Saturday, December 29, 2018

Oh! Media

Oh! Media


Datuk Awie Anggap Ini Semua Peluang Untuk Diri Lebih Dekat Denggan Illahi

Posted: 28 Dec 2018 06:16 AM PST


Penyanyi dan pelakon popular Datuk Awie kini sedang menderita sakit misteri yang disifatkan olehnya sebagai ujian dari Allah dan memberi peluang buat dirinya untuk mendekatkan diri dengan Allah SWT.

"Sebelum jatuh sakit, saya mula berjinak-jinak menyertai aktiviti keagamaan di surau berdekatan kawasan kediaman.

"Alhamdulillah, geng baharu ini banyak membantu ketika saya dalam kesusahan. Mereka langsung tidak berkira, malah turut membantu mencari pakar dalam ilmu perubatan alternatif untuk merawat saya," katanya kepada BH Online.

Awie sebelum ini dikatakan telah jatuh sakit hampir seminggu di sebuah pusat perubatan kerana sukar untuk bernafas dan beliau juga sering mengadu sakit perut, selain bahagian belakangnya pula terasa dicucuk dengan benda tajam yang membara.

"Saya anggap sakit ini sebagai peringatan daripada Allah untuk menguji kekuatan iman. Jika ditakdirkan nyawa saya diambil, saya reda dan bersyukur kerana diberi Allah peluang untuk bertaubat," katanya.

"Sudah hampir tiga tahun saya menderita. Sekejap baik, namun tidak lama selepas itu, sakit itu kembali menyerang.

"Namun, saya percaya dengan kuasa Allah, selain mengikut nasihat ustaz supaya terus berdoa dan mendekatkan diri kepada Yang Maha Esa," ulasnya lagi

Oh! Media: Semoga Datuk Awie diberikan kekuatan untuk sembuh dan dipermudahkan segala urusan.

Perodua Pula Tampil Dengan SUV Terbaru Mereka

Posted: 28 Dec 2018 04:39 AM PST


Selepas Proton melancarkan model SUV X70 pertama mereka dua minggu yang lalu, kini Perodua pula mengumumkan akan tampil dengan pelancaran SUV D38L apabila telah mengeluarkan satu video acah untuk model terbaru SUV yang ketiga  mereka di Facebook rasmi Perodua.

Suv Perodua ini dilihat lebih memfokuskan kepada keluasan ruang dalaman yang dikatakan mempunyai tujuh tempat duduk dan mempunyai sistem keselamatan Advanced Safety Assist, ASA.

Perodua menampilkan model terbaru ini dengan enjin yang efisien bertaraf EEV dengan Dual DVVT-i 1.5L 2NR yang sama seperti enjin Myvi dengan penggunaan bahan api sebanyak 15.6km/l dan juga mempunyai sistem 'start/stop' automatik.

SUV D38L Perodua ini dibina di kilang yang sama dengan Toyota Rush, ianya mempunyai banyak perbezaan dari segi binaan bamper depan dan belakang, gril dan kemasan sisi serta kemasan dalam lampu LED depan dan belakang juga berbeza sama sekali dengan binaan yang dilakukan kepada model Toyota Rush.

Perodua turut meletakkan ciri-ciri tempatan dan ia dibina oleh vendor milik anak tempatan Malaysia dan ini bertepatan dengan apa yang ingin dicapai Malaysia.





Israel Akan Menggunakan Pelbagai Cara Untuk Menghalang Palestin ke PBB

Posted: 28 Dec 2018 01:24 AM PST


Terkini, Menteri Luar Pihak Berkuasa Palestin, Riyad al-Maliki akan membuat dan menghantar permohonan keahlian penuh PBB ke Majlis Keselamatan pada awal tahun hadapan.

Berikutan dengan itu, Israel seperti biasa terus menyatakan janji mereka untuk bekerjasama dengan Amerika Syarikat untuk menghalang cubaan penduduk Palestin bagi mendapatkan status keahlian penuh PBB yang dilihat akan mengiktiraf Palestin di peringkat antarabangsa.

"Kami bersedia untuk menghalang inisiatif ini. Penduduk Palestin membayar pengganas dan menggalakkan keganasan, namun mahu menjadi ahli PBB.

"Dasar pemusnah Palestin menggalakkan banyak serangan pengganas kebelakangan ini dan kami akan menghalang cubaan mereka dengan delegasi AS," kata duta PBB Israel, Danny Danon.

Ramai diplomat berkata, sebarang tindakan penduduk Palestin untuk mendapatkan keahlian penuh PBB akan berdepan veto AS di Majlis Keselamatan.

Sumber: BH

6 Jenama Kecantikan Popular Kini Datang Dengan Banyak Eksklusif Freebies Di Hermo

Posted: 27 Dec 2018 11:51 PM PST


Hermo ni memang dah lama jadi port rasmi kaun wanita kat Malaysia ni untuk beli barangan mekap diorang secara online. Kalau orang perempuan tak tahu tu, memang rare sangat ler sebab apa jer yang berkaitan mekap kegemaran diorang, semua ada kat situ dan boleh dibeli dihujung jari jer.

Musim cuti bermula 1 Disember 2018 hari tu, lagilah banyak yang dijual pada harga promosi sampailah 1 Januari 2019 nanti. So ini memang masa yang sesuai untuk korang yang dah biasa beli kat Hermo ataupun yang baru tahu pasal Hermo ni bershopping sakan.

Banyak yang menarik bagi Ohmedia antaranya;

1. B.liv - Diskaun sehingga 76%

Kalau korang biasa guna atau nak cuba produk B.Liv ni, untuk pembelian RM60 ke atas korang akan dapat Glow & Shine Mask (20ml) secara percuma manakala untuk pembelian RM100 ke atas korang akan dapat hadiah mini dengan pelbagai barangan kat dalam. Oh ya, kalau beli 2 Essential Booster korang akan dapat percuma 1 set Facial Massager.


Selain itu, B.Liv off With Those Heads (black head sebum gel 15ml) dijual pada harga RM45 sahaja berbanding harga asal RM93.30 dan B.Liv Shrink and Tighten dijual pada harga RM38 sahaja berbanding RM159.43 harga sebenar. Banyak gila jimat kan?!!

2. Peripera ASMR Holiday Collection Dah Sampai Guys!


Peripera #ASMR Holiday Collection akhirnya dah sampai di HERMO. Cute gila kan? Sekarang ni di HERMO semuanya ada diskaun hingga 15% hingga 49% untuk produk terpilih.
Ohmedia rekemen korang untuk cuba Lip Tints yang yang jadikan bibir korang ala-ala korean gitu barulah boleh nampak lebih cun dan menyerlah lepas ni. Klik sini untuk beli.

Kalau nak nampak lebih menyerlah, korang kena cuba lip liquid shadow ni juga. Memang sesuai la untuk penampilan sepanjang musim cuti ni. Klik sini untuk beli.

3. Klavuu


Ini adalah rawatan 5 dalam 1 yang merupakan gabungan kombinasi asas dari Pearl, Sunscreen, Primer, Fixer, Makup Base dengan ekstrak mutiara Korea. Ianya mampu memberikan perlindungan kulit yang lebih idea dan tahan lama. Info lanjut atau nak beli, korang tengok di sini.
Oh ya, korang boleh dapat sekali dengan Klavuu Green Pearlsation Tea Tree Care Mast (15 pcs) dengan setiap pembelian RM80 dan ke atas.

4. Benton


Semua produk Benton datang dengan promosi sehingga 60% dan kalau korang beli RM60 dan ke atas, korang layak untuk dapat satu Benton Cacao Moist & Mild Cream (50g) secara PERCUMA!

Produk Benton yang Ohmedia sarankan seperti Benton Snail Bee High Content Essence (60ml) dan juga Benton Aloe BHA Skin Toner (200ml). Produk-produk ini mampu membuatkan kulit kekal hydrated dan licin.

5. KATE Tokyo


Ni jenama yang sangat popular bukan sahaja di Malaysia, tapi di seluruh dunia. KATE Tokyo juga ditawarkan dengan potongan harga 30% di HERMO dan untuk pembelian RM80 ke atas, korang akan dapat Kate Color Lip Tint (warna random) secara percuma!

Produk KATE Tokyo yang korang kena cuba seperti Kate Deep Shiny Eyes (ada 6 jenis untuk dipilih) pada harga cuma RM25 sahaja. Selain tu korang boleh cuba Kate Powdery Skrin Maker Liquid Foundation (30ml) yang menerima Cosme The Best Cosmetics Award yang merupakan salah satu anugerah terbesar di Jepun/Asia.

6. Untuk penggemar produk Au Fairy, korang boleh jimat lebih 55% di Hermo.


Apa sahaja produk Au Fairy yang korang beli, akan dapat Au Fairy Bye-bye dan Blackheads! Charcoal Nose Pro Strip 1pc secara percuma. Lepas tu kalau shopping produk Au Fairy lebih RM50, korang akan dapat percuma satu Au Fairy Cereals Milk Cream Cleanser 20ml (dry skin) dan untuk pembelian lebih RM80 korang akan dapat Au Fairy Pure Fresh Wet Tissue 10s (Fragrance Free) secara percuma!

Selain itu, Au Fairy Soothing Spell 100% Organic Aloe Vera Gel (180g) akan dijual pada harga RM11.20 sahaja berbanding harga asal RM25.40 manakala untuk Au Fairy Blossom Fresh Wet Tissue 30s (floral scent x 10) pula dijual pada harga RM26.90 sahaja berbanding RM59.00 sebelum ini.

XOMO DEALS


XOMO adalah promosi terbaik di Hermo Malaysia yang memberikan tawaran terbaik untuk 12 jenis produk yang "hot selling". Setiap minggu produk-produk ini akan diperbaharui jadi kena pastikan korang buat reminder dekat phone tu ya!

Antaranya produk-produk yang best minggu ini seperti Klavuu White Pearlsation Ideal Acress Backstage Cream SPF30 PA++ (30g) yang dijual pada harga RM69 sahaja berbanding harga biasa RM126.
Penggemar produk L'Oreal pula, Make Up Designer Infallible 24H Liquid Foundation (ada 7 warna untuk dipilh) dijual pada harga RM36.28 sahaja berbanding harga sebenar RM72.55 sebelum ini.
Bagi yang kulit berjerat tu, korang beli Cosrx Acne Pimple Master Patch (24 patch) sebab sekarang dijual murah pada harga RM19.90 sahaja berbanding harga rasmi RM59.80 sebelum ini.

Maklumat lanjut tentang semua produk yang ada promosi ni, masuk ke website HERMO sekarang di www.hermo.my dan dapatkan penjimatan kaw-kaw untuk barangan kecantikan korang sepanjang holiday season ini.

Proton X70 Mendapat 200 Hingga 300 Unit Tempahan Sehari Sejak Ia Dilancarkan

Posted: 27 Dec 2018 11:43 PM PST


Selepas Proton melancarkan model terbaru mereka iaitu Proton X70 yang merupakan keluaran pertama Proton dalam sekmen utiliti sukan (SUV), ia dimaklumkan telah mendapat 200 hingga 300 tempahan unit sehari.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar Sdn Bhd, Datuk Abdul Rashid Musa, berkata lebih 60 peratus tempahan adalah untuk varian premium yang menunjukkan pembeli tertarik dengan ciri-cirinya dan tahap peralatannya dan berpandangan ia adalah berbaloi.

"Sokongan yang kukuh itu berterusan dan ini adalah maklum balas terbaik diterima Proton," katanya pada majlis makan malam media, kelmarin.

Proton X70 telah dilancarkan sejak 2 minggu yang lalu dan telah mendapat sebanyak 15,000 tempahan setakat ini.

X70 dilengkapi teknologi komunikasi mudah alih, sistem maklumat kokpit bersepadu maju yang menawarkan pelbagai fungsi pengguna selain keupayaan untuk disambungkan dengan peralatan mudah alih.

Lebih 30 Kenderaan Tersadai Selepas Mengisi Minyak Pagi Tadi

Posted: 27 Dec 2018 11:18 PM PST


Pagi tadi, dilaporkan lebih 30 kenderaan tidak dapat bergerak berhampiran Kilometer 7 di Lebuhraya Sungai Besi. kesemua kenderaan berkenaan telah menghadapi masalah enjin setelag dikatakan mengisi minyak di sebuah stesen minyak PETRONAS.

Kejadian ini turut tular di laman sosial mendakwa tangki simpanan petrol di stesen minyak itu dikatakan sudah bercampur dengan diesel, malah ada juga yang mendakwa ia dimasuki air.

Insiden berkenaan bagaimanapun mendapat respons pantas daripada pihak syarikat stesen minyak berkenaan dan memberi bantuan menunda kenderaan yang terjejas.

PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) dalam kenyataan berkata "Kami sudah menghubungi pelanggan yang terjejas, mengambil langkah-langkah yang perlu dan akan membayar ganti rugi dengan sewajarnya,".

"Kami ingin memberi jaminan bahawa stesen PETRONAS lain tidak terjejas," katanya.


+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.



Ramai Pengguna Android Beralih Ke Apple Selepas iPhone XR Dilancarkan

Posted: 27 Dec 2018 10:47 PM PST


Sejak Apple melancarkan model terbarunya yang dijual lebih murah dan mampu milik iaitu iPhone XR, lebih ramai pengguna Android telah beralih kepada iPhone. Ini berdasarkan bancian yang telah dilakukan oleh Consumer Intelligence Research Partners, CIRP di Amerika Syarikat.

Keputusan bancian itu menunjukkan, sekitar 16% daripada pengguna menukar penggunaan dari Android ke iPhone dalam tempoh 30 hari sejak iPhone XR dilancarkan dan ia berbeza dengan tahun lalu apabila Apple melancarkan iPhone 8 dan iPhone X yang hanya meningkat sebanyak 12% dan 11%.

Apple iPhone XR sendiri menawarkan pelbagai ciri-ciri premium, tetapi dipasarkan pada harga sedikit rendah berbanding iPhone XS. Ia turut hadir dengan pelbagai warna pilihan berbeza berbanding iPhone sebelum ini. Malah, Apple juga aktif memasarkan peranti ini berbanding peranti iPhone XS atau XS Max pada tahun ini.



Sumber: Amanz

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Salah Terlepas Dari Digantung 2 Perlawanan

Posted: 27 Dec 2018 10:48 PM PST


Mohamed Salah yang merupakan penyerang sensasi pasukan Liverpoil tidak berdepan tindakan daripada Persatuan Bolasepak Inggeris (FA) susulan insiden yang melihat Salah didapati rebah dengan mudah bagi mendapatkan penalti selepas bahunya disentuh pertahanan Newcastle, Paul Dummett dan bos Magpies Rafael Benitez melabel penalti itu sebagai kesilapan.

Pada perlawanan itu, Liverpool berjaya menewaskan Newcastle 4-0 dan penalti yang dimiliki Salah dilihat sebagai satu kesalahan.

Keputusan itu juga bermakna pemain kelahiran Mesir itu boleh disenaraikan Reds bagi perlawanan Liga Perdana penting menentang Arsenal dan Manchester City selepas ini.

Begitupun, FA mengesahkan insiden pada babak kedua itu tidak menyalahi peraturan badan induk itu dan tidak boleh didakwa atas tuduhan cuba menipu pegawai perlawanan.

Salah sebelum ini berisiko untuk dikenakan penggantungan dua perlawanan atas tuduhan sengaja merebahkan badan tetapi dia kini bebas untuk diturunkan bagi aksi penting menentang Gunners, awal pagi Ahad ini selain penyandang juara, City.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Enam Lagi Letupan Bom Dilaporkan Di Songkla Thailand

Posted: 27 Dec 2018 10:49 PM PST


Songkla dikejutkan dengan enam lagi letupan bom dilapor diletupkan di beberapa daerah di wilayah yang terletak berhampiran sempadan Malaysia -Thailand itu.

Gabenor Wilayah Songkla, Wiranan Penjang, berkata letupan terbabit menyasarkan tiang elektrik, namun tiada kecederaan dilaporkan.

"Kami percaya letupan bom itu berkait dengan kejadian serangan bom di Pantai Samila lewat malam tadi," katanya kepada pemberita hari ini.

Sementara itu Wiranan berkata serangan bom malam tadi dipercayai didalangi oleh anggota kumpulan bersenjata Barisan Revolusi Nasional yang aktif di wilayah ini sejak 14 tahun lalu.

"Kedua-dua bom semalam diaktifkan menerusi jam tangan," kata gabenor itu yang percaya serangan bertujuan memusnahkan ekonomi dan industri pelancongan wilayah Songkla.

Pihak berkuasa Thailand sekarang sedang giat mengesan pergerakan kumpulan ini dan akan meningkatkan kawalan keselamatan bagi bersiap siaga kepada sebarang kemungkinan dan serangan susulan.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Bersangka Baik Dengan Allah

Posted: 27 Dec 2018 05:56 PM PST


Soalan:
Saya dengar ada orang kata, antara ucapan Nabi sebelum wafat yang seseorang itu tidak mati kecuali bersangka baik kepada Allah atau seumpamanya. Boleh terangkan kepada kami hadis tersebut?

Jawapan:
Ya, berdasarkan kepada hadis Jabir, beliau berkata, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda tiga hari sebelum Baginda wafat:

لاَ يَمُوتَنَّ أَحَدُكُمْ إِلاَّ وَهُوَ يُحْسِنُ بِاللَّهِ الظَّنَّ
Ketahuilah bahawa seseorang dari kamu tidak akan menemui maut melainkan dia telah bersangka baik kepada Allah. [Riwayat Muslim (2877)]

Antara maksud dalam hadis ini adalah wajib bagi setiap orang yang beriman untuk bersangka baik dengan Allah. Dan ini hendaklah ditambah lagi sangkaan baik ketika mana berlakunya musibah dan hampir mati.

Kata al-Hattab: Sunat bagi orang yang dalam sakaratul maut bersangka baik dengan Allah. Dan sangkaan ini hendaklah bertambah ketika hampir mati dan ketika sakit. Ini tanpa dinafikan sangkaan baik bagi orang yang mukallaf hendaklah sentiasa kepada Allah. (Lihat al-Mausu'ah al-Fiqhiyyah, 10/220 dan Syarh al-Nawawi 'ala Sahih Muslim, 17/10)

Semoga Allah jadikan kita sentiasa bersangka baik dengan Allah dan menempatkan kita di kalangan orang-orang yang soleh dan mencintai Nabi-Nya SAW sehingga ke akhir hayat.


+ Mufti Wilayah Persekutuan

Panggilan “Anakku” Kepada Anak Orang Lain

Posted: 27 Dec 2018 05:48 PM PST


Soalan:
Bolehkah menggunakan panggilan "anakku" kepada bukan anak kita?

Jawapan :
Agama Islam mengajar umatnya agar sentiasa berkasih sayang antara satu sama lain dan agama ini juga menyokong setiap perkara yang boleh mewujudkan sifat berkasih sayang sesama manusia. Ini kerana, banyak ayat al-Quran atau hadith Nabi SAW menyeru ke arah itu dan di antara dalil yang menunjukkan bahawa Islam amat mementingkan berkasih sayang ini adalah:

Daripada Anas bin Malik Ra, bahawa Nabi SAW bersabda:

لاَ يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ، حَتَّى يُحِبَّ لِأَخِيهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ
"Tidak beriman (sempurna iman) seseorang itu sehingga dia kasih kepada saudaranya sebagaimana dia kasih kepada dirinya sendiri." [Riwayat al-Bukhari (13)]

Di samping itu juga, kita sebagai seorang muslim dituntut untuk sentiasa memuliakan, menghormati dan menyayangi semua peringkat usia. Tidak kiralah orang tersebut lebih muda daripada kita atau sebaliknya. Hal ini ada dinyatakan di dalam sebuah hadith walaupun hadith tersebut dinilai gharib oleh Imam al-Tirmizi tetapi maknanya adalah sahih, iaitu:

Daripada Abdullah bin Abbas RA berkata, bahawa Nabi SAW bersabda:

لَيْسَ مِنَّا مَنْ لَمْ يَرْحَمْ صَغِيرَنَا وَيُوَقِّرْ كَبِيرَنَا
"Bukan daripada kalangan kami (sunnah kami), orang yang tidak menyayangi orang yang muda (lebih kecil usia) dan orang yang tidak menghormati orang yang dewasa (lebih berusia)." [Riwayat al-Tirmizi (1921)]

Berdasarkan soalan di atas, terdapat sebuah hadith yang sahih daripada Imam Muslim bahawa Nabi SAW pernah memanggilkan Anas bin Malik RA dengan panggilan anakku sedangkan Anas bin Malik RA bukanlah anak kepada Rasulullah SAW dan beliau merupakan khadam kepada Rasulullah SAW apabila ibunya menyerahkan beliau kepada Rasulullah SAW ketika usianya 10 tahun. Hadith tersebut adalah:

Daripada Anas bin Malik RA berkata:

قَالَ لِي رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: يَا بُنَيَّ
"Telah berkata kepadaku Rasulullah SAW: Wahai anakku." [Riwayat Muslim (2151)]

Imam al-Nawawi (676 H) meletakkan hadith ini di dalam bab dibolehkan memanggil bagi bukan anaknya dengan panggilan wahai anakku dan digalakkan melakukannya dengan tujuan berkasih sayang. Tambahan pula, hadith ini secara jelas menunjukkan bahawa dibenarkan ucapan seorang insan itu kepada bukan anaknya yang mana anak itu lebih kecil usianya daripadanya dengan panggilan "wahai anakku." 

Perbuatan ini menunjukkan sifat kasih sayang dan ia juga menunjukkan kedudukan anak itu sama seperti kedudukan anaknya yang sebenar pada berkasih sayang. Ini juga dilakukan pada orang yang usianya sama dengan orang yang memanggil dengan panggilan "wahai akhi (saudara lelakiku)" dengan makna seperti yang telah kami jelaskan. Jika ucapan atau panggilan diungkapkan dengan tujuan ingin berkasih sayang maka perbuatan tersebut menjadi mustahab (sunat) sebagaimana yang dilakukan oleh Nabi SAW. [Lihat: al-Minhaj Syarah Muslim, 129/14]

Melihat kepada penjelasan Imam al-Nawawi di atas, dibenarkan atau digalakkan untuk memanggil selain daripada anak sendiri dengan panggilan anakku berdalilkan kepada perbuatan Rasulullah SAW. Akan tetapi, ucapan atau panggilan itu perlulah dilakukan dengan tujuan untuk menunjukkan kasih sayang dan bukannya untuk mengaku bahawa itu adalah anaknya. Ini kerana, perbuatan mengakui anak orang lain adalah anaknya adalah haram.

Tambahan pula, ucapan atau panggilan seperti ini (wahai anakku) akan menimbulkan dan menzahirkan rasa kasih sayang yang lebih kepada orang yang dimaksudkan itu dan ini juga termasuk di dalam uslub mendidik atau berinteraksi dengan budak kecil.

Penutup

Kesimpulannya, digalakkan untuk memanggil selain daripada anak kita dengan panggilan "anakku" kerana perbuatan ini dilakukan juga oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW kepada bukan anak Baginda SAW. Bahkan, kita meyakini bahawa setiap dilakukan oleh Rasulullah SAW adalah wahyu daripada Allah SWT dan pasti disebaliknya tersimpan seribu satu hikmah. Akhirnya, semoga Allah SWT menjadikan kita dalam kalangan orang-orang yang sentiasa berkasih sayang dan mencintai antara satu sama lain. Amin.

Wallahua'lam.


+ Mufti Wilayah Persekutuan

Mengangkat Tangan Ketika Doa Qunut

Posted: 27 Dec 2018 05:40 PM PST


Soalan:
Apakah sunnah mengangkat tangan ketika qunut Subuh?

Jawapan:
Membaca qunut di dalam solat Subuh adalah termasuk di dalam perkara-perkara sunat di dalam solat mengikut mazhab al-Syafie. Ia dibaca semasa i'tidal (selepas bangun daripada ruku') di dalam rakaat yang kedua pada solat Subuh dan ia juga dibaca di dalam rakaat yang kedua di dalam solat Witir pada separuh yang kedua di dalam bulan Ramadhan. Begitu juga ia dibaca di dalam rakaat yang terakhir dalam mana-mana solat bagi qunut Nazilah. [Lihat: al-Fiqh al-Manhaji, 89]

Ini berdasarkan kepada hadith Anas bin Malik RA:

مَا زَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقْنُتُ فِي الْفَجْرِ حَتَّى فَارَقَ الدُّنْيَا
"Rasulullah SAW berterusan qunut di dalam solat subuh sehingga Baginda SAW berpisah daripada dunia (wafat)." [Riwayat Ahmad (12657), Syeikh Syu'aib al-Arna'outh menilai sanad hadith ini adalah dhaif kerana seorang perawi bernama Abu Ja'far al-Razi seorang yang buruk hafalannya dan hafalannya itu bertentangan dengan riwayat perawi-perawi lain yang thiqah (dipercayai), Imam al-Haithami di dalam Majma' al-Zawaid menyatakan riwayat ini perawi-perawinya adalah thiqah (dipercayai)]

Tambahan pula, terdapat lagi sebuah hadith yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW melakukan qunut di dalam solat Subuh iaitu:

Daripada al-Barra' bin Azib berkata:

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَقْنُتُ فِي صَلَاةِ الصُّبْحِ وَالمَغْرِبِ
"Adapun Nabi SAW berqunut pada solat Subuh dan Maghrib." [Riwayat al-Tirmizi (401)][Imam al-Tirmizi menilai hadith ini sebagai hasan sahih]

Berdasarkan soalan di atas, mengangkat tangan ketika qunut adalah sunat sebagaimana yang diucapkan ulama bermazhab Syafie dengan beberapa dalil. Di antaranya apa yang telah dinukilkan oleh Imam al-Nawawi pada membicarkan masalah ini:

Imam al-Nawawi berkata, di dalam masalah ini terdapat dua pandangan yang masyhur iaitu:

Pertama: Tidak disunatkan dan ini merupakan pilihan al-Qaffal, al-Baghawi dan Imam al-Syirazi dengan berdalilkan bahawa berdoa di dalam solat tidak perlu diangkat tangan sepertimana juga berdoa di dalam sujud dan tasyahhud.

Kedua: Disunatkan mengangkat tangan dan ini adalah pendapat yang sahih di sisi ashab bermazhab al-Syafie dan juga sahih pada dalilnya. Imam al-Baihaqi berhujah dengan apa yang diriwayatkan dengan sanad yang sahih atau hasan daripada Anas bin Malik RA pada kisah Qurra' (ahli Quran) yang telah dibunuh:

لَقَدْ رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كُلَّمَا صَلَّى الْغَدَاةَ يَرْفَعُ يَدَيْهِ يَدْعُو عَلَيْهِمْ يَعْنِي عَلَى الَّذِينَ قَتَلُوهُمْ
"Aku telah melihat Rasulullah SAW setiap kali melakukan solat Subuh, Baginda SAW akan mengangkat tangan dan berdoa ke atas mereka iaitu orang yang telah membunuh para sahabat yang menghafal al-Quran." [Riwayat al-Baihaqi (3145)]

Imam al-Baihaqi berkata lagi bahawa disebabkan terdapat sebilangan sahabat yang mengangkat tangan mereka ketika qunut sebagaimana diriwayatkan oleh Abi Rafi':

صَلَّيْتُ خَلْفَ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ فَقَنَتَ بَعْدَ الرُّكُوعِ وَرَفَعَ يَدَيْهِ وَجَهَرَ بِالدُّعَاءِ
"Aku telah solat dibelakang Umar bin al-Khattab RA, maka beliau berqunut selepas daripada ruku' dan beliau mengangkat kedua tangan dengan menguatkan suara ketika berdoa." [Riwayat al-Baihaqi (3150), Imam al-Baihaqi menyatakan riwayat daripada Umar bin al-Khattab ini adalah sahih]

Selain itu, diriwayatkan juga daripada Ali bin Abi Thalib tetapi dengan sanad yang dhaif dan diriwayatkan juga daripada Abdullah bin Mas'ud serta Abu Hurairah R.anhum pada qunut Witir. [Lihat: al-Majmu' Syarah al-Muhazzab, 499-500/3]

Penutup

Kesimpulannya, masalah ini adalah masalah khilaf dalam kalangan ahli ilmu. Maka kita tidak boleh megingkari orang yang tidak berpegang dengan pandangan atau pendapat kita kerana ia termasuk di dalam khilaf yang muktabar. Akan tetapi, kami cenderung kepada pandangan yang kedua iaitu disunatkan mengangkat tangan ketika qunut sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Imam al-Nawawi. Ini kerana, terdapat sebuah hadith yang menceritakan akan kelebihan mengangkat tangan ketika berdoa, daripada Salman al-Farisi RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

إِنَّ اللَّهَ حَيِيٌّ كَرِيمٌ يَسْتَحْيِي إِذَا رَفَعَ الرَّجُلُ إِلَيْهِ يَدَيْهِ أَنْ يَرُدَّهُمَا صِفْرًا خَائِبَتَيْنِ
"Sesungguhnya Allah Maha Hidup lagi Maha Mulia malu jika seorang lelaki itu mengangkat kedua tangannya kepada-Nya serta memulangkannya dalam keadaan kosong yang tidak membawa hasil". [Riwayat al-Tirmizi (3556), hadith ini dinilai hasan gharib oleh Imam al-Tirmizi]

Akhirnya, semoga Allah SWT memberi kita kefahaman di dalam agama ini serta menggolongkan kita dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman. Amin.

Wallahua'alam.


+ Mufti Wilayah Persekutuan