Tuesday, October 9, 2018

Oh! Media

Oh! Media


Chong Wei Harap Media Tidak Menunggunya

Posted: 08 Oct 2018 04:46 AM PDT


Akhirnya, bekas pemain badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei bersuara selepas sekian lama menantikan maklumbalas darinya.

Kini beliau masih berada di Taiwan bagi menjalani rawatan dan telah masuk hampir 2 bulan di sana. Lee Chong Wei dijadualkan pulang ke tanah air hari ini, tetapi mengelak daripada bertemu pihak media.

Lee Chong Wei hanya menghantar rakaman suara kepada Sukan NSTP dengan berkata: "Tolong beritahu semua media, tak perlu tunggu saya.


"Saya perlukan rehat. Saya akan buat sidang media tidak lama lagi dengan semua media.

"Beri peluang saya berehat beberapa hari sebelum saya jumpa semua. Terima kasih."


Rosmah Bayar Ikat Jamin RM1 Juta, Berbaki Lagi RM500,000

Posted: 08 Oct 2018 04:40 AM PDT


Datin Seri Rosmah yang didakwa atas 12 pertuduhan  hari ini membayar jaminan RM1 juta daripada jumlah keseluruhan RM2 juta yang diarahkan Mahkamah Sesyen.

Rosmah hadir bersama dua orang wanita lain yang dipercayai penjaminnya menuju ke kaunter bayaran jaminan di tingkat bawah Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.

Pada Khamis lalu, Mahkamah Sesyen di sini memerintahkan Rosmah, yang diwakili barisan peguam diketuai Datuk K Kumaraendran, membayar ikat jamin RM500,000 pada hari yang sama dan bakinya pada atau sebelum 11 Oktober.


Langkah Berjaga-jaga Fenomena Air Pasang Besar

Posted: 08 Oct 2018 03:46 AM PDT


Amaran berjaga-jaga diberikan kepada 10 kampung di daerah Kapar kerana dikhuatiri akan tenggelam sekirannya berlaku ban pecah ketika fenomena air pasang besar yang akan berlaku pagi esok.

Mohd Zainal yang merupakan Pegawai Daerah Klang menyatakan kerosakan ban yang dikesan tiga hari itu telahpun dibaiki dan telah ditambah tanah untuk tambakan.

"Sebagai persediaan, ban yang terjejas sudah ditambak semula supaya dapat menampung limpahan air laut sepanjang fenomena air pasang itu.

"Tetapi kami tetap bimbang jika sekiranya berlaku ribut dan hujan lebat sepanjang fenomena air pasang, ban terbabit tidak dapat menampung limpahan air laut," katanya.




Bintang Paling Popular 2018 Milik Wany Hasrita

Posted: 08 Oct 2018 03:14 AM PDT


Siapa tidak kenal dengan penyanyi popular Wany Hasrita dengan lagu Menahan Rindu. Malam tadi telhapun dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular ke-31 (ABP31).

Wany yang kini berumur 26 tahun turut memenangi anugerah Penyanyi Wanita Popular, mengalahkan Siti Nordiana, Stacy, Nur Fazura dan Ara Johari.

Kemenanganya berjaya membawa pulang sebuah kereta Citroen C4 Picasso RM126,000 beserta trofi.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Minuman Kopi Espresso Diperkenalkan Dunkin'

Posted: 08 Oct 2018 03:15 AM PDT


Baru-baruini Dunkin' Donuts telah mengumumkan untuk membuat penjinamaan semula produknya kepada Dunkin'. Ini kerana syarikat terbabit ingin meluaskan lagi pasaran mereka dengan tidak hanya menumpukan pada Donuts sahaja.

Dunkin' Amerika Syarikat kini telah melancarkan minuman kopi espresso dalam tin yang diberi nama 'Shot in the Dark'.


Ini kerana, minuman berkopi Dunkin' mendapat sambutan di sana dan kopi espresso ini juga hadir dalam tiga perisa iaitu karemel, mocha dan vanila.

Buat masa ini 'Shot in the Dark' hanya terdapat di beberapa lokasi runcit di Amerika Syarikat dengan harga USD$2.49 untuk satu tin.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Minuman Bergas Pepsi Turut Berminat Keluarkan Perisa Ganja

Posted: 08 Oct 2018 02:56 AM PDT


Selepas syariakat air Coca Cola menyatakan hasratnya bakal memperkenalkan minuman dengan campuran ganja. Kini Pepsi pula turut ingin mengeluarkan minuman berperisa ganja.

Hugh Johnston yang merupakan Ketua Pegawai Kewangan Pepsi menyatakan minat syarikatnya itu apabila berkata kepada pemberita "Kami akan meneliti perkara itu secara kritikal. Namun saya tidak bersedia berkongsi apa-apa rancangan yang kami ada buat masa kini," kata Johnston.

Nampaknya semua syarikat pasti akan memikirkan jalan untuk meningkatkan keuntungan. Lagi-lagi bila tahap kesedaran pengguna terhadap keburukan minuman bergas semakin tinggi.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Anak Pertama Pelawak Chot Meninggal Dunia

Posted: 08 Oct 2018 12:40 AM PDT


Pelawak Maharaja Lawak Mega iaitu Chot XOXO hari ini menerusi instagramnya memaklumkan anak sulungnya telah kembali ke rahmatullah pagi tadi.

Chot dan pasangan Siti Zafirul memaklumkan anaknya, Muhammad Sher Harraz telah bertarung melawang sakit jantung sejak lahir sehingga hari ini.


Dukacita nak maklumkan anakanda kami telah meninggal dunia dan jenazah akan dikebumikan di Felcra Ramuan Cina, Lubuk Cina, Melaka sebelum atau selepas Asar.

"Sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat Harraz. Nyata Allah lebih sayang padanya," tulis Chot beserta gambar dimuat naik di IG miliknya.

TIME Katakan Perkhidmatan Mereka Dihalang Untuk Kawasan Rumah Teres

Posted: 07 Oct 2018 11:57 PM PDT


Berikutan dengan arahan kerajaan baharu untuk syarikat telekomunikasi menurunkan harga dan menambah baik perkhidmatan, kini TIME telah membuat satu kenyataan yang akan menawarkan penurunan harga serta menaikkan kelajuan internet sehingga 1Gbps buat pengguna.

Memang ramai yang menetahui perkhidmatan TIME agak baik, tetapi masih ramai yang mempersoalkan tentang kenapa perkhidmatan TIME hanya tertakluk di beberapa kawasan sahaja seperti apartment dan kondominium.

 Lantas dari itu, pihak TIME menerusi laman facebooknya menerangkan sebab kenapa mereka tidak dapat menawarkan di perkhidmatan di banyak tempat.Aduan pengguna yang mahukan rangkaian TIME ditawarkan di rumah teres, syarikat ini menegaskan mereka sedia maklum mengenai aduan yang diterima. Walaubagaimanapaun, mereka telah dihalang dan tidak menerima kebenaran untuk menanam tiang di kawasan rumah teres. Hal ini secara tidak langsung merujuk kepada monopoli syarikat pesaing.






+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.


Abdulmanap Marah dan Kecewa Atas Tindakan Anaknya - Kebimbangan Khabib Benar

Posted: 07 Oct 2018 11:56 PM PDT


Kebimbangan Khabib Nurmagomedov yang menyatakan bakal dihempuk bapanya sebaik pulang ke kampungnya di Sidli, Degestan itu nampaknya betul setelah bapanya membuat satu kenyataan mengenai aksi anaknya yang telah bergelar Juara Lightweight dunia.

"Saya tahu dia marah. Dia akan hempuk saya bila kami bertemu di kampung nanti," katanya.

Abdulmanap yang merupakan bapa dan jurulatih kepada Khabib Nurmagomedov itu dilihat amat marah dan kecewa dengan tindakan anaknya apabila melompat keluar gelanggang dan menyerang kem McGregor.


Abdulmanap yang merupakan bekas pegawai tentera itu menyatakan bahawa tindakan Khabib itu boleh mencederakan orang dan tidak mengutamakan disiplin.

"Saya mesti tegas dalam hal ini. Saya beri dia amaran.

"Bagi saya, disiplin mesti diutamakan. Dia bebas melakukan apa sahaja di dalam Octagon (gelanggang).

"Tapi bukan diluar...kerana di sana ada wanita, kanak-kanak dan juga orang asing.

"Sepatutnya, diluar Octagon mesti aman," katanya.


Bagi yang baru mengenali Khabib, petarung Islam ini dilatih bapanya sejak kecil dan Abdulmanap diiktiraf sebagai bapa sukan MMA di Dagestan kerana berjaya melahirkan lapan juara dunia dan Olimpik (gusti roman-greko, sambo dan judo).

Sementara itu, Khabib turut memberitahu bahawa Presiden Rusia, Vladimir Putin telah menghubunginya untuk mengucapkan tahniah sebaik pertarungan UFC 229 berakhir.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Patutkah Khabib Menerima Hukuman Berat Ini?

Posted: 07 Oct 2018 11:54 PM PDT


Seperti yang kita jangkakan, aksi panas selepas perlawanan diantara Khabib Nurmagomedov dan Conor McGregor dalam pertarungan Ultimate Fighting Championship (UFC299) telah membuatkan presiden, Dana White naik angin.

White menyatakan bahawa tindakan Khabib dan kemnya berdepan masalah besar. Khabib berkemungkinan akan didenda atau digantung selain berkemungkinan dilucutkan gelaran Lightweight yang disandangnya.

"Kita menunggu keputusan daripada Suruhanjaya Olahraga Nevada dan menentukannya (hukuman) dari situ. Yang pasti, mereka (semua yang terlibat) kini dalam masalah besar.

"Tindakan itu sangat memalukan. Apa yang mereka lakukan tidak ubah seperti pergaduhan jalanan dan itu bukannya sukan," katanya.

Buat masa ini juga, wang kujuaraan AS$2 juta atau bersamaan RM8.296 juta turut dibekukan sementara waktu.

Lain pula cerita untuk McGregor. White memuji anak emasnya itu kerana McGregor enggan membuat laporan polis kepada Khabib dan rakan-rakannya.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Inilah Isteri Solehah

Posted: 07 Oct 2018 05:58 PM PDT


Ini adalah kisah seorang tabi'in (mereka yang sempat bertemu sahabat, tetapi tidak sempat bertemu Nabi) bernama Syuraih al-Qadhi dan isterinya yang solehah. Syuraih adalah seorang yang dilantik oleh Khalifah Umar Al-Khattab menjadi hakim di wilayah kekhalifahan Islam.

Setelah Syuraih menikah dengan seorang wanita Bani Tamim, dia berkata kepada Sya'bi (seorang tabi'in) yakni salah seorang sahabatnya: "Wahai Sya'bi menikahlah dengan wanita Bani Tamim kerana mereka adalah sebenar-benar wanita."

Sya'bi bertanya: "Bagaimana hal itu?"

Syuraih bercerita: "Aku melewati kampung Bani Tamim. Aku melihat seorang wanita duduk di atas tikar, di depannya duduk seorang wanita muda yang cantik. Aku meminta minum kepada mereka." Wanita itu berkata kepadaku: "Minuman apa yang kamu sukai?" Aku menjawab: "Seadanya." Wanita itu berkata: "Beri dia susu. Aku menduga dia orang asing."

Syuraih berkata: "Selesai minum aku melihat wanita muda itu. Aku mengaguminya. Aku bertanya kepada wanita itu tentang wanita muda tersebut." Wanita itu menjawab: "Anakku." Aku bertanya, "Siapa ayahnya dan bagaimana asal usulnya." Wanita itu menjawab: "Zaenab binti Hadhir dari Bani Hanzhalah." Aku bertanya: "Dia kosong atau berisi (maksudnya bersuami atau tidak)?" Wanita itu menjawab: "Kosong." Aku bertanya: "Kamu bersedia menikahkanku dengannya?" Wanita itu menjawab: "Ya, jika kamu sekufu' (sepadan)."

Aku meninggalkannya pulang ke rumah untuk beristirehat, tetapi aku tidak boleh tidur. Selesai solat aku mengajak beberapa orang saudaraku dari kalangan orang-orang yang terhormat. Aku solat asar bersama mereka. Ternyata pakciknya telah menunggu.

Pakciknya bertanya: "Wahai Abu Umayyah (Syuraih), apa keperluanmu?"

Aku menjelaskan keinginanku, lalu dia menikahkanku. Orang-orang memberiku ucapan selamat, kemudian majlis selesai. Begitu sampai di rumah aku merasa menyesal. Aku berkata dalam hati: "Aku telah menikah dengan keluarga Arab yang paling keras dan kasar." Aku ingat bahawa wanita-wanita Bani Tamim mereka keras hatinya. Aku berniat menceraikannya, kemudian aku berubah fikiran. Jangan ditalak dulu, jika baik. Jika tidak, barulah ditalak.

Berapa hari setelah itu para wanita Tamim datang menghantarkan isteriku kepadaku. Ketika dia didudukkan di rumah, aku berkata kepadanya, "Wahai isteriku, termasuk sunnah jika laki-laki bersama dengan isterinya untuk solat dua rakaat." Aku berdiri solat, kemudian aku melihat ke belakang, ternyata dia juga solat. Selesai solat para pelayannya menyiapkan pakaianku dan memakaikan jubah yang telah dicelup dengan minyak za'faran.

Apabila rumah telah sepi, aku mendekatinya. Aku menghulurkan tangan ke arah isteriku. Isteriku berkata: "Tetaplah di tempatmu." Aku berkata kepada diriku: "Sebuah musibah telah menimpaku." Aku memuji Allah dan membaca selawat kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Isteriku berkata: "Aku adalah wanita Arab. Demi Allah, aku tidak melangkah kecuali untuk perkara yang diredhai Allah. Dan kamu adalah laki-laki asing, aku tidak mengenal akhlak keperibadianmu. Katakan apa yang kamu sukai, sehingga aku boleh melakukannya. Dan katakan apa yang kamu benci, sehingga aku boleh menjauhinya." Aku berkata kepadanya: "Aku suka ini dan ini (aku menyebut ucapan-ucapan, perbuatan-perbuatan, dan makanan-makanan yang aku sukai) dan juga membenci ini dan ini."

Isteriku bertanya lagi: "Jelaskan kepadaku tentang kaum kerabatmu. Apakah kamu ingin mereka mengunjungimu?" Aku menjawab: "Aku seorang hakim. Aku tidak mahu mereka membuatku jenuh."

Aku melalui malam yang penuh kenikmatan. Aku tinggal bersamanya selama tiga hari. Kemudian aku pergi ke majlis pengadilan (mulai bekerja kembali). Tidak ada hari yang aku lalui tanpa kebaikan darinya.

Satu tahun kemudian (setelah pernikahan kami), tatkala aku pulang ke rumah, aku melihat seorang wanita tua yang memerintah dan melarang, ternyata itu adalah ibu mertuaku. Aku berkata kepada ibu mertuaku: "Selamat datang." Ibu mertuaku berkata: "Wahai Abu Umayyah, apa khabarmu?" Aku menjawab: "Baik, alhamdulillah." Ibu mertuaku bertanya: "Bagaimana isterimu?" Aku menjawab: "Wanita terbaik dan teman yang menyenangkan. Ibu telah mendidiknya dengan baik dan mengajarkan budi pekerti dengan baik pula kepadanya."

Ibu mertuaku berkata: "Seorang wanita tidak terlihat dalam suatu keadaan dimana perilakunya paling buruk kecuali dalam dua keadaan. Jika dia telah memperoleh tempat di sisi suaminya dan jika dia telah melahirkan anak. Jika kamu melihat sesuatu yang membuatmu marah darinya, maka pukullah (dengan pukulan yang membimbing, tidak membekas). Kerana laki-laki tidak memperoleh keburukan di rumahnya kecuali dari wanita bodoh dan manja."

Syuraih berkata sahabatnya Sya'bi: "Dua puluh tahun aku bersamanya. Aku tidak pernah mencelanya atau marah kepadanya."

Pengajaran dari kisah:

1. Seorang laki-laki harus teguh dalam beragama.
2. Seorang laki-laki harus cepat-cepat menikah jika hatinya telah mencintai seorang wanita, kerana dikhuatirkan dia akan terfitnah.
3. Memilih wanita sebagai isteri dan meneliti keluarganya sebelum menikah.
4. Bertawakal kepada Allah, tidak takut menghadapi masa depan dan berharap terhadap kejayaan pernikahan.
5. Berlemah lembut terhadap isteri, terutama di awal-awal pernikahan untuk mewujudkan saling mencintai di antara suami isteri dan menghilangkan rasa takut seorang gadis.
6. Hendaknya suami isteri memperhatikan penampilannya, agar cinta keduanya tetap utuh dan keduanya terjaga dari hal-hal yang diharamkan yang menggoda mata dan hati.
7. Hendaknya seorang wanita mempunyai akal jernih, kerana hal itu membantu pemahaman dan mengimbangi suami dalam segala sesuatu yang sesuai dengan tabiat akhlaknya.
8. Hendaknya suami isteri saling memahami semenjak mulanya kehidupan suami isteri. Kerana hal itu dapat mewujudkan ketenteraman, ketenangan, terhindar dari masalah dan perselisihan. Dan hal itu boleh dicapai bila suami menjelaskan kepada isteri tentang:
-Sifat-sifat buruk yang tidak ingin dimiliki oleh seorang istri.
-Perilaku-perilaku yang tidak disukainya pada diri wanita secara umum, agar isteri menghindarinya seboleh mungkin.
9. Siapa saja dari teman-temannya yang boleh berhubungan dengannya, baik dari keluarga, tetangga atau teman-teman, maka suami memiliki hak penuh dalam menentukan siapa yang boleh masuk rumahnya dan siapa yang dikunjungi oleh isterinya atau berhubungan dengannya.
10. Hendaknya isteri berusaha memasak makanan kesukaan suami dan menjauhi apa yang tidak disukainya. Memakai warna yang dia sukai dan menjauhi yang dibencinya. Kerana isteri berpakaian cantik untuk suami dan itu termasuk berhiasnya seorang wanita bagi suaminya.
11. Hendaknya isteri memperhatikan ucapan suami dengan sebaik-baiknya. Hal itu akan membantunya untuk memahami dan mengerti maksudnya, sehingga dia boleh menunaikan perintahnya dengan baik.
12. Kewajiban isteri untuk taat kepada suami dalam setiap perintahnya, tanpa membantah, selama suami tidak memerintahkannya kepada apa yang menyelisihi perintah Allah Tabaraka wa Ta'ala dan Rasul-Nya shallallah 'alaihi wa sallam.
13. Keluarga isteri mempunyai kedudukan dan penghormatan dari pihak suami. Hanya saja hal itu bukan alasan yang membolehkan mereka untuk mengunjungi anak mereka tanpa izin dan redha suaminya. Oleh kerana itu, hendaknya isteri mengetahui sejauh mana kesediaan suami menerima kunjungan salah seorang keluarganya di rumah suaminya. Perkaranya tidak memerlukan pertanyaan, orang berakal boleh mengerti, walaupun dari ucapan yang tidak berterus terang. Kerana sebahagian isteri marah jika suami menyatakan keberatannya secara terang-terangan atas keluar masuknya salah seorang keluarganya. Suami pulang hendak mencari ketenangan di rumahnya, dia memendam hal ini kerana takut isterinya marah. Suami diam, tetapi dia tertekan. Ini jelas mempengaruhi keharmonian hubungan suami isteri dan menjadi penyebab terjadinya sengketa di antara mereka berdua setelah kunjungan kaum kerabat tersebut.
14. Ibu yang solehah dan wanita pendidik yang baik, pengaruhnya membekas pada diri puterinya. Seorang ibu berusaha agar rumah tangga puterinya bahagia dan berhasil. Kerana hal itu termasuk kewajibannya yang penting setelah anaknya pindah ke rumah suaminya, ibu tidak masuk campur dalam rumah tangga puterinya kecuali dalam keadaan darurat dan demi meraih kebaikan hubungan suami istri. Dalam hal ini, ibu harus menghindari perasaan yang tidak sepatutnya dalam setiap perselisihan yang didengannya dari pernikahan anaknya.
15. Ancaman memukul tidak secara melampau digunakan dalam memperbaiki hubungan suami isteri.
16. Jika suami dan isteri berperilaku seperti yang dijelaskan, nescaya keduanya akan menikmati kehiduapan rumah tangga yang bahagia. Isteri tidak menemui hal-hal yang mengotori kebahagiannya. Suami berbahagia dengan isterinya yang solehah dan dapat membahagiakannya.
17. Hendaknya suami tidak memanjakan isteri dan mencari redhanya secara berlebih-lebihan. Kerana jika seorang wanita melihat kedudukannya dan posisinya di sisi suaminya begitu dimanja, nescaya dia akan tinggi hati dan sombong, dan mungkin saja menjadikannya tidak memperdulikan ucapan suami yang marah kepadanya kerana kesalahannya.
18. Suami yang berbahagia di rumah akan berhasil pula dalam pekerjaannya.

Sumber: Ensiklopedia Kisah Generasi Salaf

Aurat Wanita Menurut 4 Mazhab

Posted: 07 Oct 2018 05:25 PM PDT


Mazhab Hanafi

Pendapat Mazhab Hanafi, wajah wanita bukanlah aurat, namun memakai purdah/niqab hukumnya sunnah (dianjurkan) dan menjadi wajib jika dikhuatiri wanita berkenaan akan menimbulkan fitnah.

1. Asy Syaranbalali berkata:
وجميع بدن الحرة عورة إلا وجهها وكفيها باطنهما وظاهرهما في الأصح ، وهو المختار
"Seluruh tubuh wanita adalah aurat kecuali wajah dan telapak tangan dalam serta telapak tangan luar, ini pendapat yang lebih sahih dan merupakan pilihan mazhab kami." (Matan Nuurul Iidhah)

2. Al Imam Muhammad 'Alaa-uddin berkata:
وجميع بدن الحرة عورة إلا وجهها وكفيها ، وقدميها في رواية ، وكذا صوتها، وليس بعورة على الأشبه ، وإنما يؤدي إلى الفتنة ، ولذا تمنع من كشف وجهها بين الرجال للفتنة
"Seluruh badan wanita adalah aurat kecuali wajah dan telapak tangan dalam. Dalam suatu riwayat, juga telapak tangan luar. Demikian juga suaranya. Namun bukan aurat jika dihadapan sesama wanita. Jika cenderung menimbulkan fitnah, dilarang menampakkan wajahnya di hadapan para lelaki." (Ad Durr Al Muntaqa, 81)

3. Al Allamah Al Hashkafi berkata:
والمرأة كالرجل ، لكنها تكشف وجهها لا رأسها ، ولو سَدَلَت شيئًا عليه وَجَافَتهُ جاز ، بل يندب
"Aurat wanita dalam solat itu seperti aurat lelaki. Namun wajah wanita itu dibuka sedangkan kepalanya tidak. Andai seorang wanita memakai sesuatu di wajahnya atau menutupnya, boleh, bahkan dianjurkan." (Ad Durr Al Mukhtar, 2/189)

4. Al Allamah Ibnu Abidin berkata:
تُمنَعُ من الكشف لخوف أن يرى الرجال وجهها فتقع الفتنة ، لأنه مع الكشف قد يقع النظر إليها بشهوة
"Terlarang bagi wanita menampakkan wajahnya kerana khuatir akan dilihat oleh para lelaki, kemudian timbullah fitnah. Kerana jika wajah dinampakkan, lelaki melihatnya dengan syahwat." (Hasyiah 'Alad Durr Al Mukhtaar, 3/188-189)

5. Al Allamah Ibnu Najiim berkata:
قال مشايخنا : تمنع المرأة الشابة من كشف وجهها بين الرجال في زماننا للفتنة
"Para ulama' mazhab kami berkata bahawa dilarang bagi wanita muda untuk menampakkan wajahnya di hadapan para lelaki di zaman kita ini, kerana dikhuatiri akan menimbulkan fitnah." (Al Bahr Ar Raaiq, 284)

Mazhab Maliki

Mazhab Maliki berpendapat bahawa wajah wanita bukanlah aurat, namun memakai purdah/niqab hukumnya sunnah (dianjurkan) dan menjadi wajib jika dikhuatiri menimbulkan fitnah. Bahkan sebahagian ulama' yang bermazhab Maliki berpendapat seluruh tubuh wanita itu adalah aurat.

1. Az Zarqaani berkata:
وعورة الحرة مع رجل أجنبي مسلم غير الوجه والكفين من جميع جسدها ، حتى دلاليها وقصَّتها . وأما الوجه والكفان ظاهرهما وباطنهما ، فله رؤيتهما مكشوفين ولو شابة بلا عذر من شهادة أو طب ، إلا لخوف فتنة أو قصد لذة فيحرم ، كنظر لأمرد ، كما للفاكهاني والقلشاني
"Aurat wanita di depan lelaki muslim ajnabi adalah seluruh tubuh selain wajah dan telapak tangan. Bahkan suara wanita juga aurat. Sedangkan wajah, telapak tangan luar dan dalam, boleh dinampakkan dan dilihat oleh kaum lelaki walaupun wanita tersebut masih muda baik sekadar melihat ataupun untuk tujuan perubatan. Kecuali jika dikhuatiri akan menimbulkan fitnah atau tujuan lelaki melihat wanita untuk bersuka-suka, maka hukumnya haram, sebagaimana haramnya melihat amraad. Hal ini juga diungkapkan oleh Al Faakihaani dan Al Qalsyaani." (Syarh Mukhtashar Khalil, 176)

2. Ibnul Arabi berkata:
والمرأة كلها عورة ، بدنها ، وصوتها ، فلا يجوز كشف ذلك إلا لضرورة ، أو لحاجة ، كالشهادة عليها ، أو داء يكون ببدنها ، أو سؤالها عما يَعنُّ ويعرض عندها
"Wanita itu seluruhnya adalah aurat. Baik badannya mahupun suaranya. Tidak boleh menampakkan wajahnya kecuali dalam keadaan darurat atau ada keperluan mendesak seperti persaksian atau perubatan pada badannya, atau kita dipertanyakan apakah ia adalah orang yang dimaksud (dalam sebuah persoalan)." (Ahkaamul Qur'an, 3/1579)

3. Al Qurthubi berkata:
قال ابن خُويز منداد ــ وهو من كبار علماء المالكية ـ : إن المرأة اذا كانت جميلة وخيف من وجهها وكفيها الفتنة ، فعليها ستر ذلك ؛ وإن كانت عجوزًا أو مقبحة جاز أن تكشف وجهها وكفيها
"Ibnu Juwaiz Mandad (ulama besar Maliki) berkata: Jika seorang wanita itu cantik dan khuatir wajahnya dan telapak tangannya menimbulkan fitnah, hendaknya dia menutup wajahnya. Jika dia wanita tua atau wajahnya buruk/hodoh, boleh baginya menampakkan wajahnya." (Tafsir Al Qurthubi, 12/229)

4. Al Hathab berkata:
واعلم أنه إن خُشي من المرأة الفتنة يجب عليها ستر الوجه والكفين . قاله القاضي عبد الوهاب ، ونقله عنه الشيخ أحمد زرّوق في شرح الرسالة ، وهو ظاهر التوضيح
"Ketahuilah, jika dikhuatirkan terjadi fitnah, maka wanita wajib menutup wajah dan telapak tangannya. Ini dikatakan oleh Al Qadhi Abdul Wahhab, juga dinukil oleh Syaikh Ahmad Zarruq dalam Syarhur Risaalah. Dan inilah pendapat yang lebih tepat." (Mawahib Jaliil, 499)

5. Al Allamah Al Banaani, menjelaskan pendapat Az Zarqani di atas:
وهو الذي لابن مرزوق في اغتنام الفرصة قائلًا : إنه مشهور المذهب ، ونقل الحطاب أيضًا الوجوب عن القاضي عبد الوهاب ، أو لا يجب عليها ذلك ، وإنما على الرجل غض بصره ، وهو مقتضى نقل مَوَّاق عن عياض . وفصَّل الشيخ زروق في شرح الوغليسية بين الجميلة فيجب عليها ، وغيرها فيُستحب
"Pendapat tersebut juga dikatakan oleh Ibnu Marzuuq dalam kitab Ightimamul Furshah, katanya : 'Inilah pendapat yang masyhur dalam mazhab Maliki'. Al Hathab juga menukil dari perkataan Al Qadhi Abdul Wahhab bahawa hukumnya wajib. Sebahagian ulama' bermazhab Maliki menyebutkan pendapat bahawa hukumnya tidak wajib, namun lelaki wajib menundukkan pandangannya. Pendapat ini dinukil Mawwaq dari Iyadh. Syeikh Zarruq dalam kitab Syarhul Waghlisiyyah memperincikan, jika cantik maka wajib, jika tidak cantik maka ianya sunnah." (Hasyiyah 'Ala Syarh Az Zarqaani, 176)

Mazhab Syafi'ie

Pendapat mazhab Syafi'ie, aurat wanita di depan lelaki ajnabi (bukan mahram) adalah seluruh tubuh. Sehingga mereka mewajibkan wanita memakai purdah/niqab di hadapan lelaki ajnabi. Inilah pendapat muktamad mazhab Syafi'ie.

1. Asy Syarwani berkata:
إن لها ثلاث عورات : عورة في الصلاة ، وهو ما تقدم ـ أي كل بدنها ما سوى الوجه والكفين . وعورة بالنسبة لنظر الأجانب إليها : جميع بدنها حتى الوجه والكفين على المعتمد وعورة في الخلوة وعند المحارم : كعورة الرجل »اهـ ـ أي ما بين السرة والركبة 
"Wanita memiliki tiga jenis aurat, (1) aurat dalam solat (sebagaimana telah dijelaskan) iaitu seluruh badan kecuali wajah dan telapak tangan, (2) aurat terhadap pandangan lelaki ajnabi, iaitu seluruh tubuh termasuk wajah dan telapak tangan, menurut pendapat yang muktamad, (3) aurat ketika berdua bersama yang mahram, sama seperti lelaki, iaitu antara pusat dan lutut." (Hasyiah Asy Syarwani 'Ala Tuhfatul Muhtaaj, 2/112)

2. Syaikh Sulaiman Al Jamal berkata:
غير وجه وكفين : وهذه عورتها في الصلاة . وأما عورتها عند النساء المسلمات مطلقًا وعند الرجال المحارم ، فما بين السرة والركبة . وأما عند الرجال الأجانب فجميع البدن
"Maksud perkataan An-Nawawi, 'aurat wanita adalah selain wajah dan telapak tangan', ini adalah aurat di dalam solat. Adapun aurat wanita muslimah secara mutlak di hadapan lelaki yang masih mahram adalah antara pusat hingga lutut. Sedangkan di hadapan lelaki yang bukan mahram adalah seluruh badan." (Hasyiatul Jamal Ala' Syarh Al Minhaj, 411)

3. Syaikh Muhammad bin Qaasim Al Ghazzi, penulis Fathul Qaarib, berkata:
وجميع بدن المرأة الحرة عورة إلا وجهها وكفيها ، وهذه عورتها في الصلاة ، أما خارج الصلاة فعورتها جميع بدنها
"Seluruh badan wanita selain wajah dan telapak tangan adalah aurat. Ini aurat di dalam solat. Adapun di luar solat, aurat wanita adalah seluruh badan." (Fathul Qaarib, 19)

4. Ibnu Qaasim Al Abadi berkata:
فيجب ما ستر من الأنثى ولو رقيقة ما عدا الوجه والكفين . ووجوب سترهما في الحياة ليس لكونهما عورة ، بل لخوف الفتنة غالبًا
"Wajib bagi wanita menutup seluruh tubuh selain wajah telapak tangan, walaupun penutupnya tipis. Dan wajib pula menutup wajah dan telapak tangan, bukan kerana keduanya adalah aurat, namun kerana secara umum keduanya cenderung menimbulkan fitnah." (Hasyiah Ibnu Qaasim 'Ala Tuhfatul Muhtaaj, 3/115)

5. Taqiyuddin Al Hushni, penulis Kifaayatul Akhyaar, berkata:
ويُكره أن يصلي في ثوب فيه صورة وتمثيل ، والمرأة متنقّبة إلا أن تكون في مسجد وهناك أجانب لا يحترزون عن النظر ، فإن خيف من النظر إليها ما يجر إلى الفساد حرم عليها رفع النقاب
"Makruh hukumnya solat dengan memakai pakaian yang bergambar atau lukisan. Makruh pula wanita memakai niqab (purdah) ketika solat. Kecuali jika di masjid keadaannya susah dijaga dari pandnagan lelaki ajnabi. Jika wanita khuatir dipandang oleh lelaki ajnabi sehingga menimbulkan kerosakan, haram hukumnya melepaskan (tidak memakai) niqab (purdah)." (Kifaayatul Akhyaar, 181)

Mazhab Hanbali

Imam Ahmad bin Hanbal berkata:
كل شيء منها ــ أي من المرأة الحرة ــ عورة حتى الظفر
"Setiap bahagian tubuh wanita adalah aurat, termasuk pula kukunya." (Dinukil dalam Zaadul Masiir, 6/31)

1. Syeikh Abdullah bin Abdil Aziz Al 'Anqaari, penulis Raudhul Murbi', berkata:
« وكل الحرة البالغة عورة حتى ذوائبها ، صرح به في الرعاية . اهـ إلا وجهها فليس عورة في الصلاة . وأما خارجها فكلها عورة حتى وجهها بالنسبة إلى الرجل والخنثى وبالنسبة إلى مثلها عورتها ما بين السرة إلى الركبة
"Setiap bahagian tubuh wanita yang baligh adalah aurat, termasuk pula sudut kepalanya. Pendapat ini telah dijelaskan dalam kitab Ar Ri'ayah… kecuali wajah, kerana wajah bukanlah aurat di dalam solat. Adapun di luar solat, semua bahagian tubuh adalah aurat, termasuk wajahnya jika di hadapan lelaki. Jika di hadapan sesama wanita, auratnya antara pusat hingga lutut." (Raudhul Murbi', 140)

2. Ibnu Muflih berkata:
« قال أحمد : ولا تبدي زينتها إلا لمن في الآية ونقل أبو طالب :ظفرها عورة ، فإذا خرجت فلا تبين شيئًا ، ولا خُفَّها ، فإنه يصف القدم ، وأحبُّ إليَّ أن تجعل لكـمّها زرًا عند يدها
"Imam Ahmad berkata: 'Maksud ayat tersebut adalah, janganlah mereka (wanita) menampakkan perhiasan mereka kecuali kepada orang yang disebutkan di dalam ayat. Abu Thalib menukil penjelasan dari beliau (Imam Ahmad): 'Kuku wanita termasuk aurat. Jika mereka keluar, tidak boleh menampakkan apapun bahkan khuf (semacam kaus kaki/sarung kaki), kerana khuf itu masih menampakkan lekuk kaki. Dan aku lebih suka jika mereka membuat semacam kancing tekan di bahagian tangan." (Al Furu', 601-602)

3. Syeikh Manshur bin Yunus bin Idris Al Bahuti, ketika menjelaskan matan Al Iqna' , ia berkata:
« وهما » أي : الكفان . « والوجه » من الحرة البالغة « عورة خارجها » أي الصلاة « باعتبار النظر كبقية بدنها »
"'Keduanya, iaitu dua telapak tangan dan wajah adalah aurat di luar solat kerana adanya pandangan, sama seperti anggota badan lainnya." (Kasyful Qanaa', 309)

4. Syeikh Muhammad bin Shalih Al Utsaimin berkata:
القول الراجح في هذه المسألة وجوب ستر الوجه عن الرجال الأجانب
"Pendapat yang kuat dalam masalah ini adalah wajib hukumnya bagi wanita untuk menutup wajah dari pada lelaki ajnabi." (Fatwa Nurun 'Alad Darb)


Wallahua'lam

Pendapatan Dari Foto Dedah Aurat

Posted: 07 Oct 2018 05:12 PM PDT


Assalamualaikum.. Saya membuat perkerjaan menjadi jurugambar perkahwinan separuh masa. Dalam proses itu ada terdapat pengantin perempuan yang tidak memakai tudung serta mendedahkan aurat semasa proses bersolek oleh mak andam. Pengantin berkehendakkan saya mengambil gambar gambarnya disolek oleh mak andam. Kemudian selepas pengantin siap bersolek, dia akan memakai tudung penuh dan menutup aurat untuk upacara akad nikahnya dan perkahwinannya.

1) Adakah dibolehkan saya mengambil gambar pengantin perempuan yang sedang disolekkan yang tidak menutup rambut kerana ia diminta oleh pengantin perempuan?

Jawapan: Mengikut Dr. Yusof Al-Qaradhawi, walaupun fotografi harus hukumnya, tapi hukumnya bergantung kepada objek fotografi atau objek yang di ambil oleh jurugambar itu. Jika gambar yang diambil adalah gambar bogel, maka ketika itu hukum fotografi adalah haram. Begitu juga gambar perempuan yang membuka auratnya. Hukum yang kedua, hukum melihat aurat perempuan tanpa keperluan yang darurat (seperti perubatan bagi seorang doktor), maka hukumnya adalah haram. Maka hukum anda mengambil gambar-gambar perempuan yang mendedahkan aurat adalah haram hukumnya. Permintaan pelanggan bukanlah alasan untuk mengharuskan yang haram.

2) Apakah rezeki yang saya terima dari mengambil gambar pengantin sedang disolekkan ini halal?

Jawapan: Tidak halal. Ini kerana mengikut kaedah fiqh, "Al hukum bil wasilah hukmu bil maqosyid" (hukum bagi wasilah adalah hukum dari maksud), ia datang dari kaedah fiqih, "Ma haruma isti'maaluh, haruma ittikhaazuh" (yang haram penggunaannya, haram pula memperolehinya) (Muhamamd al-Zarqa', syarah qawaid/389).

3) Bagaimana pula dengan hasil rezeki gambar-gambar pengantin perempuan yang menutup aurat penuh? Adakah rezeki yang diterima itu halal?

Jawapan:  Halal. Ia kembali kepada hukum asal fotografi adalah harus dan harus pula rezeki dari foto-foto yang halal.

4) Bolehkan saya menolak jumlah wang gambar pengantin perempuan yang tidak menutup aurat ini daripada keseluruhan wang hasil gambar perkahwinannya? Maknanya saya hanya memakan hasil gambar yang diambil pengantin wanita yang menutup aurat sahaja (memberikan hasil ini sebagai rezeki keluarga) dan hasil gambar yang tidak menutup aurat saya tidak memakannya (iaitu menggunakan hasil itu dengan membeli kamera/filem baru).

Contohnya harga pakej gambar ialah RM1000. Katakan ada 40 (40%) keping gambar pengantin wanita tidak menutup aurat rambut dan 60 (60%) keping lagi menutup aurat penuh. Jadi saya memberikan rezeki RM600 itu kepada keluarga saya dan RM400 itu saya tidak memakannya (dan menggunakan RM400 untuk membeli filem/lensa).

Jawapan: Amalan seperti ini sebenarnya tidak pernah dilakukan oleh orang Islam sebelum ini khususnya di zaman salafus-soleh. Mereka berpegang teguh dgn hadis Asy-Syarif, hadis no.6 dalam Matn Arba'een an-Nawawiyah (Matan hadis 40 Imam Nawawi) dari Nu'man bin Bashir yang dikeluarkan oleh dua Sahih Bukhari-Muslim, "Sesungguhnya yang Halal itu jelas, yang haram itu jelas dan di antara keduanya banyak perkara syubahah (samar-samar) yang kebanyakan manusia tidak mengetahuinya."

Maksudnya jika kita melakukan begitu, cuba membuat perakaunan (accounting) ini dari sumber halal dan ini dari sumber haram, ini kerana kita takut accounting itu tidak tepat dan masih ada yang syubhah. Lagipun dalam tubuh orang Islam itu tidak berhimpun sifat halal dan haram serta syubahah. Dia hanya mengutamakan halal bayyin dalam semua urusan hidupnya. Dalilnya: "Allah sekali-kali tidak menjadikan bagi seseorang dua buah hati dalam rongganya." (Quran 33:04).

Maksud ayat ini, orang Islam dia hanya ada satu buah hati, ada satu pilihan, hanya memilih yang halal sahaja dan menjauhi syubhah apatah lagi yang haram dalam urusan hidupnya.


Islam tu mudah tapi jangan ambil mudah tentang Islam. Mencari yang halal itu wajib bagi umat Islam.