Thursday, November 1, 2018

Oh! Media

Oh! Media


Kontraktor Bertanggungjawab Kapit Tayar Dihentikan Mulai Esok

Posted: 31 Oct 2018 05:18 AM PDT


Kontraktor, Vista Summerose, yang dipertanggungjawabkan untuk kapit tayar diarahkan untuk menghentikan operasi berkenaan bermula esok.

Ini diakui sendiri oleh, Pengarah Urusannya, Datuk Nik Haidi Nik Muhamad berkata, pihaknya menerima notis DBKL pada petang semalam yang mengarahkan syarikatnya menghentikan operasi kapit tayar.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan melantik pengendali swasta berkaitan tindakan kapit tayar kenderaan.

"Pihak DBKL tidak melakukan apa-apa rundingan, justeru kami akan menghentikan operasi seperti yang diminta walaupun sudah menjalankan tugas mengikut prosedur operasi standard (SOP).

"Saya tidak tahu perancangan DBKL seterusnya dalam hal ini, maka saya serahkan perkara ini kepada kebijaksanaan DBKL," katanya ketika dihubungi.

Sebelum ini, Menteri Wilayah, Khalid Abd Samad menjelaskan, operasi penguatkuasaan kapit tayar diselaraskan bagi mengelakkan konflik antara penguat kuasa dengan warga kota yang beranggapan tindakan itu sebagai mengaut keuntungan.

Pengarah Teknikal dan Juruteknik Lion Air Dipecat

Posted: 31 Oct 2018 04:02 AM PDT


Berikutan dengan terhempasnya pesawat Lion Air JT610 yang membawa 189 penumpang dan anak kapal, akhirnya dimaklumkan, pengarah teknikal dan beberapa orang juruteknik dipecat.

Ini dimaklumkan sendiri oleh Kementerian Pengangkutan Indonesia. Namun ia belum dapat dipastikan samaada arah pemecatan itu bersifat sementara atau sebaliknya.

"Hari ini kami memecat pengarah daripada jawatan dan tugasnya," kata Budi Karya Sumadi, dengan mengatakan kemalangan itu sebagai puncanya.

Indonesia Beri Amaran, Hentikan Penyebaran Berita Palsu Nahas Lion Air

Posted: 31 Oct 2018 02:09 AM PDT


Akibat telagh berlakunya terlalu banyak penyebaran berita palsu membabitkan nahas Lion Air JT610, pihak Kerajaan Indonesia akhirnya merayu agar orang ramai tidak lagi menyebarkannya.

"Demi kita semua, tolong jangan sebarkan gambar mangsa dan berita palsu. Tolong bersikap bijak," ujar jurucakap agensi pencegahan bencana Indonesia, Sutopo Purwo Nugroho di Twitter.

Sutopo mengetengahkan sejumlah gambar dan video yang tersebar, termasuk muat naik Facebook menunjukkan gambar bayi memakai jaket keselamatan diselamatkan dari bangkai pesawat.

"Ada banyak tulisan media sosial yang mendakwa menunjukkan imej seorang bayi terselamat dalam nahas JT610.

"Gambar ini sebenarnya menunjukkan bayi yang diselamatkan daripada bot karam pada Selasa 3 Julai 2018. Justeru, maklumat ini palsu. Tolong jangan sebarkan berita palsu," katanya.


Syed Saddiq Dinasihatkan Berhati-hati Bila Keluarkan Pandangan

Posted: 31 Oct 2018 02:04 AM PDT


Pakar Rujuk Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya, Datuk Dr Firdaus Abdullah menasihatkan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman agar lebih baik tidak mengutarakan pandangan jika dia sendiri tidak begitu memahami yang yang dicakapkan.

Firdaus berkata, ketika bercakap tentang isu ketuanan Melayu, Syed Saddiq bercakap tentang latar belakang sejarah dan cara dia bercakap seperti tidak mengetahui sejarah sepenuhnya.

"Atau dia tahu sejarah tetapi tidak menghayatinya. Maka adalah lebih baik agar dia tidak bercakap tentang perkara itu daripada tersalah cakap.

"Ada pepatah mengatakan 'berfikirlah sebelum bercakap, jangan segala yang terfikir dicakapkan. Maksudnya, pastikan apa yang kita cakapkan itu, kita tahu maksudnya serta tahu kesannya," katanya kepada Sinar Harian.

Firdaus berkata, Syed Saddiq sekarang seakan-akan telah terbuai oleh DAP dan perkara itu membahayakan parti dia sendiri.

"Saya rasa dia (Syed Saddiq) lebih baik berdiam diri sahaja mengenai perkara ini. Walaupun dia seorang pendebat yang bagus, tapi dalam hal ini, saya lihat dia tidak mencernakan dengan secerna-cernanya apa yang dia cakap.

"Persepsi orang terhadap cara Syed Saddiq sekarang ini adalah dia seakan-akan tidak faham sejarah dan tidak menghayati apa yang dia cakap, Lebih buruk, dia seakan-sakan sudah masuk perangkap DAP.

"Nasihat saya jika Syed Saddiq ada pandangan yang berbeza dengan orang lain, lebih baik dia tak usah cakap, pendam dan fikirkan dahulu," katanya.

Sumber: Sinar

 + Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Keputusan 5 -3 Memihak Pelumba MotoGP

Posted: 31 Oct 2018 02:03 AM PDT


Semalam telah berlangsungnya perlawanan persabatan bola sepak di antara Litar Antarabangsa Sepang (SIC) One Star menentang Team Media FC di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Perlawanan yang disaksikan lebih 100 orang penonton dan peminat sukan pemotoran itu menyaksikan kemenangan ke atas pasukan SIC 5-3.

Antara pelumba yang turut serta adalah dari team Monster Yamaha Tech 3, Johann Zarco dan pelumba Movistar Yamaha, Maverick Vinales dan Zarco telah menjaringkan jaringan hatrik.


Selain itu, sudah pasti pelumba Moto GP negara Hafizh Syahrin turut terlibat dalam perlawanan persabatan semalam dan bersama Khairul Idham Pawi dari Moto 2.

HS55 menyifatkan perlawanan persabatan ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara pelumba-pelumba negara bersama media dan turut erasa gembira kerana akhirnya dapat beraksi di stadium kebanggaan rakyat Malaysia.

Malaysian Tigers Terus Catat Aksi Positif

Posted: 31 Oct 2018 12:48 AM PDT


Pasukan Hoki negara, The Malaysian Tigers akhirnya berjaya menamatkan saingan Trofi juara-juara Asia 2018 di tempat ketiga apabila menewaskan juara Sukan Asia Jepun 3-2 menerusi pukulan penalti di Kompleks Sukan Sultan Qaboos di Muscat, Oman, semalam.

Anak buah kendalian Roelant Oltmans telah menunjukkan aksi membanggakan apatah lagi selepas dua kali berjaya menebus dendam terhadap Jepun yang mengalahkan mereka semasa di Palembang tempoh hari.

Edisi kali ini Malaysian Tigers berjaya mengulangi pencapaian sama dalam empat edisi sebelum ini iaitu di China pada 2011, Qatar (2012) dan Jepun (2013) dan Malaysia (2016).

Mengulas pencapaian itu, Oltmans menyifatkan jentera Malaysian Tigers boleh melakukan yang lebih baik, namun pengendali berusia 64 tahun dari Belanda itu tetap bangga komitmen diberikan pemainnya sepanjang kejohanan berkenaan.


Terima Kritikan dan Kecaman Vs Dapat Perhatian Agensi Antarabangsa

Posted: 31 Oct 2018 12:47 AM PDT


Disebalik kritikan dan kecaman yang dihadapi pelakon dan pengacara, Neelofa mengakui tidak pernah mengambil serius dan terus aktif dan beranikan diri untuk berfesyen.

"Saya tahu apa yang saya buat selama ini, malah sendaan itu sebenarnya menjadi ruang untuk saya memperbetulkan kelemahan yang ada.

"Saya sentiasa ambil selangkah ke depan kerana jika tidak, saya sama seperti mereka yang gemar mencari perkara negatif.

"Dalam berfesyen, saya suka bereksperimen dan ada kalanya agak berani. Tetapi, saya sentiasa berusaha untuk melebarkan sayap dalam bidang fesyen dan kecantikan di luar negara," katanya sebagaimana yang dilaporkan kepada pemberita.

Kesan dari sikap beraninya itu, fesyennya kini sudah mula mendapat perhatian dari dua buah ahensi antarabangsa di London dan Paris yang berminat untuk menawarkan kontrak di bawah pengurusan mereka.

Neelofa berkata, dia akan bertemu dengan agensi terbabit bulan depan untuk menandatangani kontrak dalam usahanya untuk mengukuhkan lagi namanya dalam bidang fesyen muslimah dan kecantikan.

Oh Media: Wow! Tahniah Neelofa atas kejayaan demi kejayaan yang terus dibina, Siapa agaknya dua agensi terbabit? Sama-sama kita nantikan.

Zamani Slam Tampil Mohon Maaf

Posted: 30 Oct 2018 11:36 PM PDT


Berikutan dengan kegagalan Zamani untuk memberikan persembahan yang terbaik di Konsert Gegar Vaganza tempoh hari, akhirnya Zamani tampil bersuara memohon maaf menerusi akaun Instagramnya.

"Maaf kepada semua kerana tak dapat menyampaikan lagu Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta pada malam konsert kelima.

Zamani yang merupakan vokalis untuk kumpulan Slam turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada sokongan padu yang diberikan kepadanya.

"Terima kasih pada semua atas sokongan padu yang diberikan pada malam itu @abgadeksuperfans_official. Terima kasih tak terhingga pada @aliffsyukriterlajaklaris di atas pemberian imuniti dan juga pada juri-juri @tokram_ramlims , ibu kathy & @emyliadac juga pada @jihanmuse @nabilzira.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.



A post shared by ZAMANI SLAM OFFICIAL INSTAGRAM (@zamanislam_official) on

Penghantaran Pulang Rohingya Secara Rasmi November Ini

Posted: 30 Oct 2018 10:32 PM PDT


Lebih 720,000 etnik tanpa kewarganegaraan Rohingya melarikan diri daripada operasi ketenteraan kejam, Ogos tahun lalu dengan berlindung di beberapa kem sesak di Bangladesh dan membawa kisah ngeri rogol, pembunuhan serta pemusnahan harta benda dalam operasi tentera.

Kini Bangladesh dan Myanmar, telah bersetuju untuk memulakan penghantaran pulang pelarian Rohingya pada November, kurang seminggu selepas pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran bahawa pembunuhan beramai-ramai terhadap minoriti Muslim itu masih berterusan.

"Kami merancang untuk memulakan proses penghantaran pulang menjelang pertengahan November. Ini adalah fasa pertama," kata Menteri Luar Bangladesh, Shahidul Haque, selepas beberapa rundingan antara wakil kedua-dua negara.

"Kedua-dua pihak bersetuju dengan rancangan amat konkrit untuk memulakan proses ini, bulan depan. Kami sudah menunjukkan kesanggupan politik, kelonggaran dan kemudahan bagi memulakan penghantaran pulang secepat mungkin," kata Setiausaha Tetap Hal Ehwal Antarabangsa Myanmar, Myint Thu. - AFP

Suami Gunakan Mas Kahwin Isteri

Posted: 30 Oct 2018 05:14 PM PDT


Soalan:
Apakah hukumnya jika suami menggunakan, atau memakan hasil daripada mahar yang telah diberikan kepada isterinya?

Jawapan:
Islam merupakan satu agama yang memandang tinggi kemuliaan institusi perkahwinan, dan mengangkat darjat wanita ke tahap yang mulia. Salah satu bukti akan kenyataan ini dalam syari'at Islam dan hukum-hakam fiqh ialah pensyari'atan mahar dalam perkahwinan.

Konsep Mahar dalam Islam

Dari sudut bahasa, mahar bermaksud:

 ما يَدْفَعُهُ الزَّوْجُ إِلَى زَوْجَتِهِ بِعَقْدِ الزَّوَاج [1]
Apa yang dibayar oleh suami kepada isteri sebagai hadiah kepadanya dengan sebab 'aqad nikah.

Menurut istilah syara' pula mazhab Syafi'e telah mendefinisikan mahar dengan maksud:

هُوَ مَا وَجَبَ بِنِكَاحٍ أَوْ وَطْءٍ أَوْ تَفْوِيتِ بُضْعٍ قَهْرًا [2]
Mahar adalah suatu yang diwajibkan dengan sebab pernikahan, atau persetubuhan, atau pemerkosaan.

Dalil pensyari'atan mahar dapat dilihat melalui ayat al-Qur'an:

وَآتُوا النِّسَاءَ صَدُقَاتِهِنَّ نِحْلَةً فَإِنْ طِبْنَ لَكُمْ عَنْ شَيْءٍ مِنْهُ نَفْسًا فَكُلُوهُ هَنِيئًا مَرِيئًا
Dan berikanlah maskawin (mahar) kepada wanita (yang kamu nikahi) sebagai pemberian dengan penuh kerelaan. Kemudian jika mereka menyerahkan kepada kamu sebagian dari mas kahwin itu dengan senang hati, maka makanlah (ambillah) pemberian itu (sebagai makanan) yang sedap lagi baik akibatnya. (Surah al-Nisa': 4)

Maka membayar mahar merupakan kewajipan yang harus ditunaikan oleh suami kepada isterinya. Selain itu, Allah SWT juga mencela para suami yang menarik kembali mahar yang telah dia berikan kepada istreinya. Allah SWT berfirman,

وَإِنْ أَرَدْتُمُ اسْتِبْدَالَ زَوْجٍ مَكَانَ زَوْجٍ وَآتَيْتُمْ إِحْدَاهُنَّ قِنْطَارًا فَلَا تَأْخُذُوا مِنْهُ شَيْئًا أَتَأْخُذُونَهُ بُهْتَانًا وَإِثْمًا مُبِينًا (20) وَكَيْفَ تَأْخُذُونَهُ وَقَدْ أَفْضَى بَعْضُكُمْ إِلَى بَعْضٍ وَأَخَذْنَ مِنْكُمْ مِيثَاقًا غَلِيظًا (21)
Jika kamu ingin menggantikan isteri kamu dengan isteri yang lain (menceraikan isteri pertama dan bernikah lagi), sedang kamu telah memberikan kepada seorang di antara mereka harta yang banyak (mahar), maka janganlah kamu mengambil kembali daripadanya walau sedikitpun. Apakah kamu akan mengambilnya kembali dengan jalan tuduhan yang dusta dan dengan (menanggung) dosa yang nyata? Bagaimana mungkin kamu akan mengambilnya kembali, padahal sebagian kamu telah bergaul (bercampur) dengan yang lain sebagai suami-isteri? Dan mereka (isteri-isterimu) telah mengambil dari kamu perjanjian yang kuat. (Surah al-Nisa: 20 – 21)

Mahar pernikahan adalah hak mutlak isteri, bukannya hak walinya atau ahli keluarga dan kaum kerabatnya.

Hukum Suami Menggunakan Mahar

Timbul satu persoalan; apakah suami dibenarkan untuk menggunakan mahar yang telah diberikan kepada isterinya?

Al-Imam Ibnu Kathir ketika mentafsirkan ayat 4 Surah an-Nisa' di atas mengatakan: "Seorang suami wajib memberikan mahar untuk isterinya dengan penuh kerelaan; dan jika wanita tersebut merelakan seluruh atau sebagian maharnya untuk suaminya setelah disebutkan maka suaminya berhak memakannya (mengambilnya) sebagai sesuatu yang halal dan baik."[3]

Almarhum Dr. Wahbah Zuhaily pula dalam karya beliau Tafsir al-Munir telah menulis bahawa:

"Adalah harus bagi isteri untuk memberikan mahar yang diperolehinya melalui perkahwinan kepada suami, atau sebahagian daripadanya."[4]

Kemudian beliau menambah lagi:

"Maka keumuman ayat Qur'an menunjukkan bahawa adalah harus hukumnya, samada isteri itu anak dara atau janda ketika ia dikahwini; dan ini adalah pandangan jumhur ulama'."[5]

Dalam kitab al-Mausu'ah al-Fiqhiyyah pula dinyatakan:

"Majoriti fuqaha' menyatakan bahawa suami tidak boleh mengambil manfaat (menggunakan) apapun yang dimiliki isteri seperti katil, wadah, dan lain-lain tanpa persetujuan isteri, samada harta itu hasil pemberian suami atau pemberian daripada orang lain, samada isteri menerima mahar atau tidak. Isteri berhak menggunakan harta yang dimilikinya sesuka hatinya samada untuk bersedeqah, memberi hadiah atau tukar-menukar, selagi ia tidak membawa kepada kemudaratan."[6]

Kesimpulannya:

Haram hukumnya bagi suami memakan/menggunakan/mengambil manfaat daripada mahar isteri jika tanpa kerelaan dan kebenaran isteri, kerana mahar merupakan hak milik isteri yang telah diisytiharkan oleh Allah SWT dalam al-Qur'an.

Harus hukumnya bagi suami memakan/menggunakan/mengambil manfaat daripada mahar isteri jika dengan kerelaan dan kebenaran isteri.

Rujukan:
[1] Al-Mausu'ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah 39/151
[2] Mughni al-Muhtaj 3/220
[3] Ibn Kathir. Tafsir al-Qur'an al-'Azim, 2/213
[4] Tafsir al-Muneer, 4/241
[5] ibid.
[6] Al-Mausu'ah Al-Fiqhiyah Al-Kuwaitiyyah, 26/286


+ Mufti Wilayah Persekutuan

Dosa Putus Silaturrahim

Posted: 30 Oct 2018 05:00 PM PDT


"Sesungguhnya orang-orang Mukmin itu bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu (yang berselisih) dan bertakwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat." (Al-Hujurat :10)

Mendamaikan yang Berselisih

فَاتَّقُواْ اللّهَ وَأَصْلِحُواْ ذَاتَ بِيْنِكُمْ
"Maka bertakwalah kepada Allah dan perbaikilah hubungan di antara sesamamu." (Al-Anfal :1)

Ayat ini menarik untuk kita perhatikan lebih dalam. Bertakwalah. Lalu perbaiki hubungan diantara sesamamu. Ayat ini seakan ingin berbicara bahwa tak ada artinya taqwa tanpa kepedulian kepada kondisi sekitar kita. Tak ada artinya taqwa tanpa rasa peduli untuk mendamaikan saudara yang berselisih.

Larangan Putus Tali Silaturrahim

عَنْ أَبِي أَيُّوبَ رضي الله عنه أَنَّ رَسُولَ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ: لاَ يَحِلُّ لِمُسْلِمٍ أَنْ يَهْجُرَ أَخَاهُ فَوْقَ ثَلاَثِ لَيَالٍ يَلْتَقِيَانِ, فَيُعْرِضُ هَذَا, وَيُعْرِضُ هَذَا, وَخَيْرُهُمَا اَلَّذِي يَبْدَأُ بِالسَّلاَمِ (مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ)
Abu Ayyub r.a. menceritakan, bahwa Rasulullah saw bersabda: "Tidak halal (tidak boleh) seorang Islam menyisihkan saudaranya lebih dari tiga hari, jika keduanya bertemu, maka yang seorang berpaling kesana dan yang seorang lagi berpaling kesini. Tetapi yang paling baik diantara yang kedua itu ialah siapa yang memulai mengucapkan salam kepada lawannya." (Muttafaqun 'alaih)

Huraian kandungan hadith:

Anjuran untuk muhasabah diri tanpa menghakimi orang lain maupun menyusahkan orang lain. Dengan demikian jelas bahawa bagi kita kaum muslimin tidak di halalkan untuk bersengketa dengan saudaranya lebih dari tiga hari. Yang di tandai dengan tidak saling memandang muka dan tidak saling menegur.

Yang paling baik bagi mereka adalah saling memaafkan dan sekaligus yang paling dahulu memberi salam. Memang terkadang kita merasa berat untuk melupakan kesalahan yang dilakukan oleh saudara kita yang pernah menyakiti hati, namun sebagai muslim haruslah berlapang dada untuk saling memaafkan.

Kesan Putus Tali Silaturrahim

Kesan yang ditimbulkan bila silaturahim diantara kita putus, sangatlah besar, baik di dunia maupun di akhirat kelak. Di antaranya adalah sebagai berikut :

1. Segala amalnya tidak berguna dan tidak berpahala. Walaupun kita telah beribadah dengan penuh keikhlasan, siang dan malam, tetapi bila kita masih memutus tali silaturahim dan menyakiti hati orang-orang Islam yang lain, maka amalannya tidak ada artinya di sisi Allah swt.

2. Amalan solatnya tidak berpahala. Sabda Rasulullah saw: "Terdapat lima macam orang yang solatnya tidak berpahala, iaitu: isteri yang dimurkai suami karena menjengkelkannya, budak yang melarikan diri, orang yang mendemdam saudaranya melebihi tiga hari, peminum khamar dan imam  yang tidak disenangi makmumnya."

3. Rumahnya tidak dimasuki malaikat rahmat. Sabda Rasulullah saw: "Sesungguhnya malaikat tidak akan turun kepada kaum yang didalamnya ada orang yang memutuskan silaturahim."

4. Orang yang memutuskan tali silaturahmi diharamkan masuk syurga. Sabda Rasulullah saw: "Terdapat tiga orang yang tidak akan masuk syurga, iaitu: orang yang suka minum khamar, orang yang memutuskan tali silaturahim dan orang yang membenarkan perbuatan sihir."

Semoga kita tidak hanya bersaudara dunia, tapi juga kelak berkumpul di jannahnya Allah Taala. Aamiin. Wallahua'lam

+ Ustaz Yunan