Thursday, October 18, 2018

Oh! Media

Oh! Media


Lebih 20 Kawasan Genting Gaza Menjadi Sasaran Israel

Posted: 17 Oct 2018 02:04 AM PDT


Israel tidak akan berhenti dan tidak  akan pernah berhenti untuk terus membedil Gaza, Palestin. Ini setelah tentera Israel rejim zionis membedil lagi kira-kira 20 sasaran ketenteraan di Genting Gaza awal pagi tadi dengan alasan meriaksi terhadap roket yang dilancarkan dari wilayah itu.

Serangan udara itu meragut sekurang-kurangnya dua nyawa dan beberapa penduduk Palestin dilaporkan cedera.

Jurucakap tentera, Jonathan Conricus berkata, serangan balas itu dilancarkan selepas salah satu roket itu mengenai bandar Beersheba di gurun Negev manakala sebuah lagi jatuh di laut.

Dalam perkembangan berkaitan, Tel Aviv menutup kedua-dua lintasan sempadan selepas ketegangan kembali memuncak di wilayah tersebut sejak beberapa hari lalu.





Lagi Kedai Nasi Kandar Kotor

Posted: 17 Oct 2018 01:28 AM PDT


Nasi Kandar Rahim Muhamed di Lunas Kulim Kedah telah diserbu pihak berkuasa dan didapati tidak mengikut SOP kebersihan yang ditetapkan.

Ini berikutan dengan minyak goreng ayam yang tidak ditukar, pencemaran sekitar oleh bahan buangan yang dibuang terus ke longkang dan dapur yang tidak terastur dan bersepah.

Sekarang pihak berkuasa bagi setiap negeri sedang melakukan operasi ke semua gerai dan restoran makanan bagi memeriksa tahap kebersihan dan keselamtan pelanggan.









+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Had Umur Pembelian Minuman Arak Dinaikkan Kepada 21 Tahun

Posted: 17 Oct 2018 12:49 AM PDT


Had pembelian minuman beralkohol atau arak dinaikkan dari umur 18 kepada umur 21. Ini diumumkan sendiri oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang ingin mempertingkatkan had umur pembelian ini.

Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad Menteri Kesihatan berkata, "Melarang penjualan minuman beralkohol kepada mereka yang berumur kurang daripada 21 tahun berbanding dengan 18 tahun sebelum ini.

"Semua penjual minuman beralkohol diwajibkan untuk mempamerkan notis "Meminum Arak Boleh Membahayakan Kesihatan" di hadapan lokasi di mana minuman beralkohol dijual dan tanda larangan jualan minuman beralkohol kepada mereka yang berumur kurang daripada 21 tahun di kaunter jualan minuman beralkohol," katanya.

Selain itu, penjual minuman beraklhol juga diwajibkan untuk meletakkan amaran 'Meminum Arak Boleh Membahayakan Kesihatan' di atas setiap produk minuman beralkohol sama seperti amaran di kotak rokok.

Menurutnya, pindaan peraturan tersebut terdiri daripada pindaan ke atas peraturan 361 mengenai standard am bagi minuman beralkohol yang sedia ada dan mewujudkan peraturan baru 386A mengenai Sebatian Minuman Keras (Compounded Hard Liquor atau CHL).

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.


Khabib Lebih Teruja Bertemu Tony Berbanding Tawaran RM62.1 Juta

Posted: 16 Oct 2018 10:53 PM PDT


Khabib Nurmagomedov iaitu juara Lightweight UFC menolak tawaran untuk membuat pertarungan semula menentang Conor Mcgregor dengan bayaran AS$15 juta atau RN62.1 juta.

Keputusan itu dibuat kerana Khabib dilihat lebih teruja untuk bertemu Tony Ferguson. Ini diberitahu sendiri oleh bapa saudara Khabis iaitu Alex Nurmagomedov.

Untuk rekod, (sejak 2015) Khabib dan Ferguson telah empat kali dipertemukan namun pertarungan mereka dibatalkan pada saat akhir ekoran masalah kecederaan.

Selepas mengalahkan Anthony Pettis di UFC 229, Ferguson merasakan dirinya layak dipertemukan semula dengan Khabib.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Trak Bantuan Malaysia Membuatkan Penduduk Palu Tersenyum

Posted: 16 Oct 2018 10:52 PM PDT


Setelah beberapa minggu Palu Indonesia delanda bencana gempa dan tsunami yang menyebabkan bayak kematian membuatkan banyak negara datang memberikan bantuan. Malaysia seperi biasa tidak ketinggalan untuk terlibat dalam misi bantuan kemanusiaan ini.

Senyuman manis terukir dikalangan penduduk Palu setelah melihat kehadiran 10 buah 'trak Malaysia' di Jalanan Kota Palu berlatarkan  runtuhan banggunan.


Trak bantuan Malaysia yang ditutupi dengan bendera Malaysia yang besar itu membawa muatan barangan keperluan seperti 3000 pek makanan, 2000 pek kebersihan, 20000 pek solat yang mengandungi sejadah dan telekunng serta kelengkapan untuk ibu mempunyai anak kecil seperti susu bayi, susu ibu mengandung, lampin bayi dan tuala wanita.

Bantuan ini dilihat sangat tepat pada waktunya memandangkan penduduk yang ditimpa bencana semakin sukar untuk mencari keperluan asas.

Trak yang membawa bekalan itu selamat tiba di Palu selepas menempuh perjalanan darat sejauh lebih 900 kilometer dari Makassar dengan perjalanan memakan masa kira-kira 37 jam.

Rupa Bentuk Dajjal Yang Sebenar

Posted: 16 Oct 2018 06:11 PM PDT


Soalan: Bagaimanakah bentuk Dajjal yang sebenarnya?

Jawapan:

Dalam menjawab isu ini, kami kemukakan pandangan Imam al-Qurtubi dalam al-Tazkirah. Antara lain katanya:

Dajjal adalah fitnah yang amat besar sehingga Rasulullah SAW sering membaca doa memohon perlindungan daripada Dajjal dalam setiap solatnya. Perkara ini berdasarkan pada hadis sahih: Daripada Aisyah Ummul Mukminin, bahawa Rasulullah SAW pada setiap solat (setelah tahiyat akhir) membaca:

اَللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ القَبْرِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا، وَفِتْنَةِ الْمَمَاتِ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مَنَ الْمَاْثَمِ وَالْمَغْرَمِ
"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung pada-Mu daripada azab kubur, aku berlindung pada-Mu daripada buruknya fitnah al-Masih al-Dajjal, daripada fitnah hidup dan mati. Ya Allah aku berlindung pada-Mu daripada dosa serta hutang yang sukar untuk dibayar." (Riwayat al-Bukhari)

Disunahkan membaca doa pada akhir solat sebelum memberi salam menurut hampir semua ulama dan bahkan ada ulama yang mewajibkan membacanya.

Secara terperinci, ciri-ciri Dajjal dapat dilihat dalam beberapa hadis berikut:

• "Tertulis di antara dua matanya perkataan kafir yang dieja oleh Rasulullah SAW kaf, fa', ra' yang dapat dibaca oleh setiap mukmin yang pandai membaca mahupun oleh mukmin yang buta huruf. Menurut kami, perkara ini tidak akan tersembunyi (meragukan) lagi bagi sesiapa sahaja."
"Ternyata dia seorang lelaki yang berbadan besar, merah, berambut kerinting, dan bermata sebelah." (Riwayat al-Bukhari daripada Ibnu Umar)

• Dalam hadis riwayat Thabrani daripada Abdullah Ibnu Mughaffal dinyatakan, "Dajjal berkulit coklat dan dan berambut kerinting."
"Sesungguhnya al-Masih al-Dajjal adalah seorang lelaki yang pendek, hujung telapak kakinya berdekatan, sedangkan tumitnya berjauhan, berambut kerinting, bermata sebalah dengan mata yang terhapus." (Riwayat Abu Daud daripada Ubadah bin Somit dan Ahmad)

• "Sesungguhnya kepala Dajjal itu dari belakang kelihatan tebal dan berkelok-kelok." (Riwayat Ahmad daripada Hisyam bin 'Amir)

• "Pada matanya yang sebelah kanan, seakan-akan ia adalah satu biji anggur yang terapung." (Riwayat al-Bukhari daripada Ibn Umar)

• "Bukanlah sesungguhnya dia itu bermata sebelah dan tertulis di antara kedua mata Dajjal itu perkataan kafir, yang dapat dibaca oleh setiap mukmin." (Riwayat Muttafaq 'Alaih , daripada hadis Anas)

• Tertulis di antara dua matanya huruf kaf, fa', dan ra'. (Riwayat al-Tirmizi daripada Anas)

• "Dajjal itu adalah mata kirinya buta dan rambutnya kasar; dia mempunyai syurga dan neraka yang syurganya itu sebenarnya adalah neraka, sedangkan nerakanya sebenarnya adakah syurga. (Riwayat Huzaifah)

• "Sesungguhnya aku mengetahui sifat Dajjal itu; dia mempunyai dua buah sungai, yang satu mengandungi air putih sedangkan yang lain mengandungi nyalaan api. Jika seseorang yang melihat sungai yang mengandungi nyalaan api itu, maka hendaklah dia menutup matanya dan mendekati ke arahnya, maka dia akan dapat meminum air sejuk darinya. Ciri-ciri Dajjal itu adalah mata kanannya buta, kukunya kasar dan di antara kedua matanya tertulis perkataan "Kafir" yang dapat dibaca oleh semua orang mukmin yang melihatnya, baik yang boleh menulis membaca mahupun tidak. (Riwayat Muslim)

Ibn Umar mengatakan bahawa suatu kali Rasulullah SAW menceritakan mengenai Dajjal kepada kami lalu baginda berkata, "Sesungguhnya Allah SWT matanya tidak buta sebelah; ketahuilah bahawa Dajjal itu buta mata kanannya."

Ibn Umar juga mengatakan Rasulullah SAW bersabda: "Ketika aku tertidur di Kaabah, aku bermimpi melihat seorang yang amat gagah rupanya, lurus rambutnya serta berminyak, sedang tawaf mengelilingi Kaabah. Maka aku pun bertanya kepada orang, "Siapakah orang itu?" Mereka menjawab, "Dia adalah al-Masih bin Maryam (Nabi Isa AS)." Kemudian aku lihat lagi di belakangnya seorang yang amat buruk rupanya, buta mata kanannya dan kerinting rambutnya, juga sedang tawaf mengelilingi Kaabah. Maka aku pun bertanya kepada orang, "Siapakah orang itu?" Mereka menjawab, "Al-MAsih al-Dajjal (Dajjal)."

Rasulullah SAW bersabda, "Salah satu mata Dajjal seperti kaca berwarna hijau dan berlindunglah kamu daripada azab kubur." (Riwayat Ubai bin Ka'ab)

Wallahu a'lam.


+ Mufti Wilayah Persekutuan

Tepuk Bahu Supaya Jadi Imam?

Posted: 16 Oct 2018 06:22 PM PDT


Soalan: Apakah hukum menepuk bahu kepada seseorang dengan tujuan berimam dengannya? 

Jawapan:

Saya lebih cenderung kepada tidak perlu kita menepuk bahu sebagai isyarat untuk kita berimam dengannya tetapi memadai dengan niat untuk mengikutinya. 

Dalam hal ini, jika seseorang yang solat sunat, kemudian ada orang menepuk bahunya untuk menjadikan dia imam, dia hanya perlu teruskan solatnya dan tidak disyaratkan dia berniat menjadi imam. [Lihat Mughni al-Muhtaj oleh al-Syarbini al-Khatib (1/503)]

Justeru, boleh mengikut imam kepada seseorang tanpa perlu menepuk bahunya.

Wallahu a'lam.

+ Mufti Wilayah Persekutuan


P/S: Untuk menjadi makmum kepada orang yang sedang bersolat sendirian, hanya berdiri di sebelahnya (kanan) dan bertakbiratul ihram.

Bolehkah Umat Islam Menyambut Halloween?

Posted: 16 Oct 2018 05:30 PM PDT


Soalan: Apakah hukum menyambut perayaan Halloween?

Jawapan:

Definisi Halloween

Halloween merupakan perayaan yang disambut pada 30 Oktober setiap tahun bagi memperingati orang yang telah mati. Halloween juga disebut dengan Hallowe'en dan perayaan ini juga disebut sebagai All Hallow Eve atau All Saints' Eve.

Perkataan Halloween/Hallowe'en muncul dalam tahun 1745M dan agama kristian dikatakan memulakan penggunaannya. Perkataan halloween bermaksud "hallowed evening" atau "holy evening" (petang yang mulia) dan dikatakan juga berasal dari bahasa Scotland (Scottish). Orang Celt di Scotland dikatakan merayakan perayaan ini dengan tradisi paganisme sempena musim menuai mereka.

Sambutan Halloween

Halloween disambut dikebanyakan negara bukan Islam pada 30 Oktober pada setiap tahun. Perayaan ini selalunya disambut pada waktu malam dan dilakukan dengan berpakaian aneh dan berjalan dari pintu ke pintu rumah dan meminta gula-gula atau coklat dengan berkata "Trick or treat!". Ucapan "Trick or treat!" merupakan semacam "ugutan" yang membawa maksud "Beri kami (gula-gula) atau kami buat kacau."

Kanak-kanak zaman sekarang biasanya tidak lagi membuat kacau di rumah orang yang tidak memberi apa-apa. Sebahagian kanak-kanak masih membuat kacau di rumah orang yang dianggap kedekut dengan cara "menghiasi" pohon yang ada di depan rumah dengan kertas tisu atau menulis di tingkap dengan sabun.

Halloween biasanya dikaitkan dengan syaitan, ahli sihir, hantu, Goblin dan makhluk-makhluk mitos dan menyeramkan lain dari kebudayaan Barat. Halloween disambut dengan menghiasi rumah dan pusat membeli-belah dengan simbol-simbol Halloween tersebut.

Hukum Berkenaan Dengan Halloween

Dikatakan  di sini bahawa menyambut perayaan Halloween adalah haram di sisi Islam. Ini kerana berdasarkan kajian sejarah, didapati bahawa perayaan ini merupakan syiar bagi sebahagian penganut agama Kristian dan mereka menyambutnya demi memperingati roh-roh yang telah meninggal dunia.  

Rasulullah SAW telah melarang kita dari menyerupai orang kafir. Sabda Baginda SAW dari hadis Ibn Umar R.Anhuma:

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم  : مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ
Telah berkata Rasulullah SAW: Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka mereka tergolong dalam golongan itu". [Riwayat Abu Daud (4031)]

Berdasarkan hadis di atas maka seorang Muslim itu dilarang untuk meniru gaya atau kelakuan atau pakaian yang khusus dikenali dengan unsur jahat atau adat perayaan yang boleh menimbulkan salah sangka orang ramai terhadap orang yang menyerupai perkara-perkara tersebut.

Al-Imam al-San'ani Rahimahullah berkata bahawa hadis di atas menunjukkan barang siapa yang menyerupai orang-orang fasiq ataupun kafir ataupun orang yang melakukan bid'ah dalam apa jua perkara yang dikhaskan padanya dari segi pemakaian, tunggangan ataupun gerak-geri tingkah laku maka dirinya tergolong dalam kalangan mereka. [Subul al-Salam. Dar al-Hadis, 2/647]

Disebutkan juga pendapat lain yang mengatakan bahawa tasyabbuh itu juga berlaku dalam perkara-perkara dalaman bersifat i'tiqad, iradat (kemahuan dan kehendak) dan perkara-perkara luar dari segi perkataan, perbuatan yang boleh menjadi ibadat dan adat. [Faydh al-Qadir. Al-Maktabah al-Tijariyyah al-Kubra, 6/104]

Jelas di sini bahawa perayaan Halloween merupakan tasyabbuh kepada golongan kafir dari segi i'tiqad, perbuatan dan juga pemakaian yang mana sedia maklum selalunya bagi mereka yang menyambut perayaan ini akan mengenakan kostum-kostum tertentu bersesuaian dengan hari Halloween.

Pendapat Badan Fatwa

Fatwa Kebangsaan juga telah mengharamkan sambutan Halloween bagi umat Islam. Ianya jelas bertentangan dengan nilai-nilai syariah.

Fatwa dari islamweb.net mengatakan bahawa merayakan hari Halloween adalah haram kerana asal sambutan ini adalah bersifat penyembahan dan juga dirayakan oleh kaum bukan Islam. Ibu-bapa dilarang untuk menghantar anak untuk turut serta dalam perayaan ini.

Pendapat Ulama'

Sheikh Muhammad Salih al-Munajjid juga mengatakan haram bagi umat Islam menyambut hari Halloween kerana menyerupai orang kafir.

Sheikh Dr. Ahmad Sa'id Hawwa ahli Syrian Islamic Council mengatakan bahawa haram bagi umat Islam untuk menyambut hari Halloween. Halloween menurut beliau adalah hari yang suci yang di sambut oleh penganut masihi dan umat Islam dilarang untuk mengikuti dalam perayaan mereka.

Mufti Negeri Pahang, S.S Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Osman juga berkata bahawa umat Islam haram hukumnya untuk menyambut hari Halloween. Tambah beliau lagi, selain hari Halloween, beberapa lagi hari sambutan kesan pengaruh barat seperti Valentine's Day dan April's Fool juga haram diraikan kerana berkait rapat dengan unsur agama lain. Tambah beliau lagi, sambutan-sambuntan sebegini merupakan agenda luar untuk menyesatkan akidah umat Islam dengan cara yang tidak disedari.

Penutup

Kesimpulannya, kami tegaskan sekali lagi bahawa hukum menyambut Halloween bagi umat Islam adalah haram kerana terdapat unsur-unsur tasyabbuh yang tidak dibenarkan di dalam Islam. Mudah-mudahan, dengan pencerahan ini dapat memberikan faedah dan manfaat dalam beragama dan diharapkan anak-anak muda kita dapat menghindarkan diri dari terjebak ke dalam kancah maksiat ini. Wallahu a'lam.


+ Mufti Wilayah Persekutuan