 05:49 AM PDT


Bekas Ketua UMNO Bahagian Teluk Kemang, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, mengesahkan akan bertanding sebagai calon Bebas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson 13 Oktober ini.

Berita melaporkan, beliau yang juga bekas Pengerusi FELDA berkata, keputusan itu dibuat susulan tindakan UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak bertanding.

KAF Dibadai Puting Beliung Kecil

Posted: 27 Sep 2018 02:48 AM PDT


Struktur premis gerai makanan di medan selera Dataran Kami Anak Felda (KAF) Gedangsa, Hulu Selangor dekat sini roboh akibat angin kuat dalam kejadian semalam.

Seorang peniaga, Norhabibah Hambali, 52, berkata, dia yang baharu satu jam membuka gerai menjual air kira-kira jam 3.30 petang itu tergamam apabila melihat satu pusingan angin puting beliung di sungai berdekatan lokasi kejadian.

Menurutnya, puting beliung bersaiz kecil itu bergerak laju ke arah deretan premis gerai makanan tersebut sebelum 'mengangkat' struktur bumbung ke atas.

Sumber: Sinar

Pusat Tahfiz Diberi Masa Untuk Berdaftar Dengan JAWI dan DBKL Bagi Jamin Keselamatan

Posted: 27 Sep 2018 02:41 AM PDT


Hari ini, Kementerian Wilayah telah mengeluarkan arahan dan memberi tempoh sehingga hujung tahun ini kepada pusat-pusat tahfiz yang beroperasi di sekitar ibu negara untuk berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Ini dilihat bagi menjamin dan memastikan keselamatan, kebajikan dan pembelajaran pelajar-pelajar tahfiz berada dalam keadaan baik dan dikawal, jelas menteri, Khalid Abdul Samad.

"Laporan sesetengah media yang pusat-pusat tahfiz di Kuala Lumpur tidak berdaftar akan segera ditutup adalah tidak tepat dan salah lapor.

Dalam usaha pendaftaran ini, Kementerian Wilayah akan bekerjasama dengan Jawi untuk mendaftarkan semua pusat tahfiz ini," katanya.

Khalid berkata, DBKL dengan kerjasama Bomba dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan memeriksa keadaan fizikal pusat-pusat tahfiz untuk memenuhi keperluan minimum dari segi keselamatan dan keselesaan, manakala Jawi pula melihat aspek kurikulum dan pembelajaran pelajar.

Katanya, kementerian akan mempertimbangkan sokongan yang sewajarnya bagi membantu pusat-pusat tahfiz yang gagal memenuhi keperluan keselamatan dan keselesaan sebelum didaftarkan bagi kebaikan pelajar.

Inilah Penggunaan Robot Di Gudang Alibaba

Posted: 27 Sep 2018 02:29 AM PDT


Jenama Alibaba merupakan satu jenama yang terbesar dalam perniagaan dalam talian, terutamanya di rantau Asia. Hal ini membuatkan pengasasnya Jack Ma mampu mengaut keuntungan berbillion dan menjadi orang terkaya dunia.

Namun disebalik perniagaan yang terlalu besar ini, sudah pastinya Alibaba memerlukan satu gudang yang sangat besar bagi menampung semua barang yang dijual. Gudang ini terletak di Huiyang daerah Guandang dan mempunyai keluasan seluas 3000 meter persegi.


Menariknya, untuk gudang seluas ini, Alibaba menggunakan robot yang bernama Zhu Que bagi memastikan semuanya bergerak pantas dan sekaligus mampun mengurangkan tenaga kerja dan tingkatkan efisiensi.

Robot ini mampu mengangkat barang seberat 600kg dan bergerak sepantas 1.5m dalam satu saat. Robot ini juga dikawal melalui WiFi yang akan menerima arahan dan menuju ke suatu tempat untuk dikendalikan.


Pelakon Hebat Joaquin Phoenix Sebagai 'Joker'

Posted: 27 Sep 2018 01:25 AM PDT


Filem terbaru DC iaitu Joker kini dalam proses penggambaran dan terbaru, Todd Philips pengarah bagi filem ini kongsikan kepada peminat teaser rupa Joker yang dilakonkan oleh Joaquin Phoenix.

Selepas kematian Heath Ledger, kerusi untuk watak Joker sentiasa 'panas' dan Joaquin menjadi pelakon terbaru yang akan menggalas cabaran membawa watak ini.


Seorang Lagi Adik Bekas Perdana Menteri, Nizam Razak Lepaskan Jawatan Di Petra Energy Berhad

Posted: 27 Sep 2018 12:34 AM PDT


Seorang lagi adik kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak iaitu Datuk Mohamed Nizam Razak pula telah mengumumkan untuk meletak jawatan sebagai Pengarah Petra Energy Berhad.

Petra Energy Berhad terlibat dalam industri minyak dan gas negara. Menurut sebuah kenyataan Nizam Razak mengambil keputusan untuk berundur dari jawatannya kerana beliau bakal menyertai bisnes kerjasama yang lain. Beliau sebelumnya mempunyai sebanyak 29.25 juta syer di dalam Petra Energy Berhad.

Menurut kenyataan seorang kenalan rapat Datuk Seri Najib, Tan Sri Bustari Yusuf berkata beliau telah menambah sebanyak 64,000 lagi syer melalui pasaran saham terbuka minggu lalu menjadikan jumlah syer beliau sebanyak 90.447 juta saham.




Berkhidmat Hampir 29 Tahun, Akhirnya Nazir Razak Akan Tinggalkan CIMB

Posted: 26 Sep 2018 11:46 PM PDT


Nampaknya Nazir Razak telahpun memberi kata putus dimana beliau bakal meninggalkan CIMB Bank sebagai Pengerusi CIMB selepas 29 tahun berkhidmat pada akhir tahun ini.

Kenyataan ini diumumkan oleh beliau sendiri pada laman Instagram beliau dimana kontrak beliau sebagai Pengerusi CIMB tamat. Berdasarkan perkongsian, Nazir Razak nampaknya positif untuk meneruskan karier beliau di peringkat yang lebih tinggi bersama syarikat atau bank ternama dunia.



The sun is setting on my time in CIMB. I just announced that I will step down as Chairman of CIMB by 31st December 2018. The Board will now activate its succession plan to decide on the next Chairman and the exact date of handover. Over the last 29 years, I have had the privilege of a front row seat on the amazing CIMB journey from fledgling corporate finance franchise to leading Malaysian investment bank to an ASEAN universal bank. Thank you CIMB, #teamCIMB and #CIMBalumni. After our CEO transition in 2014 and then success of T18, CIMB is now financially strong, organisationally robust and firmly institutionalised. My CIMB mission is accomplished and final affirmation of success will come with my departure and CIMB continue grow from strength to strength. I am 52 years young. It is time for me to commit fully to my next mission on the Asean stage.
A post shared by Nazir Razak (@nazir.razak) on

Tiada Lagi Dunkin' Donuts, Hanya Dunkin'

Posted: 26 Sep 2018 10:33 PM PDT


Berapa ramai antara kita yang sudah cukup biasa mendengar nama Dunkin' Donuts yang kita ketahui popular dengan menu donut pelbagai perisa mereka.

Tetapi, menurut satu laporan dari CNN, Dunkin' Donuts akan mula dikenali sebagai Dunkin' bermula tahun hadapan. Dunkin' juga telah memaklumkan akan mengubah semua papan tanda, bungkusan makanan dan minuman dengan Dunkin'.

Perubahan ini dipercayai sebagai usaha untuk memperbaharui imej yang menjadikan minuman seperti teh dan kopi sebagai produk utama, tetapi masih mengekalkan donut dalam menu. Hal ini disebabkan oleh 60% hasil jualan Dunkin' di Amerika disumbangkan oleh minuman sahaja.






Kerajaan Malaysia Akan Kaji Penggunaan Ganja Dalam Perubatan Dan Menjadi Negara Pertama Asia Mempertimbangkannya

Posted: 26 Sep 2018 09:22 PM PDT


Kerajaan Malaysia sedang mempertimbangkan untuk menghalalkan penggunaan ganja dalam perubtan. Keputusan ini diambil apabila seorang lelaki berusia 29 tahun dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam kerana memiliki 3.1 liter minyak ganja, 270 gram ganja mampat dan 1.4kg bahan mengandungi tetrahydrocan nabinol (THC).

Walaupun begitu, lelaki ini mempunyai sebab yang berkata, simpanan ganja ini bertujuan untuk rawatan alternatif yang diusahakannya sendiri di mana ia telah merawat 800 pesakit dengan menggunakan bahan berkenaan.

Orang ramai juga beranggapan ianya merupakan satu hukuman yang tidak adil kepada sesorang yang telah menggunakan ganja untuk tujuan yang baik untuk memulihkan penyakit.

Sehubungan itu, menurut laporan oleh Bloomberg, kerajaan Malaysia sedang berkira-kira untuk menghalalkan ganja untuk kegunaan perubatan dan menjadi negara Asia pertama yang berbuat demikian.

"Ianya akan memerlukan sokongan. Pandangan peribadi saya jika ianya ada nilai perubatan, ianya perlu menjadi barangan kawalan dan boleh digunakan oleh Kementerian Kesihatan sebagai ubatan preskripsi," kata Xavier.

Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohamad berkata kerajaan perlu menyemak semula undang-undang yang berkaitan ganja dalam perubatan.

Liga Utama Bola Sepak Indonesia Digantung

Posted: 26 Sep 2018 08:18 PM PDT


Selepas seorang penyokong kelab Persija Jakarta terbunuh akibat dibelasah penyokong Persib Bandung pada Ahad lalu. Media tempatan melaporkan, liga bola sepak utama Indonesia digantung untuk tempoh belum pasti oleh persatuan di negara itu.

Haringga, 23, dipukul sehingga mati oleh perusuh berdekatan Stadium Gelora Bandung Lautan Api sebelum perlawanan berlangsung dan video tragedi itu tersebar di media sosial sekali gus menggemparkan seluruh Indonesia.

Menteri Belia dan Sukan Indonesia Imam Nahrawi menyokong langkah menghentikan seketika aksi Liga 1 bagi membolehkan siasatan dijalankan.


Suara Dari Awan: ‘Siramilah kebun si Fulan’

Posted: 26 Sep 2018 06:43 PM PDT


Dari Abu Hurairah dari Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Ketika seseorang berada di suatu padang pasir, dia mendengar suara dari awan: 'Siramilah kebun si Fulan', lalu awan itu menjauh dan menuangkan air.

Ternyata di kebun itu ada seseorang yang tengah mengurus air dengan cangkulnya. Dia bertanya padanya: 'Wahai hamba Allah, siapa namamu?' Dia menjawab: 'Fulan.' Sama seperti nama yang dia dengar dari awan. Dia bertanya: 'Hai hamba Allah, kenapa kau tanya namaku?' Dia menjawab: 'Aku mendengar suara dari awan di mana inilah airnya. Awan itu berkata: 'Siramilah kebun si Fulan, namamu. Apa yang kau lakukan dalam kebunmu?'

Dia menjawab: 'Kerana kau mengatakan seperti itu,  akan ku ceritapadamu. Aku melihat (hasil) yang keluar darinya (kebun), lalu aku sedekahkan sepertiganya, aku makan sepertiganya bersama keluargaku dan aku kembalikan sepertiganya ke kebun'."

Wahab bin Kaisan dengan sanad ini, dia berkata: "Dan aku berikan sepertiganya untuk orang-orang miskin, peminta-minta dan Ibnu Sabil (orang-orang dalam perjalanan)."

(Sahih Muslim, no. 5299, Musnad Ahmad, no. 7600)

Bagi mereka yang bertaqwa dan mengharap pada Allah Taala, mereka tidak takut akan rezeki yang bakal dikurniakan kepada mereka, hingga Allah akan memberikannya dari jalan yang tidak disangka-sangka. Oleh itu, sentiasalah mengharap pada-Nya dan jangan kedekut untuk bersedekah, walau hanya dengan nilai yang kecil. Lihatlah lelaki itu bersedekah dengan sepertiga hasilnya di jalan Allah, maka Allah menghantarkan awan kepadanya.

Penjual Susu Dinikahkan Dengan Anak Khalifah

Posted: 26 Sep 2018 06:30 PM PDT


Pada satu malam Sayyidina Umar radhiallahu 'anhu bersama khadamnya memantau keadaan rakyatnya di pinggir Madinah sebagaimana rutin hidupnya sebagai Amirul Mukminin. Akhirnya Sayyidina Umar duduk berehat dengan bersandar di dinding sebuah rumah. Tiba-tiba beliau terdengar dua beranak berdialog.

Berkata seorang wanita penjual susu kepada anak gadisnya: "Campurlah susu ini dengan air!"

Lalu anaknya membantah seraya bertanya: "Apakah ibu tidak takut kalau hal ini diketahui Khalifah Umar bin Khattab?"

Ibunya menjawab: "Umar tidak akan tahu."

Dengan penuh keyakinan anaknya pun menjawab: "Walaupun Umar tidak mengetahuinya, apakah bererti Tuhan yang menciptakan Umar juga tidak mengetahuinya?"

Si ibu terperanjat lalu terdiam dengan kata-kata anaknya. Lalu bergegaslah Sayyidina Umar meninggalkan rumah itu seraya memberikan arahan kepada pembantunya: "Tandalah rumah ini!"

Keesokan harinya Sayyidina Umar segera memanggil Ashim, salah satu anak lelakinya seraya bertanya: "Mahukah kamu aku nikahkan dengan seseorang yang sangat baik agamanya?" Tanpa fikir panjang lagi Ashim pun menjawab dengan penuh keyakinan: "Ya".

[Sirah wa Manaqib Umar bin Abdul Aziz, karya Ibnu al-Jauzi]

Begitulah kisah seorang anak yang solehah telah memikat hati Amirul Mukminin untuk dijadikan menantu. Perkahwinan mereka berdua telah melahirkan seorang anak perempuan yang bernama Laila. Laila telah berkahwin dengan Abdul Aziz bin Marwan seorang Gabenor Mesir pada pemerintahan Khalifah Abdul Malik bin Marwan. Perkahwinan mereka berdua melahirkan Umar bin Abdul Aziz, Amirul Mukminin yang kelima seorang khalifah yang bertakwa, warak dan adil.

Wanita Solehah Yang Bijaksana

Posted: 26 Sep 2018 05:32 PM PDT


Ummu Sulaim bintu Milhan ialah ibu kepada pembantu Rasulullah yakni Anas bin Malik. Dia adalah salah seorang penduduk syurga yang digelar Ghumaisha' seperti yang telah disabdakan oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dalam sebuah hadis: "Ketika aku masuk ke dalam syurga, aku mendengar bunyi tapak kaki berjalan, maka aku pun terus bertanya: "Bunyi kaki siapa itu?" Para penghuni syurga menjawab: "Itu adalah Ghumaisha' bintu Milhan (Ummu Sulaim), ibu Anas bin Malik." (Sahih Muslim, no. 4494, Musnad Ahmad, no. 11808)

KEBIJAKSANAAN ISTERI SOLEHAH DALAM MENJAGA KEBAJIKAN SUAMI

Diriwayatkan oleh Anas bin Malik, dia berkata: "Pada suatu ketika seorang putera Abu Talhah dan isterinya yang bernama Ummu Sulaim, meninggal dunia. Kemudian Ummu Sulaim berkata kepada keluarganya: "Janganlah kalian memberitahu musibah ini kepada Abu Talhah sehingga saya sendiri yang akan memberitahukannya." Tidak lama kemudian Abu Talhah tiba di rumah. Seperti biasa, Ummu Sulaim menghidangkan makan malam untuk suaminya. Lalu Abu Talhah makan dan minum dengan senangnya. Kemudian Ummu Sulaim mula berhias lebih cantik daripada hari biasanya hingga Abu Talhah menggaulinya.

Setelah mengetahui bahawasanya Abu Talhah telah merasa puas dan lega, maka Ummu Sulaim berkata: "Wahai Abu Talhah, bagaimana menurut pendapat engkau apabila ada sekumpulan orang memberikan pinjaman kepada suatu keluarga. Kemudian, ternyata pinjaman tersebut mereka minta kembali. Apakah boleh keluarga itu menolak permintaannya?" Dengan mantap Abu Talhah menjawab: "Tentu saja keluarga itu tidak boleh menolak permintaan kumpulan itu." Lalu Ummu Sulaim berkata: "Maka demikian dengan anak kita, ketahuilah bahawasanya anak kita yang tercinta telah diminta oleh Zat yang telah Mencipta dan Memilikinya. Oleh kerana itu relakanlah kematian putera kita tersebut." Betapa terkejut dan marahnya Abu Talhah mendengar informasi yang disampaikan isterinya itu. Lalu dia pun berkata kepada isterinya: "Mengapa kamu tidak memberitahu terlebih dahulu berita ini? Tetapi kamu memberitahukannya kepadaku setelah aku menggaulimu?"

Keesokan harinya Abu Talhah pergi menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam untuk menceritakan kepada beliau tentang apa yang telah terjadi pada keluarganya. Mendengar cerita sedih tersebut, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Semoga Allah memberkati kalian berdua dalam menjalani malam kalian (persetubuhan)." Beberapa bulan kemudian, Ummu Sulaim mula memperlihatkan tanda-tanda kehamilan. Suatu ketika Rasulullah sedang bermusafir dan Ummu Sulaim turut serta dalam perjalanan tersebut. Biasanya, apabila Rasulullah pulang dari bermusafir -setibanya di Madinah- maka beliau tidak langsung masuk ke kampung. Tibanya dekat kota Madinah, Ummu Sulaim mula merasakan saat-saat hendak melahirkan hingga Abu Talhah berhenti untuk mendampinginya sementara Rasulullah telah pergi.

Abu Talhah berkata: "Ya Allah ya Tuhanku, sesungguhnya Engkau Maha Tahu bahawasanya saya merasa senang keluar untuk menyertai Rasul-Mu ketika beliau keluar. Begitu pula saya merasa senang masuk untuk menyertainya, ketika beliau akan masuk (kota Madinah), tapi sekarang saya terhenti seperti yang Engkau lihat." Ummu Sulaim berkata: "Hai Abu Talhah, saya sudah tidak tahan lagi. Marilah terus percepat perjalanan!" Akhirnya mereka terus melanjutkan perjalanan. Ketika tiba di kota Madinah, maka Ummu Sulaim pun melahirkan seorang anak laki-laki dengan selamat. Ummu Sulaim berkata kepada Anas: "Hai Anas, janganlah ada seorang pun yang menyusui bayi ini hingga kamu membawanya ke hadapan Rasulullah."

Anas berkata: "Esok harinya, saya membawa bayi tersebut kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Saya temui beliau yang pada ketika itu sedang memegang alat untuk memberi tanda pada haiwan. Ketika Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam melihat saya, beliau bersabda: "Hai Unais (nama panggilan Anas), apakah Ummu Sulaim telah melahirkan?" Maka saya dengan senang hati menjawab pertanyaan beliau: "Ya, dia telah melahirkan ya Rasulullah." Kemudian beliau letakkan alat untuk memberi tanda pada haiwan itu. Lalu saya pun membawa bayi itu ke hadapan Rasulullah dan meletakkannya di atas pangkuan beliau. Kemudian Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam minta dibawakan kurma ajwah Madinah. Lalu beliau lumatkan kurma tersebut dengan mulut beliau dan disuapkannya ke dalam mulut bayi itu (tahnik). Maka bayi itu segera mengunyahnya. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Lihatlah, memang kaum Ansar itu sangat menyukai kurma!" Kemudian Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mengusap wajah bayi itu dengan penuh kasih sayang serta memberinya nama Abdullah." (Sahih Muslim, no. 4496)

KEBERKATAN ATAS KESABARAN SUAMI ISTERI


Dalam riwayat yang lain, ketika Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mengucapkan kepada Abu Talhah: "Semoga Allah memberkati kalian berdua pada malam kalian itu (persetubuhan)", maka beberapa lama kemudian ada seorang dari kalangan Ansar berkata: "Aku melihat keduanya (Abu Talhah dan Ummu Sulaim) memiliki sembilan anak yang semuanya telah hafal Al-Quran." (Sahih Bukhari, no. 1218)