Saturday, October 13, 2018

Oh! Media

Oh! Media


Dua Remaja Berdepan Pertuduhan Perkosa Bayi Perempuan

Posted: 12 Oct 2018 05:35 AM PDT


Bayi sembilan bulan diperkosa? Inilah yang berlaku di Amerika Syarikat apabila dua lelaki berdepan pertuduhan rogol selepas seorang daripada mereka didakwa merakam perbuatan rakannya yang sedang memperkosa bayi perempuan yang hanya baru berusia sembilan bulan.

Masing-masing baru berumur 19 dan 22 tahun dan dilihat tidak berperikemanusiaan diatas perbuatan mereka. Perkara ini terbongkar apabila ibu mangsa menjumpai video  rakaman terbabit yang dipercayai dirakam pada tahun 2016.

Bagaimanapun, kedua-duanya ditahan di Penjara Shelby County dan tidak dibenarkan ikat jamin.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Penerbangan Paling Lama Dunia Selamat Tiba di New York

Posted: 12 Oct 2018 05:18 AM PDT


Selepas hampir lima tahun terpaksa diberhentikan penerbangannya kerana kos terlalu mahal, kini Singapore Airlines (SIA) melakukan penerbangannya semula.

SIA selamat tiba ke Amerika Syarikat apabila memulakan perjalanan dari Singapura yang melibatkan 15,000 kilometer dalam tempoh 17 jam dan 52 minit.

Ini menjadikan, pesawat penerbangan komersial paling lama di dunia berada di angkasa. Pesawat SQ22 itu diberitakan membawa 150 penumpang dan 17 kru kesemuanya.

Bagaimanapun, sepanjang penerbangan dikatakan ia seperti tidak terasa seperti 17 jam kerana ia sangat lancar, lapor Ketua Editor Airlinerating, Geoffrey Thomas.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Lee Chong Wei Kelihatan Ceria, Namun Berat Badan Semakin Menurun

Posted: 12 Oct 2018 04:59 AM PDT


Datuk Lee Chong Wei dilihat semakin ceria sejak kembali ke tanah air hujung minggu lalu, kata Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria.

"Pagi tadi saya sempat bersarapan bersama Chong Wei di rumahnya dan kelihatan dia kehilangan berat badan lebih kurang empat atau lima kilogram.

"Tetapi apa yang penting Chong Wei semakin pulih dan nampak ceria bersama keluarga," katanya.

Walaubagaimapun, Norza berkata, beliau tidak ada berbincang soal hala tuju bekas pemain No.1 dunia itu kerana tidak ingin menganggu fikiran dan mahukan Lee Chong Wei berehat secukupnya.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Saksikan Official Teaser Polis Evo 2 - PASKAL Pun Ada?

Posted: 12 Oct 2018 03:30 AM PDT


Nampaknya tahun ini memang menjadi tahun kejayaan dan kebangkitan bagi industri perfileman Malaysia. Selepas kejayaan filem Hantu Kak Limah, Munafik dan PASKAL The Movie, kini akan muncul pula filem Polis Evo 2.

Polis Evo 2 adalah sambungan dari Polis Evo yang ditayangkan pada tahun 2015 dan berjaya mengutip RM17.7 juta. Filem yang membawakan pelakon utama iaitu Syhaheizy Sam dan Zizan Razak ini diarahkan oleh Ghaz Abu Bakar dan Astro Shaw telah beretuju membuat filem sekuel.

Polis Evo 2 yang dikatakan telah memulakan penggambaran semenjak Julai 2017 itu akhirnya telah mengumumkan akan mula ditayangkan di semua pawagam Malaysia pada 22 November ini. Ini diumumkan oleh Astro Shaw melalui official teaser.

Di dalam teaser ini turut kelihatan ramai pelakon hebat Malaysia termasuklah Hairul Azreen yang dilihat berpakaian seperti anggota khas Paskal. Adakah Paskal turut ada dalam filem Polis Evo 2? Sama-sama kita nantikan.



Gambar Makanan Kegemaran Rakyat Malaysia Minum Petang

Posted: 12 Oct 2018 02:41 AM PDT


Topik makanan sentiasa menjadi topik hangat bagi semua orang kerana sudah tentu bila penat bekerja kita akan mencari sesuatu yang dapat mengenyangkan perut.

Aktiviti minum petang merupakan masa di mana kita berbual bersama keluarga atau rakan yang berkunjung ke rumah. Jadi juadah minum petang kebiasaannya adalah hidangan yang ringan dan santai sebelum tiba waktu makan malam. Ini kami kongsikan beberapa makanan yang menjadi kebiasaan dan kegemaran rakyat malaysia waktu minum petang.






Tun Dr Mahathir Tidak Pernah Setuju Wujudkan Lebuhraya Tanpa Tol

Posted: 12 Oct 2018 02:12 AM PDT


Semalam, Perdana Menteri membuat satu kenyataan dengan mengatakan pembinaan lebuh raya tanpa tol tidak mungkin dapat diwujudkan.

Ini didedahkan kerana beliau sudah lama tidak bersetuju dengan manifesto yang dijanjikan Pakatan Harapan sebelum ini.

"Kami mewujudkan manifesto itu dengan memikirkan bahawa kami tidak akan menjadi kerajaan. Sekarang kami adalah kerajaan dan manifesto ini menjadi beban yang besar.

"Pada masa itu saya menentang, saya tahu, untuk mengadakan laluan percuma…ia tidak boleh (dilakukan). Satu-satunya cara untuk mengadakan laluan percuma dan tiada tol adalah dengan menaikkan harga petrol," katanya kepada Bernama dan RTM di akhir Perhimpunan Pemimpin-pemimpin ASEAN semalam.

Soal  Dr Mahathir lagi, siapakah yang akan menyelenggara atau membina jalan baharu sekiranya kerajaan memansuhkan tol.

"Anda minta sektor swasta supaya membina jalan raya, mereka mahu meraih keuntungan tetapi jika anda tidak mengadakan kutipan tol, bagaimana hendak mendapatkan keuntungan?" katanya.

Dengan menjadikan England sebagai contoh, Dr Mahathir berkata England terpaksa mengenakan cukai petroleum yang tinggi bagi menampung kadar lebuh raya tanpa tol.

Sumber: Sinar



Tiga Emas Berjaya Diperoleh Dik Wan di Sukan Para Asia

Posted: 12 Oct 2018 02:12 AM PDT


Mohd Ridzuan meraih emas ketiganya dalam acara lompat jauh T36 dengan turut melakarkan rekod baharu Asia, dengan catatan 5.49m. Anak jati Perlis itu sebelum ini meraih emas dalam acara 100m T36.

Beliau mencatat masa 11.87 saat dalam acara 100m T36 lelaki (cerebral palsy), sekaligus memadam rekod terdahulu 11.90 saat yang dicipta atlet Rusia, Evgenii Shvetcov pada Kejohanan Paralimpik Dunia IPC di Lyon, Perancis pada 2013.

Pelari pecut para negara itu turut meraih pingat emas dalam acara 400m lelaki T36 dengan catatan masa 59.36 saat.

Oh Media: Tahniah Dik Wan kerana telah berjaya mencipta sejarah demi sejarah dan kami bangga dengan semangat juang anda.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Hadiah Kemenangan Disekat, Rakan Diharamkan - Ini Respon Khabib

Posted: 12 Oct 2018 12:38 AM PDT


Masih hangat diperkatakan, kini Khabib Nurmagomedov sedang berdepan penahanan wang kemenangan berjumlah RM6.24 juta dan Dana White turut mengharamkan Zubaira dan rakan pelatih Khabib, Islam Makhachev daripada sukan MMA kerana menyerang Conor McGregor di dalam sangkar semasa kekecohan berlaku.

Kesan dari tindakan itu, Khabib menyatakan di juga akan mengancam untuk meninggalkan UFC jika syarikat kendalian Dana Whita itu tidak mengubah keputusan mereka.

"Kenapa UFC tidak menghukum individu (McGregor) yang menyerang bas (insiden di Brooklyn April lalu) dan hampir membunuh beberapa orang?

"Kenapa berdiam diri apabila negara, agama dan keluarga saya dihina?

"Kenapa rakan sepasukan saya sahaja yang dihukum sedangkan kedua-dua kem bergaduh?

"Tak perlu hukum Zubaira, tetapi hukumlah saya. Jika UFC pecat Zubaira, UFC juga kehilangan saya.

"Bangsa Rusia tidak akan meninggalkan saudara mereka dan akan berjuang sehingga ke penghujung," kata Khabib di Instagram.

"Kamu boleh simpan duit saya. Nampaknya kamu terlalu sibuk dengan perkara itu. Bagi saya, maruah lebih penting." tambah Khabib.



I would like to address @ufc Why didn't you fire anyone when their team attacked the bus and injured a couple of people? They could have killed someone there, why no one says anything about insulting my homeland, religion, nation, family? Why do you have to punish my team, when both teams fought. If you say that I started it, then I do not agree, I finished what he had started. In any case, punish me, @zubairatukhugov has nothing to do with that. If you think that I'll keep silent then you are mistaken. You canceled Zubaira's fight and you want to dismiss him just because he hit Conor. But don't forget that it was Conor who had hit my another Brother FIRST, just check the video. if you decide to fire him, you should know that you'll lose me too. We never give up on our brothers in Russia and I will go to the end for my Brother. If you still decide to fire him, don't forget to send me my broken contract, otherwise I'll break it myself. And one more thing, you can keep my money that you are withholding. You are pretty busy with that, I hope it won't get stuck in your throat. We have defended our honor and this is the most important thing. We intend to go to the end. #Brothers
A post shared by Khabib Nurmagomedov (@khabib_nurmagomedov) on

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.


RM100 Juta Dilaburkan Untuk Pembinaan Kilang MILO Terbesar Dunia

Posted: 11 Oct 2018 11:57 PM PDT


Nestle (Malaysia) Berhad kini telah mengumumkan bahawa mereka akan memindahkan kilang MILO mereka di Petaling Jaya ke Chembong, Negeri Sembilan.

Ini apabila, Nestle akan melaburkan lebih RM100 juta untuk pembinaan kilang MILO terbesar di dunia. Menurut, Alois Hofbauer, Ketua Pegawai Eksekutif berkata, pembinaan kilang ini adalah sebagai satu usaha pengembangan dan pengukuhan jenama tersebut di Malaysia.

Kilang di Chembong ini juga dikatakan bakal dieksport kepada lebih 20 buah negara seluruh rantau yang akan dilengkapi juga dengan kemudahan teknologi canggih bagi memastikan pengeluaran produk terbaik.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Turunkan Harga Tambang Rel Bagi Mengatasi Kesesakan Lalu Lintas

Posted: 11 Oct 2018 11:54 PM PDT


Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad menyatakan, kerajaan dan pihaknya akan berusaha dan dalam kerja-kerja untuk mengambil kira semua aspek bagi menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam khususnya yang berasaskan rel untuk ke tempat kerja.

Oleh itu, pihaknya sedang meninmbangkan untuk menurunkan kadar tambang pengangkutan awam sebagai langkah drastik mengurangkan kesesakan lalu lintas di pusat bandar Kuala Lumpur.

"Sebelum ini sudah banyak alternatif yang dicadangkan oleh pelbagai pihak untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas, namun masih tidak berjaya.

"Jadi, mungkin kita akan turunkan kadar tambang pengangkutan rel jika ia boleh memaksimumkan penggunaan pengangkutan awam yang disediakan kerajaan," katanya.

Katanya, penurunan tambang pengangkutan awam bagaimanapun tidak akan menelan perbelanjaan yang besar selain dapat mengurangkan masalah pencemaran alam dan kesesakan lalu lintas yang berlarutan sejak sekian lama.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Tujuh Lapisan Neraka

Posted: 11 Oct 2018 05:32 PM PDT


Jahannam (lapisan atas sekali) - Disediakan untuk umat Nabi Muhammad yang beriman, namun melakukan dosa kecil dan besar serta mati dalam keadaan tidak bertaubat kepada Allah. Juga disediakan bagi pengikut syaitan. 

Lazha - Disediakan untuk orang yang mendustakan agama islam, orang yang tidak keluar zakat dan orang Yahudi. 

Huthamah - Disediakan untuk orang yang suka mengumpat dan mencela. 

Sa'ir - Disediakan untuk orang Nasrani (Kristian) dan pengikutnya. Juga disediakan untuk mereka yang memakan harta anak yatim. 

Saqar - Disediakan untuk penyembah patung berhala, orang yang meninggalkan solat fardhu, orang yang kedekut, orang yang berbohong dan orang Majusi (penyembah api). 

Jahim - Disediakan untuk orang musyrik, orang syirik, orang yang menyekutukan Allah (orang yang sesat). 


Hawiyah (lapisan bawah sekali) - Disediakan untuk orang munafiq, orang kafir, orang yang ringan timbangan amalnya, musuh para Nabi seperti Abu Jahal, Firaun, Haman dan Qarun. 

Wallahua'lam

Mahar Rasulullah ‎ﷺ kepada Isteri

Posted: 11 Oct 2018 05:12 PM PDT


Berapa besar mahar yang diberikan oleh Rasulullah kepada isteri-isterinya? 

Abu Salamah radhiallahu 'anhu menceritakan: Aku telah berkata kepada Aisyah radhiallahu 'anha "Berapakah mahar yang telah dibayar oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam?"

Dia menjawab, "Mahar yang diberikannya kepada isteri-isterinya adalah dua belas uqiyah dan satu nasy." Dia bertanya, "Tahukah kamu berapakah satu nasy itu?" Aku menjawab, "Tidak."

Dia berkata, "Setengah uqiyah, jumlah semuanya seharga lima ratus dirham." (HR Muslim, Abu Daud dan An-Nasa'i).

Berapakah satu uqiyah itu? 


Syaikh Mansur Ali Nashif menceritakan, satu uqiyah sama dengan empat puluh dirham. Sehingga 12 uqiyah ditambah satu nasy, total berjumlah 500 dirham. 500 dirham  senilai seperempat dinar, setara dengan nilai mahar Abdurrahman bin 'Auf.

Sebab Doa Tidak Dikabulkan

Posted: 11 Oct 2018 05:01 PM PDT


Dikisahkan bahawa suatu hari Ibrahim bin Adham melintas di pasar Bashrah, lalu orang-orang berkumpul mengerumuninya seraya berkata, "Wahai Abu Ishaq, apa sebab kami selalu berdoa namun tidak pernah dikabulkan?"

Dia menjawab, "Kerana hati kalian telah mati oleh 10 hal:

1. Kalian mengenal Allah tetapi tidak menunaikan hak-Nya.

2. Kalian mengaku cinta Rasulullah shallallahu 'alahi wasallam tetapi meninggalkan sunnahnya.

3. Kalian membaca al-Quran tetapi tidak mengamalkannya.

4. Kalian memakan nikmat-nikmat Allah Subhanahu Wa Ta'ala tetapi tidak pernah pandai mensyukurinya.

5. Kalian mengatakan bahawa syaitan itu adalah musuh kalian tetapi tidak pernah berani menentangnya.

6. Kalian katakan bahwa syurga itu adalah haq (benar adanya) tetapi tidak pernah beramal untuk menggapainya.

7. Kalian katakan bahawa neraka itu adalah haq (benar adanya) tetapi tidak mau lari darinya.

8. Kalian katakan bahawa kematian itu adalah haq (benar adanya) tetapi tidak pernah menyiapkan diri untuknya.

9. Kalian bangun dari tidur lantas sibuk memperbincangkan aib orang lain tetapi lupa dengan aib sendiri.

10. Kalian kuburi orang-orang yang meninggal dunia di kalangan kalian tetapi tidak pernah mengambil pelajaran dari mereka."


(Mi'ah Qishshah Wa Qishshah Fii Aniis ash-Shaalihiin Wa Samiir al-Muttaqiin karya Muhammad Amin al-Jundi, Juz. II, hlmn. 94)