Sunday, December 30, 2018

Oh! Media

Oh! Media


3 Pelancong Vietnam Terkorban Akibat Serangan Bom

Posted: 29 Dec 2018 03:42 AM PST


Lagi letupan bom berlaku dan kali ini ia berlaku di Mesir dan telah mengorbankan tiga warga Vietnam dan seorang pemandu pelancong. Bom yang dipercayai diletakkan di tepi jalan tu telah meletup secara tiba-tiba dan mengenai sebuah bas yang lalu di kawasan itu.

Kira-kira 11 pelancong Vietnam dan pemandu bas tempatan turut cedera dan ia disahkan oleh Pejabat Pendakwa Raya Awam yang berkata, " Bas tersebut membawa 16 penumpang termasuk 14 pelancong Vietnam. Kesemua mereka dalam perjalanan untuk menyaksikan pamerann bunyi dan cahaya di piramid tersebut.

Susulan kejadian itu, Kerajaan Vietnam menggesa agar Mesir memburu dalang yang bertanggungjawab di sebali kejadian itu.

Akhyar Rashid Sah Milik JDT Musim Hadapan

Posted: 29 Dec 2018 03:24 AM PST


Terkini, Akhyar Rashid akhirnya sah menjadi pemain untuk kelab JDT bagi musim hadapan walaupun pelbagai isu dibangkitkan berhubung pemindahan pemain sayap Harimau Malaya itu untuk beraksi di Johor Darul Ta'zim, JDT.

Pengumuman itu dibuat melalui rakaman video yang dimuat naik di laman facebook rasmi JDT, JOHOR Southern Tigers sebentar tadi sambil memaparkan penampilan Akhyar dengan kapsyen "Welcome To JDT".

Sebelum ini, Akhyar bermain untuk pasukan Kedah dan kini ia dipilih dan akan beraksi bersama dua lagi import baharu JDT iaitu Aaron Niguez dan Mauricio Dos Santos Nascimento.

Perpindahan Akhyar kali ini berlangsung dalam suasana cukup kontroversi dan penuh drama. Sebelum ini Perlis FA secara terbuka menyatakan minat mereka apabila cuba melamar bintang muda Kedah itu. Namun, semalam dalam satu kenyataan media, mereka terpaksa melupakan khidmat Akhyar kerana kekangan kewangan.



+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Thailand Negara Asia Pertama Halalkan Hubungan Sejenis

Posted: 29 Dec 2018 03:11 AM PST


Nampaknya Thailand akan menjadi Negara Asia Pertama yang membenarkan perkahwinan sejenis setelah menjadi negara Asia pertama yang meluluskan penggunaan ganja dalam perubatan.

Meskipun perkahwinan sejenis dianggap sebagai hak asasi manusia oleh Barat, tetapi ia masih tidak diterima oleh beberapa negara lain termasuk Malaysia.

Kerajaan ketenteraan Thailand baru-baru ini meluluskan rang undang-undang yang mengesahkan perkongsian sivil sama-seks. Akan tetapi, untuk mendaftar perkahwinan di Thailand, salah seorang pasangan perlulah berwarganegara Thailand dan had umur mestilah 20 tahun ke atas.

Jika sebelum ini Australia adalah negara yang terdekat membenarkan pasangan sejenis berkahwin, kini Thailand pula akan menyebabkan golongan LGBT ini makin bertambah. Malah, Taiwan merupakan antara negara yang menyuarakan pandangan untuk menghalalkan perkahwinan sejenis namun hasrat itu tidak diluluskan di parlimen.

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Berkongsi Hukum Troll Dalam Media Sosial

Posted: 29 Dec 2018 01:12 AM PST


Soalan

Mutakhir ini kita melihat semakin ramai netizen yang menggunakan aplikasi tertentu di media sosial dengan tujuan melakukan troll terhadap orang lain. Kadang-kadang ia membawa kepada perbalahan dan permusuhan serta menjatuhkan maruah orang lain? Apa hukum perbuatan sedemikian tuan mufti?

Jawapan

Pertama sekali, media sosial seperti facebook, instagram, twitter, whatsapp dan lain-lain adalah termasuk alat komunikasi bagi memudahkan perhubungan sesama manusia. Hukum asal menggunakannya adalah HARUS jika tujuan dan kaedah penggunaannya tidak melanggar mana-mana hukum syarak. Ini berdasarkan kaedah fiqh, "Asal pada segala sesuatu itu harus."

Namun demikian, jika ia digunakan dengan tujuan dan kaedah yang bertentangan dengan hukum syarak seperti menjadikannya sebagai alat menyebarkan pendustaan, permusuhan dan perbalahan sesama manusia apatah lagi sesama muslim, maka hukumnya jatuh haram. Ia berasaskan kaedah, "Jalan-jalan baginya hukum sebagaimana tujuan."

Dalam isu troll, Wikipedia mendefinisikannya sebagai berikut:

"In Internet slang, a troll is a person who starts quarrels or upsets people on the Internet to distract and sow discord by posting inflammatory and digressive, extraneous, or off-topic messages in an online community (such as a newsgroup, forum, chat room, or blog) with the intent of provoking readers into displaying emotional responses and normalizing tangential discussion, whether for the troll's amusement or a specific gain."[1]

Dalam bahasa mudah, troll merupakan slanga internet yang merujuk kepada perbuatan individu yang memulakan pertengkaran atau mengalihkan perhatian atau menyebarkan perselisihan dalam media sosial dengan menyiarkan mesej bersifat provokatif, sarkastik dan agresif yang jauh berbeza dengan topik asal perbincangan. Ia bertujuan menghasut pembaca memberikan respon secara emosional sama ada sekadar berjenaka atau dengan matlamat tertentu.

Pelaku troll biasanya membuka akaun palsu menggunakan profil mangsa mereka untuk dijadikan bahan sindiran dan jenaka. Kebanyakan mangsa merupakan golongan ternama terutama ahli politik dan tokoh-tokoh terkenal. Pelaku troll juga menggunakan nama samaran dan profil palsu (pseudonym) untuk melakukan serangan peribadi ke atas individu lain.[2]

Lebih membimbangkan apabila internet trolling yang dilakukan pada masa kini bukan sekadar dalam bentuk mesej bertulis, tetapi adakalanya dilakonkan dalam bentuk klip video pendek dan gambar yang diubahsuai berserta dialog yang dicipta sendiri menggunakan aplikasi tertentu. Kebanyakannya didapati mengandungi unsur menghina, memperlekeh, menyindir, mengejek nama, tubuh badan dan perilaku, menghasut, menyebarkan pendustaan, membangkitkan permusuhan, menyemai kebencian dan menjatuhkan maruah individu yang menjadi mangsa troll.

Jika begini yang dimaksudkan dengan troll, maka ia jelas bertentangan dengan akhlak dan adab Islam. Bahkan amat jauh sekali daripada sifat seorang mukmin yang beriman kepada Allah SWT dan hari akhirat. Rasulullah SAW bersabda:

أَكْمَلُ الْمُؤْمِنِينَ إِيمَانًا أَحْسَنُهُمْ خُلُقًا

Maksudnya: "Mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya."

Riwayat al-Tirmizi (1162)

Dalam konteks media sosial, interaksi seseorang menjadi sangat luas dan terbuka. Di dalamnya ada orang yang kita kenal dan ada yang tidak dikenali, begitu jua sebaliknya. Di sini menuntut kita untuk berlaku jujur dan beradab dengan adab Islam yang tinggi. Ia sebagaimana sabda Baginda SAW:

مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلَا يُؤْذِي جَارَهُ، وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلْيُكْرِمْ ضَيْفَهُ، وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْرًا أَوْ لِيسْكُتْ

Maksudnya: "Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka janganlah menyakiti jirannya, barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah memuliakan tetamunya, barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka bercakaplah yang baik-baik atau ia diam."

Riwayat al-Bukhari (75)

Seseorang tidak sepatutnya bersikap tidak bertanggungjawab dengan melontarkan apa sahaja yang mahu dikatakan atau dikongsikan tanpa berhati-hati. Mungkin ia menyangkakan itu remeh tetapi di sisi Allah SWT ia amat berat. Hal ini diperingatkan oleh Rasulullah SAW dalam sabdanya:

إِنَّ الرَّجُلَ لَيَتَكَلَّمُ بِالْكَلِمَةِ لَا يَرَى بِهَا بَأْسًا، يَهْوِي بِهَا سَبْعِينَ خَرِيفًا فِي النَّارِ

Maksudnya: "Sesungguhnya seseorang terkadang berbicara dengan kata-kata yang dia sangkakan tidak mengapa, lalu (tanpa diduga) dia terjerumus dengan sebabnya ke dalam neraka (yang kedalamannya) sejauh perjalanan tujuh puluh tahun."

Riwayat Ahmad (7215)

Berdasarkan ciri-ciri perbuatan troll yang dinyatakan di atas, jelas ia bertentangan dengan nas-nas syarak yang banyak. Antaranya:

Larangan mengejek atau menggelar dengan gelaran yang tidak baik. Firman Allah SWT:
وَلَا تَنَابَزُوا بِالْأَلْقَابِ

Maksudnya: "…dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk..."

(Surah al-Hujurat: 11)

Larangan menghina, merendah-rendahkan, mencaci dan melaknat sesama sendiri.
Firman Allah SWT:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا يَسْخَرْ قَوْمٌ مِّن قَوْمٍ عَسَىٰ أَن يَكُونُوا خَيْرًا مِّنْهُمْ وَلَا نِسَاءٌ مِّن نِّسَاءٍ عَسَىٰ أَن يَكُنَّ خَيْرًا مِّنْهُنَّ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka;"

(Surah al-Hujurat: 11)

Manakala Rasulullah SAW bersabda:

لَيْسَ الْمُؤْمِنُ بِالطَّعَّانِ وَلَا اللَّعَّانِ وَلَا الْفَاحِشِ وَلَا الْبَذِيءِ

Maksudnya: "Orang yang beriman itu bukanlah sifatnya memaki hamun, melaknat, berkata kotor dan juga bahasa yang keji."

Riwayat al-Tirmizi (1977)

Larangan khianat dan berbohong.
Sabda Rasulullah SAW:

يُطْبَعُ الْمُؤْمِنُ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ إِلاَّ الْخِيَانَةَ وَالْكَذِبَ

Maksudnya: "Orang yang beriman boleh jadi melakukan pelbagai kesalahan kecuali sifat khianat dan dusta."

Riwayat Imam Ahmad (22170)

Larangan menyebar fitnah dan mengadu domba
Firman Allah SWT:

وَلَا تُطِعْ كُلَّ حَلَّافٍ مَّهِينٍ ﴿١٠﴾َمَّازٍ مَّشَّاءٍ بِنَمِيمٍ ﴿١١﴾َّنَّاعٍ لِّلْخَيْرِ مُعْتَدٍ أَثِيمٍ

Maksudnya: "Dan janganlah engkau (berkisar dari pendirianmu yang benar, dan jangan) menurut kemahuan orang yang gemar bersumpah, lagi yang hina (pendapatnya dan amalannya), yang suka mencaci, lagi yang suka menyebarkan fitnah hasutan (untuk memecah belahkan orang ramai), yang sering menghalangi amalan-amalan kebajikan, yang melanggar hukum-hukum ugama, lagi yang amat berdosa."

(Surah al-Qalam: 10-12)

Rasulullah SAW bersabda:

لَا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ نَمَّامٌ

Maksudnya: "Tidak akan masuk syurga para pengumpat."

Riwayat Muslim (168)

Demikian juga sabdanya:

لَا يَدْخُلُ الجَنَّةَ قَتَّاتٌ

Maksudnya: "Tidak akan masuk syurga para pengadu domba."

Riwayat al-Bukhari (6056)

Dalam hadith yang lain, Rasulullah SAW bertanya kepada para sahabat:

أَتَدْرُونَ مَا اَلْغِيبَةُ؟ قَالُوا: اَللَّهُ وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ قَالَ: ذِكْرُكَ أَخَاكَ بِمَا يَكْرَهُ قِيلَ: أَرَأَيْتَ إِنْ كَانَ فِي أَخِي مَا أَقُولُ؟ قَالَ: إِنْ كَانَ فِيهِ مَا تَقُولُ فَقَدْ اِغْتَبْتَهُ وَإِنْ لَمْ يَكُنْ فَقَدْ بَهَتَّهُ

Maksudnya: "Tahukah kamu apa itu ghibah? Mereka menjawab: Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui. Baginda bersabda: Iaitu engkau menceritakan saudaramu apa yang tidak ia suka. Ada yang bertanya: Bagaimana jika apa yang aku katakan benar-benar ada pada saudaraku? Baginda menjawab: Jika padanya memang ada apa yang engkau katakan maka engkau telah mengumpatnya dan jika tidak ada maka engkau telah membuat pembohongan ke atasnya."

Riwayat Muslim (70)

Kesimpulannya, kami menyeru seluruh komuniti netizen, agar bertaqwalah kepada Allah SWT dengan sebenar-benar taqwa. Berakhlaklah dengan akhlak Islam di mana pun keberadaan kita walaupun di alam maya. Jangan dilupa bahawa setiap gerak geri kita ada saksi yang sedang memerhatikan. Biarpun ia bukan percakapan lidah, tapi tangan yang menulis, mengongsi dan menyebarkan, namun yakinlah bahawa ia sendiri kelak akan menjadi saksi atas apa yang diperbuat. Ini digambarkan Allah SWT di dalam al-Qur'an ketika manusia terpinga-pinga kehairanan, mengapa kulit tubuhnya yang suatu ketika dahulu merupakan sekutunya, kelak ia sendiri yang akan menjadi saksi atas perlakuan maksiatnya. Firman Allah SWT:

وَقَالُوا لِجُلُودِهِمْ لِمَ شَهِدتُّمْ عَلَيْنَا ۖ قَالُوا أَنطَقَنَا اللَّـهُ الَّذِي أَنطَقَ كُلَّ شَيْءٍ وَهُوَ خَلَقَكُمْ أَوَّلَ مَرَّةٍ وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ

Maksudnya: "Dan (setelah berlaku yang demikian), berkatalah mereka kepada kulit-kulit badan mereka: "Mengapa kamu menjadi saksi terhadap kami?" Kulit-kulit badan mereka menjawab: "Allah yang berkuasa menjadikan tiap-tiap sesuatu pandai berkata-kata - telah menjadikan kami dapat berkata-kata; dan Dia lah yang menciptakan kamu pada mulanya, dan kepadaNyalah kamu dikembalikan (untuk menerima balasan)."

(Surah Fussilat: 21)

Rasulullah SAW turut menegaskan bahawa sifat seorang muslim itu adalah sentiasa tidak menyakiti muslim yang lain. Sabdanya:

الْمُسْلِمُ مَنْ سَلِمَ الْمُسْلِمُونَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ وَالْمُهَاجِرُ مَنْ هَجَرَ مَا نَهَى اللَّهُ عَنْهُ

Maksudnya: "Seorang Muslim (yang sempurna Islamnya) ialah (apabila) seseorang Muslimin (yang lain) selamat daripada (keburukan) lidahnya dan tangannya, manakala seorang muhajir (yang berhijrah) adalah seseorang yang meninggalkan segala yang dilarang oleh Allah SWT."

Riwayat al-Bukhari (10)

Di samping itu, Baginda SAW yang memperingatkan kita betapa perbuatan buruk kita terhadap orang lain boleh menyebabkan kita menjadi muflis di akhirat, biarpun kita seorang yang menunaikan solat, puasa dan zakat. Sabdanya:

أَتَدْرُونَ مَا الْمُفْلِسُ ؟ قَالُوا : الْمُفْلِسُ فِينَا مَنْ لَا دِرْهَمَ لَهُ وَلَا مَتَاعَ ، فَقَالَ : إِنَّ الْمُفْلِسَ مِنْ أُمَّتِي يَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِصَلَاةٍ، وَصِيَامٍ ، وَزَكَاةٍ ، وَيَأْتِي قَدْ شَتَمَ هَذَا ، وَقَذَفَ هَذَا ، وَأَكَلَ مَالَ هَذَا ، وَسَفَكَ دَمَ هَذَا ، وَضَرَبَ هَذَا ، فَيُعْطَى هَذَا مِنْ حَسَنَاتِهِ، وَهَذَا مِنْ حَسَنَاتِهِ ، فَإِنْ فَنِيَتْ حَسَنَاتُهُ قَبْلَ أَنْ يُقْضَى مَا عَلَيْهِ أُخِذَ مِنْ خَطَايَاهُمْ فَطُرِحَتْ عَلَيْهِ ، ثُمَّ طُرِحَ فِي النَّارِ

Maksudnya: "Tahukah anda siapa sebenarnya muflis? Sahabat sahabat menjawab: 'Muflis sepanjang pengetahuan kami ialah orang yang tidak mempunyai wang dan harta. (Nabi SAW bersabda: Bukan muflis harta aku maksudkan) tetapi muflis pahala pada hari Kiamat. Sebahagian umatku pada hari itu datang membawa amalan-amalan solat, puasa dan zakat. Pada masa sama juga dia membawa dosa-dosa mengutuk orang, memfitnah orang, mengambil harta orang, membunuh orang dan memukul orang. Penyelesaian pada hari itu adalah dengan mengambil amal kebajikannya lalu diberi kepada orang yang dizaliminya. Andainya amal kebajikan yang dibawanya belum cukup, akan diambil dosa-dosa mangsa yang dizaliminya, lalu dibebankan di atas kepalanya, kemudian dicampaknya ke dalam neraka."

Riwayat Muslim (2581)

Justeru, perbuatan troll yang membawa ciri-ciri menyalahi syarak seperti yang dinyatakan di atas adalah DILARANG dan boleh membawa kepada dosa. Namun demikian, jika yang dilakukan hanya sekadar sindiran dengan bahasa kiasan tanpa menjatuhkan maruah peribadi seseorang, tetapi lebih kepada teguran atau nasihat secara berhikmah, maka ia tidak mengapa. Semoga Allah SWT mengurniakan hidayah dan menyelamatkan kita semua daripada terjebak ke dalam hal sedemikian. Wallahu a'lam.

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Amaran Tsunami Dikeluarkan Bagi Kawasan Selatan Filipina dan Indonesia

Posted: 29 Dec 2018 01:06 AM PST


Sebentar tadi, berlaku satu gegaran gempa yang kuat yang berlaku di Selatan Filipina dan berikutan dari itu, beberapa kawasan di Filipina dan Indonesia terutama yang duduk di kawasan berhampiran laut, diminta untuk berwaspada kerana ancaman tsunami turut telah dikeluarkan.

Gempa 7.3 magnitud yang berpusat di Mindanao itu memberi ancaman kepada seluruh kawasan berpantai sepanjang 300 kilometer di bahagian selatan negara tersebut.

Beberapa buah pulau milik Indonesia iaitu Pulau Geme dan Tabukan Tengah serta kawasan Davou di Filipina juga diramal akan menerima kesan sekiranya berlaku kejadian tsunami.

Pihak berkuasa Filipina juga mengarahkan orang ramai di lokasi terlibat supaya menjauhi kawasan berpantai diantara pukul 12 tengah hari sehingga 2 petang atau sehingga amaran tsunami di tarik balik.

MetMalaysia dalam satu kenyataan sebentar tadi mengesahkan tiada ancaman tsunami terhadap wilayah Malaysia.

Sumber: MetMalaysia, Dailymail


+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Apple Memilih Negara India Sebagai Hub Pemasangan iPhone Selepas Ini

Posted: 29 Dec 2018 12:53 AM PST


Syarikat terkemuka Apple telah membuat satu keputusan yang mengejutkan apabila mimilih negara India sebagai hab utama pemasangan iPhone yang seterusnya setelah berlaku beberapa masalah di China.

Walaubagaimanapun, Apple masih mengekalkan kerjasama bersama Foxconn dari China sebagai mereka yang bertanggungjawab untuk menguruskan pemasangan iPhone dan iPad.

Melihat kepada jumlah pengguna telefon pintar yang ramai di negara tersebut serta diatas beberapa faktor yang lain, memilih India sebagai hab terbaru dilihat sebagai pilihan yang ideal. Langkah yang dibuat ini sekaligus bakal meningkatkan jumlah pengguna iPhone di India.


Apple yang dikatakan akan diharamkan untuk beroperasi di China itu dilihat terpaksa mengambil langkah ini dan ia juga merupakan berita baik buat rakyat India.

Sebelum ini Apple telahpun membuka kilang di India untuk menghasilkan iPhone SE sekaligus menerima potongan cukai yang membolehkan pengguna India mendapatkan model ini dengan harga yang rendah.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

UMNO Yang Hilang Kuasa, Bukan Orang Melayu - Muhyidin

Posted: 28 Dec 2018 10:17 PM PST


Dalam Perhimpunan Agung Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyidin Yassin dalam ucapannya menyatakan, orang melayu sepatutnya bersyukur dengan kekalahan UMNO, kerana dengan kekalahan itu, pemimpin parti tersebut tidak dapat lagi menutup segala kesalahan yang mereka telah lakukan kerana sudah hilang kuasa.

Presiden PPBM itu juga menjelaskan bahawa orang melayu tidak perlu risau kerana UMNO yang hilang kuasa dan bukannya orang Melayu.

"UMNO masih mendendangkan lagu duka nestapa kononnya orang Melayu sudah hilang kuasa di bawah pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan. Saya hendak beritahu orang Melayu, selepas PH menang pilihan raya, orang Melayu tidak hilang kuasa sebaliknya UMNO.

"Inilah yang paling ditakuti oleh UMNO. Apabila hilang kuasa, segala kesalahan mereka terbongkar dan pemimpin mereka terpaksa berhadapan dengan pendakwaan di mahkamah. Sesungguhnya kebenaran sudah menjelma dan kebatilan telah lenyap.

"BERSATU menjunjung prinsip kedaulatan undang-undang. Jika terbukti mereka bersalah, biarlah mahkamah yang menentukan nasib mereka," katanya.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.



Spider-Man Into Spider-Verse Telah Mengutip RM600 Juta

Posted: 28 Dec 2018 09:31 PM PST


Spider-Man: Into The Spider-Verse sedang rancak ditayangkan di semua pawagam termasuk Malaysia. Filem Spider-Man kali ini berlainan apabila ia diceritakan dalam bentuk animasi yang pastinya bersesuaian untuk ditonton oleh semua peringkat umur.

 Filem animasi ini mengesahkan versi Spider-Man dari Miles Morales dan ia memfokuskan mengenai Spider-Verse dia mana di dunia ini terdapat banyak dimensi yang setiap darinya mempunyai Spider-Man mereka tersendiri.


Animasi yang unik iaitu gabungan 2D dan 3D serta jalan cerita yang menarik, penuh aksi, menyentuh hati, dan pasti khusyuk jika tonton. Di Malaysia, kutipan buat filem ini mencecah $1,066,637 iaitu lebih dari RM4.4 Juta dalam masa dua minggu sejak ia ditayangkan pada 13 Disember yang lepas.

Filem animasi ini juga telah mengeluarkan kos pembuatan sebanyak $90 juta atau RM374 juta dan setakat ini telah mengutip kutipan dunia sebanyak $144 juta atau RM600 juta.


+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.


Rafizi Akan Menulis Surat Kepada KFC

Posted: 28 Dec 2018 09:04 PM PST


Sebelum ini telah kecoh di media sosial berkenaan kenaikan harga menu yang ditawarkan oleh restoran KFC dan ramai yang tidak berpuas hati dengan kenaikan itu. Pihak KFC juga dengan pantas menjelaskan punca kenaikan berkenaan adalah kerana penyelarasan harga berikutan dengan pelaksanaan cukai SST.

Walaubagaimanapunm kekecohan ini turut mendapat respon dari Rafizi Ramli yang berkata dia juga akan menulis surat kepada pihak KFC kerana kenaikan yang dilihat terlalu tinggi itu.

Rafizi melalu Facebook rasmi miliknya berkata, " Saya Check menu delivery KFC memang naik harga RM4. Nanti saya tulis surat kepada KFC pulak. Kerja tulis surat je lah aku, hahaha.

"Saya penyokong tegar KFC, tidak pernah bertukar walau ada parti ayam lain di Malaysia ini, jelasnya.



+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Sebuah Stesen Minyak Akan Dikenakan Tindakan Tegas Kerana Tutup

Posted: 28 Dec 2018 09:04 PM PST


Pemilik sebuah stesen minyak di Petaling Jaya bakal berdepan tindakan tegas selepas dikesan menutup premisnya tanpa memaklumkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Selangor, Azman Adam, berkata tindakan itu diambil selepas pemantauan dilakukan terhadap 73 stesen minyak yang dibuat sejak dua hari lalu oleh penguat kuasa di tujuh cawangan KPDNHEP di negeri ini.

"Kita mengesan sebuah stesen minyak di Petaling Jaya ditutup secara tiba-tiba tanpa sebarang kelulusan dan notifikasi diberikan kepada kementerian.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.